Selalu kita pening memikirkan apakah perbezaan antara Diffuser, Humidifier, Air Purifier dan Vaporizer.
Diffuser
Juga disebut peresap. Ia digunakan untuk menaikkan aroma di bilik tidur. Alat ini menggunakan Essential Oil (EO) untuk menaikkan mood seseorang. Saiz partikel yang keluar daripada difusser boleh diserap oleh kulit kita dan memberi efek yang menenangkan kepada kita, menmbantu mengurangkan selesema dan asma, menggalakkan penghasilan hormon progesteron, memberi efek gembira dll.
gambar ehsan google
Humidifier
Juga disebut pelembap. Ia digunakan untuk menambahkan kelembapan di dalam udara terutamanya untuk untuk negara klimat kering seperti Filipina. Udara yang kering selalunya memberi impak seperti kulit kering, menggalakkan pertumbuhan bakteria dan menyebabkan kesukaran untuk tidur. Dengan adanya humidifier, kita boleh mengelakkan masalah ini di samping membantu mengurangkan masalah selesema, asma dan batuk kering.
Walau bagaimanapun humidifier dibuat bukan untuk EO. EO diperbuat daripada bahan-bahan organik yang boleh menyebabkan kerosakan dalaman pada humidifier. Jadi korang tak payah nak buat lawak nak masukkan EO dalam humidi\fier okay? Humidifier selalunya diperbuat daripada plastik saja dan tak boleh bercampur dengan EO ya terutamanya EO jenis minyak sitrus.
gambar ehsan google |
Air Purifier
Juga disebut pembersih udara atau penapis udara. Ia digunakan untuk menyahkan ejen pencemaran dan mikroorganisma seperti habuk, karat, tanah, zarah, asap rokok dan bau busuk yang terdapat di dalam udara kita. Air purifier ini sangat bagus terutamanya kepada sesiapa yang menghidap asma, alergik dan apa-apa juga penyakit yang berkaitan dengan saluran pernafasan.
Air purifier menggunakan penapis jenis High-Efficiency Particulate Air (HEPA). HEPA adalah sejenis penapis yang boleh menapis udara dengan cara memerangkap partikel kecil. Penapis HEPA ini boleh menapis dan menyahkan lebih kurang 99.9% partikel habuk dan apa-apa juga partikel tidak bagus di dalam udara.
gambar ehsan google |
Vaporizer
Juga disebut penyejat. Ia selalunya digunakan untuk tujuan perubatan iaitu dengan menukar bahan spesifik kepada wap air. Ia sangat bagus dalam membantu sesiapa yang sakit, sesak nafas dll.
No comments:
Post a Comment