Ia kemudian mengalir melalui barat
Iraq dan tengah untuk bersatu dengan Sungai Tigris. Lembahnya mempunyai
pengairan yang banyak pada zaman dahulu dan banyak bandar besar, sebahagian
daripada runtuhannya masih kekal, memenuhi tebingnya. Dengan Tigris, ia mentakrifkan
kawasan yang dikenali secara sejarah sebagai Mesopotamia.
Sungai ini banyak memberi gambaran
tentang Hari Kiamat dan ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud:
"Tidak terjadi Hari Kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya
sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk
merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang
yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata 'mudah-mudahan akulah
orang yang terselamat itu." (Hadis Riwayat Muslim, No 5152)
Hadis ini jelas memberi gambaran
bahawa perebutan bukit emas itu akan berlaku dan pertumpahan darah yang dahsyat
akan terjadi kerana mahu merebut kekayaan berkenaan. Rasulullah SAW dalam hadis
di atas menjelaskan bahawa daripada 100 orang yang bertempur, 99 orang akan
mati dan hanya seorang saja yang hidup. Begitulah dahsyatnya perebutan harta
berkenaan dan sebagai umat Islam, Nabi SAW sudah mengingatkan kepada kita semua
supaya tidak mengambil harta berkenaan walaupun sedikit.
Kemarau, cuaca panas, empangan dan perubahan iklim dunia. Inilah antara yang menyebabkan Sungai Tigris dan Sungai Furat (Eufrat) yang sudah mencecah usia ribuan tahun ini semakin kering. Saintis dan ramai manusia meramalkan sungai-sungai akan kering sepenuhnya menjelang 2040. Sungai Tigris kini semakin susut dan semakin kering sekaligus membongkar rahsia penemuan tinggalan sejarah berusia 3,400 tahun di sungai itu.
--------------------------------------------------------------------------------------
SEJARAH
Dari
aspek sejarah, Lembah Furat ialah lokasi di mana bangunnya tamadun Mesopotamia
antara 10,000 SM sehingga abad ke-7. Dalam tamadun ini pula wujud
kerajaan-kerajaan yang bersilih ganti memimpin tamadun termasuklah Akkadia,
Babylon, Assyria, Seleucid dan banyak lagi.
Apabila kita sebut Babylon, teringkatlah tentang Nabi Ibrahim a.s. dengan Raja Namrud (Nimrod). Nabi Ibrahim lahir di Ur, Iraq iaitu dalam Lembah Furat.
Sebahagian kawasan Lembah Furat dikuasai
Empayar Parsi Sassanid sekitar abad ke-3. Kerajaan Islam semasa
pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin memulakan operasi penyebaran Islam ke Empayar
Parsi pada tahun 633 yang berpusat di Ctesiphon, pinggir Sungai Tigris..
Justeru, laluan utama untuk ke sana ialah melalui Lembah Furat. Antara
pertempuran yang tekenal ialah Pertemuran al-Qadisiyyah di mana semasa pasukan
Sassanid yang dipimpin Rostam Fakhrozzad.
Israel
Raya
Bahagian
barat Lembah Furat ialah impian Israel sejak sekian lama untuk membentuk Israel
Raya. Perencanaan ini telah disebut oleh Theodore Herzl, pengasas Pertubuhan
Zionis. Rencana ini semakin direalisasikan melalui Perjanjian Sykes Picot 1946,
Deklarasi Balfour dan Deal of the Century 2017. Menurut Herzl, Israel Raya
ialah kawasan yang luas antara Sungai Nil dan Sungai Furat.
Geologi
Permukaan
Lembah
Furat dikelaskan berada dalam Dataran Mesopotamia yang terdiri daripada endapat
tak konsolidat berusia Kuaterner. Dataran ini bersebelahan dengan Platform Arab
di bahagian barat yang lebih tinggi dan stabil dari segi tektonik. Ahli geologi
Iraq tidak menemukan apa-apa struktur sesar dalam kawasan lembah, kecuali di
bahagian utara di mana sesar adalah searah dengan arah sungai Furat.
Di
bahagian hulu dalam Turki, anak-anak sungai mengalir melalui batuan
volkano-sedimen berusia Tertiar, metamorf Mesozoik dan batu kapur Eosen
manakala di Turki, anak-anak sungai bermula dari marl – batu kapur Paleogen,
batu pasir – konglomerat – batu kapur Neogen dan volkanik – basalt.
Terdapat juga anak-anak sungai yang mengalir dari bahagian Arab Saudi, kebanyakkanya berasal daripada wadi yang melalui batuan karbonat Kapur. Di bahagian utara Iraq pula tersingkap Formasi Euphrates, Formasi Anah dan Formasi Nfayil yang terdiri daripada batu kapur dolomit dan marl serta karang.
Suburnya
Lembah Furat memang tidak dapat disangkal lagi berdasarkan pengetahuan geologi,
ditambah lagi dengan keadaan sistem saliran air yang sentiasa kekal tanpa
dikesani kemarau.
Lembah
Furat mungkin lemah dari aspek tektonik lebih-lebih lagi apabila berlakunya
gempa. Zon gempa aktif yang terhampir dengan Lembah Furat ialah Jalur Zagros
yang menyempadani Plat Arab dan Plat Eurasia. Sekiranya gempa berlaku di
sekitar Iraq dan Iran, permukaan Lembah Furat yang didominasi endapan tak
konsolidat cenderung untuk terjadinya likuefaksi atau pencecairan tanah seperti
yang terjadi di Palu, Indonesia.
Sumber 4 : Coretan Akiaji Aki aji
No comments:
Post a Comment