TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

18 May 2023

Dapat Kerja Selepas Setahun Menganggur

Assalam wbt dan Hai, 

Memori hari ini yang aku nak kongsikan ialah aku dapat kerja selepas setahun menganggur. Aku bukan tak cari kerja, dah cari tapi memang tak dapat-dapat. Aku dah pergi interview banyak sangat, memang banyak yang gagal. Kebetulan gagal sebab aku pun terpinga-pinga tidak boleh jawab soalan yang diajukan oleh penemuduga. Aku doa dan doa dan doa tapi masih belum ada jawapan. Banyak perkara baik yang aku buat seperti yang orang lain kongsi, supaya rezeki dimudahkan. 

Tak perlulah aku ceritakan perkara baik apa yang aku buat. Yang paling penting, aku istiqamah selawat setiap hari sebanyak 1000 kali sehari. memang tak putus-putus untuk berselawat kepada Rasulullah SAW. Iman naik turun weh. Tak boleh nengok socmed sebab tengok orang lain punya life nampak best sangat. Aku manusia biasa sangat! 

Akhirnya selepas dalam lebih kurang setahun betul-betul istiqamah, Allah gerakkan aku untuk tengok status whatsapp seorang kawan office lama aku. Dia kata, company dia nak pakai seorang staff. Aku mencuba nasib, aku hantar terus kepada HR company tersebut. Aku tunggu-tunggu juga, masa itu bulan Mei 2022. Tiada jawapan dekat sebulan juga, lalu aku email HR staff tersebut dan dia kata, tunggu dulu sebab mereka sedang buat screening. Awal bulan Jun 2022, mereka panggil temuduga, mereka kata ada calon lain juga. Aku pun tidak mengharap sangat sebab aku tahu kalau bukan rezeki aku tak payahlah aku nak rebut-rebut. Dekat 2 minggu juga, aku dapat panggilan temuduga kedua. Yang kedua ini, temuduga dengan General Manager untuk berkenalan, tapi aku masih belum yakin jawatan itu untuk aku. 

28 Jun 2022, Alhamdulillah akhirnya tamat pengangguran aku. Last aku kerja adalah 31 Julai 2021. Yang aku kerja sebulan dua tu aku taknak letak kat dalam CV. Malu pula. Syukur sangat-sangat. 

Setelah aku masuk kerja, aku dapat tahu orang yang patut hadir temuduga ada 3 orang termasuk aku. Kebetulannya 2 orang yang patut hadir, taknak hadir. Tak tahu kenapa. yang hadir memang aku saja. Nak jadi cerita lagi, sepanjang 22 tahun company ini ditubuhkan sebenarnya ada 2 head count untuk jawatan aku, tapi tahun 2022, tiba-tiba mereka buat opening untuk 3rd head count. Jika memang sudah tertulis itu rezeki kita, memang takkan hilang. Syukur ya Allah. Memang aku sujud syukur sangat2. Kesabaran aku terbalas. 



Environment working Alhamdulillah syukur baik-baik belaka. Terima kasih :)


No comments: