Kakna pernah rasa menjadi gemuk.
Part 1 (Di awal proses kegemukan)
Nak ceritanya dulu2, kakna gemuks berat sampai 64.5kg. Sorry taknak mengaku 65kg yach. Before kahwin 48kg jah. Lepas bersalin anak kedua, memang terus menggemukkan diri, paling gemuk dalam sejarah. Bila dah gemuks, masa itu memang makan tak hengat dunia. (dia macam, alang-alang kau gemuk!) Macam dunia ni ana yg punya. Baju bertambah saiz drp saiz S kepada L ataupun drp saiz 36 kpd 40 atau 42😂 tapi kita tak rasa apa2 sbb kawan2 office pun takde yg tegur gemuk. Eh dorang nampak kakna memang dah gemuk kot.
.
Mula2 tu tak rasa bersalah langsung oi walaupun dah naik 22kg ! Makan tetap sedap. Bayangkanlah makan pun sekali hentam boleh habis 1 pot setengah. Korang paham tak betapa banyak gile hoi. Tapi sebab takde masalah BP tinggi ke apa, membuatkan tetap x sedar diri. 😅 #intermittentfastingmalaysia #intermittentfastingmalaysia
Part 2 (Fasa baru nak menyesal)
Lepastu setiap kali ambil gambar mesti berdiri di sebalik orang, tutup badan dgn meja, dah tu, takde meja nak tutup jadi guna icon atau sticker aje. Wakakakakaka. 🤣 Hah korang macam itu tak? Kalau ya, maknanya tak yakin pada diri sendiri, maka korang perlu dah nak start berdiet, today or never.
.
Tapi masih tetap tak sedar diri, masih membesarkan diri. Bila kawan ada yg diet. Kita buat tak tahu aje.
.
Titik tolak nak jadi kurus tu bila baju tetap bertambah size. Baju saiz besar mmg banyak kat pasaran dan murah2 belaka. Cuma coraknya tak cantik sgt lah. Lepastu nak bergambar pun tak cantik. Lepastu rasa demotivate sendiri. Itu yg tetiba rasa nak berubah. Cuma tak tau nak diet mcm mana... Kemudian bang Ajid pun dah mula tegur ngape gemuk nau awak ni... bila laki dah tegur tu, kau jangan nak ngada-ngada uturn kona baring tak mau buat. Jangan sampai laki cari yg lain. Tak payah ikut istilah, terima seadanya gitu. Pada pendapat kakna, kita memang perlu cantik-cantik depan suami.
.
Kakna cuba eat clean tapi mahal oi. Terus stop. Tak boleh tahan. Lepastu cuba pulak kalori defisit. Siap donlod apps kira kalori kauuuu. Tapi still tak berjaya 🤣🤣🤣 Oh ya tapi masa itu sebab dah kurangkan makan, daripada 65kg kepada 58kg saja. susah nak turun lagi. #intermittentfastingmalaysia
Part 3 (gambar sekarang)
Kemudian kakna start belajar buat IF sebab dengar kata lisa surihani, dmfk, johan raja lawak pun buat IF. Mulalah google. Apa itu IF. Oh intermittent fasting. Katanya mudah sikit nak turun berat badan. Okay nak cubalah. IF memerlukan seseorang berpuasa selama 16 jam. 16 jam itu memang lama sangat! haha... awal-awal rasa berat betul tau. Yelah alang-alang baik puasa tapi tak boleh jugak, penat kerja. Sepanjang-panjang IF boleh minum air kosong atau green tea katanya yg penting bawah 5cal.
.
Kakna baca actually green tea tak bagus. (effect green tea - mata berdenyut) Kemudian, kakna dah stop terus. Tak minum apa-apa selain air putih.
.
Jadi kakna start perjalanan #intermittentfasting drp bulan Nov 2018 sampai sekarang. Sebenarnya selepas 6 bulan dah nampak ketara sangat. Drp 58kg terus turun pergi 53kg. Nampak agak drastik. Baju2 lama dah boleh pakai. Bila orang cakap baju kite cantik tu rasa seronok. Eh dorang taktau yg kakna mmg kurus jaman muda mudi. Wakakakkaaka. Bila dah kurus, memang nampak muda slim melim. Seronok betul.
.
Lepastu sbb dah selesa sgt. IF buat 16jam. Tempoh 8jam makan melantak apa saja. Kakna pilih pukul 9malam - 12.30 tengah hari utk fasting window dan bakinya eating window. Eh berat statik je kau 53kg. Kendian kakna baca, kena jaga makanlah baru boleh turun lagi. Ohyeah.. Lepastu tak ambil kuah2 sgt, skip coffee, skip icecream, skip gula, skip milo. Hah jadilah 51kg. 🤣 kalau puasa jadi 50kg. Adui. #intermittentfastingmalaysia
Part 4 (Cabaran Nak IF)
.
Sebenarnya kalau nak kuruskan ni kita kena ketepikan apa pandangan orang lain terhadap kita. Kalau kita nak kurus, kita buat aje. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Kalau mcm konsep IF mmg tak guna duit langsung sis. Tapi kena jaga makan juga. Awal-awal mmg susah nak tahan lapar, lama-kelamaan alah bisa tegal biasa. 😆
.
Lepastu ada suara sumbang "kau dah kurus buat apa diet.." lepastu kalau dah ada pasangan pun, maybe pasangan akan cakap macam tu. ayat seumpama itu mmg selalu akan kita dengar tau. Tapi totap kuatkan semangat. Kalau kurus sikit pun kita senang nak gerak, solat pun senang nak berdiri. Baju2 takdelah asyik nak beli yg tambah saiz, tak ke jimat juga kalau ikutkan... 😀 #intermittentfastingmalaysia #intermittentfasting
.
Cabaran lagi bila kawan-kawan kudap-kudap kat office, kita kena menahan nafsu makan. Sikit pun tak boleh kalau diikutkan tapi kakna ada jugak tipu-tipu sikit, sekadar merasa. Merasa itu konsep dia macam, kau makan kerepek sekadar 1 keping. jangan sampai 10 keping, itu pun dah kira melantak! Haha.
.
Lepastu hari-hari biasa tak makan breakfast, kau melihat kawan-kawan makan nasi lemak dan roti canai sedap. oh Sabarnyalahai hati, kena tahan lama sikit. Sekali-sekala makan itu boleh tapi hari-hari itu memang tak boleh.
Part 5 (Tinggalkan Makanan Bergula, Bergaram, Pewarna Tiruan)
.
Lepastu nak IF, kena berani tinggalkan gula berlebihan, garam berlebihan, kopi berlebihan, milo berlebihan, air tin berlebihan, kek, biskut keping, roti canai, nasi kandar. oh banyak sangat makanan sedap kena korbankan. Aduh susah betul dugaan. Dahlah Malaysia banyak sangat makanan sedap 🤣 Kalau korang nak IF atau nak berdiet, serious tinggalkan semua benda sedap ini. Sudah lama badan kita makan semua ini, sudah cukup-cukuplah itu.
.
Tapi gitulah kita hadapi. Caranya kakna mmg tak berapa gaul sgt dgn office mate selama 6 bulan tu. Wakakakkaa. Mcm kera sumbang kejap. Lepas 6 bulan tu, baru masuk geng balik tapi berat dah turun dan makan pun dah boleh kawal. Sampai orang offer gorpis pun kite tak layan! Kakakaka. Macam napsu makan dah takde. Gile ah. Mcm tak purcaya kan.. Tapi seriuslah betul. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih... 🥰
.
IF memang perghhh lapar gile weh. Kalau buat 16:8 boleh tahan lagi. Kalau buat 20:4 hmmm dah sakit kepala. Sbb sepanjang2 tu cuma minum air kosong!gulp... Ada orang siap buat OMAD (one meal a day) , tak tahu mcm maba dorang bertahan.
.#intermittentfastingmalaysia #intermittentfasting
Part 6 (IF Tak Menjamin Kolesterol HDL Tinggi dan Kolesterol LDL Rendah)
.
.
Cuma isunya sekarang, bila kakna IF, kolesterol kakna rendah, sampai machine biasa-biasa farmasi tak boleh baca. Below than 3.9...Tapi dulu masa tahun 2018 kakna pergi hospital Columbia asia klang, utk check kolesterol details, memang rendah oi. Tapi kolesterol jahat (LDL) yg tinggi. Hak aduh. Pebenda pulaklah kolesterol jahat baik ni. (nanti cite). Kakna assume bagus dah IF tapi takde satu pemangkin yg buat toksin hilang dari badan. Jadi mcm sekadar kurus tapi tak berapa sihat. Gituhhh 😆😅
.
Sebab tu kakna try Byoung sbb nak buang kolesterol jahat. Oh belum tahu lagi utk testimoni kolesterol. Kena tunggu setahun consume baru boleh check result 🤣 cumanya bila guna SIF (smart IF), iaitu IF dgn #byoungmalaysia Memang nak taknak kau kena patuh. Sebab apa, psikologinya first harga dia mahal. Lepastu kite nak dapatkan high performance effect. Sgt rugi kalau x buat betul2... Jadi kakna nak cuba. Nanti resultnya apa, kakna share kendian eh. 😉😉😉😉 #intermittentfastingmalaysia #intermittentfasting
Part 7 (Selingan - Byoung Zhulian dan Coloskim ketika IF)
.
.
Kalau korang rasa susah sangat-sangat nak buat IF memang kakna sarankan sangat consume Byoung, Insha Allah korang tak lapar tapi dalam masa yang sama Byoung tak menggemukkan, di samping korang minum air. Kakna boleh jamin, daripada korang berlapar fasting window dgn air kosong saja, better korang before fasting window, minum Byoung, memang lapar itu berkurang. Bukan setakat minum Byoung, ada juga susu Coloskim 😆😅
Okay sekian perkongsian IF kakna.. Harap-harap bermanfaat untuk memberi semangat.
No comments:
Post a Comment