SHOPEE KAKNA
Sebenarnya kalau kita waze atau google map, ada Temparuli Bridge dan Temparuli Suspension Bridge. aka Jambatan Temparuli. Okay fine. Kita perlu google Temparuli Suspension Bridge which means for pejalan kaki ya. Tidak berapa jauh, maybe dalam 200m sahaja. cuaca cerah ketika ini. kalau tahu nak hujan, kami cepat-cepat ke Kundasang. hihi. Jambatan baru untuk laluan kereta dibina oleh orang British katanya. Jadi jambatan ini semakin kurang menjadi perhatian. Yang kami perhatikan, jambatan baru memendekkan perjalanan kita ke arah Ranau, Kundasang semua itu. kira short-cut lah.
berhadapan kami, ada pasar kecil. area pasar ada banyak tempat parking, jadi jangan risau. maksud pasar lebih kepada pasar basah.
Ini dari arah bertentangan. ada juga tempat parking tapi tak banyak.
berani sangat-sangat sebab ada dawai besi. tak takut kaki nak terjatuh dan handphone nak terjatuh. hihi. panas litlit, tak ramai yang jalan-jalan di sini. hehe. di bawah tu, Sungai Tuaran jika saya rujuk pada peta di google. Panjang juga Sungai Tuaran ini.
Sebelum tiba di Temparuli Suspension Bridge, sebenarnya kami terlebih dahulu lalu di hadapan Rumah Terbalik Temparuli. Sungguhpun upside down house pertama dibina di Malaysia, tetapi kami pilih untuk tidak singgah sebab bayaran untuk sekali masuk, RM12. Mahal sangat rasanya. Bergambar pun hanya boleh di bahagian luar rumah. Tidak berbaloi sangat. Tapi jangan risau, parking banyak ya, dan tak risau nak terlepas sebab sign board banyak.
okay, selepas itu, kami teruskan perjalanan.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment