7 Golongan Naungan Allah pada hari Kiamat
Saya huraikan mengikut ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rohaizad.
Naungan dikatakan di sini, ketika semua manusia berkumpul di padang masyhar, panas sangat ya ampun. Setiap manusia merasai matahari masing-masing. Ada yang sejengkal sampai peluh paras hidung, ada yang mataharinya jauh dan sejuk, dll. Jadi waktu itu oleh kerana tak tahan panas, manusia ramai-ramai mencari orang alim ulama. Sudah jumpa orang alim ulama, pergi cari pula syafaat para Nabi untuk mempercepatkan mizan (timbangan).
Bermulalah pencarian manusia dan orang alim ulama mencari nabi Adam. Seterusnya, Nabi Nuh, Nabi Musa dan Nabi Isa. Kata Nabi-nabi, Nafsi Nafsi kerana hari ini (hari Kebangkitan) adalah hari di mana Allah sangat murka! Jadi dan akhir sekali Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, Rasulullah SAW akan memberi syafaat di sana kelak untuk memohon kepada Allah, lalu turunlah Arash dan Kursi Allah (jangan bayangkan), di padang masyhar, maka Allah sujud menghadap Arash dan Kursi Allah. Adakah Allah di situ? INGAT YA! ALLAH TIDAK BERTEMPAT. Arash dan Kursi menandakan qiblat umat Islam di akhirat, jadi Rasulullah bersujud ke arah tersebut. Dengan berkat syafaat Rasulullah SAW, maka proses timbangan pun dimulakan.
Jadi, Arash dan Kursi Allah tadi saiznya sangat besar!!
Besarnya Jibril, ada 300 sayap. 1 sayap sebesar 1 alam kita.
Besarnya malaikat yang membawa Arash, ada 1200 sayap. Besar sungguh Masha Allah !
Jadi Arash dan Kursi tak tahu mana besar dia, besar sangatlah.
Semasa proses pengadilan (Mizan iaitu timbangan) memang sangat lama Masha Allah. Jadi panas sangat. Arash dan Kursi tadi masih ada, jadi bayang-bayangnya melindungi 7 golongan ini. Insha Allah.
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang rajin dalam beribadat kepada Allah
3. Seseorang yang hatinya bergantung ke masjid
4. Dua orang yang saling mencintai di jalan Allah, keduanya berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya
5. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan lagi cantik, lalu ia berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah"
6. Seseorang yang bersedekah lalu ia menyembunyikan sedekahnya
7. Seseorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi lalu menitiskan air mata
Jadi yang tak dapat bayang-bayang ? Hmm berpanasanlah kecuali orang Islam yang beriman. Hanya Allah yang Tahu. Semuanya dengan rahmatNya. Rasulullah masuk syurga dengan rahmat Allah, bukan kerana dengan pahala ibadah yang banyak. Ingat itu! Rahmat Allah itu penting. Sentiasa berdoa supaya Allah memberi rahmat kepada kita. Amin Ya Rabbal Alamin.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment