TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

31 May 2020

Pergi Ikea Damansara Semasa PKPB

Assalam wbt dan Hi,

Tadi aku pergi IKEA dengan teman tapi mesra aku, Intan. haha. 
Seriouslah pergi mana-mana shopping mall waktu PKP / PKPB memang penat gila. 
Sebab kebanyakannya pintu masuk dan pintu keluar adalah pintu yang berbeza. 
Jadi kalau parking dekat dengan pintu masuk, bila nak keluar jadi jauh gila.
Begitu juga dengan IKEA Damansara.
Penat gila menapak! 
Yang aku nak cerita pengalaman beratur di hadapan pintu masuk IKEA Damansara, P2, Parking level 2 adalah seperti gambar di bawah.
Pastikan korang beratur dan menghadap di tempat yang betul. 
Kalau tak korang mesti marah-marah nanti apabila tersalah beratur.
Pastikan ada QR code scanner.
Nak masuk ada temperature scan, so Insha Allah memang sihat kot yang masuk dalam itu. 
(amiiiiiiiiiiiiiiin)
Datang pada hari bekerja adalah lebih cepat nak masuk IKEA daripada waktu hujung minggu.
Aku sudah menunggu sedari 930 pagi, dapat masuk ke IKEA pada pukul 1030 pagi.
Hahahaa beratur je lama. Kat dalam lagi lama!
Masuk dalam pulak, tak banyak laluan short cut.
Nak tak nak kena hadap show room dorang yg before food court itu,
Laju-laju kami jalan.
Kat luar memang social distancing.
Tapi kat dalam tak berapa social distancing sebab sempit sikit.
Kang kalau ramai sangat kat satu kawasan, staff IKEA "halau".
Kat kawasan AS-IS banyak barang murah, try tengok.
Nak bayar kena beratur sorang saja kalau pergi dengan ahli keluarga dan sahabat handai. 




Gambar di atas adalah gambar barisan beratur sebelum masuk IKEA Damansara. Haha... 
Sampai kat atas kau beratur selagi tak masuk dalam IKEA show room. 
Penat menanti !

Kalau korang tak sabar, sila guna PS IKEA (personal shopper) ! 

Hahaha...


Sekian.

No comments: