Proses
pembelian kereta aku nampak lebih mudah sebab aku jual dengan Carsome. Aku
sebenarnya prejudis dengan panel-panel pembeli kereta yang link dengan Pusat
Jualan Kereta. Aku baca pengalaman orang yang membeli kereta, dorang trade in
di Pusat Jualan Kereta itu juga tetapi kebanyakan panel-panel ini tidak telus.
Katanya sudah bayar di bank tetapi bank kata belum. Sudahnya duit jualan kereta
lambat dapat sedangkan kereta mereka sudah ambil. Takut pulak. Haha…
So apabila
aku menjual kereta di Carsome, aku ada cash untuk dijadikan deposit kepada
Pusat Jualan Kereta, kan ke Nampak lebih mudah?? Kita perlu sediakan dokumen
seperti
1) Salinan IC
2) Salinan Lesen
3) Salinan Surat Tawaran Kerja
4) Salinan Slip 3 bulan gaji
5) Salinan EPF Statement
6) Salinan Surat tawaran No plat JPJ
7) Salinan surat E-batal
8) Salinan surat Pindah NCD daripada Etiqa
9) Salinan Penyata akaun 3 bulan sekiranya loan tak
sama dengan akaun terima gaji. (contoh nak faham, gaji aku masuk ke maybank,
tapi aku mohon loan drp CIMB. Oleh sebab CIMB tak boleh nak tengok bank
statement aku, jadi aku kena share maklumat ini dengan dorang) haaaa semua kena
bagi. Mudah dek non.
Lepastu
Sales Advisor (SA) tanya nak cuba memohon untuk loan bank apa? Aku pilih bank
Maybank dan CIMB.
Konsep di
sini, jangan percaya dengan iklan yang ada kat internet. Dorang tulis, CIMB
menawarkan interest yang lebih rendah untuk kereta local iaitu sebanyak 2.8% ,
jadi aku tertipu aku cuba hantar application loan ke bank CIMB. Sudahnya CIMB
menawarkan interest serendah 3.2% itupun belum confirm. Maybank pula menawarkan
interest sebanyak 3.18%. jadi, aku accept saja dengan Maybank.
Kalau korang terfikir adakah jika membeli kereta semasa PKPB boleh menikmati kemudahan penangguhan bayaran? jawapannya TIDAK kerana syarat penangguhan bayaran adalah kereta mestilah sudah dibayar sekurang-kurangnya 90 hari sebelum kerajaan mengumumkan penangguhan bayaran.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment