TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Aug 2020

Minimum Pengambilan Vitamin C Untuk Sekali Makan atau Satu Tablet? (Vitamin C Nutrilex Zhulian 250mg untuk Satu Tablet)

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA


Tahukah anda, minimum requirement vitamin C utk tubuh badan kita ialah 75mg utk perempuan dan 90mg utk lelaki. Maksimum yg kita boleh ambil ialah 2000mg.

Soalannya : Berapa banyakkah pengambilan minimum Vitamin C untuk sekali makan? Berapa minimum intake vitamin C untuk satu tablet?




Menurut Office of Dietry Supplements, lagi banyak kita ambil vitamin C, lagi banyak susah nak serap. Contoh jika kita makan 180mg vitamin C, kadar penyerapannya jalah 70-90%. Kalau ambil yg 1 tablet adalah 1000mg vitamin C, kadar penyerapannya menurun sebanyak 50%. Banyak sgt consume at one time menyebabkan buah pinggang bertindak menyingkirkan lebihan vitamin C yg belum diserap oleh badan.
.
Menurut University of Maryland Medical Center, instead of kita consume 1000mg Vitamin C, belilah supplement Vitamin C dgn 250-300mg utk satu tablet. 🥰 makan sikit-sikit at one time utk penyerapan maksima.
.
Jadi, jomlah beli Vitamin C daripada Kakna sebab satu tablet hanya 250mg saja. Tak melebih-lebih. 
.
Vitamin C Nutrilex, 250mg, 80 tablet, RM27 😄 https://www.wasap.my/60176806258



.

https://www.drweil.com/vitamins…/…/overloading-on-vitamin-c/

https://www.livestrong.com/…/479278-how-much-vitamin-c-can…/

.
#vitaminCmalaysia #VitaminCSedap #supplementvitaminC #vitaminc250mg #vitamincnutrilex #nutrilexzhulian #zhulianmalaysia #zhuliansubangjaya #zhuliandenaialam #zhulianputraheight #zhulianpuncakalam #zhulianshahalam

26 Aug 2020

Sushika Memang Sedap

Assalam wbt dan Hi,

Hari ini nak cerita yang Sushi daripada Sushika memang sedap gile! Tak menyesal beli. Aku makan jenis octopus. Kalau aku selalu cheapskate, aku akan makan yang ada kat Aeon Big saja, favorite kami ada 5 jenis. Tapi yang bestnya, 5 jenis tadi digabungkan jadi satu di Sushika! Memang tak puas makan. Okay next time boleh beli lagi. 




Sushika ini memang tiada kedai kalau tak silap aku, tapi korang boleh beli online dan akan dihantar melalui rider-rider. https://www.instagram.com/sushika.my/ 


Okay, selamat mencuba. 

24 Aug 2020

Sewa Baju Kostum Pekerjaan Untuk Sekolah Tadika di Shah Alam

Assalam wbt dan Hi,



Baru-baru ini, sekolah Naqib mengadakan minggu berkenalan dengan Frontliner. Sebenarnya mungkin anak-anak pun tak kenal juga dengan istilah Frontliner. Mungkin sepatutnya ditukar saja dengan konsep Pekerjaan tetapi tidak mengapalah kerana anak-anak berasa happy dan enjoy every moments. Gituh. 

Oleh kerana ustazah sekolah Naqib lambat sangat bagitahu, jadi kelam kabut mama babah nak cari kostum. Kami cari juga di kedai Hari-Hari dan PKNS sebab hendak memilih kostum Ahli Bomba aka Fireman, namun tidak jumpa. Penat juga kami google tetapi tiada. Kalau ada pun di Shopee, mungkin sampai lewat pula. Nak pergi GM pulak belum tentu jumpa sebab GM Klang boleh tahan besarnya. Baik-baik nak beli baju bomba kang terrrrbeli benda lain. 

Cari punya cari punya cari, kami jumpa dengan Azam Perkasa Resources. Tolong google map atau waze. Parking pun banyak. Alamatnya ialah. 
No 74, Tingkat 2, Jalan TP 7/2, Taman Perindustrian UEP, 40300 Subang Jaya, Selangor



Kalian boleh masuk terus, naik lif ke tingkat 2. Boleh nampak bangunan ini di tepi jalan menghala ke McD seksyen 22. 


Bukan setakat kostum pekerjaan, malah binatang seperti buaya, singa dll pun ada. Mungkin untuk pertandingan bercerita. 


Azam Perkasa ini memang menjual pelbagai barangan keperluan Sekolah Tadika. Macam-macam ada. Best betul macam pergi Indoor Games hehe


Cuma, suka saya ingatkan yang kostum ini TERHAD sehingga saiz 15 sahaja. Saiz 15 standard utk budak-budak umur 6 tahun dan ke bawah atau umur-umur lain tapi saiznya kecil. Okay, nah ini nombor wasapnya kalau korang nak contact. www.wasap.my/+60122770375

23 Aug 2020

Hasil Penapis Air Zhulian Hampir Sama dengan pH Darah (Beyond Water Bio-Active Reforming System)

Assalam wbt dan Hi,


WHATSAPP KAKNA

Sesiapa yang mencari penapis air yang menarik dan boleh menyamai kualiti dengan penapis-penapis lain di Malaysia, rasa-rasanya kalian boleh memasukkan jenama Zhulian dalam pilihan kalian sebab memang sangat bagus! 

Semalam dengar talk drp RCD Salina Selamat terus rasa bersemangat nak beli juga tapi tunggu rumah barulah sebab kontrak dengan C*w*y baru bermula awal bulan Disember 2019 tahun lepas. Masa itu, kami belum jadi ahli Zhulian lagi jadi dah terbeli tak boleh nak buat apa. Kalau stop, kena bayar full pula. Susah juga. Kalau kami tahu, kami memang pilih Zhulian.

Soalan yang sering diajukan ialah, perlu pilih air RO atau air mineral? Jawapannya MINERAL ! Fullstop. tak payah fikir panjang-panjang. kalau orang C*way dan C*ckoo ada yang suruh beli jenis RO, kalian terus reject saja. Kenapa mineral? Udah ler makan pun belum tentu zat mineral kome serap, lagikan air tiada mineral, kesian badan kita. 

Mari Kakna perkenalkan dengan Beyond Water Bio-Active Reforming System. Telah diperkenalkan sejak tahun 2003 lagi. Sudah lama berada di pasaran dan sudah beberapa kali ditukar design luar dan mengekalkan ciri-ciri dalaman. Beyond Water ini direka khas dengan formula yang sudah dikira berdasarkan kelajuan atau tekanan air di Malaysia dan secara amnya melalui persampelan mineral dalam air paip kita. Hebat ke hebat? dengar pun dah dasyhat! 

Oleh sebab saya menggunakan jenama C*w*y sekarang,  saya memang memilih jenis mineral, bukan RO. Saya juga tidak faham kenapa ramai yang pilih RO (reverse osmosis). RO memang tiada mineral langsung, buang habis, tapis bersih macam air suling. Kandungan air paip di Malaysia, masih ada mineral walaupun tak banyak tetapi kalau sudah jadi RO, hmm baik tak perlu beli penapis air. Mungkin perlu beli air botol mineral yang ada di pasaran saja. 


Orang Cuc*oo pun sendiri dah tulis, bahaya juga minum air RO. hehee... So memang perlu pilih penapis air mineral. 

Harganya cash RM3455. Kalau kalian beli waktu sekarang, nilai BV lebih daripada 200 BV, automatik jadi ahli dengan harga RM2980 ! Murah juga sebab kalau saya bandingkan dengan C*way NEO CHP-260N iaitu model yang saya guna sekarang, harga cash ialah RM3340. Oleh sebab saya sudah menjadi ahli, harganya ialah RM2980 maknanya saya boleh jimat dalam RM300. Memang akan saya beli 5 tahun lagi nanti. Tapi kalau kalian nak beli sekarang, saya alu-alukan cuma saya memang belum ada wang nye hihi.  


Kalau kalian nak tahu, saiz kluster air di bawah mikroskop adalah dalam kuantiti 10 hingga 12 untuk satu kluster. Kluster yang besar ini menyebabkan proses penyerapan air di dalam badan agak susah. Jadi kita perlu minum air berkluster kecil untuk memudahkan penyerapan air di dalam tubuh kita. Gitu detailnya diknon. 


Bagaimana Saiz Kluster Molekul Air Menjadi Lebih Kecil dengan Beyond Water?


Okay bagaimana saiz kluster air jadi lebih kecil? sebab Beyong Water (BW) ini memancarkan Far Infrared. Apa itu Far Infrared ? Far Infrared ini boleh menambahbaik peredaran darah di bawah kulit, pada organ-organ badan dan kesihatan jantung kita. Okay Far Infrared ini tadi bergetar pada frekuensinya sendiri. Molekul air juga bergetar pada frekuensi yang tersendiri. Apabila mereka bertemu pada frekuensi yang sama, maka puff! terjadilah resonan! Konsep resonan inilah yang menyebabkan gugusan molekul air berpecah. 




Apa fungsi air dalam badan? 

70% kandungan badan kita adalah air. Jadi air memang sangat penting dalam kehidupan kita. Sampaikan ada yang kata, masa jaman susah-susah dulu, tak mengapalah tak makan seminggu tapi air, maksimum boleh tahan 3 hari saja. huhuhuk.. Sedih pulak mengimbau kenangan dulu. 

pH Beyond Water Hampir Sama Dengan pH Darah atau Badan Kita

Mudah sangat nak dikendalikan. Yang Ultra 1, boleh basuh sendiri. Selepas setahun baru tukar. Kalau yang bahagian lain, perlu ditukar selepas 4 tahun! Sudahlah boleh pasang direct kat paip ! Owah ! senangnya! Tak guna elektrik, jadi dah jimat sedikit di situ. Eh alah C*way dan C*cko* pun bukan guna banyak sangat karen. Hehe. Cuma penapis air Beyond Water bukan untuk convenient lah, kita tak boleh dapat air sejuk dan air panas on the spot. Kalau nak yang panas, perlu jerang sendiri guna dapur gas atau cerek elektrik. Kalau yang sejuk pula, perlu masuk dalam peti. 


Penapis air Zhulian boleh dibeli dengan menggunakan kad kredit CIMB okay? nak harga istimewa dan diskaun? whatsapp kakna....

Semoga ada yang terbuka hati untuk membeli penapis air Zhulian ini selepas membaca posting saya. Terima kasih. 


22 Aug 2020

Teringin Nak Makan KFRY Tapi Selalu Penuh, Jadi "Book A Table" pada Website KFRY

Assalam wbt dan Hi,

Posting ini merujuk kepada website KFRY

Selalu kalau nak makan di KFRY IOI Mall Putrajaya mesti penuh! MESTI diulangi MESTI. Memang tak boleh jadi betul, takkan setiap masa penuh? Haha. Kalau pergi waktu hari berkerja baru nampak macam okay sikit tapi still penuh juga. Memang KFRY "buat duit" betul! Jadi, kalau nak jimat masa, tak nak penat-penat beratur nak cuba-cuba nasib, buatlah seperti kami. Hehe. Sudahlah jimat masa, dapat tempat duduk yang strategik pula. Memang seronok sangat! 

Sudah klik website KFRY, klik pada "Book A Table"


Isi tempat kosong seperti yang disuruh


Dalam beberapa waktu, sudah dapat email untuk membuat confirmation. Klik saja "Confirm Booking"

Ya Allah, mudah beneran ini ! Hehe

Jika korang tak jadi nak datang, jangan lupa reply email confirmation di atas untuk cancel a book. Kesian diorang nanti. Pada hari kejadian iaitu 22 Ogos 2020, kami pun datang. 15 hingga 30 minit sebelum masuk, korang perlu update kepada orang yang bagi nombor giliran pada hari tersebut.

Aku : Hi encik, saya ada booking table pada pukul 12 tengah hari. Dah boleh masuk atau masih perlu tunggu?
Kfry : Oh nama cik siapa, nanti kami akan panggil
Aku : Saya Fara. okay. 

Waktu kami sampai dalam pukul 1130 pagi, masih awal agaknya. Jadi kami masuk kedai FOS di sebelah betul-betul dengan Kfry. Dalam pukul; 1145 pagi, staff Kfry telefon dan kata sudah ada meja yang direservekan utk kami. Kemudian, rujuk semula kepada staff yang ambil nombor giliran tadi dan tunjuk email reservation. Nanti staff Kfry yang lain akan tunjukkan meja kita. Nah, tempat yang super strategik iaitu menghadap taman di dinding kaca itu. Hehe.

Nak order pun sudah begitu mudah, just guna QR Code, order di dalam handphone sendiri. Haha, so kalau salah order memang salah engkorang! Haha bukan salah staff. Bijak bijak! Lepastu dalam beberapa minit lepas kami ambil gambar, nah, dah sampai dah makanan!!!! Cepat gile. Oh ayam belum disalut cheese tak panas, memang boleh terus makan. Kalau nak ambil gambar dahulu, dipersilakan. Kalau tak nak salut cheese pun dipersilakan. Ada mulut, kau cakap. Haha. Kemudian, staff dia buatlah adegan salut-salut cheese pada ayam itu kan, alah yang viral itu kan. Kemudian, kepal-kepalkan nasi. Hoyyeh. Adik staff tersebut peramah, ajak-ajak borak dan tolong ambilkan straw. 

Kemudian, sangat polite, staff datang, puan order yang ini kan? (merujuk bumbuk cheese). Kemudian datang nasi belum dikepal, puan order yang ini kan? Kemudian staff lain lagi datang bawa air, puan order yang ini kan? Wakakaka.. dia panggil puan. baguslah bagi aku. hehe. ada orang datang tanya semua order dah sampai ke? Kemudian, ada staff lain lagi datang, order semua dah sampai ke? Kemudian kami dah mula makan, ada lagi staff datang tanya semula, order semua dah sampai ke? Hahaha. berapa kali korang nak lawat kami? macam VVIP pulak....Bersih pun iya. 




Apa yang kami order tak payah tunjuk ye. Hehe. Boleh merujuk kepada blog lain. Rujuk 1    Rujuk 2 

Aku rasa pengunjung yang makan di sini bukan sejenis lepak melepak. Siap makan, terus balik. Bagusnya engkorang eh, fikir pasal orang lain termasuk kami. Lepas kami muak nak makan, kami tapau bawa balik dan terus bayar. Sejujurnya kami bagi servis 5/5 bintang! 

21 Aug 2020

Perlu Minta QR Code Daripada Staff Carsome Yang Menjalankan Transaksi Bank untuk Sertai REFER FRIEND CAMPAIGN CARSOME

Assalam wbt dan Hi,

Pengalaman Berurusan dengan Staff Carsome Kelana Jaya

Hari ini posting saya untuk memaki. Kahkahkah walaupun hari ini hari Jumaat yang mulia. Diharap posting ini akan dibaca oleh mana-mana staff Carsome dan BERINGAT ya...Kali ini menjual kereta di Carsome kurang puas hatilah. Daripada staff yang buat inspection/nego harga dan staff yang menguruskan transaksi di bank. kalau aku complaint di tempat yang betul, belum tentu diorang dengar. Jadi, aku harap adalah mata-mata, kaki-kaki staff Carsome, baca komen aku ini ya. 

Rate utk Staff Carsome yang buat inspection/nego
Rate 2/5. Kereta yang kami nak jual Honda. Sama ada nak capai KPI, nak kaya cepat, ke nak makan puji ke nak bonus besar, aku tak tahu tapi offer sikit sangat RM42k. Masa kami kata nak participate dlm bidding online kami letak RM52k then dia terus cakap, tak adanya orang nak beli mahal macam tu. Eh eh kau ini kan.... suka hati akulah nak bajet harga tinggi pun. Kemudian, aku sebut kalau tiada orang nak beli nanti kami turunkanlah sampai RM48k. Tibeeeeeeeeeeeeeeeeeer dia cakap, eh kalau RM48k, Carsome boleh bagi RM48k. (What the fish!) Eh, tadi masa first tadi kau nego dengan kami RM42k tanpa budi bicara ya. Kami nego RM46k kau pun taknak. Pebenda ah kau kan.... Gile

Rate utk Staff Carsome yg menguruskan transaction bank
Rate 0/5. Sampai lambat, janji pukul10 sampai dalam 1030. Lepastu suruh kami isi dulu form utk deposit cheque. Eh kau?? kau dibayar gaji utk buat semua benda itu. pebenda nak suruh orang pulak? Aku nak cakap, masa aku jual Myvi dulu, staff Carsome yg berurusan dgn kami kata, tak perlu isi apa-apa langsung! STAFF CARSOME BUAT SENDIRI A-Z, sbb dia kata, dia dibayar gaji utk itu, aku cuma tengok aje! langsung tak kata apa-apa pun kat bank Islam (loan kereta myvi). nampak tak beza?? then, tak respon bila wasap utk suruh buatkan e-batal sampai bang Ajid terpaksa telefon general line dan staff general line itu yang buatkan e-batal... Masa aku jual Myvi dulu, staff yg berurusan dgn aku kat bank itu yang uruskan, 10 minit aje weh dia buat, terus email! Lepastu lupa pasal QR code ktorang.

Aku ada menjual kereta di Carsome pada Februari 2020. Kemudian, refer bang Ajid untuk menjual di Carsome. Jadi ingatkan nak join kempen ini kot lah boleh dapat duit RM500. 



Aku memang menyumpah-nyumpah STAFF Carsome tersebut! QR Code itu memang staff yang melalukan transaksi bank yang perlu bagi tapi dia lupa bagi. Alasan dia kata, kenapa kitorang yang tak ingatkan dia??? apebenda tah?? Kesannya memang kena maki jugalah dgn bang Ajid kt telepon, plus aku komplen jugak kat dalam email. Tak perlu ya nak ingat-ingatkan ke hape. Staff itu sendiri patut wasap terus lepas kami tanya. time-time itu jugak nak buat, tak payah tangguh-tangguh. macam kau kata kau banyak kerja, kau fikir kau punya kerja aje ke? kau tak fikir kerja aku dengan bang Ajid tak banyak ke??? 


Jadi korang jangan rugi macam kami ya.. lepas buat transaksi bank, terus bagitahu kat staff Carsome tersebut, nak join Kempen Refer Friend Carsome dgn memberi nombor plat kereta kawan yg sudah menjual. Lepastu ingatkan dia utk ingat. Takkan kita aje nak remind! Jika tidak, korang tak layak nak join kempen ini dan tiada harapan dapat RM500!


Update untuk cerita ini, setelah telefon Carsome dan suruh mereka expedite, finally kami dapat QR Code tersebut tapi tak tahu lagi dapat ke tak.. result kempen ini pada 21 september. kalau ada rejeki adalah, kalau tiada rejeki, salah staff carsome pelupa tadi! Oh ya, aku ada call staff di general line, eh dorang semua okay so far. sangat membantu!! itu aku bagi star 5/5!!! 


Ini nak katanya, kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. Aku jual dua-dua kereta di Carsome Kelana Jaya. tapi rezeki jual Myvi dimudahkan tapi jual Honda jumpa staff Carsome perangai yang nokharom. Seriouslah Carsome, kalau nak terus jadi brand yang bersinar, janganlah hire orang yang banyak lemak, pemalas macam ini. Menyusahkan orang aje. Aku tak kisahlah kau ada banyak masalah kat rumah ke, kau ada masalah dengan bos ke.. tapi kerja kau itu adalah servis kpd orang lain yg memerlukan. Kau kena ingat semua itu amanah. Kalau korang jumpa staff yg pemalas nego macam ini, korang tukarlah ke tempat lain. 

16 Aug 2020

Bagaimana Nak Topup App Smart Selangor dengan Touch n Go E-Wallet


Assalam wbt dan Hi.


Asyik cerita pasal Zhulian kang blog tak naik rating 😂😂


Hah.. kalau tertanya-tanya Apps Smart Selangor itu apa? Apps ini adalah untuk membayar parking di sekitar Selangor ya. Boleh tukar-tukar nak kawasan Majlis Perbandaran yang mana..... Kalau aku, area Shah Alam, so MBSA. 

Oleh sebab dah dapat E-Penjana RM50 daripada kerajaan, jadi aku guna sebaik yang mungkin iaitu utk menopup Smart Selangor. Tengok baki aku dalam RM0.94 ya... 

Korang tekan saja yang aku bulatkan itu....

Nah korang pilih nak beli yang mana?? Haha.. Aku memang malas Monthly Pass sebab aku jarang masuk office, WFH half week. nanti membazir utk aku tapi beruntung untuk si MBSA. hHahaha...

Nah keluar segala cara gimana mahu bayarin Smart Selangor. Lalu, aku pilih Touch n Go. Kemudian, aku tekan PAY.

Tekan PAY NOW. 

Tekan PROCEED. 

Bila aku pilih kredit RM10, terus keluar lah TAC untuk Touch n Go. tunggulah, kau isi saja tempat kosong mengikut message yang diterima. Tekan PAY.



HAHAHA.. TERIMA KASIH GOVERNMENT BAGI DUIT TOPUP. Hehe... 

Ya Allah mudah sangat2!!! kan kan kan kan.. hehe... Okay selamat mencuba. 



14 Aug 2020

Bekas Putih Untuk Simpan Ikan Sementara Boleh Didapati di GIANT

Assalam wbt dan Hi,


Kalau korang sedang mencari bekas putih polistrin yang selalu digunakan untuk menyimpan ikan, ayam, dan sayur, korang boleh dapatkan di GIANT! Ada rupanya kat GIANT. Hehe ingatkan tiada. Aku nyaris-nyaris nak beli kat Shopee, harganya RM11 belum masuk postage charge. 

Bekas polistrin ini memang berguna sangat-sangat! Korang patut ada walaupun satu di dalam kereta. Hehe.. Kalau saiz yang kecil dalam anggaran saiz TINGGI👉36cm LEBAR👉36.5cm PANJANG👉49cm
Harganya cumalah RM10.99. Kalau saiz besar gedabak yang kat bawah itu, RM13.99 saja! Namun, aku beli yang kecil sahaja sebab aku tiada tempat nak letak hehee...Almaklumlah kereta aku tak besar. Jom dapatkan sekarang sementara stok masih ada! Haha,, ada di area baju budak-budak tu ha... kat belakang-belakang sana kalau di Giant Shah Alam. 


Nak beli kat SHOPEE pun boleh. Saiz 24L macam ini dalam RM8.99 lepastu kan pos nye harga RM6.90 macam itu. Jadilah RM16. Kalau korang tak urgent boleh beli kat SHOPEE. Kalau korang urgent, beli sajalah kat Giant atau mana-mana yang ada.


Terima kasih. 

11 Aug 2020

Emas Pulut Dakap Murah iaitu Emas Zhulian Koleksi Suri

Assalam wbt dan Hi,

Koleksi baru Zhulian ialah Pulut Dakap ! Emas Zhulian memang terbaik, pantas betul buat kerja. Hehe.
Cantik-cantik sangat kalau sesiapa nak beli... Kalau nak harga ahli, boleh beli dah, kemudia automatik jadi ahli juga.. Seronok tak? 




Kalau berminat, wasap kakna di www.wasap.my/60176806258



Terima kasih. 

10 Aug 2020

Review Membeli Durian dengan Durian Kotak

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Walaupun sekarang bukan musim durian sangat dah, tapi kami teringin sangat nak makan durian. Jadi nak beli dengan siapa? Kami beli dengan Durian Kotak.





***************************************************
salam hi. maaf cikM lambat reply 🙏🏻

durian available untuk delivery 10.8.2020 (Isnin) harga seperti berikut (isi tanpa kulit): 

masa penghantaran 7pm-11pm


⚫ musang king FRESHH 👑  
1/2kg Rm70
1kg Rm130


⚫ durian D24
1/2kg Rm40
1kg Rm70


boleh bagi details untuk order: 

nama-
order-
no fon-
cara bayaran - 
alamat-




*pembayaran boleh dibuat ke akaun : 
X624XXXXXXX


*FREE delivery KL area 🛵
*terima kasih memilih durian.kotak 😊

******************************************************




Ke Klang Valley, free delivery. Mereka hantar sampai ke rumah. Mereka janji dalam pukul 9 malam tapi tiba di rumah pada pukul 815 malam. Bagus! Rasa durian sedap tapi lagi sedap kalau ambil direct daripada durian berkulit yang betul. Hehe... But its okay. sebab murah kalau nak dibandingkan dengan durian berkulit. 


Hah tengok gambar nampak geram tak? heheeh...
Jadi, jangan tunggu lagi... Tolong beli 


Okay bai... 

9 Aug 2020

Malu ke Nak Pakai Bukan Emas Tulen?

Assalam dan hi,

Sebenarnya memang ada sebahagian orang akan malu bila nak pakai emas Zhulian. Emas zhulian bukan emas betul seperti emas 916 dan emas 999. Emas zhulian ialah logam aloi yang disadur dengan emas 999 sahaja. 

Kalau diikutkan kita pakai emas 916 sebab apa? Sebab kita nak show off kita mampu miliki, atau satu kepuasan, atau satu fikiran yang rasa nanti bila-bila susah boleh digadai? Sebab aku juga dulu ada fikiran yg sama. Alang-alang membeli, baik guna emas tulen 916. 

Malangnya, duit tak cukup. Satu gram emas berharga RM250 masa itu. Aku simpan dua tiga bulan, jadi RM500. Aku beli rantai utk Nasuha tapi yg paling tipis gile iaitu dalam 1gram sahaja. Sekali rentap memang boleh putus. Jadi aku pakaikan time nak balik kampung sebab takut hilang. Sayang sangat. 

Kemudian, selepas PKP, aku kurang duit jadi aku jual semula. Rugi sangat masa itu. Beli RM250 1 gram, jual balik RM208 utk 1 gram. Aku jual dan beli time PKP. Memang aku fikir nak cantik, dalam masa nak jimat duit, dalam masa yg sama boleh gadai bila tiada duit. 

Masa aku simpan duit utk beli rantai emas, aku memang kurangkan shopping. Dan dapatlah simpan. Nasib naik 1gram lebih aje. Kalau yg sampai 6gram, 16gram, entah berapa lama nak simpan dan mengikat perut. dengan nak beli susu, barang mentah dll. Aku kurang sikit nak buat komitmen duit kutu utk dapatkan emas. Aku rasa mcm selfish juga, buat kutu utk emas sendiri. Sedangkan barang rumah belum beli. 

Dari situ aku fikir, kat mana nak beli barang kemas yg murah tapi mmg gold plated dan cantik. So jawapannya Zhulian. Kalau korang tengok pun, boleh rambang mata tau... Aku yg memula tiada perasaan nak jadi ejen. Memula jadi ejen sebab nak belikan utk anak aje. Last2 aku terjebak juga. 

Tak payah malu sebenarnya pakai bukan emas tulen. Semuanya mentaliti aje. Yg kira duit poket kita kan kita ssndiri, bukan jiran sebelah. Jimat dan dalam masa yg sama happy sebab boleh pakai barang kemas yg cantik. Jadi tak payah semakkan kepala sangat, jom beli emas zhulian dengan aku. Hehe. 


8 Aug 2020

OOTD di Saloma Bridge atau Pintasan Saloma

Assalam dan Hi

SHOPEE KAKNA

Kalau kau orang teringin nak ootd cantik di Kuala Lumpur, bolehlah pergi ke Saloma Bridge atau Pintasan Saloma yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ia menghubungkan kawasan Kg Baharu dan Jalan Tun Razak. Dengan adanya jejantas atau pintasan ini, penduduk Kg Baharu dgn mudahnya ke kawasan KLCC, sudah tidak perlu naik LRT. 

Kau orang boleh parking di kawasan LRT Kg Baharu. Kalau waktu weekends tiada masalah, tidak disaman polis tetapi kalau hari berkerja, aku kurang pasti pula. Kalau nak naik LRT saja, stop di LRT Kg Baru dan pergi ke arah kiri. 

Sedikit sejarah tentang Pintasan Saloma, dibuka kepada orang ramai pada 2 Februari 2020 yang lalu mempunyai bentuk seperti Sirih Junjung memberi satu impak tradiosional dan simbol perpaduan rakyat Malaysia khususnya. Pintasan sepanjang 69 meter ini dibina dengan kos RM31 juta sepanjang termasuk kos konsultansi untuk membolehkan ia menjadi satu pintasan yang lebih kukuh. Binaan ini menghubungkan dua bahagian yang terpisah kerana Sungai Klang dan enam lane Ampang Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH). Projek binaan ini dikendalikan oleh PKB iaitu Kampung Bharu Development Corporation.  dan direka oleh VERITAS. Ia menjadi titk kepada master plan untuk pembangunan Kampong Baru. Selain itu, pembinaan pintasan ini memakan masa selama 18 bulan. 

Sebenarnya, kerajaan telah mencadangkan projek pembangunan kampung yang sudah berusia 121 tahun itu menjadi Taman Warisan Melayu atau Malay Heritage Park. Di sini, 11 rumah tradisional akan dikekalkan. (kurang pasti rumah yang mana). Pembangunan 45000 rumah lagi iaitu jenis mampu milik mampu menarik lebih ramai orang Melayu tinggal di sini. Projek ini dijangka dimulakan pada Jun 2020 tetapi sebab MCO, mungkin ditangguhkan atau lain-lain. 

Pintasan ini juga secara amnya menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 iaitu 100m dari LRT Kampung Baru, Lorong Saloma dan kemudiannya ke Menara Public Bank di Jalan Ampang.  Waktu siang, tak ramai terutamanya dalam waktu 2-3 petang. Tiada yang photoboom Hehe....








Terima kasih. 

6 Aug 2020

Isu Penswastaan di Malaysia

Assalam dan hi,

gambar ehsan google


Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
1.Proses Dasar Penswastaan Negara
2.Dibawah Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri

Langkah Kerajaan Untuk Memastikan Penswastaan Tidak Memberikan Kesan Buruk Kepada Pihak Yang Terlibat
1.Mengenakan kawalan terhadap bayaran perkhidmatan yang diberikan
2.Mengenakan syarat tiada pembuangan kerja untuk satu tempoh terhadap entity yang diswastakan
3.Memastikan pihak swasta membayar cukai yang tinggi

Kenapa Program Penswastaan Dijalankan?
1.Meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju
2.Meningkatkan sumber kewangan kerajaan
3.Syarikat gergasi menjadi penaung syarikat yang lebih kecil
4.Perkongsian pintar antara kerajaan dan pihak swasta
5.Meningkatkan persaingan sihat tentang ekonomi
6.Peluang pekerjaan bertambah
7.CEO dan staff akan lebih bertanggungjawab kerana syarikat itu milik mereka kerana masing-masing mempunyai saham istimewa
8.Bilangan usahawan bumiputera bertambah
9.Menambahkan teknologi dan kepakaran baru melalui penyertaan pemegang ekuiti asing, kontrak pengurusan atau penyediaan khidmat peruding
10.Meningkatkan kecekapan dan produktiviti bagi bidang tertentu

Strategi Program Penswastaan
1.Mempercepatkan proses mengenal pasti dan menilai projek dan entiti yang akan diswastakan serta menyeragamkan pelaksanaannya.
2.Memperluas dan mempertingkatkan peranan entiti yang diswastakan bagi memenuhi matlamat sosioekonomi.
3.Memudahkan pemindahan teknologi dengan menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh syarikat besar yang diswastakan.
4.Memastikan penglibatan yang lebih meluas di kalangan syarikat tempatan khususnya bagi penswastaan projek infrastruktur.
5.Menggalakkan penggunaan bahan tempatan secara meluas bagi memastikan idustri dan perkhidmatan tempatan berkembang.
6.Memperluaskan penglibatan Bumiputera dalam pengurusan syarikat serta melaksanakan penyusunan rangkaian pemasaran dan program pembangunan vendor.
7.Mengenal pasti dan menggalakkan instrumen dan sumber pembiayaan baru bagi entiti yang diswastakan.
8.Memperbaiki rangka kerja badan kawal-selia untuk memastikan keberkesanannya.
9.Memperkukuhkan mekanisme pengesanan dan penilaian prestasi entiti yang diswastakan.
10.Menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan yang telah diswastakan mengambil bahagian dalam projek penswastaan di luar negara.



5 Aug 2020

Jual Kereta Melalui Proses Bidaan di Carsome

Assalam wbt dan Hi,

Boleh baca contengan saya yang terdahulu di Jual Myvi di Carsome


Kali ini, kami menjual kereta Honda City kami pula. Kami sudah berfikir masak-masak untuk menjual Honda City dan bertukar kepada kereta lain kerana perlu menguruskan kewangan kami dengan lebih baik. Bak kata Bang Ajid, kereta apa-apa pun sama, kalau dalam jammed (congestion road / kesesakan lalu lintas) tetap juga kena harungi sama-sama dengan kereta-kereta lain. 

Setelah membuat janji temu dengan staff Carsome melalui laman sesawang ini, Temujanji Carsome kami datang tepat jam 10 pagi hari itu. Memang tidak ramai kerana mungkin PKPP, suasana agak sunyi. Usai tiba, jangan lupa pastikan membawa dokumen geran salinan atau asli dan kunci spare. 

Kereta kami dibawa untuk menjalani proses inspection. Dalam sejam, akhirnya staff Carsome memanggil kami. Dia menawarkan harga yang agak rendah iaitu RM42,000. Mengikut perkiraan kami dan survey kami melalui laman sesawang Mudah.my , dll, harganya tidak terlalu rendah, mungkin sekitar RM46,000 jika dapat dijual di Carsome. Apa yang kami perhatikan melalui penjualan Myvi tempoh hari, jika di pasaran harga Myvi ialah RM15,000, maka pihak Carsome akan menurunkan lebih kurang RM3,000 daripada harga pasaran tetapi RM42,000 untuk Honda City macam murah sangat. hehe... 

Jadi apabila kami jauh sangat drp target kami, kami pilih untuk membuat proses bidaan. Staff Carsome akan memberikan satu borang untuk kita isi berapa harga awal bidaan. Bidaan ini berjalan selama 24 jam saja. Dalam waktu bidaan, kita boleh menurunkan harga berdasarkan instinct kita. Oh ya. selepas sudah mendaftar, kita akan memperoleh satu email menyatakan id, password dan website bidding. Kita login seperti yang disuruh dan perhatikan saja. Gambar diambil oleh pihak Carsome dan spec kereta semua diisi oleh Carsome. Kita tak perlu buat apa-apa. 

Contoh kami, pada mulanya, kami menawarkan harga RM52,000 tetapi tiada yang berminat. Kemudian, kami menurunkan harga menjadi RM48,000 (yg ini buat sendiri - kalau korang tengok, korang tahu kat mana nak isi tempat kosong - sorry tak boleh bagi gambar yg ini). Konsep bidaan ini persis dengan konsep bidaan di Chilindo. Setelah pembeli membida, akhirnya dapat dijual dengan harga RM48,600. 

Seorang membida utk pertama kali. Dalam 24 jam, proses bidaan perlu diterima atau ditolak. Kalau tolak, maknanya anda tidak jadi menjual dgn Carsome. tiada kesan apa-apa. Jika anda menerima, maka ada aktiviti seterusnya. 

OKAY?

Nampak tak, 830 orang melihat. 830 ini ialah dealer seluruh Malaysia. 

Okay akhirnya Honda City kami dapat dijual melalui laman web Carsome bidding. Terima kasih,