Assalam wbt dan Hai.
Saje nak cerita pasal Tanda besar matahari terbit sebelah barat. Korang boleh dengar video di Youtube mana-mana penceramah seperti Ustaz Wadi Anuar, Ustaz Mohaizad dll, mereka semua menyampaikan cerita yang sama. Insha Allah
Matahari adalah satu makhluk Allah yang sangat taat. Setiap hari matahari bersujud kepada Allah. Tak bergerak hatta seinci mendekati Bumi atau seinci menjauhi Bumi. Jika matahari bergerak seinci menjauhi, nescaya Bumi ini akan membeku. Disebaliknya jika matahari bergerak seinci mendekati, nescaya Bumi akan terbakar.
gambar ehsan google
Lalu, apabila matahari sujud kepada Allah, ia menunggu perintah Allah untuk terbit dari timur atau barat. Selagi Allah belum izinkan, ia akan tetap kekal tidak terbit.
Sampai satu masa, apabila Allah tidak mengizinkan matahari terbit, matahari tidak terbit. Gelap seperti waktu Subuh. Pukul 8 pagi, masih seperti waktu Subuh. Pukul 12 tengahari masih seperti waktu Subuh. Untuk orang beriman yg tahu, dah boleh agak ini mungkin tanda-tanda matahari nak terbit dari belah barat. Bukan di Malaysia saja gelap, tapi di Amerika, di UK, di Mekah, di Afrika semua pun gelap.
Jika sedar, terus cepat-cepat bertaubat. Yang tak solat, terus solat. Yang tak menutup aurat terus tutup aurat.
Jika orang yg tak sedar, selalu memikirkan fenomena sains, mereka akan berfikir yang kejadian gelap seperti subuh ini fenomena biasa, mungkin ada komet, aestoroid dll.
Ada hadis mengatakan gelap seperti waktu Subuh sama ada 2 hari atau 3 hari. Contoh kita ambil 3 hari. Selepas 3 hari gelap, Allah izinkan matahari terbit dari sebelah barat. Jadi terbitlah.
Bila matahari terbit dari barat, itu menandakan pintu taubat telah tertutup untuk SELAMA-LAMANYA. kemudian, time ini semua orang sibuk nak taubat, nak sedekah, nak tutup aurat, surau ramai orang solat dll. Malangnya taubatnya sudah tidak diterima. 😢😰
Pendapat menyatakan, matahari terbit dari barat ke timur sampai tengah hari saja. Kemudian bergerak seperti biasa, matahari terbenam di belah barat. Esok matahari terbit macam biasa dari belah timur. Sayangnya pintu taubat sudah tertutup.
Jadi taubat sebelum terlambat. Insha Allah amin.
No comments:
Post a Comment