TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

19 Jun 2020

TIPS Tulis Resume Canggih berdasarkan E-Latih

Assalam wbt dan Hai,

Sebelum itu, ingat formula kita DUIT.

D - Doa kepada Allah untuk beri jalan yang terbaik kepada kita 
U - Usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakal

CV - Tentang kita, simple aje selalunya satu muka surat, contoh pengalaman kerja tanpa huraian
RESUME - Tentang kita, lengkap, banyak muka surat, contoh pengalaman kerja dengan huraian

Gambar ehsan google


TIPS RESUME

Aku tahu ramai je orang rasa Resume dia tak canggih. Jadi kalau rasa-rasa macam tak canggih, selalu lompat-lompat kerja, resume jadi tak cantik. Lepas itu rasa rendah diri sebab tak juga dipanggil kerja. Ini aku dapat daripada e-Latih, alah yang website HRDF punya, cuma aku olah jadi ayat yang santai. Jangan kau fikir mereka cakap sebegini. Jadi apa yang korang perlu buat:-

1) Bahagian 1 - Personal Detail (nama, umur, alamat, no telefon, email, nombor pendaftaran Badan Bertauliah seperti ACCA/BEM/MBOT dll)

2) Bahagian 2 - Skill and Proficiency. Tulis semua:

a) Sijil tambahan yang kau ada, contoh Degree Engineering tapi ada Professional Certificate in Human Resource Management, Kad Hijau CIDB, Kursus Memasak, Kursus Menjahit dll. 

b) Recognition Award (yang ada bukti, tak ada bukti jangan letak sis). Apa-apa awards yang kau dapat, contoh Staff Terbaik 2019, anugerah dekan 6 kali, pernah jadi penulis sambilan surat khabar Berita Harian, Hero Malaysia, Mendaki Gunung Kinabalu, Pengakap Diraja, pernah buat Journal yang diiktiraf antarabangsa/kebangsaan dll. 

c) Knowledge (berkaitan kerja). Apa yang kau boleh buat, contohnya pandai buat tender, pandai buat PO (purchase order), pandai uruskan building maintenance, tahu pasal perolehan (procurement), tahu pasal ISO 9001:2015, dll.

d) Volunteer. Ada pernah jadi volunteer kat mana-mana? Kau bubuh dalam sini. Yang sekarang glemer jadi sukarelawan kat Pusat Vaksin.

e) Software yang kau tahu. Selalunya Ms Word, Ms Excel, Ms Power Point, Ms Note, Ms Publisher. Lain-lain itu kau tambah sendiri. 

f) Others. Kalau point 2(b) yang ada bukti, yang ini yang tak ada bukti sis.. (contoh: turut serta dalam aktiviti syarikat jadi AJK, mana mahunya ada sijil; ada lesen memandu, ada personal blog yang hit (kahkahkahkah), content creator untuk website mana-mana, dll. 

3) Bahagian 3 - Education
Berbeza dengan sijil tambahan. Education ini formal pendidikan seperti setahun belajar di SKM CIAST, 4 tahun belajar Degree begitu..... 

4) Bahagian 4 - Professional Experience
Bubuh semua pengalaman kau dari yang latest (2021 duduk atas, 2000 duduk bawah, faham dak)

5) Bahagian 5 - Referees (boleh juga bagitahu "will be provided upon request")
Bubuh nama yang kau yakin boleh memberi ayat-ayat kebaikan untuk kau. Hahaha


Okay itu aje. nanti aku tulis lagi.

Terima kasih.

No comments: