TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

11 Oct 2023

Seloka Subuh itu Terjemahan Diri

Assalam wbt dan Hai,


SESUNGGUHNYA, SUBUH ITU TERJEMAHAN DIRI 

Jika subuhnya sentiasa dipelihara.
Tanda akan selamat dari neraka.

Jika subuhnya tiada dia tinggal.
Allah melindunginya dari aral.

Jika subuhnya didahului sunat.
Berganda isi dunia dia mendapat.

Jika subuhnya bergelapan ke musolla.
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.

Jika subuh ke cerah berwirid lagi.
Mendapat pahala umrah dan haji.

NAMUN...

Jika subuhnya tiada dijaga.
Pada wajahnya tiada cahaya.

Assalam wbt dan hai,


Jika subuhnya sengaja terlupa.
Tanda imannya tiada bernyawa.

Jika subuhnya terasa berat.
Tanda munafik sudah mendekat.

Jika subuh tiada dipeduli.
Tanda iman menghampiri mati.

Jika subuhnya tiada berjama’ah.
Tanda hidupnya akan hilang barakah.

Jika subuhnya tiada ke masjid.
Tanda imannya ada penyakit.

Jika subuhnya selalu terlewat.
Tanda imannya semakin cacat.

Jika subuhnya diakhir waktu.
Tanda iman semakin kelabu.

Jika subuhnya hari dah siang.
Tanda rezekinya sudah hilang.

Jika di subuh masih berdengkur.
Tanda syaitan memeluknya tidur.




6 Oct 2023

Kisah Mukjizat Rasulullah : Berteduh di Sepohon Pokok

Assalam wbt dan Hai,

Kisah Mukjizat Nabi : Bereteduh di Sepohon Pokok

Rombongan dagang dari Makkah baru sahaja tiba di Syam. Maisarah tidak segera masuk ke pasar. Dia pergi menziarahi seorang rahib Nasrani yang tinggal berdekatan bandar itu. Begitulah selalu apabila dia datang ke negeri asing itu. Sebelum pergi bertemu rahib berkenaan, terlebih dahulu Maisarah meminta kebenaran Nabi Muhammad SAW. Walaupun dia adalah petugas khas yang diwakilkan oleh majikannya untuk menemani dan membantu Nabi, Maisarah sangat memuliakan dan menghormati Nabi.

Dari jauh Maisarah melihat gereja rahib Nasrani yang ingin ditemuinya. Di situlah rahib itu beribadat. Apabila semakin dekat, Maisarah melihat sang rahib sedang berdiri di hadapan pintu biaranya. Kedatangan Maisarah disambut dengan senang hati.

"Dialah nabi umat ini," kata rahib Nasrani kepada Maisarah, sambil pandangannya dihalakan tepat ke satu arah.

Maisarah berpaling untuk melihat apakah yang diperhatikan oleh rahib Nasrani itu. Dia melihat Nabi Muhammad SAW sedang duduk berehat di bawah sepohon kayu tidak jauh dari situ.

"Tidak ada seorang pun yang duduk di bawah pohon itu melainkan dia seorang nabi," kata rahib Nasrani itu lagi.

"Kenapa tuan kata begitu?" tanya Maisarah inginkan kepastian. "Tentu sudah ramai orang yang selalu berteduh di bawah pohon itu."

"Tidakkah kamu perhatikan sewaktu ke mari tadi Adakah di situ memang ada sepohon
kayu?"

"Saya agak tergesa-gesa tadi. Tidak sempat memerhati keadaan sekitar," jawab Maisarah.

"Kamu tidak bertanya kepada teman-temanmu tentang pohon kayu itu?"

"Tidak terfikir pula begitu," jawab Maisarah.

"Kamu sudah pernah datang ke mari. Bagaimana keadaan pohon itu?" rahib Nasrani terus hendak menguji Maisarah.

"Sudah agak lama yang tidak datang ke sini. Saya tidak ingat lagi. Lagipun di sekitar ini banyak pohon kayu," jawab Maisarah.

"Baiklah," kata rahib Nasrani dengan lembut.
"Pergilah dahulu hantar temanmu itu ke pasar. Nanti kamu ke mari semula."

Maisarah pun meninggalkan rahib Nasrani itu. Dia menemani Nabi Muhammad SAW ke pasar untuk memulakan perniagaan.

Tidak lama kemudian Maisarah datang semula. Dia tertoleh-toleh mencari pohon kayu tempat Nabi berteduh tadi. Aneh, pokok tersebut sudah tidak ada di tempatnya.

"Ke mana perginya pokok itu?" soal Maisarah kepada rahib yang memerhatikannya. Rahib itu
hanya tersenyum.

Tahulah Maisarah yang di situ tidak pernah ada sebatang pokok pun. Bermakna, benarlah kata rahib Nasrani itu tadi.


Jom Selawat. 



Terima kasih. 

5 Oct 2023

Kisah Mukjizat Rasulullah: Pokok Menghadap Nabi

Assalam wbt,
Kisah Mukjizat Rasulullah: Pokok Datang Menghadap

Di Kota Makkah, ada seorang lelaki yang gagah perkasa bernama Rukanah bin Abdu. Setiap kali diadakan pertandingan beradu kekuatan, Rukanah pasti akan menang. Tidak ada siapa yang dapat mengalahkannya. suatu hari, Nabi Muhammad SAW bertemu Rukanah bin Abdu. Nabi mengajak Rukanah memeluk agama Islam. Tetapi Rukanah menolak. 

Dengan angkuh Rukanah berkata, "Kalau saya tahu apa yang kamu bawa ini benar, tentu saya akan mengikutimu."

"Bagaimana kalau saya berjaya mengalahkanmu? Mahukah kamu percaya kepada saya?" tanya Nabi Muhammad SAW.

"Baiklah, kalau kamu boleh menjatuhkan saya, saya akan mempercayaimu," balas Rukanah.

Dia yakin Nabi Muhammad SAW tidak akan mampu mengalahkannya. Namun ternyata Nabi bertindak lebih pantas daripada Rukanah. Belum sempat Rukanah membuat serangan, tangan Nabi Muhammad SAW lebih dahulu singgah di dadanya. Rukanah rebah terduduk. Dalam keadaan terpinga-pinga dia bangun kembali. Dia sungguh tidak menyangka Nabi SAW dapat menjatuhkannya dengan begitu mudah.

Rukanah tidak puas hati. Dia menyuruh Nabi Muhammad SAW memukulnya sekali lagi. Dia tidak akan menepis atau mengelak. Rukanah mahu menguji kekuatan pukulan Nabi. Oleh itu, dia hanya bertahan.

Nabi Muhammad SAW pun menghayun tangan Baginda ke dada Rukanah. Rukanah tertolak ke belakang sebelum rebah terduduk sekali lagi. Di dalam hatinya dia tertanya-tanya, bagaimana dia boleh dijatuhkan dengan begitu mudah? Rukanah sungguh tidak menyangka, orang yang dia fikir dapat dikalahkan rupa-rupanya memiliki kekuatan tenaga yang jauh lebih hebat daripada dirinya. Walhal sepanjang pengalamannya beradu tenaga, belum ada lagi orang yang dapat menandingi kehebatannya.

Sekarang rekod itu sudah pun dipecahkan oleh Nabi Muhammad SAW. Selama ini Rukanah memandang rendah kepada Nabi yang dilihatnya bersifat lemah lembut dan tenang. Tidak pernah dia melihat Nabi berwatak keras.

"Hairan sungguh. Bagaimana kamu dapat menjatuhkan saya?" Rukanah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, seperti tidak percaya dengan kekalahannya.

"Ada lagi yang lebih ajaib, Nabi Muhammad SAW memberita Rukanah. "Kalau kamu mahu takut kepada Allah dan mengikut perintah saya, saya boleh tunjukkan."

"Apa dia?" soal Rukanah.

"Saya boleh panggil pohon itu, dan ia akan datang kepada saya," kata Nabi.

"Cubalah panggil, saya mahu lihat."

Nabi SAW memanggil sebatang pokok yang ada di situ. Tidak terfikir oleh Rukanah bahawa pokok itu boleh terbokeh dengan sangat mudah. Kemudian pokok itu bergerak mendekati Nabi. Pokok itu berdiri tegak di hadapan Nabi SAW, seolah-olah sedang menunggu perintah daripada Baginda.

Tercengang-cengang Rukanah bin Abd Seperti tidak percaya, dia melihat pokok boleh berjalan. Pokok itu pergi menghadap Nabi SAW kemudian kembali semula ke tempat asal dengan perintah Nabi. Akar-akarnya yang berselirat di atas tanah menyerap masuk ke dalam tanah semula. Tegaplah kembali pokok itu di situ.

Allah SWT berkuasa menjadikan apa sahaja yang Dia kehendaki. Allah memuliakan Nabi Muhammad SAW dengan mukjizat yang luar biasa bagi menundukkan musuh-musuh Baginda.




Sekian, terima kasih. 


6 Sept 2023

Mukjizat Rasulullah (Bahagian 2): Dipayungi Lelaki Misteri

Assalam wbt,

Hari ini kita sambung Sirah Rasulullah Bahagian 2, Dipayungi Lelaki Misteri

Khadijah binti Khuwailid ialah ahli perniagaan Makkah yang terkenal. Khadijah memiliki harta kekayaan yang banyak. Selain harta kekayaan yang diperolehi hasil usahanya sendiri, dia mewarisi kekayaan yang ditinggalkan oleh suaminya yang sudah meninggal dunia.

Seperti kebiasaan apabila tiba musim berniaga ke luar Makkah, para pedagang dan saudagar Makkah akan mengupah petugas yang diyakini bagi membawa serta menjual barang-barang mereka. Begitu jugalah dengan Khadijah binti Khuwailid. Dia sangat berbesar hati apabila Abu Talib menawarkan anak saudaranya (Nabi Muhammad SAW) untuk membawa barang-barang dagangannya.

Khadijah tidak berfikir panjang lagi. Memang dia sangat memerlukan orang yang jujur, baik budi pekerti dan amanah seperti anak saudara Abu Talib itu.

Bagi memudahkan urusan perjalanan dan di tempat berniaga, Khadijah menugaskan seorang pembantu khas yang bernama Maisarah ikut serta bersama rombongan dagang itu. Antara tugas Maisarah ialah menguruskan makan minum, tempat rehat dan keselamatan sepanjang perjalanan.

Apabila hari semakin panas, anggota rombongan lain yang bergerak bersama mereka mula menunjukkan tanda-tanda keletihan. Tetapi keadaan Nabi Muhammad SAW tidak pula begitu. Baginda tenang sahaja, sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan. Malah Baginda lebih kuat dan bertenaga berbanding anggota rombongan yang lain. Wajah Baginda tidak berpeluh, sebaliknya bersih dan sentiasa berseri dengan senyuman. Maisarah berasa hairan melihat keadaan Nabi Muhammad SAW.

Ketika leka memikirkan keanehan yang disaksikannya itu, Maisarah dikejutkan dengan satu lagi kejadian yang tidak masuk akal. Maisarah jadi bertambah hairan. Dia bertanya kepada orang lain, adakah mereka juga nampak apa yang dia nampak.

"Tidak. Kami tidak nampak apa-apa pun," jawab mereka. "Jangan-jangan kamu berkhayal?" tambah mereka lagi.

"Tidak. Saya tidak berkhayal. Memang saya nampak jelas dengan sepasang mata saya ini," balas Maisarah dengan bersungguh-sungguh.

Keesokan harinya, Maisarah melihat lagi perkara yang sama. Dia melihat dua orang lelaki melindungi Nabi Muhammad SAW daripada panas matahari. Mereka berada di kiri dan kanan Nabi. Anehnya, kaki kedua-dua lelaki itu tidak mencecah bumi. Menjelang petang, apabila cuaca sudah tidak lagi panas, kedua-dua lelaki itu tidak lagi kelihatan.

Pada keesokan harinya, dua orang lelaki yang tidak dikenali itu muncul lagi. Mereka terus melindungi Nabi daripada panas matahari. Maisarah menyaksikan kejadian pelik itu selama tiga hari. Dia mahu bertanyakan hal itu kepada Nabi Muhammad SAW, tetapi apabila berhadapan dengan Baginda, mulutnya seolah-olah terkunci.

Allah SWT memelihara dan melindungi kekasih-Nya sejak Nabi belum ditabalkan menjadi rasul secara rasmi. Semua kejadian aneh yang berlaku adalah tanda-tanda menunjukkan kehebatan dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.



Terima kasih. 

1 Sept 2023

Mukjizat Rasulullah SAW - Bahagian 1 : Bayi Luar Biasa

Assalam wbt dan Hai,

Bayi Luar Biasa

Aminah binti Wahab baru sahaja melahirkan seseorang bayi lelaki yang comel. Bapa mertuanya yang bernama bernama Abdul Mutalib ialah orang yang paling gembira dengan kelahiran itu. Abdul Mutalib menamakan cucu kesayangan itu Muhammad yang ertinya terpuji. 

Belum ada lagi orang Arab yang menamakan anak cucu mereka dengan nama Muhammad. Abdul Mutalib berharap apabila semua orang memanggil cucunya Muhammad (yang terpuji), mudah-mudahan suatu hari nanti cucunya akan mendapat kedudukan yang mulia dan terpuji, di sisi manusia lebih-lebih lagi di sisi Tuhan.

Abdul Mutalib tidak dapat bermanja lebih lama dengan cucunya. Bayi comel itu perlu diserahkan kepada ibu susuan. Begitulah tradisi orang-orang Arab yang menetap di Kota Mekah ketika itu. 

Mereka menyerahkan anak mereka kepada ibu susuan yang datang dari daerah pedalaman yang bersih dan segar udaranya. Tempat itu selalunya jauh dari Mekah. 

Suatu hari, datanglah beberapa orang wanita dari desa pedalaman ke Mekah untuk mencari bayi susuan. Mereka tidak mahu mengambil cucu Abdul Mutalib kerana bayi itu sudah tidak ada ayah dan mereka bimbang tidak mendapat upah yang setimpal. 

Seorang wanita yang miskin yang baik hati bernama Halimah tidak mendapat bayi susuan kerana terlambat tiba di Kota Mekah. Tiba-tiba untanya berlari ke arah sebuah rumah. Halimah dan suaminya mengejar unta itu. Ternyata unta itu pergi ke rumah Abdul Mutalib. Setibanya Halimah di sana, dia mendapat tahu Abdul Mutalib mempunyai cucu yang mencari ibu susuan. Sebaik sahaja Halimah melihat bayi itu, Halimah terus jatuh hati kepadanya. 

Halimah dan suamainya pulang membawa bayi bernama Muhammad. Apabila sampai di tempat unta ditambat, mereka terkejut tempat susu unta betina mereka dipenuhi susu. Walhal sebelumnya unta kurus itu langsung tidak ada susu. Sebelum itu pun Halimah sudah terkejut dan hairan. Susu badannya yang sedikit tiba-tiba menjadi banyak. Cukup untuk memberi minum bayi yang akan disusui nanti. 



Dalam perjalanan pulang ke kampungnya, Halimah dan suaminya menerima kejutan lain pula. Keldai yang Halimah naiki dan unta tunggangan suaminya seakan mendapat tenaga baru. Kedua-dua haiwan itu melangkah dengan pantas sekali. Tidak seperti semasa datang ke Kota Mekah. Tidak berapa lama kemudian, Halimah berjaya menjejaki rakan-rakannya yang pulang lebih awal. Malah Halimah pula yang mendahului mereka. 

Kehidupan keluarga Halimah semakin hari semakin makmur. Tanah yang kering-kontang bertukar menjadi subur. Rumput-rumput hijau untuk makanan ternakan tumbuh melata. Kambing-kambing ternakan Halimah menjadi gemuk dan mengeluarkan susu yang banyak. 

Ramai penternak melepaskan kambing-kambing mereka mencari makan di tempat makan kambing-kambing Halimah. Namun, kambing-kambing mereka tidak pula gembuk dan tidak mengeluarkan susu seperti kambing-kambing Halimah. 

Halimah menyedari semuanya berlaku berkat bayi yatim yang dipeliharanya. Bayi yatim itulah Nabi Muhammad SAW.

Jemput follow tiktok saya ye. www.tiktok.com/ferrero_ferrari

Terima kasih kepada yang rajin membaca.


23 Aug 2023

Makan Nasi Ayam Penyet dari Gerai Seksyen 18 depan Ole-Ole

Assalam wbt dan Hai,

Hari itu kami makan nasi ayam penyet yang gerainya terletak di parking lot depan Ole-Ole Seksyen 18. Kan korang ada nampak banyak-banyak gerai kat situ kan, okay kat situ lah gerainya. Sorry aku tak ingat nama tapi memang ada satu je gerai yang menjual ayam penyet. Harganya memang jujur aku cakap masih murah. Yelah mana nak dapat ayam penyet harga RM7, dengan ayam bukan ayam lama. Aku pilih ikan keli, ya ikan keli pun harganya RM7. Berbaloi sangat. Sambal pun jenis sambal-sambal lama, ala-ala jawa kampung mak aku, lagilah aku berminat. Nasi pun banyak juga cukup untuk aku yang makan banyak. Okay di sini boleh bayar dengan QR pay, sajalah bagitahu kot lah tak ada cash, tak payahlah nak risau banyak. 


Okay jemput makan.

Terima kasih. 

22 Aug 2023

Homebaker@Clover - Makan Cinnamon Roll di Radia Bukit Jelutong, Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Aku memang suka makan cinnamon roll di Homebaker Radia. Aku pilih yang original, just nice wey rasa manis dia. Aku tak suka yang ada topping sebab terasa bersalah kepada diri sendiri, makan gula banyak sangat. HAHA. okay yang original ini, harganya RM24 untuk 4 biji. Cuma masa aku beli kebetulan ada promo, jadi harganya RM21, ada diskaun 10%. Alhamdulillah. Aku bagi 2 biji kat budak office aku dan aku ambil 1 biji. 1 biji lagi aku beri pada bang Ajid lah. kesian dia kat rumah wfh. 

Masa order, cashier kat situ ada tanya nak panaskan ke taknak cinnamon roll ni? aku jawab okay, panaskan. Wah, jadi dia macam panas suam-suam kuku, membuatkan lagi sedaplah nak makan. Sedap sangat, memang boleh repeat banyak-banyak kali. Kalau korang nak beli online, ini link dia. Klik HOMEBAKER

Perisa Original


Sekian, terima kasih. 

21 Aug 2023

Makan Laksa Sarawak di Seni Patisserie, Radia Bukit Jelutong Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Hari itu waktu lunch aku makan di Seni Patisserie. First time makan di sini. Aku memilih makan menu Laksa Sarawak. Memang banyak portionnya, penuh semangkuk, menjadikan kuahnya pas-pas je untuk rasa laksa sarawak. Kuah macam blended gitu, tapi tak menyebabkan mi mengembang dan masih terasa sedap. Sambal laksa sarawak nampak sikit tapi sebenarnya cukup-cukup. Hehe. Boleh repeat order. Haa, yang jenuh sikit, kita perlu order dengan QR code tapi intenet tak berapa laju masatu. kikikiki

Laksa Sarawak

Nasi Goreng

Mi Kolok Sarawak

Harganya normal seperti restoran lain, dalam range RM15-RM20 untuk satu menu. Jemput datang, terima kasih. 

20 Aug 2023

Jalan-Jalan di HL Dragon Fruit Eco Farm, Sepang

Assalam wbt dan Hai,

Hari ini kami pergi ke HL Dragon Fruit Sepang. Betul-betul berada di Pekan Sepang, melepasi trafik light sempadan Negeri Sembilan-Selangor. Kalau korang google maps, mesti jumpa punya. Tempatnya ada parking free. Masuk-masuk saja boleh nampak restoran di bahagian kiri dan korang boleh tanya staff di situ, nak masuk kat mana. Atau korang nampak signboard toilet, haa pintu masuk kebun buah naga ada di situ. Mudah saja. Okay boleh bayar tiket dengan QR, jadi agak mudah juga. Tiket dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5, jadi jumlahnya RM30. 

Kebun agak luas juga, mungkin dalam setengah ekar. Aku rasa semuanya dari spesis yang sama iaitu yang warna ungu tu. Korang boleh petik tapi organizer akan kira based on berapa biji korang petik. Ya aku tak pasti berapa sebab kami tak petik pun, just tengok-tengok saja. Tak banyak tempat open untuk tengok kebun buah naga, jadi agak jakunlah. Kalau ada tempat yang masuk percuma, tak lakulah sini kan. HAHA. 



Harga masuk ialah RM10 untuk orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. 

wajib ambil gambar si sini sebab masuk Malaysia's Book of Record, ladang buah naga terbesar di Malaysia. Yang induk kebun maybe bukan di sini. 


Selepas kita balik dari kebun buah naga, kami pergi ke restoran terlebih dahulu. menu yang disajikan semua berasaskan buah naga. kalau nasi goreng itu, warnanya ungu. air-air semuanya pun ada buah naga, suprisingly sodap weh! HAHA. okay, yang kami beli ini, air dia ada asap-asap kan, siap ada aiskrim atas dia, harganya RM15.90. Kami actually nak smoothie tapi dah habis, tak apalah yang ini pun sodap! Kemudian kami beli teh buah naga atau dragon fruit tea, sedap masam-masam. Ada juga sambal buah naga, pastu kerepek buah naga dll tapi kami tak beli. kami makan fries je, haha kegemaran ramai. Oh ya, beli tiket RM30 tadi kan, dapat baucer untuk orang dewasa. 1 baucer berharga RM10 untuk pembelian RM30. Kiranya masa aku order tadi total RM32.40 gitulah, lepas guna baucer tinggal bayar RM22.40; bolehlah, sedap pun sedap. Untung jugak. Hehe

Meh aku nak share sikit pengalaman nengok pokok buah naga.


Mula-muka mereka tanam bersama-sama, banyak-banyak batang pokok buah naga pada satu tiang. Pokok buah naga macam pokok kaktus, berduri tajam, yang aku jangka memang boleh tahan kalau tiada air. Bila dah ada akar, baru boleh membesar sama-sama pokok-pokok ini. 


Kemudian, dalam banyak-banyak batang pokok buah naga, akan ada tumbuh buah naga di bahagian mana-mana pun, tak semestinya di pangkal ke, di hujung ke, di tengah ke. Ada yang berbuah dua biji pada satu batang, ada yang sebiji je, berdasarkan ketentuan Illahi. Memang bunganya cantik sis. 


Okay ini bunga yang makin matang ye. korang nampak yang hujung tajam tu kan, kalau tekan-tekan yang bahagian atas yang berat bukan bahagian bawah. jadi semakin nak ranum buah tu, dia akan tertolak ke bawah, ke bawah, sampai lah jadi buah naga yang kita nampak tu, yang jenis berlipat-lipat kulitnya tu kan. 


Okay korang nampak tak bahagian bawah tu, pokok-pokok gabungan tadi dah ada batang kayu tapi still tak kukuh nak duduk sebatang, jadi diikat pada tiang simen. Maka yang merimbun tadi bukanlah sebatang pokok je, tapi gabungan beberapa pokok. Lepas kita petik buah naga, akan panjang lagi batang tersebut. Kalau sudah layu, mereka akan cantas saja batang tadi dan akan tumbuh batang lain lagi. SUBHANALLAH, menarik gile!


Okay, kalau dah tak ada tempat nak pergi, mehlah datang sini. korang boleh buat ala-ala lawatan sekolah macam tadi masa kami pergi, ada sekumpulan orang dewasa rasanya ada company treats kot, pun datang sini dengan satu bas. Jadi, apa tunggu lagi, sila serbu. Sekian terima kasih. 

23 Jul 2023

Servis Sewa Pool Single Slide dan Pool Double Slide di Sekitar Johor Bahru

Salam dan Hai,

Berita baik buat warga Johor Bahru dan Kulai, kalau teringin nak sewa pool yang tengah viral tu, bolehlah contact no pada gambar. Ada single slide dan double slide tau. Wowwww RM170 je berbaloi sangat. Kena book awal sebab memang tak menang tangan order sana sini. 

Apa tunggu lagi, whatsapp sekarang. 

Terima kasih 

18 Jul 2023

Salam Maal Hijrah 1445 dan Azam Tahun Baru

Assalam wbt dan Hai,

Salam Maal Hijrah 1445.

Azam aku pada tahun 1445 Hijrah ialah sabar, jangan marah. Aku nak cuba formula 40 hari. Selepas aku berjaya buat 40 hari tak marah, insyaAllah aku boleh sabar sampai bila-bila. Dengan nama Allah, aku memohon semoga Engkau memudahkan urusan aku.  Aku akan update setiap hari sebagai peringatan untuk aku sendiri. Semoga aku dapat capai tahap kesabaran yang baik. InsyaAllah aamiin ya Allah, ya Mujib.


1 Muharram 1445 = 19 Julai 2023 ✅
2 Muharram 1445 = 20 Julai 2023 ✅
3 Muharram 1445 = 21 Julai 2023 ✅
4 Muharram 1445 = 22 Julai 2023 ✅
5 Muharram 1445 = 23 Julai 2023 ✅
6 Muharram 1445 = 24 Julai 2023 ✅
7 Muharram 1445 = 25 Julai 2023 ✅
8 Muharram 1445 = 26 Julai 2023 ✅
9 Muharram 1445 = 27 Julai 2023 ✅
10 Muharram 1445 = 28 Julai 2023 ✅
11 Muharram 1445 = 29 Julai 2023 
12 Muharram 1445 = 30 Julai 2023 
13 Muharram 1445 = 31 Julai 2023 
14 Muharram 1445 = 1 Ogos 2023 
15 Muharram 1445 = 2 Ogos 2023 
16 Muharram 1445 = 3 Ogos 2023 
17 Muharram 1445 = 4 Ogos 2023 
18 Muharram 1445 = 5 Ogos 2023 
19 Muharram 1445 = 6 Ogos 2023 
20 Muharram 1445 = 7 Ogos 2023 
21 Muharram 1445 = 8 Ogos 2023 
22 Muharram 1445 = 9 Ogos 2023 
23 Muharram 1445 = 10 Ogos 2023 
24 Muharram 1445 = 11 Ogos 2023 
25 Muharram 1445 = 12 Ogos 2023 
26 Muharram 1445 = 13 Ogos 2023 
27 Muharram 1445 = 14 Ogos 2023 
28 Muharram 1445 = 15 Ogos 2023 
29 Muharram 1445 = 16 Ogos 2023 
30 Muharram 1445 = 17 Ogos 2023 
1 Safar 1445 = 18 Ogos 2023
2 Safar 1445 = 19 Ogos 2023
3 Safar 1445 = 20 Ogos 2023
4 Safar 1445 = 21 Ogos 2023
5 Safar 1445 = 22 Ogos 2023
6 Safar 1445 = 23 Ogos 2023
7 Safar 1445 = 24 Ogos 2023
8 Safar 1445 = 25 Ogos 2023
9 Safar 1445 = 26 Ogos 2023
10 Safar 1445 = 27 Ogos 2023

Terima kasih. 

10 Jul 2023

Cita-Cita Sebenar Aku ialah Cikgu

Assalam wbt dan Hai,

Hari ini aku nak cerita tentang sesuatu. Aku sebenar-benarnya bercita-cita untuk menjadi seorang guru matematik. Sayangnya cita-cita aku tak kesampaian yang akhirnya membawa aku menjadi seorang jurutera. Bukan nak kata masyhuk atau tidak. Tapi aku lebih cenderung untuk belajar dan mengajar. Jadi jurutera tidak mengajar orang lain, nak-nak engineer cabuk macam aku. Hehe. 

Masa aku di sekolah, tiada pendedahan macam mana nak jadi cikgu. Nak kena belajar apa, di mana dll. Kebanyakannya pendedahan untuk menjadi seorang jurutera dan doktor. Itu yang termohon biasiswa Mara untuk jadi jurutera. Sayang seribu kali sayang. 

Sepatutnya, selepas SPM, aku perlu ambil Kolej Matrikulasi subjek Sains Fizik, kemudian sambung kepada Ijazah dalam Pendidikan Matematik. 

Kepada sesiapa yang masih tercari-cari nak belajar apa masa ijazah nanti, korang fikirlah sebaiknya supaya tidak menyesal di kemudian hari. 


Tak mengapalah, walaupun Allah tak mengizinkan aku mencapai cita-cita ini, semoga Allah membalasnya dengan berkat kesabaran yang ada. 

Terima kasih 

9 Jul 2023

KIV List Tempat Yang Nak Pergi Di KL dan Selangor

Assalam wbt,

Aku tuliskan list tempat yang dalam wishlist belum pergi dan dibuat di KL dan Selangor dan sekitarnya.

Aktiviti
1. Umrah sekeluarga berempat
2. Family Day
3. Ajak mak pergi Cameron Highland

Masjid
1. Masjid Negara
2. Masjid Seribu Selawat (Pangkor)
3. Tawfiq

Selangor dan KL
1. Kanopi Walk FRIM Kepong
2. Kanopi Walk Bukit Kerinchi
3. Go Kart
4. Ice Skating
5. ATV
6. Bowling 
7. Trampolin Jump Asia, PJ
8. Water Park Amverton
9. Naik KTM
10. Naik MRT dari Cyberjaya
11. Taman Pertanian Putrajaya
12. Wall Climbing
13. Air Terjun Kanchong Darat
14. Bukit Jugra, Banting
15. Berbasikal di Bukit Cherakah
16. Berbasikal di Taman Wetland Putrajaya
17. Cruise Putrajaya
18. Muzium Ilusi KL
19. Aquaria KLCC
20. Mines Cruise
21. Kidzania KL
22. 99 Park Selayang
23. Library Shah Alam
24. Library Negara
25. Galeri Islam KL
26. Water Fountain KLCC (Berirama)
27. Riadah Tasik Titiwangsa
28. Riadah Taman Botani KL
29. Upside Down House
30. Sunway Lagoon
31. HL Dragon Fruit Ecofarm Sepang
32. Beryll's Chocolate
33. Kuala Selangor Nature Park
34. Eagle Feed
35. Sky Mirror, Kuala Selangor
36. Lover Bridge Tg Sepat
37. KL East Park
38. Pantai Tg Rhu, Pulau Carey
39. Paya Indah Discovery Wetlands, Kuala Langat
40. Rumah Penghulu Abu Seman, KL
41. Muzium Orang Asli
42. Snow Walk I-City
43. Library Arraudah Bukit Jelutong

Di Luar Selangor dan KL
1. Mencari remis di pantai Melaka
2. Naik banana boat di Port Dickson
3. Pulau Pangkor
4. Pantai di Kuantan
5. Terengganu
6. Kelantan
7. Perlis
8. Kota Tinggi
9. Cruise Sg Perak, Haven Hotel
10. Zoo Melaka
11. Zoo Taiping
12. Bukit Larut
13. Legoland
14. Muzium Hello Kitty, JB
15. Tanjung Piyai, Pontian
16. Minyak Beku, Batu Pahat
17. Kolam Air Panas
18. Stadium JDT 
19. Naik feri
20. Rumah Adabi Kuala Kangsar
21. Mersing
22. Jalan2 dalam Penang (
23. Pantai Merdeka, Kedah
24. Gunung Jerai, Kedah
25. Kuching

Jom minum kopi secawan, tarik nafas. 


30 Jun 2023

Nak Order Apa di Richiamo?

Assalam wbt dan Hai,

Jom beli coffee di Richiamo sebab harganya memang harga mampu milik, rahmah lah kiranya. kalau nak compare dengan kedai coffee lain. Rasanya pun boleh tahan sedap!

1. Ice Blended Caramello Chocolate
2. Hot Caramello Latte 



Mampu milik kan? Dua outlet yang boleh pergi sekitar Shah Alam yang confirm dapat parking, satu di Richiamo Putra Height, satu lagi di dalam UITM Puncak Alam. Kalau lokasi di Bukit Jelutong dan SS15 Subang Jaya, MasyaAllah memang susah dapat parking ya. Okay selamat mencuba!! 


Terima kasih. 

28 Jun 2023

Nasi Lemak Ayam Crispy TTDI Jaya Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Hari ini aku nak share korang makanan sarapan sedap di Taman TTDI Jaya Shah Alam. Aku tak pasti weekend beroperasi atau tidak tetapi waktu hari berkerja memang ada. Kedai dibuka seawal 7 pagi tapi ayam goreng crispy seawal 730 pagi. Ada dijual nasi kerabu juga dan nasi lemak. Aku memilih nasi lemak. Rasanya manis-manis kelantan. Ayam crispy dia memang sodap gile nak mampuih, RM5 sahaja untuk sepotong, murah jugalah aku kirakan. Ramai sudah beratur masa aku sampai ke gerai. 


Nak order, nah contact 0172027456 (Eina)

nasi lemak sedap RM2 sahaja, portion banyak!


Sekian, terima kasih. 

27 Jun 2023

Gerai 20 Yeop dan Noor - Gerai MBSJ Nasi Lemak dan Nasi Campur Aneka Lauk

Assalam wbt dan Hai,

Hari ini review makan di Gerai 20 Batu Tiga Shah Alam. Gerai ini mudah sangat nak cari. Kalau nak google, tolong google MAKAN MAKAN BATU TIGA dalam Google Maps, insyaAllah membantu nak ke sini macam mana. Kalau dulu, kita ada Gerai 16, Roti Canai Pak Ali saja di kawasan sini untuk bersarapan, sekarang kita ada aneka juadah nasi lemak, lontong, sup semua ada. Sedap-sedap belaka. kenapa kita kena support sebab di sini memang totally orang Melayu yang menjual, halalan toyyiba. Jemput datang ya. 


portionnya banyak ya, kenyang sampai tengah hari. Harga normal seperti biasa. 


Jemput datang sini. Terima kasih. 

25 Jun 2023

Makan Nasi Ayam di Gerai Nasi Ayam Ayah Batu Tiga Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Jom makan nasi ayam dijamin kenyang sampai petang sebab portionnya banyak dan korang boleh pilih nak ayam bahagian apa. Harganya RM8 sepinggan. memang sedap sangat insyaAllah halalan toyyiba. Gerai ini dibuka setiap hari setakat yang aku nampak ye. Hampir setiap hari yang kalau kedai tak buka pun dia buka tak kira ada perayaan ke tidak. Aku pun tak pasti bila masa dia tutup. Masa bazar ramadan haritu, mereka jual ayam golek seekor RM35 tapi masa bukan ramadan, tak ada jual ayam golek. mungkin hari-hari tertentu aje ada ayam golek. 

Kalau korang nak extra kuah sos ke, kuah sup ke, boleh minta bila-bila. mereka tak kedekut. itu yang aku suka. tapi tambah portion ayam, korang kena bayar lah. hehee. yang itu melebih-lebih, orang bagi betis nak paha. hikhik...

Oh ya, korang google maps nama MAKAN-MAKAN BATU TIGA ; baru jumpa. gerai ini terletak paling hujung, no 1 lah kiranya. Jom makan!

Kedudukannya di kawasan Gerai MBSJ Batu Tiga Shah Alam



24 Jun 2023

Makan Nasi Ayam Lansitta Seksyen 13 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Aku cuba makan nasi ayam Lansitta yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. kalau korang tahu premis Perodua Seksyen 13 yang berdekatan dengan Giant Seksyen 13, gerai ini memang kawasan sekitar situ. Kalau petang-petang bazar ramadan ada di situ. Dalam jam 1 petang dah habis gais! Gile gempak! Portion banyak. Harga pun mampu milik iaitu RM8. Masa kami sampai, last kopek dah ha... oleh sebab nak rasa jugak, jadi kami beli. 


Rasanya sedap cuma over promo kot. Not bad gitulah nasi ayam. Alhamdulillah kenyang. Cuma aku prefer Nasi Ayam Ayah Batu Tiga lagi. Hehe... 

Terima kasih 


23 Jun 2023

Nasi Lemak Di Depan Jalan Esei TTDI Jaya, Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Aku try singgah beli nasi lemak yang terletak di jalan utama berdepan dengan simpang Jalan Esei TTDI Jaya Shah Alam. Kebanyakan yang membeli memang yang kerja-kerja di kawasan sini saja. portion nya banyak dan sedap. Kalau selalunya harga nasi lemak RM2, tapi oleh sebab portion dia agak banyak jadi harganya RM3 ya. Kalau tambah lauk, bertambahlah harganya. Banyak juga lauk-lauk tambahan yang lain, sedap-sedap! Dan tak ada lah pedas sangat. just nice. Jom lah beli kat sini. 



Sekian, terima kasih. 


Sekian, terima kasih. 


13 Jun 2023

Cerita Hantu Seram di MRSM Kuala Klawang Tahun 2003

Assalam wbt dan Hai,

Aku saja nak simpan di sini. Aku ada cerita seram. 

Masa aku berada di tingkatan 3, aku tinggal di blok A, lebih tepat A106. Katanya sekarang kedudukan asrama kami sudah ditukar menjadi lab sains. aku pun tak pasti kenapa. Tetapi memang banyak kejadian aneh di situ. 

Hari itu, bunyi jam loceng aku membuatkan aku terjaga. Aku tengok jam sudah menunjukkan jam 5 pagi. Aku tengok jam loceng room-mate aku dan jam mereka juga menunjukkan jam 5 pagi. aku yakin lalu bingkas bangun segera ke toilet. Kalau lewat sikit, tak dapat turn mandi awal. Aku sudah berniat untuk ke surau pagi itu. Masa aku tiba di toilet, toilet kosong. jadi, aku boleh basuh baju terlebih dahulu sementara kosong. Semasa aku basuh baju, aku terdengan bunyi toilet shower. Perasaan berdebar-debar tadi lega sekejap sebab ada orang lain sudah bangun. Kemudian lepas aku selesai basuh baju, aku pun nak mandi. bilik mandi ada 5 dalam satu row. total ada 10 buah bilik mandi. orang tersebut duduk di bilik mandi ketiga. aku mula-mula mahu mandi di bilik mandi sebelahnya tetapi tak jadi dan mandi di bilik air kelima. kiranya selang sebuahlah kan. aku tegur juga, baru mandi ke? tapi tiada jawapan. so, aku pun teruskan urusan aku. masa aku keluar, aku pun lupa dia ada lagi ke tidak dalam bilik mandi. aku angkat baldi aku. aku berkira-kira sama ada nak sidai baju atau tak. instinct aku kuat mengatakan jangan sidai lagi. aku pun berhenti dan tinggalkan baju aku di kawasan baldi-baldi, betul-betul dekat pintu keluar nak ke ampaian. aku pulang ke bilik aku. kemudian, aku bawa keluar baju uniform sekolah yang belum digosok. aku lihat masih ramai lagi yang belum bangun. aku pelik tapi aku buat tak tahu saja. kemudian, aku pergi ke bilik iron. kelihatan sunyi kemudian aku tak jadi nak iron baju sebab sekali lagi instinct aku kata tak selamat. jadi aku masuk bilik aku semula. masa itu aku baru tengok jam. sekarang jam 5 pagi wey. HAHAHA. aku tengok jam room-mate aku, memang pukul 5!! HAHAHA. habistu tadi jam berapa wey???? 

Okay cerita habis, sebab aku tidur balik, mujur tak demam. Kemudian aku cerita kepada room-mate aku dan mereka pun percaya tak percaya. Tak apalah.

Tak lama gitu, perkara yang sama terjadi kepada budak bilik sebelah. Dia basuh baju dan dia memilih untuk menyidai baju di ampaian. Itu saja bezanya. pagi itu, perangai dia pelik dan akhirnya, dia pengsan. Katanya dia kena rasuk dan dia tak ingat apa-apa sejak dia menyidai baju. Ahhh sudah....

Mungkin memang benda itu nak kacau budak-budak asrama kot. Alhamdulillah aku selamat wey... Seram kalau tak.


Itu saja. kalau ada lagi, nanti aku cerita lain. 


Sekian terima kasih. 

12 Jun 2023

Jom Minum Air Teh Tarik 3in1 Old Town White Coffee

Assalam wbt dan Hai.

Aku selalu tercari-cari teh tarik 3 in 1 yang sedap. Ternyata aku dah jumpa! Tolonglah beli jenama Old Town White Coffee. memang sedap, tak kisahlah panas atau sejuk letak ais. Boleh dapatkan di 99 Speedmart terdekat anda. Harga dalam RM10+ jugalah. Kau jangan compare dengan mamak pulak. memang tak sedap mana lah hehee.... 




Terima kasih!

11 Jun 2023

Borang Mastautin Selangor - Tinggal di Selangor Lebih 10 Tahun

Assalam wbt dan Hai,


BORANG PEMASTAUTIN

Korang yang especially nak apply kerja di Selangor mesti ada bukti yang korang sudah tinggal di Selangor lebih 10 tahun. Sebenarnya 10 tahun ini termasuk waktu kita belajar di universiti. Jadi kira bonus jugalah siapa belajar di Selangor kemudian bekerja di Selangor. Aku buat pengesahan sekitar 2 tahun yang lalu sebab nak beli Rumah Selangorku. 

Kemudian selepas korang isi borang pdf tersebut, korang boleh pergi jumpa Penghulu kawasan korang untuk surat akuan. Penghulu jarang ada di office, kalau ada, adalah. Kalau tak ada, korang kena pergi esok hari. Kebetulannya masa aku pergi, dia ada di office, jadi beruntunglah aku. Alhamdulillah. Kenapa dia jarang ada di office, sebab Penghulu selalunya akan cover beberapa Pejabat Tanah di negeri tersebut. Oh ya, boleh jumpa Penghulu di Pejabat Tanah dan Galian di Subang; tak payah korang cari di kompleks kecil-kecil. Jarang dia datang situ waktu office hour pagi-pagi. 

Alamatnya ialah 

Petaling District Government Office Complex

1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor

Masa sampai di kaunter pertanyaan terus bagitahu nak ambil sign Tok Penghulu untuk pengesahan pemastautin, nanti mereka bagitahu office nya di mana. Yelah lama sikit kena sidai, bukan kita sorang yang nak ambil sign dia, ramai yang beratur. InsyaAllah Tok Penghulunya sopan santun sahaja. Namanya En Bahron Zaman bin Majid. Kalau nak telefon nak tanya keberadaan Tok Penghulu boleh saja tapi macam susah nak tembusi talian. 

Sekian, terima kasih. 




8 Jun 2023

Kelas Memanah - Akademi Memanah Thalhah - Archery di Seksyen 16 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai

Kalau korang teringin nak hantar anak pergi ke kelas memanah, boleh hantar di sini. Perlu bayar RM20 untuk pendaftaran dan RM79 setiap bulan. Sesi kelas adalah 2 jam setiap kelas dan 2 kali sebulan. Kira total kelas dalam 8 jam. Kalau tak datang kena bagitahu awal dan boleh ganti kepada hari-hari yang lain. InsyaAllah dalam masa sebulan sudah pandai memanah walau tak tepat sasaran. Ada juga aktiviti pertandingan antara beberapa kelab memanah. Boleh join kalau nak, bukan wajib. 

Kalau berminat, boleh pergi ke Akademi Memanah Thalhah yang terletak di Seksyen 16 Shah Alam. Dekat belah JPJ sana, bukan belah Jakel. Kelasnya ada di bahagian premis belah atas ya. Korang boleh pilih kelas ikut kekosongan yang ada. Kelas selalunya ada pada hari Jumaat hingga Ahad. Kalau ada kelas ganti sebab Public Holiday, nanti mereka akan bagitahu. 

Once dah register, nanti nombor phone kita akan dimasukkan dalam group whatsapp. Ya memang boleh tahu tahap pencapaian anak kita. Nanti adalah video mereka memanah, best tau.... apa tunggu lagi. boleh WHATSAPP 




Terima kasih. 

7 Jun 2023

Kuih Kapit Super SEDAP !

Assalam wbt dan Hai

Memang sedap sangat kuih kapit dia ni tau. Aku dah dua kali repeat. Rangup pun iya. Memang sekali makan tak boleh berhenti! Aduhai berhantu betul. Dia open order bebila saja, even lepas raya. Cuma aku beli. Cuma aku tak tahu macam mana orang lain nak order yelah sebab kita di Selangor tetapi pembuat kuih ini di Johor Bahru. Ha Gitu. Aku beli sebab budak office aku ejennya.

So far, harga ini. mungkin akan naik nanti. 
Mix : Coklat+peanut Rm22
Mix : Coklat+strawberry Rm22
Strawberi Rm22
Peanut Rm20
Chocolate Rm20



Nampak pun dah menarik kan? 

Terima kasih.

5 Jun 2023

42 Perkara Yang Aku Rindukan Di MRSM Jasin 2004-2005

Assalam wbt dan Hai,

Apa yang aku rindukan di sini? MRSM Jasin circa 2004-2005 langsung tak strict gile. langsung! seriously langsung! 

1. Abah aku datang, sekali aje tu pun dah happy sangat! Bawa daging ungkep dan seluar. makan depan abah aku lagi tu. abah aku datang naik bas. 
2. Makan Nasi Ayam Merah setiap hari Jumaat, siap pakej dengan aiskrim
3. Makan berbuka puasa sama-sama dengan 1 batch setiap hari
4. Makan nasi ambeng dalam dulang dengan room-mate
5. Pergi makan dengan room-mate 
6. Tak wajib pergi prep pun, tak kena denda; cuma takut wey duduk sorang-sorang
7. Tak wajib solat jamaah di surau waktu subuh, cuma Magrib dan Isyak yang wajib
8. Makanan sedap, makan 6 kali sehari 
9. Jadi budak koop, dapat makan yang sedap-sedap sebab upah
10. Skip prep sebab join budak koop melepak
11. Tak ada ranking setiap semester, eh kita tak tahu orang tu nombor berapa
12. Ada banyak gile program perkhemahan
13. Ada program camping badan beruniform di hutan untuk satu batch; aktiviti menarik sangat!
14. Selalu ada program talk motivasi
15. Selalu ada kelas tambahan subjek 
16. Ada program mentor mentee dengan budak pandai dalam sekolah, bahagi random
17. Ada kolam renang
18. Ada roll call pagi-pagi before masuk kelas, cuci mata oi
19. Ada ceramah-sharing session dengan BADAR setiap sabtu malam ahad; kadang ada ustaz luar datang untuk bagi ceramah
20. Semua badan beruniform aktif gileeeeeee; even aku Puteri Islam pun  
21. Ada kelab setem dan kelab apa-apa yang kau minat,boleh join. 
22. Ada kuiz kebangsaan yang wajib korang join, mahu ke tak mahu. tambah sijil haha. contohnya Kuiz Fizik Kebangsaan, Kuiz Kimia Kebangsaan, Kuiz Angkasa dll
23. Banyak program luar korang kena hadiri sebab nak ramaikan umat peserta haha. contohnya hari launching MITC Melaka
24. belajar ada crush
25. kawan ramai walaupun skarang tak ada yang masih contact haha
26. weekend pergi pasar malam beli mi tangkak. sedap wey! naik van bayar 50sen
27. minggu aktiviti yang mengasyikkan; aktiviti best gile!
28. pernah join program cat tabika sekolah. best!
29. pernah join program sembelih lembu korban
30. pernah join launching rocket yang guna botol air tu kan, kat sini jumpa husband tapi masa tu tak kenal lagi. HAHA
31. ada kaunseling kerjaya, yang patutnya aku tanya pasal kerjaya guru, itu yang paling aku kesalkan
32. ada waktu STAR iaitu boleh buat apa saja yang korang nak, kami selalunya tidur. hehe
33. sekelas dengan budak-budak ramai peminat haha. seronok wey tengok telatah
34. ada program secret admirer tu kat kelas dan aspuri, yang tulis surat tapi misteri. kelakar okay
35. nyanyi lagu januari sama-sama dengan budak perempuan 501
36. ada banyak pertandingan contoh, nasyid. 
37. ada sambutan hari guru yang best
38. ada bacaan al-mulk before tidur kat tepi longkang
39. basuh baju tak berebut, gosok baju tak berebut, sebab dak asrama aku semua suka last minit
40. kami pernah cekup pasangan dating kat lab fizik, pastu lari. lawak betul
41. Nasi lemak Dewan Selera
42. hari sukan ada rentas desa, masa aku kt kuala klawan tiada rentas desa




Okaylah cukup setakat ini sebab aku dah penat. HAHA

4 Jun 2023

Cerita Hantu Seram di MRSM Jasin Tahun 2005

Assalam wbt dan Hai,
Aku saja cerita yang aku suka stay up malam-malam. MRSM Jasin memang best gile sebab tak banyak peraturan macam sekolah common asrama. Kami ada light off tapi tak ketat. Kalau ada kerja sekolah, masih boleh bukak lampu. Kami duduk kiub, satu bilik 4 orang tapi dipisahkan dengan dinding plywood sahaja. Tak tebal mana yang kau boleh dengar apa orang sebelah borakkan. 

Masa itu, aku hadap tingkap. tingkap bilik kami menghadap Blok F; bahagian Koperasi Asrama, bukan bilik budak-budak lain. Kami duduk di Blok E. Aku dengar suara lelaki mengaji al-Quran dengan suara yang kuat. Aku tanya room-mate aku ada dengar apa-apa? Dia kata tak dengar suara lelaki. Ah sudah! Aku saja yang dengar. Apa lagi, aku tutup tingkap lepastu aku terus tidur. Cuak weyyy. Esok baru aku cerita dengan room-mate aku. Seminggu jugalah tak stay up sebab cuak. HAHA.

Okay itu saja. 

Terima kasih. 

3 Jun 2023

Cerita Hantu Seram di Dewan Laksamana MRSM Jasin Tahun 2004

Assalam wbt dan Hai,

Aku cerita pula kisah seram di MRSM Jasin pada tahun 2004. Masa itu, masih lagi bernama MRSM Jasin, belum ditukar kepada MRSM TGB (Tun Ghaffar Baba). 

Waktu itu, surau sedang direnovate. Jadi, kami perlu solat di Dewan Laksamana aka Delaks, dewan ini selalunya dijadikan tempat bermain badminton. Jarang digunakan kalau tak ada orang main badminton petang-petang, yelah kami semua ni kan "RAJIN" sangat nak beriadah. Jadi masa itu memang tiada pilihan lain, dewan itu saja yang available untuk digunakan secara sementara sebab nak bentang karpet semua kan. Oleh kerana kedudukan Delaks memang jauh dari aspuri, maka tak ramai datang solat masa itu. Seusai selesai solat maghrib, macam biasa sudah menjadi kebiasaan kami akan minta maaf dengan orang sebelah kiri dan kanan sebab takut-takut ada terbuat salah seperti terpijak telekung, terduduk atas kaki dia dll. Jadi aku buat perkara yang sama kepada orang di kiri dan kanan aku tadi. Seusai imam selesai membaca doa selepas solat, aku pun salam dengan orang di kiri dan kanan aku tadi. Aku nampak kakak sebelah kepada orang di kiri aku tadi, dia pandang aku, aku ingat muka dia, nama dia Kakak A. Lepas dia salam-salam, dia ajak kawan dia pergi ke bahagian saf belakang sekali. Aku toleh ke belakang, nampak dia borak-borak. Aku pun tak perasan orang di kiri aku tadi pergi ke mana. 

Kemudian tak semena-mena dengar orang meracau kerasukan. Rupa-rupanya Kakak A yang aku kenal tadi. Sudah! Semua pun cuak! dia menjerit-jerit. Ustazah dan cikgu2 segera mendapatkan dia. Risau wey. Kami buat satu bulatan untuk baca yaasin beramai-ramai. Masa itu, dia sedar sekejap. Cikgu tanya kenapa, dia jawab orang sebelah kanan dia tak ada muka! Wey!!!!!

Qiblat ↑
KAKAK A; XXXXXX ; AKU  (Kedudukan saf tadi)

Wey!!! maknanya XXXXXX tadi ialah???? Uwaaaaa... Aku dah cuak wey, dia dahlah duduk sebelah aku tadi. masya Allah. Alhamdulillah bukan aku yang kerasukan! Aku memang tak pandang dia masa salam. Dan aku tak ingat jugak nak pandang muka dia masa salam, dan aku tak terfikir pun nak ingat tangan dia macam mana. Aku tulus mulus ikhlas saja solat. Masya Allah. memang seriau. Aku tak ingat juga aku bagitahu room-mate aku on the spot atau aku cerita pada keesokan harinya. Lepas daripada itu, kami sudah jarang-jarang pergi solat di Delaks, sampai surau dah elok semula. HAHA. hadoyai... 

Sekian, terima kasih. 

1 Jun 2023

Koleksi Habiba dan Koleksi Sweet Danisha Zhulian 2023

Salam dan Hai,

Kita ada koleksi Emas Zhulian yang baru untuk tahun 2023. Memang cantik. ada banyak gelang klip kertas yang baru. 

Boleh hubungi saya kalau nak beli. Ada harga yang menarik menanti anda.


Terima kasih.