Alang-alang ada banyak masa sementara menunggu MCO, apa kata kita cuci gambar. Sebenarnya aku ada banyak sangat gambar yang belum diterjemahkan menjadi fizikal, semuanya masih dalam bentuk maya. Tujuan aku menterjemahkan menjadi album gambar adalah kerana sebagai back up. Manalah tahu satu hari nanti gambar itu hilang atau hard disc tempat kita simpan gambar yang rosak atau laptop hilang, tak ke susah hati nak menangis pun sudah tidak boleh buat apa. Sekurang-kurangnya gambar yang ada boleh jadi kenangan. Dahulu, aku suka simpan dalam bentuk photo book seperti album kahwin kita tetapi seperti sudah tidak relevan sebab aku suka lagi album gambar. Lebih nostalgia.
TIPS AKU : MESTI RAJIN
Jadi aku ingin kongsikan bagaimana aku menggunakan Photobook sebagai platform untuk aku mencuci gambar dengan MURAH dan MUDAH ! https://www.photobook.com.my/
Langkah 1 - Beli Voucher dari Shopee
200pcs berharga RM23.48 sahaja - https://shp.ee/4eseq3r
200pcs berharga RM24.90 sahaja - https://shp.ee/qnbec7r
100pcs berharga RM10.80 sahaja - https://shp.ee/5zx49zr
100pcs berharga RM10.90 sahaja - https://shp.ee/p87qrfr
Selain daripada ini, selalunya harga merapu ya tuan puan. Kemudian, kalau nak beli pastikan boucer jenis web. Kalau baucer jenis Apps, guna untuk apps dalam telefon handphone itu. Tak boleh guna pada web pulak. Susah nanti, membazir. Jangan lupa. ya.....
Gambar 1 - beli voucher yang validnya hanya 3 bulan. Jadi korang kena kumpulkan kerajinan yang jitu lagi mantop !
Aku akan ceritakan mengikut susunan gambar biar senang nak faham. Gambar 1 menunjukkan laman sesawang Shopee, korang boleh cari photobookmalaysia dan beli voucher gambar di situ. Aku nak tekankan di sini, kalau korang beli voucher di Shopee dan mencuci gambar secara terus di laman sesawang Photobook, murah jauuuuuuuuuuuuuuuuh beli voucher di Shopee ! Serious !
Oh ya korang boleh beli voucher 50pcs , 100pcs, 200pcs, 500pcs ; bilangan keping gambar yang perlu dicuci dalam satu-satu masa. Masa beli di Shopee, tiada harga postage. Memang RM11.90 ha, RM11.90 lah. Tak payah terkejut okay.
Langkah 2 - Tunggu Photobook Bagi Nombor Voucher
Mereka akan bagi code di dalam box chat. Tolong ambil perhatian okay?
Langkah 3 - Login Photobook.com.my dengan akaun Facebook anda
Gambar 4
Okay, lepas itu korang boleh login photobook dengan akaun facebook. sonang lah eh.... aku dah bulatkan merah mana button login. Senang sekarang, semua dah link dengan facebook. Sebab itu aku tak pernah delete facebook sebab aku malas nak sign up apa-apa entah, leceh. Haha... (pemalas)
Gambar 5
Nah, kalau rajin, korang isilah information yang dia bagi. Rasa tidak terlalu penting, mungkin lebih kepada photobook nak bagi newsletter dan promosi.
Langkah 4 - Mulakan Projek Print Gambar
Gambar 6
Korang pilih Tab Print > Photo Prints > Start Here (seperti yang aku bulatkan pada Gambar 6)
Langkah 5 - Mulakan Memilih Gambar Yang Anda Mahu Print
Gambar 7
Kemudian, merujuk Gambar 7, korang boleh menulis tajuk projek korang. kalau macam aku, oleh sebab hendak mencuci banyak sangat gambar, aku suka menulis begini "Print0to200" , "Print201to400" supaya senang aku nak track nanti.
Langkah 6 - Mulakan Edit Gambar Yang Anda Sudah Pilih
Gambar 8
Selepas memuat naik gambar yang kita mahukan, korang boleh edit gambar itu personally. Caranya, korang tekan gambar tersebut, dan akan keluar "Duplicate" "Edit" "Remove" ; jadi kalau nak adjust contract atau brightness setiap keping gambar, kenalah buat satu-satu. Kena rajin sikit ya... hehe
Korang boleh nampak sudah berapa keping gambar yang dimuatnaik. Suka aku ingatkan, korang simpan projek korang mengikut kuantiti voucher gambar yang dibeli. Contoh, beli voucher untuk 100pcs, maka simpan projek pun 100pcs jugak supaya korang boleh redeem voucher dengan mudah. Kalau contohnya korang memuatnaik 150pcs gambar tetapi voucher 100pcs aje, so 50pcs lagi akan dikenakan harga asal.
Sebab apa aku kata Langkah 6.1 sebab perkara ini yang paling PENTING GILE supaya VOUCHER korang VALID dan TAK OVER BUDGET ! Hah semua tulis huruf besar sebab nak cakap betapa penting gila oi !!
Select all > 200gsm Glossy
Sebenarnya kalau jenis kertas yang digunakan ini mempengaruhi harga yang korang bayar di akhir nanti. 200gsm Glossy kertas paling murah iaitu sekeping 40sen manakala Fujifilm Crystal Gloss pula yang paling mahal iaitu sekeping 50sen. Mungkin kalau korang cuci 100 keping saja tak terasa tapi kalau korang cuci 1000 keping, korang dah over budget ! 1000keping x 10sen kan dah jadi RM100 extra. Kalau tanya kualiti, lebih kurang saja. Pokok pangkalnya, gambar korang mesti berkualiti tinggi supaya bila print mendapat hasil yang cantik.
JANGAN LUPA SAVE ! Kemudian klik ORDER.
Langkah 7 - Shopping Cart untuk Bayar
Gambar 9
Gambar 9 menunjukkan korang boleh edit lagi jika tidak puas hati. Caranya korang tekan semula kat projek tersebut (pada gambar pensil) .
Kalau korang nak tambah projek lain supaya boleh menjimatkan kos penghantaran, korang pilih "Add Projects".
Kalau korang sudah puas hati, boleh tekan "Use Voucher" dan masukkan voucher Shopee tadi. Suka aku ingatkan tak boleh copy paste jadi salin satu-satu ya.
Kemudian tekan "Next"
Gambar 10
Okay korang boleh edit alamat dan cara pembayaran. Aku pilih FPX as usual. Hoyyeh dah puas hati dengan alamat semua, klik "Order Now".
HOYYEAH ! Now tinggal tunggu saja gambar sampai ! Settle !
Gambar 11 Kalau korang yang tidak puas hati tadi, boleh log out, loginlah bila-bila yang korang rajin untuk edit project. Pastikan jangan bayar terlebih dahulu. Kalau dah bayar, dah tak boleh edit.
Gambar 12
Okay, korang boleh check status Photobook di tab "My Orders" hah boleh nampak dah print ke? dah ship ke? Selalunya ambil masa 8 - 14 hari bekerja ya adik-adik, kakak-kakak. Jadi buat bersabar. Benda murah kena sabar. Hehe.
Perbincangan : Adakah Harga Gambar Menggunakan Voucher Shopee Lebih Murah daripada Beli Terus di Photobook?
Kalau korang cuci terus dari laman web Photobook:
Harga sekeping gambar 200gsm Glossy = RM0.40 atau 40sen
Harga 100 keping gambar 200gsm Glossy = RM40
Harga Pos = RM12
Jumlah = RM52
Sekeping gambar jatuh RM0.52 atau 52sen
Kalau korang cuci terus dari laman web Photobook tapi menggunakan Voucher Shopee:
Harga 100 keping gambar 200gsm Glossy = RM11.90
Harga Pos = RM12
Jumlah = RM23.90
Sekeping gambar jatuh RM0.239 atau 24sen
24 sen dan 52 sen mana lagi murah? Tepuk dada tanya hati.
Dah kalau susah sangat, meh PM aku, aku tolong printkan. Sonang !
Sekian, Terima kasih !
No comments:
Post a Comment