Hari ini aku nak review Kunafa Crisp yang terletak di Bukit Bintang. Rasanya dia seperti namanya iaitu Crisp memang jenis rangup-rangup. Lambat makan, dia macam agak keras sedikit. Aku tidak pasti kenapa ramai sangat beratur di sini untuk beli. Harganya dalam RM10+ gitulah, tak sampai RM20. Ada dua cawangan di sini. Betul-betul di kawasan Lot 10. Mungkin rasa dia sama saja, aku pun tak pasti.
Apa yang ada di kawasan ini? (semua jalan kaki saja)
1. Damascus kebab terpaling famous tak tahu kenapa semua pun nak beli, beratur panjang ya hampun
2. Ada persimpangan besar billboard Bukti Bintang ala-ala NY Billboard 15-seconds of fame
3. Ada Kunafa Crisp dan Papa Kunafa yang orang kata sodap bonar
4. Ada nasi ambeng Congkak KL, portion besar
5. Ada banyak gileeee pilihan Nasi Arab contohnya Halab KL
6. Dekat dengan Pavilion, Plaza Lowyat, Lot 10, Sungei Wang Plaza, Berjaya Times Square
7. Ada busking malam-malam ala-ala healing
Jujurnya aku cakap, duduk di kawasan ini, jangan lupa solat maghrib dan isyak. Tempat banyak hiburan, yang kami tak suka. Kami datang sebab kami staycation kawasan terdekat.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment