Hari ini aku nak share pengalaman kami menukar compressor kereta jenis
Myvi di sebuah kedai di Shah Alam. Aku boleh katakan yang kedai ini memang
recommended. Lokasi kedai ini terletak di Jalan TP 3, Taman Perindustrian Sime
UEP, iaitu berdekatan dengan Taman Pinggiran USJ 3. Aku cuba google, tapi tiada
alamat yang lebih lengkap.
Nanti korang carilah signage bengkel seperti gambar di atas ya
Semasa kami datang ke situ, memang ramai kenderaan yang beratur menunggu giliran
untuk diperiksa. Sungguhpun begitu, staff mereka agak ramai dan tempoh menunggu sehingga kereta selesai diselenggara adalah dalam 2 jam. Kebetulan di sebelah kedai ini, terdapat gerai makan, jadi kami menunggu di situ.
Sebelum ini, kami menukar compressor di bengkel yang
terletak di USJ 1, malangnya aircond tetap tidak sejuk. Jadi kami terpaksa
menghantar ke bengkel semula. Kata mekanik di situ, compressor yang dipasang
sebelum ini (bengkel di USJ 1) adalah jenis yang agak murah, jadi sebab itu
mungkin kurang berkualiti. Kemudian, mereka menukar compressor kereta kami
dengan jenama lain yang lebih baik. Aku dah lupa jenama apa, SK something.
Serious lupa! So far masih okay sampai sekarang. Yang aku suka, dia buat servis
bacaan aircond, dah macam ECG Test bebeh! Hahah.. lepastu siap tukar span dalam
kereta. So, semua Nampak baru! Hoyyeh I suka !
yang belah kanan itulah macam mesin ECG, dorang guna untuk calibrate compressor kereta kita.
Jumlah keseluruhan agak mengejutkan sedikit RM450. Kelemahan utama,
dorang tidak menerima kad kredit atau kad debit. Mereka hanya menerima online
transfer iaitu cash sahaja… memang terkedu sekejap.
Cerita lain, sebenarnya kereta Myvi kitorang dah lama sangat, dekat 10
tahun. Jadi benda pertama yang akan rosak ialah aircond. Bila aircond start
rosak, tak lama gitu, dia akan merebak ke tempat-tempat lain dan akan memakan
kos yang agak tinggi juga. Walaupun dah bayar habis Myvi itu, tetapi kos
penyelenggaraan pula yang perlu diambil kira. Bila fikir-fikir semula, lebih
baik beli saja kereta baru…
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment