Assalam wbt dan hai,
Saja nak share kisah burger prosperity mcD. Aku dilahirkan dalam kalangan keluarga biasa-biasa yang serba kekurangan. Aku tak kenal langsung makanan segera KFC dan McD. Pertama kali makan mekdi semasa berumur 15 tahun, makan burger prosperity. Itupun sebab kawan aku teringin nak makan mekdi pastu cikgu homeroom dia nak belanja makan. Kebetulan kawan aku baik juga dengan aku time itu, jadi dia ajaklah aku sekali. Alhamdulillah merasa makan.
Lepastu aku tak pernah dah makan sampai umur aku 21 tahun. Kahkah. Lepas 6 tahun jadi krik krik nak order apa. Malu-malu kuceng takut kena gelak dengan member, aku beli burger paling murah iaitu burger fish n chip, pastu air mineral. Sekali total mahal jugak, baik beli satu set. Kelakar betol.
Bila dah masuk zaman kerja, selalu dah lah beli burger mekdi. Sampai sekarang, burger prosperity jadi kegemaran.
Terima kasih
2 comments:
W'salam..
Last time sold out McD Prosperity ni di tempat saya.. So far masih belum berpeluang makan. Selagi belum tamat tempoh burger ni, in shaa Allah harap ada rezeki nanti.
aamin insyaAllah moga ada rezeki saudari :)
Post a Comment