TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

31 Dec 2022

Jom Makan Daging Harimau Menangis

Assalam wbt dan Hai,

Sedap sangatlah daging harimau menangis rupanya... Jadi aku beli sebungkus, siap ada percuma dua jenis sos pedas, satu warna hijau, satu warna merah. Korang boleh makan ala-ala korea, yang letak dalam daun salad. Wowww memang berbaloi beli. 

kandungannya dalam 450gram, boleh tahan banyak! Jadi teringin nak beli ke?
Meh whatsapp dengan kakak kite ye... WHATSAPP

Sekian, terima kasih. 

30 Dec 2022

Jenis-Jenis Nama Beg

Assalam wbt dan Hai,

Saya baru tahu yang bentuk-bentuk beg ada namanya. Hehe. Yang saya tahu dan backpack aje... banyak lagi rupanyaaaaa... Jom kita kenal sama-sama. 

Terima kasih. 

29 Dec 2022

Guna Myrapid Dengan #paskeluargamalaysia

Assalam wbt dan Hai,

Kami berpeluang menggunakan kenderaan awam MyRapid seperti LRT dan MRT dengan hanya RM15. Harga ini ialah harga yang kita perlu bayar untuk naik secara percuma untuk satu hari. KTM dan ERL tidak termasuk ya. Memang jimat sangat-sangat!

❤️ 4 orang (keluarga / kawan-kawan tak kisah janji jumlahnya 4 orang)
❤️ Mesti ada 4 kad touch n go yang memiliki baki lebih RM5 setiap kad
❤️ Bayaran RM15 ditolak daripada kad. Yang memiliki baki paling banyak
❤️ Perlu berurusan di kaunter sahaja sebelum menggunakan kad, staff nak setting dulu ye

LRT Subang Jaya ke LRT Pasar Seni = RM4.20
MRT Pasar Seni ke MRT Merdeka = RM1.00
LRT Plaza Rakyat ke LRT Bukit Jalil = RM3.70
LRT Bukit Jalil ke LRT Subang Jaya = RM6.70
Untuk 4 orang = RM

Semuanya harga jika bayar tunai. 

Jimat sangat-sangat kan. Jadi, apa tunggu lagi jom lah guna Pas Keluarga Malaysia untuk MyRapid. 


Terima kasih. 

28 Dec 2022

Waffle Sedap di Giant Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Sebelum nak cerita, waffle ni kita sebut wa-fel, bukan way-fel. Hehe... Aku pun salah sebut juga dulu-dulu, baru tahulah salah kan. Now kita sebut sama-sama ye, wafel. Ha gituuu...

Ya hampun memang sedap sungguh waffle kat sini. Baik nutella, peanut, strawberi, semuanya sedap. Boleh beli dua perisa juga. Maybe penjualnya sangat ikhlas membuatkan waffle sedap hingga ke akhir. Alhamdulillah. 

Marilah beli di sini ya. 


Hanya RM6, berbaloi dan sedap. 


Terima kasih. 

27 Dec 2022

Kek Indulgence Versi Hidayah Bakes

Assalam wbt dan Hai,

Korang kalau teringin nak makan kek simple-simple, korang boleh beli dengan Hidayah Bakes. Memang sedap dan puas hati. Harganya pun aku kirakan sangat murah berbanding kek-kek lain. Harganya RM27. Memang sedap dan berbaloi jika membeli kek ini. Korang pun bolehlah beli ya. 





Sekian, terima kasih.

26 Dec 2022

Membeli Kek Batik Maksyu dengan Pos Sahaja

Assalam wbt dan Hai,

Korang boleh beli kek batik di sini, aku beli di IG je gais. Sedap wey, memang guna bahan-bahan premium. Harganya juga sangat affordable. Saiz XL berharga RM49. Korang beli juga nak pos kek batik ya atau guna lalamove. 








Jemput makan.

Terima kasih. 

24 Dec 2022

Naik Tangga Putrajaya Steps

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang tercari-cari tempat nak meluangkan masa bersama keluarga, datanglah ke Tangga Putrajaya Steps. Masuk sini percuma sahaja. Parking juga percuma. 

Nak pergi sini, korang hanya perlu google namanya dan terus jumpa tempat parking. Parking ada dua, sama ada korang nak naik kemudian turun atau turun kemudian naik semula. Kami memilih untuk turun kemudian naik semula. Dua-dua belah ada juga parking. Cuma kalau korang pilih option naik baru turun tangga, korang perlu melintas jalan besar, which aku memang tak prefer.

Sebenarnya  

Gambar menaik


 

Kat belah atas, ada ini, dan sebenarnya sudah dirasmikan sejak 1995! Kenapa kita baru tahu sekarang??? aduhai... hehehe


Jemput datang.

Terima kasih. 


23 Dec 2022

Catatan : Sungai Furat Semakin Kering

Assalam wbt dan Hai,

Sungai Furat semakin kering. Saya compilekan ceritanya di sini untuk pembacaan masa hadapan. Jika kalian mahu mencari di dalam peta, namanya Euphrates River. Para cendekiawan terdahulu memanggilnya Sungai Furat atau Lembah Furat, masih merujuk tempat yang sama. Sungai itu terbentuk menerusi pertemuan Sungai Karasu dan Murat di Tanah Tinggi Armenia, Eufrat menuruni antara banjaran utama Pergunungan Taurus ke dataran tinggi Syria.


Sungai Furat ini mengalir dari pergunungan tinggi di tenggara Turki, mengalir ke Syria kemudian merentasi Iraq membentuk lembah sebelum masuk ke Teluk Parsi. Sungai Furat ini ada kembarnya iaitu Sungai Tigris yang menghulu dan menghilir di kawasan yang sama, bezanya ia tidak mengalir dalam negara Syria.

Ia kemudian mengalir melalui barat Iraq dan tengah untuk bersatu dengan Sungai Tigris. Lembahnya mempunyai pengairan yang banyak pada zaman dahulu dan banyak bandar besar, sebahagian daripada runtuhannya masih kekal, memenuhi tebingnya. Dengan Tigris, ia mentakrifkan kawasan yang dikenali secara sejarah sebagai Mesopotamia.


Sungai ini banyak memberi gambaran tentang Hari Kiamat dan ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak terjadi Hari Kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata 'mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu." (Hadis Riwayat Muslim, No 5152)



 

Hadis ini jelas memberi gambaran bahawa perebutan bukit emas itu akan berlaku dan pertumpahan darah yang dahsyat akan terjadi kerana mahu merebut kekayaan berkenaan. Rasulullah SAW dalam hadis di atas menjelaskan bahawa daripada 100 orang yang bertempur, 99 orang akan mati dan hanya seorang saja yang hidup. Begitulah dahsyatnya perebutan harta berkenaan dan sebagai umat Islam, Nabi SAW sudah mengingatkan kepada kita semua supaya tidak mengambil harta berkenaan walaupun sedikit.


Kemarau, cuaca panas, empangan dan perubahan iklim dunia. Inilah antara yang menyebabkan Sungai Tigris dan Sungai Furat (Eufrat) yang sudah mencecah usia ribuan tahun ini semakin kering. Saintis dan ramai manusia meramalkan sungai-sungai akan kering sepenuhnya menjelang 2040. Sungai Tigris kini semakin susut dan semakin kering sekaligus membongkar rahsia penemuan tinggalan sejarah berusia 3,400 tahun di sungai itu.


--------------------------------------------------------------------------------------


SEJARAH


Dari aspek sejarah, Lembah Furat ialah lokasi di mana bangunnya tamadun Mesopotamia antara 10,000 SM sehingga abad ke-7. Dalam tamadun ini pula wujud kerajaan-kerajaan yang bersilih ganti memimpin tamadun termasuklah Akkadia, Babylon, Assyria, Seleucid dan banyak lagi.

 

Apabila kita sebut Babylon, teringkatlah tentang Nabi Ibrahim a.s. dengan Raja Namrud (Nimrod). Nabi Ibrahim lahir di Ur, Iraq iaitu dalam Lembah Furat.

Sebahagian kawasan Lembah Furat dikuasai Empayar Parsi Sassanid sekitar abad ke-3. Kerajaan Islam semasa pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin memulakan operasi penyebaran Islam ke Empayar Parsi pada tahun 633 yang berpusat di Ctesiphon, pinggir Sungai Tigris.. Justeru, laluan utama untuk ke sana ialah melalui Lembah Furat. Antara pertempuran yang tekenal ialah Pertemuran al-Qadisiyyah di mana semasa pasukan Sassanid yang dipimpin Rostam Fakhrozzad.

 

Israel Raya

 

Bahagian barat Lembah Furat ialah impian Israel sejak sekian lama untuk membentuk Israel Raya. Perencanaan ini telah disebut oleh Theodore Herzl, pengasas Pertubuhan Zionis. Rencana ini semakin direalisasikan melalui Perjanjian Sykes Picot 1946, Deklarasi Balfour dan Deal of the Century 2017. Menurut Herzl, Israel Raya ialah kawasan yang luas antara Sungai Nil dan Sungai Furat.




 

Geologi Permukaan

 

Lembah Furat dikelaskan berada dalam Dataran Mesopotamia yang terdiri daripada endapat tak konsolidat berusia Kuaterner. Dataran ini bersebelahan dengan Platform Arab di bahagian barat yang lebih tinggi dan stabil dari segi tektonik. Ahli geologi Iraq tidak menemukan apa-apa struktur sesar dalam kawasan lembah, kecuali di bahagian utara di mana sesar adalah searah dengan arah sungai Furat.

 

Di bahagian hulu dalam Turki, anak-anak sungai mengalir melalui batuan volkano-sedimen berusia Tertiar, metamorf Mesozoik dan batu kapur Eosen manakala di Turki, anak-anak sungai bermula dari marl – batu kapur Paleogen, batu pasir – konglomerat – batu kapur Neogen dan volkanik – basalt.




Terdapat juga anak-anak sungai yang mengalir dari bahagian Arab Saudi, kebanyakkanya berasal daripada wadi yang melalui batuan karbonat Kapur. Di bahagian utara Iraq pula tersingkap Formasi Euphrates, Formasi Anah dan Formasi Nfayil yang terdiri daripada batu kapur dolomit dan marl serta karang.

 

Suburnya Lembah Furat memang tidak dapat disangkal lagi berdasarkan pengetahuan geologi, ditambah lagi dengan keadaan sistem saliran air yang sentiasa kekal tanpa dikesani kemarau.

 

Lembah Furat mungkin lemah dari aspek tektonik lebih-lebih lagi apabila berlakunya gempa. Zon gempa aktif yang terhampir dengan Lembah Furat ialah Jalur Zagros yang menyempadani Plat Arab dan Plat Eurasia. Sekiranya gempa berlaku di sekitar Iraq dan Iran, permukaan Lembah Furat yang didominasi endapan tak konsolidat cenderung untuk terjadinya likuefaksi atau pencecairan tanah seperti yang terjadi di Palu, Indonesia.

 


Sumber 1 


Sumber 2


Sumber 3


Sumber 4 : Coretan Akiaji Aki aji





22 Dec 2022

Nasi Goreng Murah Giler di Food Court Seksyen 2 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Nasi Goreng Student di Food Court Seksyen 2 Shah Alam memang sedap!!! Sudahlah murah. Yang aku tunjuk di dalam gambar di bawah, harganya cuma RM5-6 saja doang! Ya hampun, apasal murah sangat dengan nasi yang melimpah ruah, kemudian ada telur mata lagi, siap ada sup. Murah sampai tak boleh hadam berapa keuntungan hakak yang jual.



Korang datang saja ke Food Court Seksyen 2; kat situ semua makanan memang boleh menjimatkan poket anda. Parking banyak wey, jangan risau. 

Jemput makan!

Terima kasih.

6 Dec 2022

Vietnamese Rolls 𝓉𝒽𝑒 𝓁𝒶𝓁𝒾𝓃'𝓈 𝓀𝒾𝓉𝒸𝒽𝑒𝓃

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang teringin nak makan Vietnamese Rolls yang sangat sedap gileeee di sekitar Shah Alam, korang boleh cuba dengan The Lalins Kitchen! Sedap sangat!!




Aku memang tak suka makan vietnamese rolls tapi yang ini exception. ha gitu.... tolonglah beli juga ya... 5 biji berharga RM11. Pilihan ketam dan udang. Okay selamat makan.


Terima kasih.

5 Dec 2022

Memori Burger Prosperity McD

Assalam wbt dan hai,

Saja nak share kisah burger prosperity mcD. Aku dilahirkan dalam kalangan keluarga biasa-biasa yang serba kekurangan. Aku tak kenal langsung makanan segera KFC dan McD. Pertama kali makan mekdi semasa berumur 15 tahun, makan burger prosperity. Itupun sebab kawan aku teringin nak makan mekdi pastu cikgu homeroom dia nak belanja makan. Kebetulan kawan aku baik juga dengan aku time itu, jadi dia ajaklah aku sekali. Alhamdulillah merasa makan.

Lepastu aku tak pernah dah makan sampai umur aku 21 tahun. Kahkah. Lepas 6 tahun jadi krik krik nak order apa. Malu-malu kuceng takut kena gelak dengan member, aku beli burger paling murah iaitu burger fish n chip, pastu air mineral. Sekali total mahal jugak, baik beli satu set. Kelakar betol. 

Bila dah masuk zaman kerja, selalu dah lah beli burger mekdi. Sampai sekarang, burger prosperity jadi kegemaran. 

Terima kasih

4 Dec 2022

Beli Screen Protector I Phone 14 Pro Max di Rock Space Plaza Lowyat

Assalam dan hai,

Ahha barang panas, memang belum banyak kedai yang ada design screen protector IPhone 14 Pro Max. Jadi merantaulah ke Plaza Lowyat di Kuala Lumpur untuk beli. Nama kedai, Rock Space, terletak di Tingkat 1, nombor kedai 42. 

Ada dua jenis, jenis tempered glass dan silicone. Harga dari RM69 - RM99 bergantung kepada pilihan korang. Staff sangat friendly dan dia akan share jenis screen protector yang sesuai dengan handphone korang. Kebanyakan pengguna Iphone akan beli screen protector di sini. Casing Iphone juga boleh dibeli di sini, harganya ada yang lebih murah daripada di Machine. Heh3. Casing phone jenis lain, hampir tak ada. 

Okaylah selamat membeli. Yeahhh...

3 Dec 2022

Nasi Lemak Cafe Fanaa Sungei Wang dekat dengan Times Square

Assalam wbt dan Hai,

Sedap nasi lemak di sini, boleh cuba ya ! Hehe. Dibuka seawal jam 8 pagi, kalau tak, jenuh nak makan kat mana. Kami parking kereta di Plaza Lowyat dan berjalan kaki ke sini. Betul-betul di hadapan Times Square. Jadi kalau sesiapa yang menginap di Hotel Time Square tapi tak ambil pakej breakfast, bolehlah jalan kaki ke sini ya. 



Terima kasih!!!

1 Dec 2022

Kek dari Ash Baker, Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Aku ada seorang kawan yang pandai sangat baking! Sedap sangat-sangat untuk semua jenis kek! Cubalah korang pleaseeee try beli. 

Pandan Gula Melaka Cake Bite


DAN MACAM-MACAM LAGI...................







Semua pun boleh order, order tau korang.................. WHATSAPP

12 Nov 2022

Begedil Sedap di Sekitar Shah Alam, Putra Height dan Puchong

Assalamualaikum wbt,

Kalau korang teringin nak makan begedil yang sedap giler, korang perlu cuba begedil yang kawan aku buat. Nama pembuat begedil ialah Aida, memang cantik, secantik namanya. 


Ada dua jenis, begedil ayam RM1.20 sebiji dan begedil daging RM1.30 sebiji. Bolehlah kalau-kalau korang nak order untuk office potluck ke, order untuk bagi kat kenduri saudara-mara ke. Hah lepastu boleh hantar melalui lala move atau korang boleh ambil sendiri di tempat yang dijanjikan. 

Boleh hubungi kawan aku, Aida namanya. NO WHATSAPP


Sekian, terima kasih. 

4 Nov 2022

Tukar Alamat Pada Geran Kena Bayar RM50 di JPJ

Assalam wbt dan Hai

Iye, kalau korang tengok geran kereta korang salah alamat ke, salah nama ke, salah apa-apa lah, korang boleh datang ke JPJ untuk tukar info. Ye, boleh saja datang bila-bila. Lepastu, korang perlulah bawa salinan bil ke, sebab nak buat reference, in case pegawai JPJ ada minta. Lepastu, bawa juga salinan IC siap-siap wokey? 

Untuk JPJ Shah Alam, terus ke Bahagian 5 (belah kanan), bahagian geran kereta. Sebelum ambil giliran, kena isi borang untuk tukar maklumat terlebih dahulu. 

Selepas kita isi borang seperti yang diminta, nanti akan buat pengesahan cap jari melalui mesin cap jari. Confirm dengan alamat baru, nanti Pegawai JPJ tanya nak print ke tak nak? Kalau tak nak print, alamat baru terus dikemaskini, kiranya lesen baru nanti korang dah ada alamaat baru lah. Kalau korang nak print, kena isi borang print geran, lalu kena bayar RM50 untuk print geran baru. Geran lama akan disimpan / dibuang oleh pihak JPJ, kira korang boleh bawa satu geran yang sudah dikemaskini saja. Hah gitu. Mudah kan?

Jangan lupa bawa kad debit, sebab JPJ guna my debit untuk semua urusan, tunai tidak diterima!



Kami datang awal dalam jam 9 pagi, kebetulan tak ramai orang. Dalam 30 minit saja sudah selesai urusan. Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 


Terima kasih. 

2 Nov 2022

Makan di Restoran Doktor Tomyam, UEP Subang Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang teringin nak makan ala-ala Siam dengan harga yang mampu bayar, bolehlah datang ke sini ya. Di sini juga ada menu burung puyuh. WOW!!! Nama saja terletak di UEP Subang Jaya, tapi sebenarnya kawasan Shah Alam juga. Dekat-dekat dengan Mahnaz dan SM Teknik Shah Alam. Kita akan order melalui QR code, tapi bayar di kaunter. 

Banyak parking yang ada

Menu burung puyuh masak paprik RM10

Menu sayur pucuk paku RM5

Menu burung puyuh goreng RM8


Harga nasi putih sepinggan ialah RM2.
Kami beli air sarsi botol berharga RM3.

Overall, puas hati teramat-amat! Sedap dan boleh repeat lagi. Jemput datang ya... 


Terima kasih. 

1 Nov 2022

Saya Jual Silver Public Gold 250gram

Salam dan Hai,

Saya ingin menjual silver 250gram.
Ada dua ketul.
Seketul harganya RM880.
Dua-dua dari public gold.

Boleh COD di kawasan Shah Alam.





Terima kasih.


31 Oct 2022

Brooch Zhulian Warna Rose Gold 2022

Assalam dan Hai,

Ajommm beli brooch Zhulian warna rose gold! WOWWW!!
Kalau nak beli melalui WHATSAPP

Range harga dari RM69 hingga RM168


Brooch bentuk covid-19 virus ada spike spike...
Kerongsang Spiky Vanda BH9064 RM168

Brooch Daisy RM79
Yang ini sesuai untuk dagu juga. 

Brooch Mini Vanda RM79

Brooch Diva RM138

Brooch Spiky Vanda warna Rose Gold RM145

Brooch Kerongsang Daisy warna rose gold RM69 

Brooch mini Vanda RM69 warna rose gold ya

Brooch Diva warna rose gold RM115


Brooch warna rose gold agak murah sedikit berbanding warna silver.
Jumlah satu set, harganya:

1. Silver = RM79 + RM79 + RM138 + RM168 = RM464
2. Rose gold = RM69 + RM69 + RM115 + RM145 = RM398


Terima kasih.