TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

4 Jul 2020

Cara Hendak Mengukur Cincin Dengan Betul Tanpa Ada Cincin Pun Boleh!

Assalam wbt dan Hi,

Macam mana nak beli cincin Zhulian online? Macam mana nak ukur ini..... Aduhai.... Tak retilah....

Okay, ada dua cara nak ukur cincin. Yang pertama, kita menggunakan benang atau kertas untuk mengukur diameter. Yang kedua, menggunakan cincin yang sedia ada untuk mengukur diameter. Sila lihat gambar di bawah untuk lebih memahami. 

Saiz ukuran 9,11.....24 itu memang saya dapat drp Zhulian standard. Kemudian saya menggunapakai untuk cincin emas 916 saya dan ternyata benar. hehe

Nak ceritanya, Zhulian cuma bagi saiz 9,11, 13, 15, 17, 20, 22, 24 dan diameter tetapi ukur lilit tak bagi. Ukur lilit atau perimeter kalau sesiapa yang ingat. Haha. Jadi saya gunalah rumus;

Ukur Lilit = Diameter x Pi
Diberi Pi = 3.142 

Siapa masih ingat lagi rumus perimeter macam saya?? Angkat tangan! Hahahahahaha
Tak sangka ilmu matematik berguna untuk ukur cincin aje pun.

Tandakan yang dah bertindih tau. Nak lagi senang, guna benang yang agak tebal. Kalau benang haluih macam benang jahit tu, susah sikitlah, renyah oi nak buat lilitan. Hehe... Kalau guna kertas boleh, tapi bagi saya kurang tepat. 

Yang ini ia tak ia aje boleh ke idok. bukan apa, sebab cincin emas tu kadang tak berapa bulat pun. Jadi pastikan betul-betul bulat baru ukur. kalau bujur kang nanti salah beli saiz pulak. 

Merujuk kepada gambar no dua, saya membandingkan dengan cincin betul emas 916 ya. nak bagitahunya, saiz cincin emas 916 saya ialah 12. Kemudian nak beli cincin emas Zhulian, kita perlu memilih satu saiz lebih besar. Untuk kes seperti saya, saiznya ialah 13. Tambah satu okay? Jangan lupa tau...... sebab apa? sebab kalau emas 916 dia jenis mudah lentur jadi bolehlah kita kemek sana kemek sini untuk memuatkan jari, tetapi emas zhulian tak boleh buat begitu, jadi tambah 1 saiz saja... Okay? 

Oh satu lagi, kalau korang tak tahu pulak saiz cincin, bagi saja berat dan tinggi, pakar kami akan mengagak saiz cincin korang :) mudah betul ya...... 


Selamat mencuba! Terima kasih.................

No comments: