Assalam wbt,
Nabi menjamin kebaikan islamnya
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل علي محمد و علي آل محمد
Para imam madzab meninggalkan kitab2 dan metodologi dalam memahami islam
Nabi menjamin kebaikan islamnya Mereka
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
خَيْرَ أُمَّتِـي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
“Sebaik-baik umatku adalah pada kurunku. Kemudian orang-orang yang setelah mereka, lalu orang-orang yang setelah mereka” (Shahih Al-Bukhari, no. 3650)
Pengertian pertamanya.
Qurun adalah period seratus tahun, jadi sampai tahun 300 hijriah nabi menjamin kebaikan islam mereka.
Dan Ini lah para ulama dari generasi Islam terbaik
1) Imam Hanafi lahir: 80 hijrah
2) Imam Maliki lahir: 93 hijrah
3) Imam Syafie lahir: 150 hijrah
4) Imam Hanbali lahir: 164 hijrah
5) Imam Asy'ari lahir: 240 hijrah
Beliau semua ulama Salafus Sholeh atau dikenali dgn nama ulama SALAF.
Sahabat Nabi - Hidup dan meninggal dunia dalam keadaan muslim. Mereka bersemuka secara langsung dan beriman kepada Rasulullah SAW sewaktu hayat baginda.
Hunafa' - Mereka yang hidup, beriman dan meninggal dunia sebelum pengutusan Rasulullah SAW sebagai rasul dengan mengikuti ajaran sebenar para nabi dan rasul terdahulu bukan golongan sahabat walaupun mereka pernah bersemuka dengan baginda secara langsung. Contohnya, Zaid bin Amru bin Nufayl, Said bin Zaid dan Waraqah bin Naufal.
Mukhadramun - Mereka yang hidup ketika zaman pengutusan Rasulullah SAW dan beriman kepada baginda melalui dakwah para sahabat yang lain tetapi tidak pernah bertemu dengan baginda ketika hayatnya atau hayat baginda. Contohnya Uwais Al-Qarni, Raja Habsyah dan An-Najasyi
Golongan generasi kedua pula disebut "Tabi'in" iaitu golongan yang pernah bertemu dan belajar dengan Sahabat Nabi serta meninggal dunia dalam keadaan Muslim. Mereka tidak pernah melihat Rasulullah SAW sewaktu hayat baginda kerana mereka dilahirkan selepas kewafatan baginda. Contohnya Urwah dan Al-Qasim adalah cucuk kepada Abu Bakar as-Siddiq RA, Kharijah anak kepada penulis wahyu Rasulullah SAW iaitu Zaid bin Tsabit, Abu Salamah ialah anak kepada Abdul Rahman bin Auf dan Ubaidullah ialah cucu saudara kepada Abdullah bin Mas'ud RA. Hasan al-Basri juga ialah salah seorang tokoh Tabi'in. Oleh itu, zaman para tabi’in adalah mereka yang lahir selepas kewafatan Rasulullah SAW (11 H / 632 M) sehingga penghujung abad pertama Hijrah kerana antara syarat utama seseorang ulama itu berstatus tabi’in ialah dia sempat berguru dengan para sahabat Rasulullah SAW.
Dalam kalangan empat orang imam mujaddid tokoh feqah, cuma Imam Abu Hanifah berstatus TABI'IN (Mazhab Hanafi). Beliau merupakan murid Sahabat Nabi iaitu Anas bin Malik RA.
Golongan generasi ketiga disebut sebagai "Tabiut tabi'in" iaitu golongan yang mengikuti jejak langkah para Tabiin. Mereka merupakan anak didik para Tabi'in dan meninggal dunia dalam keadaan Islam. Mereka tidak pernah bertemu Nabi semasa hayat baginda dan sahabat Nabi kerana mereka dilahirkan selepas zaman para sabahat. Antara tokoh penting ialah Imam Malik bin Anas dan Imam Al-Auza'ie. Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Hambali adalah golongan Tabiut Tabi'in.
Imam Malik, Imam Syafi'i, Imam Hanbali, Imam Asy'ari termasuk generasi Islam terbaik yang dijamin kebaikan islamnya. Mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali sudah dijamin Nabi kebaikan islamnya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment