TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

26 Aug 2021

Jurutera Juga Boleh Memohon Menjadi Teknologis Melalui MBOT, kata Staff MBOT

Assalam wbt dan Hai,

Iklan SHOPEE Kakna

Siapa kata, engineer tak boleh daftar sebagai teknologis, kata staff MBOT.

Jadi, aku pun nak mencubalah di sini ya. 

Kalau nak jadi graduate engineer, sijil degree kita perlu disahkan oleh seseorang yang bertaraf IR (Professional Engineer), kalau MBOT aku tak pasti lagi, sebab belum sampai ke stage tersebut. Kalau perlu minta disahkan oleh Ts (Professional Technologist), dari mana pulak aku nak jumpa Ts kan, mana ada kawan-kawan yang jadi Ts. huhuhuhuk.. Still susahlah nak register cerita dia.... Tak gitu? Melainkan, mereka MBOT ada kaunter ke kita boleh tanya, Ts mana kita boleh minta sign secara mudah dan percuma... (cerita tak tahu Ts sebab kite engineer, kawan-kawan pun engineer, bukan berlagak, tapi universiti aku memang semua engineer, tak ada teknologis, ate macam mana.....)

Korang pergi sini https://www.mbot.org.my/

Kemudian pilihlah "Graduate Technologies". Kemudian, sign up id dan password baru. Tunggu sampai diluluskan.

Apa yang perlu isi?
1. Salinan Ijazah Kejuruteraan
2. Isi korang pernah kerja di mana
3. CV terkini

masih pending sis




26 Ogos 2021 - Nanti bila dah selesai pending-pending ini, saya akan update lagi okay?

Okay, aku daftar 26 Ogos, selepas 8 hari berkerja, 8 September, mereka suruh proceed to pay. RM50 sahaja ya. Aku dah bayar, jadi nanti kita tengok...... Hehe

8 September 2021 - Selesai pembayaran. 

*****************************************

24 September 2021 - MBOT kata, pending desicion.



*****************************************
Finally 28/9/2021 telah diluluskan menjadi seorang Teknologis Berijazah. Alhamdulillah

***************************************************

Cuma, sejujurnya aku cakap, kalau korang dah register graduated engineer pun under BEM, bukan semestinya company tengok sijil kau untuk cari kerja, especially yg untuk swasta, mereka tak pandang pun. huhu, kalau yang jenis pandang sijil begini GLC seperti Petronas, Sime Darby, Proton dan seangkatan, insha Allah memang pandang. 


Sekadar pandangan aku saja. kalau orang lain, mungkin lain.



Terima kasih. 

1 comment:

syafiq said...

salam pn, sy nak tanya mcm mana persediaan cv pn utk apply Graduate Technologist ni? kalau sudi boleh pn emel sy? sy fresh grad jadi tak pasti nk letak apa.