TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Jul 2020

TIPS Berjaya Temuduga - Fasih berbahasa Inggeris dan Tawarkan Gaji Lebih Rendah

Assalam wbt dan Hai,


Aku seorang yang selalu gagal temuduga. Jadi aku dapat tahu tips temuduga berjaya daripada pertanyaan aku kepada panel penemuduga, kenapa aku gagal. Jadi jawapannya ada dua, seperti di bawah.

TIPS BERJAYA TEMUDUGA

1. Fasih berbahasa inggeris (tanpa hiccup aa eee hmmm terlalu lama)
2. Gaji yang korang tawarkan paling rendah

gambar ehsan google



Huraian Fakta 1

Tips berjaya temuduga, english korang mesti fasih. Sepanjang aku temuduga, semua penemuduga memang sejenis steretyping. Kalau english korang bagus, dia TERUS / WAJIB assume kau pandai buat kerja. Walhal sebenarnya kerja nan hado, pemalas, suka datang lewat, tak mudah beri kerjasama. Masa kau interview, kau buat terpaling boleh buat kerja, terpaling boleh datang awal, terpaling boleh beri kerjasama, semua benda terpaling..... 

Keyakinan yang nyata, tanpa/kurangkan aaaa eeee hmmm.... 

Tahu huraikan profile company (company buat apa), misi, visi, board directors (jika ada)
Tahu huraikan apakah kelemahan dan kelebihan anda
Tahu huraikan mengapa saya perlu dilantik menjadi pekerja di sini

Huraian Fakta 2

Andai kata, korang memohon kerja, desperate sangat-sangatlah ini, korang letak gaji agak rendah daripada gaji pasaran. Contoh jurutera sepatutnya bergaji RM3,300 tetapi korang letak RM2,700. Maka, korang adalah calon yang akan dipertimbangkan terus oleh HR dan Boss sebab semua company suka cut cost. Lagi satu, kebanyakan orang temuduga sebab nak naik gaji, nak kerja lebih baik. Jarang ada yang pindah company bukan sebab gaji. Jadi kalau kau tak berkira, bertepuk tangan HR. 


********************************

Senang kata, aku tak pernah jumpa panel penemuduga yang jenis tak tengok dua perkara ini. Kadang aku fikir, diorang penemuduga rata-rata tak ada satu set soalan yang melihat kualiti seseorang. Mereka 100% hanya berdasarkan kualiti berkata-kata. Sedangkan, pandai berkata-kata itu boleh digilap tetapi attitude yang baik tidak boleh digilap, ia memang sudah sebati dari dalam diri. 


Next time aku cerita lagi pasal temuduga ya. 

Sekian, terima kasih. 

No comments: