Ibn 'Abbas RA yang berkata:
لما تزوّجَ عليٌّ فاطمة قال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أعطها شيئًا"، قال: ما عندي، قال: «أين درعك الـحُـطَـمِيّة؟
Maksudnya: "Ketikamana 'Ali ingin berkahwin dengan Fatimah. Rasulullah SAW berkata kepadanya: "berikan sesuatu kepada Fatimah (sebagai Mahar)" Jawab 'Ali: "Daku tiada apa-apa yang boleh diberikan kepadanya." Tanya Baginda Nabi SAW: "Mana baju besi Hutamiyyah milik mu?" (Riwayat Abu Daud 2118, alNasa'ie 3375, 3376 dan Ibn Hibban di dalam Sahihnya)
Baju besi Hutamiyyah adalah baju besi yang kuat dan kukuh sehingga mampu mematahkan pedang yang berlaga dengannya. Ini menggambarkan kepada kita nilai dan kualiti baju besi yang diminta oleh Rasulullah SAW kepada 'Ali sebagai mahar perkahwinan anak baginda.
Terdapat riwayat dari seorang Tabi'ie bernama 'ilbaa' bin Ahmar (علباء بن أحمر) yang menyatakan nilai baju besi tersebut adalah sebanyak 480 Dirham, dan Nabi SAW memerintahkan dengan sabda baginda:
اجعل ثُلُثيه في الطيب، وثلثًا في المتاع
Maksudnya: "Jadikan 2/3 daripadanya wangian dan 1/3 daripadanya barang-barangan." (Riwayat Ibn Sa'ad dalam alTobaqaat 10/20,22 dan Abu Ya'la dalam Musnadnya 353). alTabarani juga meriwayatkan daripada Abd alAziz bin Abi Ruwad yang merupakan salah seorang Kibar Atba' Tabi'ien dengan sanad yang Hasan, bahawa baju besi Ali bernilai 480 dirham (alMu'jam alAwsath 2870). Hal ini dikuatkn lagi dengan khutbah Umar yang berkata:
أَلا لا تُغْلُوا صُدُقَ النِّسَاءِ ، فَإِنَّهَا لَوْ كَانَتْ مَكْرُمَةً فِي الدُّنْيَا وَتَقْوَى عِنْدَ اللَّهِ ، كَانَ أَوْلاكُمْ بِهَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، مَا زَوَّجَ أَحَدًا مِنْ بَنَاتِهِ وَلا تَزَوَّجَ أَحَدًا مِنْ نِسَائِهِ بِأَكْثَرَ مِنْ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ أُوقِيَّةً
Maksudnya: "Janganlah kamu semua meninggikan mahar wanita, jika ia satu kemuliaan di dunia atau satu ketaqwaan di sisi Allah, maka yang lebih berhak dengannya adalah Muhammad SAW, namun tidaklah baginda mengahwinkan salah seorang puteri baginda, tidak juga baginda mengahwini salah seorang isteri baginda lebih dari 12 Awqiyyah." (Abu Daud 2099, alTirmizi dan beliau menilainya sebagai Sahih 1114)
Satu Awqiyyah adalah bersamaan 40 dirham. Maka 12 Awqiah didarap 40 = 480 dirham.
Harga terkini:-
1 Awqiyyah = 40 dirham
12 Awqiyyah = 480 dirham
1 dirham anggarannya RM30 (rujuk Shopee)
480 dirham anggarannya RM14,400
Justeru mahar perkahwinan Fatimah binti Rasulillah SAW pada nilai hari ini ialah lebih kurang RM14,400
MasyaAllah!
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment