TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

31 Aug 2021

Tempat Sarapan Pagi Yang Best di Kampung Puchong Tambahan

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang tinggal berdekatan di sini, boleh datang ye, banyak sangat pilihan sarapan yang menarik! Wah! Memang tak menang memilih ! Semua sedap belaka ya!


Kalau korang familiar terowong ini, terowong ini tempat nak uturn kalau dari arah USJ nak masuk ke tol LDP . Betul-betul ada di simpang.

Ramai sangat orang yang beratur nak beli tau

Best kan pilihan yang ada!

Yang ini pun sama, banyak sangat lagi...

Harga sangat berpatutan, contoh lontong yang sesuai dengan kuantiti untuk bersarapan ialah RM3.50 sahaja. Mee goreng, boleh jadi RM1, RM2 hah begitu... Yang lain-lain pun ada, nasi lemak, nasi kerabu dan lain-lain. 


Datanglah sini. Terima kasih. 

30 Aug 2021

Dating Makan Kek di Dalam Kafe Lexis Hibiscus Negeri Sembilan

Assalam wbt dan Hai,

Kami makan sebelum PKP ya. Hehe. Kalau korang terasa nak masuk Kafe Lexis Hibiscus tapi tak bercuti pun kat dalam itu, korang masih boleh makan di dalam kafe ya. Aku tanya juga dengan orang kafe, dia kata boleh. Cuma yang mungkin tak bagi adalah staff hotel, kalau tibe-tibe tak bagi. Aku nampak ramai orang tak tidur di dalam hotel pun masih lagi seronok ambil gambar sini dan sana. 


Bangunan tinggi di Lexis Hibiscus Negeri Sembilan pada waktu malam



Menarik kan? Dating malam-malam kat sini, kalau ada masa dan boleh rentas negeri, jemput datang Hehe... Sorry aku buat label "Sudu Garfu Selangor" sebab tak buat labeling untuk negeri Sembilan. 



Terima kasih.

29 Aug 2021

Tempat Dating di Kafe Tujoh Petaling Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang teringin nak cari tempat dating lunch yang menarik, aku sarankan juga Kafe Tujoh yang terletak di Petaling Jaya. Ingat ya, sangat susah nak cari tempat nak parking, memang mungkin parking jauh dan susah jalan jauh. Staff sangat baik, siap offer ambilkan gambar. Tanya dengan kita makan okay? Sedap ke? Ya memang sedap, harga memang standard kedai hipster hehe.. 


Persekitaran yang menarik dan tenang



Yang ini pun sedap !


Sekian terima kasih. 

28 Aug 2021

Tempat Dating Makan Lunch di Ame Soeur Boutique Cafe

Assalam wbt dan Hai,


Di mana? Korang google saja Kafe Ame Soeur, insha Allah confirm jumpa! Nak teringin dating, tempat menyambut anniversary yang menarik, hah boleh datang ke sini ya, jangan lupa buat temu janji, kalau tak memang tak dapat, reservation banyak setiap hari. Kalau datang awal, ya boleh je on the spot dapat, jangan risau. Hehe. Boleh booking melalui Facebook Ame Soeur. Bahagian luar dan dalam macam ala-ala Diraja sikit mungkin sebab itu memberi kelainan. 


Ehsan Google. Bahagian dalam.

Ehsan Google. Menarik kan pintu depan?

Menarikkan makanan dia?


Jemput datang. Yeah...!


Terima kasih.




26 Aug 2021

Jurutera Juga Boleh Memohon Menjadi Teknologis Melalui MBOT, kata Staff MBOT

Assalam wbt dan Hai,

Iklan SHOPEE Kakna

Siapa kata, engineer tak boleh daftar sebagai teknologis, kata staff MBOT.

Jadi, aku pun nak mencubalah di sini ya. 

Kalau nak jadi graduate engineer, sijil degree kita perlu disahkan oleh seseorang yang bertaraf IR (Professional Engineer), kalau MBOT aku tak pasti lagi, sebab belum sampai ke stage tersebut. Kalau perlu minta disahkan oleh Ts (Professional Technologist), dari mana pulak aku nak jumpa Ts kan, mana ada kawan-kawan yang jadi Ts. huhuhuhuk.. Still susahlah nak register cerita dia.... Tak gitu? Melainkan, mereka MBOT ada kaunter ke kita boleh tanya, Ts mana kita boleh minta sign secara mudah dan percuma... (cerita tak tahu Ts sebab kite engineer, kawan-kawan pun engineer, bukan berlagak, tapi universiti aku memang semua engineer, tak ada teknologis, ate macam mana.....)

Korang pergi sini https://www.mbot.org.my/

Kemudian pilihlah "Graduate Technologies". Kemudian, sign up id dan password baru. Tunggu sampai diluluskan.

Apa yang perlu isi?
1. Salinan Ijazah Kejuruteraan
2. Isi korang pernah kerja di mana
3. CV terkini

masih pending sis




26 Ogos 2021 - Nanti bila dah selesai pending-pending ini, saya akan update lagi okay?

Okay, aku daftar 26 Ogos, selepas 8 hari berkerja, 8 September, mereka suruh proceed to pay. RM50 sahaja ya. Aku dah bayar, jadi nanti kita tengok...... Hehe

8 September 2021 - Selesai pembayaran. 

*****************************************

24 September 2021 - MBOT kata, pending desicion.



*****************************************
Finally 28/9/2021 telah diluluskan menjadi seorang Teknologis Berijazah. Alhamdulillah

***************************************************

Cuma, sejujurnya aku cakap, kalau korang dah register graduated engineer pun under BEM, bukan semestinya company tengok sijil kau untuk cari kerja, especially yg untuk swasta, mereka tak pandang pun. huhu, kalau yang jenis pandang sijil begini GLC seperti Petronas, Sime Darby, Proton dan seangkatan, insha Allah memang pandang. 


Sekadar pandangan aku saja. kalau orang lain, mungkin lain.



Terima kasih. 

25 Aug 2021

Kek Buah Mak Jah Sedap Sangat dan Boleh Pos Seluruh Malaysia

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang rasa nak beli kek buah yang sedap gile tu, korang bolehlah beli dengan mak kite, okay? 
Rasa sangat tradisional, bukan yang berlemak butter-buttery gitu. Memang sesuai dengan tekak.

Boleh pos ke? YA BOLEH !!


Bungkus macam mana? Bungkus macam ini, wowwwwwww! Memang secure sangat !


Kalau saiz ini RM18.
Kalau double saiz ialah RM35.

Memang kenyang habis!

Sedap sangat, tak manis sangat, memang berbaloi-baloi !! 
Boleh whatsapp mak kite tau, Mak Jah namanya.

Terima kasih.

24 Aug 2021

Nasi Kandar Penang Ori Punya Beli dengan Nasi Kandaq Transporter

Assalam wbt dan Hai,


Nasi kandar yang sangat best di Pulau Pinang kini boleh dibeli melalui whatsapp! Seronok tak?

1. Mula-mula korang kena follow instagram Nasik Kandaq Transporter 

2. Tengok posting latest, untuk nasi kandar mana? Klik di IG Story mereka untuk masuk group whatsapp, kat dalam group whatsapp sementara, mereka letak link order form. Atau korang boleh juga message di IG personal untuk dapatkan link order form. Buat pembayaran siap-siap.

* Kalau runner hantar, bayar mahal sikit dalam RM28 gitu kot, sebab guna Lala Move aku rasa. 
* Kalau collect sendiri di tempat yang mereka tetapkan, bayar RM11 sahaja. Contoh Shah Alam, Seksyen 13 di stesen bas lama. 

3. Korang klik telegram chatting mereka ya untuk tahu bila nak collect order dan di mana nak collect order. Be alert, sebab mereka tak beritahu di whatsapp okay, mereka tak akan whatsapp personal kita okay.... 



Tarraaaaaa... Nasi Kandaq Jelutong mai. 



Terima kasih. 


23 Aug 2021

Apps Camp Sholawat Tasbih Digital Boleh Download di Google Apps Store

Assalam wbt dan Hai,


Kalau kalian mencari-cari aplikasi percuma yang boleh digunakan sebagai tasbih digital, kalian boleh download Camp Selawat seperti di bawah. Tekan saja di kotak hijau maka terus bertambah bilangannya. Ada logi capal begini ya. 


Versi Indonesia ya kawan-kawan sekalian.


Moga bermanfaat. Terima kasih. 

18 Aug 2021

Kisah Matahari Terbit Dari Sebelah Barat Dimulakan dengan 2 atau 3 Hari Kegelapan

Assalam wbt dan Hai.

Saje nak cerita pasal Tanda besar matahari terbit sebelah barat. Korang boleh dengar video di Youtube mana-mana penceramah seperti Ustaz Wadi Anuar, Ustaz Mohaizad dll, mereka semua menyampaikan cerita yang sama. Insha Allah

Matahari adalah satu makhluk Allah yang sangat taat. Setiap hari matahari bersujud kepada Allah. Tak bergerak hatta seinci mendekati Bumi atau seinci menjauhi Bumi. Jika matahari bergerak seinci menjauhi, nescaya Bumi ini akan membeku. Disebaliknya jika matahari bergerak seinci mendekati, nescaya Bumi akan terbakar. 

gambar ehsan google

Lalu, apabila matahari sujud kepada Allah, ia menunggu perintah Allah untuk terbit dari timur atau barat. Selagi Allah belum izinkan, ia akan tetap kekal tidak terbit. 

Sampai satu masa, apabila Allah tidak mengizinkan matahari terbit, matahari tidak terbit. Gelap seperti waktu Subuh. Pukul 8 pagi, masih seperti waktu Subuh. Pukul 12 tengahari masih seperti waktu Subuh. Untuk orang beriman yg tahu, dah boleh agak ini mungkin tanda-tanda matahari nak terbit dari belah barat. Bukan di Malaysia saja gelap, tapi di Amerika, di UK, di Mekah, di Afrika semua pun gelap. 

Jika sedar, terus cepat-cepat bertaubat. Yang tak solat, terus solat. Yang tak menutup aurat terus tutup aurat. 

Jika orang yg tak sedar, selalu memikirkan fenomena sains, mereka akan berfikir yang kejadian gelap seperti subuh ini fenomena biasa, mungkin ada komet, aestoroid dll.

Ada hadis mengatakan gelap seperti waktu Subuh sama ada 2 hari atau 3 hari. Contoh kita ambil 3 hari. Selepas 3 hari gelap, Allah izinkan matahari terbit dari sebelah barat. Jadi terbitlah. 

Bila matahari terbit dari barat, itu menandakan pintu taubat telah tertutup untuk SELAMA-LAMANYA. kemudian, time ini semua orang sibuk nak taubat, nak sedekah, nak tutup aurat, surau ramai orang solat dll. Malangnya taubatnya sudah tidak diterima. 😢😰

Pendapat menyatakan, matahari terbit dari barat ke timur sampai tengah hari saja. Kemudian bergerak seperti biasa, matahari terbenam di belah barat. Esok matahari terbit macam biasa dari belah timur. Sayangnya pintu taubat sudah tertutup. 

Jadi taubat sebelum terlambat. Insha Allah amin.



17 Aug 2021

7 Golongan yang Dilindungi oleh Bayang-bayang 'Arash Ketika di Padang Masyhar

Assalam wbt dan Hai,

7 Golongan Naungan Allah pada hari Kiamat

Saya huraikan mengikut ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rohaizad.
Naungan dikatakan di sini, ketika semua manusia berkumpul di padang masyhar, panas sangat ya ampun. Setiap manusia merasai matahari masing-masing. Ada yang sejengkal sampai peluh paras hidung, ada yang mataharinya jauh dan sejuk, dll. Jadi waktu itu oleh kerana tak tahan panas, manusia ramai-ramai mencari orang alim ulama. Sudah jumpa orang alim ulama, pergi cari pula syafaat para Nabi untuk mempercepatkan mizan (timbangan). 

Bermulalah pencarian manusia dan orang alim ulama mencari nabi Adam.  Seterusnya, Nabi Nuh, Nabi Musa dan Nabi Isa. Kata Nabi-nabi, Nafsi Nafsi kerana hari ini (hari Kebangkitan) adalah hari di mana Allah sangat murka! Jadi dan akhir sekali Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, Rasulullah SAW akan memberi syafaat di sana kelak untuk memohon kepada Allah, lalu turunlah Arash dan Kursi Allah (jangan bayangkan), di padang masyhar, maka Allah sujud menghadap Arash dan Kursi Allah. Adakah Allah di situ? INGAT YA! ALLAH TIDAK BERTEMPAT. Arash dan Kursi menandakan qiblat umat Islam di akhirat, jadi Rasulullah bersujud ke arah tersebut. Dengan berkat syafaat Rasulullah SAW, maka proses timbangan pun dimulakan.

Jadi, Arash dan Kursi Allah tadi saiznya sangat besar!!
Besarnya Jibril, ada 300 sayap. 1 sayap sebesar 1 alam kita.
Besarnya malaikat yang membawa Arash, ada 1200 sayap. Besar sungguh Masha Allah ! 
Jadi Arash dan Kursi tak tahu mana besar dia, besar sangatlah. 

Semasa proses pengadilan (Mizan iaitu timbangan) memang sangat lama Masha Allah. Jadi panas sangat. Arash dan Kursi tadi masih ada, jadi bayang-bayangnya melindungi 7 golongan ini. Insha Allah.

1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang rajin dalam beribadat kepada Allah
3. Seseorang yang hatinya bergantung ke masjid
4. Dua orang yang saling mencintai di jalan Allah, keduanya berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya
5. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan lagi cantik, lalu ia berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah"
6. Seseorang yang bersedekah lalu ia menyembunyikan sedekahnya
7. Seseorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi lalu menitiskan air mata



Jadi yang tak dapat bayang-bayang ? Hmm berpanasanlah kecuali orang Islam yang beriman. Hanya Allah yang Tahu. Semuanya dengan rahmatNya. Rasulullah masuk syurga dengan rahmat Allah, bukan kerana dengan pahala ibadah yang banyak. Ingat itu! Rahmat Allah itu penting. Sentiasa berdoa supaya Allah memberi rahmat kepada kita. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian, terima kasih. 

16 Aug 2021

7 Jenis Neraka Yang Diciptakan Oleh Allah - Neraka Jahannam untuk orang Islam yang Berbuat Dosa

Assalam wbt dan Hai,

Tulisan ini nota berdasarkan ceramah Ustaz Wadi Anuar pada 19/2/2015.

Ada 7 jenis neraka.

1. Neraka Jahannam - untuk orang Islam yang berbuat dosa iaitu ketika ditimbang amalannya, dosanya lagi banyak daripada pahala.

2. Neraka Lazza - untuk orang Yahudi

3. Neraka Huthamah - untuk orang Nasrani yang songsang 

4. Neraka Sa'ir - untuk satu golongan orang Yahudi 

5. Neraka Saqar - untuk orang Majusi

6. Neraka Jahim - untuk penyembah berhala

7. Neraka Hawiyah - untuk orang munafik


Wallahua'lam. Yang lain-lain tidak diceritakan dengan terperinci.

Neraka ini sudah ditunjukkan ketika semua berkumpul di padang masyhar. Jadi, bakal penghuni syurga dan neraka semua memang nampak. Suara neraka itu garau suaranya memanggil-manggil menjulang-julang. Takut sangat!


Moga kita dijauhi daripada azab neraka. Doalah yang baik-baik. insha Allah amin.





















Terima kasih.

14 Aug 2021

Kadar Denyutan Jantung Normal Manusia Berumur 18 tahun ke atas ialah 60 - 100

Assalam wbt dan Hai,

Saja simpan sini kadar denyutan jantung untuk manusia. Rujukan Rujukan Lain
Info yang saya dapat, saya hanya menterjemahkan kepada bahasa Melayu, tiada tokok tambah.


Kadar denyutan jantung yang normal ialah:
1. Kanak-kanak (6 - 15 tahun) 70 - 100 detik seminit
2. Dewasa (18 ke atas) 60 - 100 detik seminit

Kadar maksimum denyutan jantung ialah:
= 220 - your age 

Kalau kadar denyutan jantung terlalu tinggi, mungkin disebabkan oleh:
1. Selepas minum kopi atau merokok
2. Kerana merasa takut, kegelisahan (berdebar-debar), rasa tertekan
3. Musim  panas atau sejuk sangat
4. Minum alkohol berlebihan
5. Sedang makan ubat apa-apa

Kalau kadar denyutan jantung terlalu rendah, mungkin disebabkan oleh:
1. Selalu berkerja keras / bersenam
2. Hormon thyroid yang rendah


Terima kasih.

11 Aug 2021

Perbanyakkan Selawat ke Atas Rasulullah SAW

Assalam wbt dan Hai,


Mari kita perbanyakkan Selawat kepada Rasulullah SAW.




Terima kasih.


10 Aug 2021

Salam Maal Hijrah 1443H - Golongan Syahid Dunia Akhirat, Syahid Dunia dan Syahid Akhirat

Assalam wbt dan Hai,

Salam Maal Hijrah 1443H untuk semua orang Islam di dunia.



Ringkasan sahaja.

Syahid dunia dan akhirat - orang yang berjihad di jalan Allah mengharapkan keredaan Allah.
Rujuk: Syarh al-Nawawi ála Muslim, 2/164; Al-Iqna, 1/414-415

Syahid dunia - orang yang berjihad di jalan Allah tetapi mengharapkan harta dan pangkat.
Rujuk: Syarh al-Nawawi ála Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14

Syahid akhirat:
Rujuk: Syarh al-Nawawi ála Muslim, 13/62-63; Fath al-Bari, 6/51-52
1. Orang yang mati kerana penyakit berjangkit
2. Orang yang mati kerana penyakit perut
3. Orang yang mati lemas
4. Orang yang mati dihempap bangunan
5. Orang yang mati kerana kebakaran
6. Orang yang mati kerana dizalimi
7. Orang yang mati kerana berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim
8. Orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu
9. Wanita yang mati kerana bersalin
10. Orang yang mati kerana mempertahankan agamanya, nyawanya, hartanya dan keluarganya


Semoga kita semua meninggal dunia dalam khustul khatimah. Amin YRA




8 Aug 2021

Simpan sini - Doa Anak Mudah Bercakap

Assalam wbt dan Hai,



Mudah-mudahan membantu kepada sesiapa. Surah An-Nisa Ayat 164. 


Terima kasih

7 Aug 2021

Teka-Teki MCO : Mana lagi duit RM1 saya??

Assalam wbt dan Hai,

Masa MCO 3.1 kali ini, ada jugalah teka-teki berlegar.


Teka-teki berbunyi:

"Saya nak beli baju RM97 tapi saya tak ada duit. So saya pun pinjamlah RM50 kat kakak, RM50 kat adik. Sekarang saya ada RM100 dalam tangan. Lepas beli baju, cashier pulangkan RM3. Saya pun pulangkan RM1 kat kakak, RM1 kat adik. Lagi RM1 saya pegang. Sekarang saya hutang kakak RM49, hutang adik RM49. Tapi bila saya campur dua-dua hutang kakak dan adik, RM49 + RM49 = RM98. Campur duit dalam tangan saya RM1 jadi RM99. Mana lagi RM1 duit saya?"

Haaa... banyak soalan ini berlegar-legar di whatsapps sebab ayat yang tak tersusun. Haha. 

Pinjam kakak = RM50
Pinjam adik = RM50
Jumlah = RM100

Beli baju = RM97
Pulangkan kat kakak = RM1
Pulangkan kat adik = RM1
Saya ambil = RM1
Jumlah = RM100

***************************************************************

Kita pecahkan:
Pulangkan RM1 kepada kakak, dan pulangkan RM1 kepada adik.

Hutang baru kepada kakak = RM50 - RM1 = RM49
Hutang baru kepada adik = RM50 - RM1 = RM49

***************************************************************
Mengulang semula situasi:
Beli baju = RM97 iaitu RM48.50 daripada kakak dan RM48.50 daripada adik.
Saya ambil RM1 iaitu duit sebenarnya kepunyaan kakak dan adik.
Maksudnya, RM0.50 daripada duit kakak, dan RM0.50 daripada duit adik.

Hutang baru:
Hutang baru kepada kakak = RM48.50 + RM0.50 = RM49
Hutang baru kepada adik = RM48.50 + RM0.50 = RM49

***************************************************************

Jumlah duit:
Hutang baru kepada kakak = RM49
Hutang baru kepada adik = RM49
Pulangkan kat kakak = RM1
Pulangkan kat adik = RM1
Jumlah = RM100 (MASIH SAMA !) 

***************************************************************

SEBENARNYA penggunaan ayat yang mengelirukan membuatkan kita terlupa tak sedar sebenarnya jumlah duit itu sama saja. Jangan panik-panik, semua bisa diatur... hehe...

5 Aug 2021

Pengalaman Aku Berkerja Selama 11 Tahun

Assalam wbt dan Hai,

Sepanjang 11 tahun berkerja, aku kerja sebagai Engineer, Proposal Engineer, Proposal & Procurement Executive, kemudian jadi HR & Admin Assistant. Lepastu jadi suri rumah sepenuh masa. Hehe. 

Cuma jadi suri rumah sebenarnya kadang-kadang demotivate juga sebab selalu dah kerja. kadang-kadanglah. harap-harap aku beransur pulih. Insya Allah. 





Moga aku bertemu pekerjaan yang baik, bos yang baik, persekitaran yang baik dan kawan-kawan office yang baik. Insha Allah. Amin ya Allah.

3 Aug 2021

Testimoni Rawatan Alternatif Kobit Bersama SuperSIF Zhulian (Byoung, Susu Coloskim dan SS Solutions 2)

Assalam wbt dan Hai,


Saje kite nak share yang ada beberapa orang ahli Zhulian yang keluarganya dijangkiti C0vid-19, jadi rawatan menggunakan produk Zhulian. Tak kira guna produk apa sekalipun yang penting kita mencuba jangan terus menyerah. Alhamdulillah dan Insha Allah.


Sehari:
Byong Pagi, Petang, Malam
Susu Coloskim 6 paket
SS Solutions 1 paket

Boleh buat dalam masa 10 hari sekurang-kurangnya.
Harganya (anggaran) : RM5xx termasuk pos

Kalau nak mencuba rawatan SUPERSIF ZHULIAN VERSI INTENSIVE CARE TREATMENT, bolehlah whatsapp kita, nanti kita cerita lebih panjang. Yang penting, makan sekali sahaja. 


Terima kasih.