TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

27 Jul 2020

Hakikat Sebenar MLM dan Zhulian

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Kalau korang tengah terfikir-fikir lagi nak buat bisnes tentang apa. saya cadangkan korang pilihlah Zhulian sebagai cabang bisnes korang. Bisnes apa-apa pun, kena rajin promote saja. Dalam ekonomi yang tidak menentu ini, termasuk aku dan kawan-kawan lain yg sama company, hampir semua ada bisnes masing-masing. Haha. Sekarang ini, group whatsapp penuh dengan business saja, lepastu whatsapp story pun sama. Aduh...

Okay lepastu aku nak cerita tentang hakikat sebenar Zhulian dengan sangkut paut MLM tahap tipu tertinggi ke? Dulu-dulu masa aku kecilm aku selalu dimomokkan dengan zhulian ini penipu, program direct selling yang confirm menipu dan mengambil duit orang bawah. Jadi, orang kampung aku memang cukup anti kalau orang kata Zhulian. 

Sebelum itu, isi post ini adalah pendapat peribadi sahaja dan tidak mewakili mana-mana pihak.


1. Modal Besar?
Aku dah banyak sangat join aktiviti berjual beli seperti ini. H*rb*li*e , S*klee , Dropship, Insurance Takaful Pru*enti*l , dll memang hampir kesemua bisnes seperti ini memerlukan modal yang besar. Termasuk juga Zhulian. Zhulian memerlukan modal yang besar iaitu membeli barang-barang kemas dan barang-barang stok seperti Susu Coloskim dll adalah untuk menarik pelanggan dgn perkataan ready stok. Nanti senanglah korang nak bagi kat customer. Tapi bagi aku benda ini logik. Zhulian tidak memaksa untuk menyimpan stok. Suka hati koranglah nak beli ke taknak. 

Berbanding dengan H*rb*li*e , korang diwajibkan membeli 10 set! Bayangkan 10 set woi.. gile! habis RM2000 aku time itu. Nak nangis pun ada. Haha.. tapi nasi sudah menjadi bubur. Kesilapan aku menjual produk kurus ialah, aku sudah kurus! wakakakaka, jadi nak jual memang susah bebenau! 

Aku ada dengar Leader RCM Kak Salina Selamat berkata, kalau hendak berniaga, bukan harini bermula, besok dapat untung. Mungkin memakan masa agak lama, mengikut rezeki masing-masing. Hanya kita saja yang perlu positif dan jangan putus asa.

2. Yuran Pendaftaran Hanya RM48 Sahaja
Yuran pendaftaran mana-mana pun memang ada. Yuran ini selalunya berkonsepkan one-off tetapi kalau korang dapat menjual dalam kuantiti point yg ditetapkan, jadi untuk tahun hadapan sudah daftar secara automatik. Kalau korang tak buat sales betul-betul, tahun depan bayar guna duitlah. Hehe. mudah saja. sama konsep dengan Aeon. 

Okay untuk Zhulian, korang perlu bayar RM48 one off kemudian, setiap tahun nak renew kena bayar RM24. Eh eh itu kalau, kalau, kalau korang tak buat sales langsung. Minimum sales utk renew ialah 600BV atau 600 point. 600 point pula dihasilkan selepas membuat sales dalam lebih kurang RM1200 mungkin. 

Bagaiman BV diterjemahkan daripada sales? Setiap barang mempunyai nilai BV yang berbeza-beza. Contohnya cincin berharga RM104 (harga ahli), bernilai 53BV. Rantai yang berharga RM211 (harga ahli) mempunya nilai 116BV. BV ditentukan oleh company. 

3. Makan Duit Orang Bawah?
Kebanyakan MLM akan bertindak mencari orang bawah atau downline supaya boleh mengcover semula modal yang sudah dikeluarkan. Contoh MLM selalu yg kita dengar, si Ali join dengan bermodalkan RM10k dan bayar kepada upline. Untuk mendapat semula RM10k, cari orang bawah. Sekali dua bayar then bulan ke-3 lesap. Oh Zhulian bukan semudah itu!

RM48 yang korang bayar time registration akan diambil sepenuhnya oleh syarikat. Upline tak dapat 1 sen pun daripada hasil mengrecommendkan downline join Zhulian. Cumanya, BV point yang aku sebut tadi boleh dikumpulkan melalui individu dan berkumpulan.

a. bonus individu
b. bonus berkumpulan

Kalau bonus individu melalui apa yang kau jual. Kalau kau jual banyak, banyaklah hasil yang kau dapat. Kemudian, kalau bonus berkumpulan pula. Oleh sebab upline tadi bertindak sebagai "sponsor" atau "leader" lah aku boleh sebutkan, maka dia mampu menjana bonus berkumpulan. Downline tadi belum boleh selagi dia belum cari downline dia lagi. wakakaka (pening tak?)

A (upline) <-- B (downline A tetapi upline kepada C) <-- C (downline B)

B dikira sebagai downline A tetapi C bukan downline A. Jadi hasil bonus group dikategorikan oleh A ialah A dan B sahaja. Hasil bonus group dikategorikan oleh B pula ialah B dan C sahaja. Gituh. Faham tak anak-anak?

Jadi, daripada mana makan hasil orang bawah? Oleh sebab upline sudah bagi kerjasama, bantuan, dan sokongan serta semangat mural eh moral kepada downline, maka dia berhak dapat bonus. Kata ustaz, MLM diharuskan jika dia sudah berusaha.  (ceramah MLM drp Buya Yahya)

--> Barangnya jelas dan nyata
--> Harganya masuk akal

****************************************************************

http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/soalan-lazim/perniagaan-multi-level-marketing-mlm

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:

"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam".

Kriteria MLM yang diharuskan adalah selaras dengan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM) yang diperakui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011. Kriterianya adalah seperti berikut :

  • Syarikat hendaklah melantik Penasihat Syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang Islam.
  • Produk MLM hendaklah selaras dengan syarak.
  • Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.
  • Kontrak jualan langsung secara bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas dan hendaklah difahami dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
  • Tempoh bertenang iaitu tempoh tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja dari tarikh penyertaan yang membenarkan seseorang peserta membatalkan atau menarik balik penyertaan dalam perniagaan jualan langsung.
  • Yuran keahlian pada kadar yang minimum meliputi kos pengurusan dan bahan-bahan bercetak yang dimasukkan dalam suatu kelengkapan jualan yang mengandungi pelan pemasaran dan kod etika syarikat dan bukan pada kadar yang tidak munasabah dan begitu tinggi.
  • Tujuan menjadi peserta syarikat jualan langsung mestilah jelas dan selaras dengan ketetapan syarak iaitu untuk menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan.
  • Akad dalam perniagaan jualan langsung antara syarikat dengan peserta hendaklah ditentukan dengan jelas.
  • Aktiviti pemasaran (marketing) hendaklah dilakukan secara patuh syariah, tiada elemen paksaan dan desakan, beradab dan tidak mengelirukan (misleading).
***************************************************************

4. Mudah Tak Nak Kumpul BV 600 point supaya boleh auto register dengan Zhulian pada tahun hadapan?
Aku cadangkan kalau nak buat bisnes, this is the right time. Kenapa aku kata begitu, sebab sekarang ini pembayaran kereta ditangguhkan dan duit EPF pula kita dapat. Jadi insha Allah kita ada duit extra untuk dijadikan modal membeli barang - barang jualan. Untuk kes Zhulian, aku cadangkan korang beli Byoung sebab nilai BV nya sudah mencecah 200BV untuk 1 kotak. Beli 3 kali sudah cukup 600BV dan automatiknya korang tak payah renew untuk tahun hadapan. Settle.


KESIMPULAN
Kesimpulannya, Zhulian bukanlah MLM yang menipu. 
i) Kita tak perlu menyimpan stok kalau tiada duit lebih. Tidak perlu beratur ke Pejabat Pos sebab yang mengepos memang daripada pihak HQ. 
ii) Kita hanya cuba untuk mempromosikan perniagaan sahaja. Barang memang ada. 
iii) Harga masuk akal. Harga ahli dan harga bukan ahli memang jelas terpampang di meja kaunter. Kalau nak rasa harga ahli, just join ahli saja. Harga jual kepada pelanggan adalah tetap. Kalau kurang itu atas dasar budi bicara ejen. 


Sekian terima kasih. 

No comments: