TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Dec 2019

Petua Masukkan Ikan Untuk Kali Pertama

Assalam wbt dan Hi

SHOPEE KAKNA

Kalau korang sudah ada akuarium ikan air tawar di rumah, kemudian nak tambah ikan baru. Bagaimana caranya nak menambah ikan baru? Adakah terus masukkan? Saya dapat petua daripada staff kedai akuarium supaya letakkan dulu bungkusan ikan di dalam akuarium. Gambar seperti di bawah. Tujuannya untuk menyeimbangkan suhu, memastikan suhu air dalam bungkusan ikan baru dan suhu air dalam akuarium adalah sama. Biarkan selama lebih kurang 10 minit kemudian baru campurkan ikan baru ke dalam akuarium kita. 




Setakat ini, memang kami mengamalkan petua ini setiap kali membeli ikan baru. Yang masih gagal untuk kami adalah untuk memilih saiz ikan bandaraya yang sesuai untuk akuarium yang sedia ada...


Terima kasih.

26 Dec 2019

Kenali Buah Epal Laici iaitu Buah Matoa

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Hari ini saya mencari informasi berkenaan buah epal laici yang ayah saya tanam di Melaka. Kata ayah, namanya buah epal laici iaitu buah laici yang bentuk dan warnanya seperti epal. Saya cuba google di internet, apakah nama saintifik untuk buah ini, ternyata tidak jumpa di dalam web berbahasa Inggeris. Namun sangat mengejutkan saya kerana saya jumpa informasinya di dalam web berbahasa Melayu ! Saya sangat kagum kerana ada manusia yang baik hati mahu berkongsi ilmu tentang ilmu Argo Teknologi. 

Saya ambil informasinya di sini (WEB ANIM AGRO TECHNOLOGY)

Terima kasih Tuan kerana berkongsi ilmunya, saya kredit blog Tuan. Ayatnya saya olah sedikit. 

Hebatnya Buah Matoa ini kerana juga dikenali dengan nama BUAH TIGA RASA iaitu ada rasa Epal, Laici dan Durian ! 

Bentuk luar seperti epal tetapi isinya seperti laici dan bijinya seperti durian. Atau mungkin seperti rambutan. Rasanya agak manis dan adakalanya terlalu manis. Kita perlu kopek dahulu kulitnya sebelum makan isinya. 


TANAMAN BUAH MATOA (Pometia pinnata) atau buah tiga rasa mula mendapat tempat di hati pengusaha tanaman buah-buahan di Malaysia khususnya dibeberapa negeri seperti di Melaka, Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan. Pokok daripada keluarga Sapidaceae ini unik kerana ia masih kurang popular sebab ada yang kata ia adalah buah Nadir. Dikalangan orang di Malaysia kurang kenal buah Matoa atau Buah Kasai akan tetapi sudah popular di negara jiran Indonesia dan beberapa negara tropika lain didunia. Pokok ini natif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia yang tumbuh dikawasan tepi sungai dan ada dikawasan Asia Pasifik. Tumbuhan ini juga adalah spesis pokok kayu keras tropika yang besar juga dikenali dengan nama lain sebagai Matoa, Pokok Taun, Laichi Pulau dan Tava. Ada dilaporkan sesetangah orang Malaysia yang memanggilnya sebagai Buah Kristal dan Buah Kasai

Bentuknya seperti epal tetapi rasanya seperti laici

Pokok buah adalah sejenis tumbuhan yang pokoknya besar dan berbuah sekali dalam setahun dan biasanya berbuah pada bulan September, Oktober dan November setiap tahun. Ia mampu tumbuh sehingga ketinggian lebih 30 meter (100 kaki) dengan mempunyai daun berbentuk pinnate dimana pokok ini mampu menghasilkan buah yang boleh dimakan berwarna hijau kekuningan dan merah gelap apabila masak. Buah yang berukuran 4 cm panjang ini mengandungi isi yang seakan buah longan atau laici dimana manis serta banyak khasiatnya. 

Walau pun buah Matoa amat jarang dijual dikedai buah-buahan akan tetapi apabila musim banyak buah mereka yang bernasib baik sahaja akan boleh jumpa untuk mendapatkannya. Penulis blog berpeluang melihat sendiri akan pokok matoa yang ditanam di Melaka dimana ia telah dikomersilkan. Ditanya mengapa menanam pokok Matoa kepada pengusaha tersebut dinyatakan dimana dari segi pengurusan tanaman didakwa pokok Matoa mudah dijaga dan diuruskan. Benih boleh ditanam daripada biji matoa yang disemai dalam semaian sehingga ia sesuai untuk dipindahkan. Lazimnya pokok buah matoa ini sesuai dengan cuaca Malaysia dan boleh dimajukan. Pokok ini juga memang perlukan cuaca yang ada hujan dan panas dengan sinaran cahaya matahari yang banyak. 

Daun jenis pinnate

Buah Matoa adalah salah satu jenis buah yang popular di negara jiran Indonesia. Di Malaysia bagaimana pun ia lebih dikenali sebagai Buah Kasai atau Buah Terajang. Buah Kasai agak mudah dijumpai di Sepanjang Sungai Pahang dan di Sibu, Sarawak. Di negara jiran Indonesia pula buah ini popular dibeberapa lokasi seperti di Papua, Maluku iaitu di kawasan Indonesia Timur. Pokok ini mempunyai akar tunjang dengan mampu tumbuh dengan ketinggian 20 - 40 meter dan diameter batang sehingga maksima akan dapat mencapai 100 cm.

Khasiat?
1. Pertama di didakwa kaya dengan bahan vitamin dan mineral dimana membekalan zat tersebut dengan kadar banyak. 
2. kandunagn vitamin yang tinggi ini adalah untuk Vitamin C dan Vitamin E yang ada tidakbalas bebaskan radikal bebas. Vitamin C juga berguna untuk ianga dapat mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Dalam pada itu  vitamin E dapat membantu memelihara kesihatan kulit dan kesuburan kejantanan lelaki. 
3. Dalam buah yang isinya agak kenyal ini terkandung pula beberapa mineral seperti kalsium (Ca) dan Kalium (K). Khasiatnya didakwa mampu merawat untuk elakkan penyekit Kronik seperti sakit jantung, stroke dan diabetis. 
4. Buah matoa ternyata juga kaya akan unsur seperti Tanin yang merupakan unsur Antioksidan.  Kajian lebih lanjut boleh dan perlu dibuat mengenai kehebatan khasiat buah matoa. 
5. Buah matoa juga mampu menghalang bakteria yang masuk kedalam saluran pernafasan dan ia juga berfungsi sebagai antibiotik. Antara khasiatnya didakwa ia membantu mengawal masaalah tekanan darah tinggi sama ada daripada bahagian isi buah ataupun bijinya serta ekstrak daripada daunnya. 
6. Ekstrak buah matoa didakwa mengandungi unsur yang bersifat diuretik dimana ia akan  meningkatkan jumlah cairan yang dikeluarkan dari dalam badan. Ketika cecair ini banyak dalam badan maka tekanan darah akan otomatik akan meningkat. Kemudian apabila kadar cairan kembali normal membolehkan ia menjadikan tekanan darah turun. Kehebatannya dimana dengan mengambil sebanyak 100 mg ekstrak matoa akan dapat membuang air dan garam melalui urin kencing sehingga tekanan darah seseorang boleh menurun. 

Wallahualam....


Untuk bacaan lanjut, boleh klik pada link yang saya kongsikan di atas. Kalau ada sesiapa yang ingin meneruskan kajian, dialu-alukan dan jangan lupa kongsikan kepada saya nanti kerana saya ingin pun baca. 

24 Dec 2019

Makan di The Siem Reap Backpackers HALAL Restaurant, Cambodia

Assalam dan Hi

SHOPEE KAKNA

Kalau korang berpeluang untuk datang ke Siem Reap yang terletak di bumi Cambodia, korang perlu datang ke Restoran Backpackers Siem Reap yang berstatus halal. Restoran ini memang mudah dijumpai kerana kita mungkin akan tidur di sekitar hostel di sini. Restoran ini juga beberapa langkah ke masjid yang bernama Masjid Naekmah. Sebab utama kami ke sini ialah kerana harganya yang sangat berpatutan berbanding restoran halal yang lain! seriously harganya sangat murah jauh! haha... jadi percutian kami selama dua hari di Siem Reap memang makan di sini saja. 



 Apa yang lagi best ialah, apabila kita order lauk atau menu utama siap pakej dengan nasi dan air sirap! lepastu mereka bagi pula teh botol (sejuk gile dalam teko silver) dan nasi tambah secara PERCUMA! aku rasa perkataan PERCUMA tidak boleh dipisahkan daripada rakyat Malaysia sebabtu semasa aku makan di sini pun, ada juga rakyat Malaysia yang lain. haha. Kemudian, kami dapat juga donut secara percuma sebagai appetizer sementara mereka siapkan makanan. Bagus betul! oh ya, servis laju, setiap meja ada tong sampah, kipas banyak, dan yang paling penting boleh bercakap dalam bahasa Melayu! 

                                

Menu utama di sini ialah:
1. Loklak (Daging atau Ayam) = USD 3.00
2. Amok Fish = USD 3.50
3. Lembu Naik Bukit = USD 5.50 


Loklak daging, aku boleh katakan seperti daging masak paprik. Amok fish pula aku boleh katakan seperti gulai fillet ikan dan lembu naik bukit pula aku boleh katakan seperti sup daging bersama sayur. Namun, rasa dia bukan seperti makanan yang kita selalu rasa di Malaysia. eh memang lain sangat, memang betul-betul makanan air tangan orang luar Malaysia. Yalah sebab makan malam kitorang makan di Wau Restaurant Siem Reap, rasa dia sama saja macam kita makan di kedai Malaysia (pendapat peribadi aku saja). Kuantiti pula banyak yang confirm kenyang! oh ya, percuma juga sambal (yang ada sudu seperti gambar di bawah), sambal ini juga rasa dia tak pernah jumpa di Malaysia. 

Yang kuning itu Amok Fish dan yang ada salad itu ialah Loklak Daging

menu lain

menu lain

menu lain


Popia sayur yang kami beli dan tapau balik rumah. harganya USD3 atau USD5, sorry aku tak berapa ingat. 

Ini menu lembu naik bukit. oh ya, sambal ada tiga jenis tau. sambal putih (belah kanan atas), sambal warna merah dan sambal blackpepper (warna gelap di bawah). harganya USD5.50 tapi berbaloi makan berdua cukup sangat2!!!!! 



 Jangan lupa datang sini ya sebab sedap sangat makan di sini.
















23 Dec 2019

Trip Cambodia 2-4 Oktober 2019 ((Bahagian 3)

Assalam wbt dan Hi

SHOPEE KAKNA

4 Oktober 2019

Kami bangun tidur sudah berada di Phnom Penh. Sepatutnya kami tiba pukul 530 atau 630 pagi tetapi oleh kerana hujan, jadi kami tiba agak lewat. Mr Seth, driver tuktuk kami di  Phnom Penh sudah whatsapp dan kata sudah menunggu kami. Dalam pukul 7 pagi kami baru tiba.

Oh ya, apabila mother tongue kau Bahasa melayu pasar tiba-tiba bangun tidur kau nak menukar dalam Bahasa inggeris, memang otak aku lambat weh. Haha. Mr Seth tak boleh bercakap Bahasa melayu jadi aku kena mula speaking seadanya. Mr Seth ingin melihat itinerary kami di Phnom Penh. Kami memang bagitahu awal-awal yang kami tidak mahu pergi tempat berbayar. Kalau pergi pun Cuma ambil gambar sahaja. Dasar kau (kedekut tahi hidung masin)!

Masjid Serkal. Cantik tetapi toilet agak kotor dan ada yang rosak. Sayanglah sebab masjid negeri kan... 


Okay, tempat pertama yang kami pergi ialah Masjid Serkal di bandar Phnom Penh untuk solat Subuh, ya lah bas tidak berhenti tadi jadi kami yakin saja terus solat. Kemudian baru kami makan di kedai halal di Phnom Penh. Mr Seth tidak makan Bersama kami walaupun kami sudah beriya-iya mengajak. Di restoran inilah kami jumpa dengan dua orang rakyat Malaysia yang sedang bersarapan. Mereka ingin pergi ke Vietnam selepas ini dengan merentasi sempadan melalui jalan darat saja. Sebenarnya aku memang ada niat nak melakukan benda yang sama tetapi bang Ajid menentang kuat sebab dia takut kalau di sempadan ada kes-kes dadah dll. Okay takpe next time kita pergi melalui jalan udara sajalah, senang!
bergambar dengan orang Malaysia. 

Menu sarapan di sini, mee goreng yang berharga USD2.50, harga air pula USD1. Sebenarnya kami memesan satu pinggan mee goreng saja tapi staff itu sama ada tidak dengar atau buat-buat tak dengar, dia bawa dua pinggan mee goreng! sudahnya kami kena bayar lagi USD2.50.... geram betul.

Selepas bersarapan di Halal Restaurant Phnom Penh, kami bertanya di mana rumah Mr Seth, dia tanya nak datang tengok ke? Kami kata okay aje, then sebelum kami melawat tempat-tempat menarik di Phnom Penh, kami jalan-jalan ke kampungnya itu. Dari itu, kami dibawa ke Muslim Village. Boleh rujuk kepada post aku sebelum ini. Muslim Village Phnom Penh

Kemudian, selepas kami melawat ke Muslim Village, kami menyeberangi Sg Mekong dengan feri. Feri ini boleh membawa muatan kenderaan juga. Dapat juga kami merasa Sg Mekong ya. Hehe. Kata Mr Seth, di sini jugalah tempat pesta air pada bulan Disember setiap tahun.


Dapat juga naik feri melalui Sg Mekong. Pada pendapat aku, bandar Phnom Penh mungkin kurang maju berbanding Malaysia



Seterusnya, kami hanya ambil gambar saja di sekitar Phnom Penh. Enjoy gambarnya di bawah.


Di Cambodia terkenal dua killing field iaitu tempat pembunuhan orang Cambodia beramai-ramai, yang juga dibunuh oleh pemerintah Cambodia dahulu. Tempat itu dijadikan muzium peninggalan sejarah bagi orang yang hendak tahu kekejaman pemerintah mereka. Bagi aku, aku tak boleh nak lawat tempat-tempat kekejaman macam ini, ngeri. hehe. so, kami memilih untuk tidak masuk ke dalam, hanya bergambar sahaja. 

Kalau korang berpeluang untuk memilih sama ada boleh pergi ke Tuol Sleng atau Cheung Ek, Tuol Sleng Genocide Museum lebih berbaloi kata driver Tuktuk kami. Ini kerana, tempatnya lebih dekat di ibu kota dan ceritanya lebih menyeluruh. Tapi kalau korang punya masa yang lama, why not datang kedua-dua tempat. 



Yang ini Wat Phnom, tiket masuk ialah USD1 untuk warga asing. Ini ialah living temple atau tokong yang masih hidup, yang orang masih guna utk buat persembahan atau sembahyang mereka. Jadi kami sekadar tengok-tengok macam itu saja. 


Di Wat Phnom juga ada jam matahari saiz besar. Memang ikut masa kita yang sebenar ya. oh ya, kalau korang tak bayar USD1 tadi tak bolehlah ambil gambar dekat-dekat macam ini. Boleh ambil gambar dari jarak dalam 50m. 



Ini ialah Stadium Olimpik. Nama saja Olimpik tapi tak pernah jadi tuan rumah Sukan Olimpik ya kawan-kawan, jangan terpengaruh. Namun, stadium ini pernah menjadi saksi kepada Sukan Sea. Kami masuk ke tempat parking dah kena bayar 100Riel. Sampai di hadapan pintu masuk, pak guard dia kata tak boleh masuk?! apakah?? baik tak payah charge 100Riel tadi. Nasib baik tak mahal. kalau USD1 tadi mau mengamuk juga aku. haha.... Kemudian kami singgah di Muzium Phnom Penh juga, warna bangunannya merah, tapi aku lupa nak cari gambarnya mana. 


Kemudian singgah di living temple lagi

bergambar dengan Norodom Sihanouk Statue. Binaan setinggi 4.5 meter ini untuk mengingati sejarah kerana beliau ialah Ketua Negara selepas membebaskan diri daripada Perancis. Lebih-lebih lagi, korang baca sendiri ya. haha


bergambar dengan Independence Monument selepas bebas daripada penjajah Perancis pada tahun 1953. Kedudukannya betul-betul di tengah bulatan. Jadi kalau korang nak ambil gambar memang kena berhentikan kenderaan di gigi jalan ya. 


pergi ke living temple lagi. Haha. kat sini memang banyak. dah driver tuktuk kami bawa, kami follow saja.



okay di belakang aku ialah Istana Phnom Penh, living palace juga ya. Kita masuk istana yang memang masih ditinggal oleh kaum kerabat Raja Cambodia tetapi kawasan yang kita boleh lawat itu, kawasan yang awamlah. Tempat beradu raja-raja belah kiri di sebalik pokok (refer gambar). Nak masuk sini kena bayar USD10 okay??? mahal yakmat iaitu memang aku tak masuk ler! haha... sedangkan Istana Negara di Kuala Lumpur pun RM5 aku tak sampai-sampai lagi. hehee..... Jadi, next time lah ya...

France colonial building. Kalau korang nak cari sangat, bangunan ini berhadapan dengan Pejabat Pos Phnom Penh. 

Pejabat Pos Phnom Penh. macam biasa, nak tulis poskad untuk diposkan ke Malaysia. Harga setem USD1 dan harga kad USD0.50



living temple again. hahahahaha


Selepas penat jalan, kami minum air dulu di Cum Cup Cafe Phnom Penh, yang aku kira ala-ala kafe hipster di Malaysia. 

Yang ini ialah Central Market Phnom Penh

Sebenarnya selepas dari Central Market, kami ke Russian Market tapi lupa nak letak gambar. Kalau nak beli barang, aku rasa macam tak perlu sangat sebab memang mahal-mahal belaka! Untuk orang cut cost macam kami memang tak beli langsung! Kemudian, selepas penat berjalan, kami makan tengah hari di restoran halal yang dibawa oleh Mr Seth. Itu untungnya kalau kita ambil driver tuktuk orang islam, lebih yakin nak makan di mana. 

Okay kami makan nasi goreng saja. harganya memang mahal iaitu USD6 tapi sebab memang lapar sangat, kami beli saja. 


Walaupun flight kami delay 2 jam, kami mengambil keputusan untuk menunggu di airport saja sebab kami pun tidak tahu nak pergi mana lagi. Sebelum berpisah, kami ambil gambar sama-sama.  Harga servisnya USD20 untuk sehari perjalanan.. Boleh hubungi Mr Seth, +85511307157 . Oh ya, kalau korang tak pasti nama tempat, korang ambil gambar siap-siap dan tunjukkan pada Mr Seth, korang nak ke situ. Mudah ! Okay Phnom Penh, sampai jumpa lagi ya!

Juga lihat di sini,





20 Dec 2019

Trip Cambodia 2-4 Oktober 2019 (Bahagian 2)

Assalam wbt dan Hi.

SHOPEE KAKNA

3 Oktober 2019


Seawal jam 5 pagi kami sudah terpacak di hadapan hostel dan kelihatannya Abg Salim juga sudah menunggu kami. Perjalanannya aku kira agak jauh juga, dalam 15km dari hostel dengan menaiki tuktuk iaitu lebih kurang 30 minit. Setibanya kami di hadapan pintu masuk utama, staff Angkor Watt sudah bersedia untuk memeriksa tiket kami. Berpusu-pusu pengunjung yang masuk seawal jam 5 pagi itu. Ada yang menaiki tuktuk, kereta, basikal dan motor.

Sudah tiba di pintu pejalan kaki Angkor Watt, kami perlu berjalan pula dari situ ke jambatan yang menghubungkan Angkor Watt. Oh ya, waktu ini driver tuktuk tidak dibenarkan masuk jika tiada tiket ya. Staff Angkor Watt juga memeriksa sekali lagi tiket kami sebelum memberi izin untuk masuk ke arah jambatan. Banyak sangat pintu kan? Dalam perjalanan ke Angkor Watt, ramai tourist guide yang bertanya dengan pengunjung sama ada perlukan servis mereka atau tidak. Kalau tidak silap aku bayarannya serendah USD5. Kami memilih untuk tidak membayar servis mereka.

Kemudian semua orang menuju ke arah tasik berhadapan Angkor watt untuk menikmati pemandangan matahari terbit. Ramai yang ambil gambar dan video. Kami sekadar ambil biasa2 saja sebab matahari terbit di mana2 pun sama. Hehe. Jadi kami tunggu di hadapan betul-betul pintu ke Angkor Watt (pintu lagi??) haha.. korang kalau boleh, downloadlah peta atau pastikan ada internet sebab kat dalam tu besar, mungkin boleh tersesat jadi tengoklah google maps untuk patah balik ke pintu masuk , tempat driver tuktuk korang tunggu.

ramai begini ha orang yang bersedia nak ambil gambar sunset di Angkor Watt

Sunset Angkor Watt

Kami jumpa juga orang Malaysia di sini, sekumpulan orang India. Excited mereka menegur kami adakah kami orang Malaysia. Hehe. Tiba2 rasa united Malaysia! cewah. 

Kami tunggu awal gile di hadapan pintu masuk Angkor Watt kerana kami nak masuk pagoda utama Angkor Watt. Nak beratur sudahlah lama, Panjang pula. Jadi kami tidak mahu melepaskan peluang itu. Dalam pukul 6 pagi, kami dibenarkan masuk. Dah puas ambil gambar di luar tadi, sekarang masuk ke dalam. Kami berpeluang menjadi orang terawal untuk masuk ke pagoda Angkor Watt. Memang agak tinggi dan gayat sangat!

Pagar di bahagian bawah tempat kita beratur sebelum giliran naik pagoda utama Angkor watt. 

Gambar tiga pagoda dari jarak dekat. banyak binaan yang hampir runtuh tetapi orang Cambodia bagus sebab mereka pelihara elok-elok sejarah.


bergambar dengan pagoda utama. 

bergambar di hadapan Angkor Watt. memang tak nampak ramai ya sebab pengunjung yang sibuk tengok matahari tadi baru sibuk-sibuk berpusu-pusu nak masuk. 



Selepas puas ambil gambar sana sini, jadi kami mengambil peluang untuk masuk ke Watt dan temple berdekatan, boleh dikatakan setiap pelusuklah kami masuk! Haha…. Hanya di Angkor Thom saja Abg Salim boleh masuk, jadi kami pun bolehlah ambil gambar Bersama-sama. Hehe. Cuma kami tidak boleh tanya banyak2 dengan Abg Salim perihal Angkor watt dan watt-watt yang lain kerana nanti Abg Salim akan kena denda. Tourist guide di sini berdaftar ya….






kami beruntung mengupah driver tuktuk yang sangat sporting. Abg Salim rajin ambilkan gambar kami dan skill photographer dia juga not bad. hehe

Kami sarapan di Restoran Halal di Kawasan Angkor watt juga. Nasi lemak agak mahal tapi kami lapar jadi kami makan saja. Kemudian sambung semula melawat Watt yang lain. 

Nasi lemak Melayu Khmer. sambal merah ada perisa belacan sikit. harga over priced ialah USD5 sepinggan. nak nangis. haha. kalau darab dengan 4, dah jadi RM20! kat Malaysia cuma RM2.50 je wehhhh hahaha... 



Pokok glamour tempat semua orang nak ambil gambar.


lepas kami ambil gambar begini terus berduyun-duyun pengunjung follow style kami bergambar. hahaahaha. actually ini idea Abg Salim.


Setelah penat, kami memilih untuk pulang. Itupun sudah jam 230 petang. Sebelum lunch, kami meminta Abg Salim untuk menghantar kami ke pejabat pos kerana kami mahu mengepos poskad ke Malaysia dari Siem Reap. Poskad berharga USD1 dan setem berharga USD0.50


Selepas lunch di Restoran Backpackers, kami membayar upah servis driver tuk-tuk. Alhamdulillah USD35 saja untuk dua hari. Sebenarnya boleh nego kalau korang nak. Selepas berehat, kami keluar berjalan untuk makan sosej lagi dan minum air tebu. Balik ke hostel kami tapau ayam panggang.

Tepat pukul 1030 malam, driver tuktuk (anak buah Mey Hong Bus) yang menghantar kami ke Mey Hong Bus di pekan Siem Reap. Bas akan bertolak pada pukul 12 malam. Apabila kami masuk ke dalam bas, oh ini rupanya sleeping bus. Kasut dan selipar perlu dibuka kerana ditakuti akan mengkotorkan tempat... Pemandu bas menyediakan plastik dan kita perlu simpan sendiri. Oh ya, tempat tidur ada 3 baris atas dan bawah. nasib baik aku tak pilih yang atas, lampu tak tutup ya, dibiarkan lampu warna biru lepastu aircond sejuk gila macam duduk kat salji. haha. 



juga diberikan selimut. kerusi tidak boleh adjust dan saiznya agak kecil tapi selesa nak tidur tak sakit belakang. lepastu memang pukul 12malam waktu tidur, faktor mengantuk dan ditambah pula hujan lebat sepanjang jalan membuatkan kami tidur lena. Oh ya, kalau duduk di tepi tingkap, ada plug untuk charge handphone tau. aku duduk tengah, so tiadalah. 

Perjalanan selama 6 jam ke Phnom Penh tetap selepas 2 jam, bas berhenti di tempat makan. Aku kira tak perlu makan sebab kurang diyakini halal makanan di sini. kalau nak beli juga, beli air tin saja. Kami memilih untuk duduk sahaja sementara menunggu pemandu bas makan.   



Perjalanan kami di Phnom Penh, akan aku kongsikan pada lain hari. Jumpa lagi ya... !


Lihat juga:

Trip Cambodia 2019 (Bahagian 1)

Trip Cambodia 2019 (Bahagian 3)

19 Dec 2019

Trip Cambodia 2-4 Oktober 2019 (Bahagian 1)

Assalam dan Hi.

SHOPEE KAKNA


Setelah bertangguh selama 2 bulan untuk menulis catatan Cambodia, hari ini aku berkesempatan untuk menulis pengalaman kami ketika di Cambodia. (Percutian ke Singapura tempoh hari pun belum sempat nak kongsi.. hak aduuuh)

 2 Oktober 2019


Pada mulanya cadangan hendak parkir di Putrajaya Sentral namun oleh kerana bas terawal hendak. Perjalanan kami dimulai dengan bas dari Terminal Bas Bersepadu ke KLIA 2 kerana tiket kami agak awal, jam 640 pagi dari KLIA2. Tiket bas dari TBS ke KLIA 2 ialah RM11. Harga rate parking di TBS pula, RM10 untuk hari pertama dan hari-hari seterusnya ialah RM6. Jadi jumlah untuk parking dan tiket ialah:

Parking (3 hari) = RM10 + RM6 + RM6 = RM22
Tiket bas = RM11 + RM11 = RM22 (bas ke KLIA1 dan KLIA2)

Setibanya di KLIA2, kami solat dan tunggu waktu berlepas. Selepas 2 jam di atas kapal, kami tiba di bumi Cambodia. Wah! Selamat datang! Seperti biasa, tips untuk menghadapi Pegawai Imegresen di mana-mana negara pun bersedia, greeting Selamat pagi Selamat malam, kalau tertidur di dalam flight tadi boleh basuh muka dulu. Kita datang tempat orang jadi kita kena hormat budaya orang lain.

Simkad ; Keluar saja dari perkarangan airport, driver tuktuk kami sudah sedia menunggu kedatangan kami. Namanya panggilannya Abg Salim. Sementara menunggu dia mengambil tuktuk dari parking, kami beli simkad Smart berharga USD5 18GB untuk 3 hari dan kongsi sahaja. Kami rasa, lebih mudah jika beli di airport berbanding beli di kedai-kedai lain sebab nak kena berhenti lagi. Leceh!

Pemandu Tuk-Tuk di Siem Reap ; Korang boleh contact Abg Salim di nombor whatsapp ini, +85598571840. Orangnya sangat peramah dan boleh bercakap Bahasa Melayu, jadi kami rasakan lebih mudah. Hanya bagitahu itinerary korang kemudian dia akan tolong fikirkan sama ada sempat atau tidak, boleh atau tidak.

bergambar dengan Abg Salim, driver Tuktuk kami

Matawang di sini ialah USD atau Riel. USD 1 bersamaan 4000 Riel bersamaan RM4. Lebih kurang begitulah. Yang agak pelik di sini, kedua-dua matawang boleh diterima pakai. Kadang-kadang bayar dengan duit USD tapi baki dalam duit Riel. Pada pendapat aku, better korang buat tukaran USD saja di Malaysia dan Riel ditukar ketika di airport Siem Reap. Itupun tidak terlalu banyak. Kami memilih untuk tidak menukarkan duit ke unit Riel kerana ketika kami membeli barang, banyak saja baki dalam unit Riel.

Masa di sini lewat sejam dari Malaysia maksudnya jika di Malaysia pukul 4 pagi, di sini sudah 5 pagi. Waktu solat boleh rujuk di internet.

Tips paling berguna ialah sila bawa mask / topeng muka sebab di sini agak berhabuk. Yelah bayangkan Kawasan Siem Reap ini terletak di tengah-tengah tanah besar Asia Tenggara tetapi keadaan tanahnya seperti berada di tepi pantai yang berdebu dan berpasir. Memang kurang sesuai kalau bawa anak-anak kecil.

Oleh kerana pengembaraan kami bertema jimat selagi boleh, kami tidak masuk ke tempat-tempat berbayar. Hanya ambil gambar di luar sahaja. Siap bawa kurma takut lapar. Hehe. Itinerari telah saya kongsi di sini. Kami memilih untuk tinggal di Serkirin Mary Angkor Villa kerana harganya yang agak murah iaitu USD28 untuk satu malam. Kami booking dua malam, jadi total ialah USD56 bersamaan RM115. Mungkin untuk kawasan hostel, boleh dapat lagi murah. Kawasan ini juga dekat dengan kedai makan yang halal, Night Market dan Pub Street. Syukur kami boleh check in awal di sini.


Plug di sini sama seperti di Malaysia. Jadi jangan risau kalau tak bawa adapter yang sesuai.


Kemudian kami menuju ke Sungai Mekong, sungai terpanjang di Asia Tenggara. Kata Abg Salim, pada awal tahun 2019, Sg Mekong pernah surut ya, yang tahap kering kontang sebab kemarau. Baru-baru ini air baru naik cuma airnya agak kotor seperti Sg Kelang. Kalau hendak naik bot menyusuri Sg Mekong, harganya USD20 tetapi kami tidak pergi, hanya ambil gambar.


Seterusnya dalam perjalanan pulang, kami pergi ke Lotus Farm. Lotus Farm ini agak besar, di kiri dan kanan, korang boleh lihat pemandangan yang indah. Lotus atau teratai, bunganya boleh dibuat minuman dan ubat. Malangnya semasa kami di sana, baru sahaja selesai proses menuai jadi teratai yang tinggal tidak banyak.Di tengah-tengah Lotus Farm juga terdapat pondok-pondok kecil untuk korang rehat, makanan juga tersedia. Di sini juga ada toilet tau, so jangan risau kalua nak terkucil. Haha. Harga untuk masuk sini ialah USD0.50 seorang. Korang boleh masukkan duit di dalam tabung yang disediakan di bahagian pintu masuk, tiada orang yang jaga jadi tinggal honesty pays the fare. 


On the way nak balik, kami singgah di sebuah sekolah berwarna biru. Sekolah mereka di sana sama saja seperti di Malaysia, ada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan university. Cuma mampu atau tidak saja ibu bapa hendak sekolahkan anak-anak mereka. Beruntung jika boleh bersekolah kata Abg Salim. Sebabtu Abg Salim bekerja keras supaya anak-anak mereka boleh bersekolah seperti biasa. Driver tuktuk kami itu hanya bersekolah sehingga darjah 3 sahaja kerana kurang berkemampuan. (bersyukur ya !)


Kami berjalan-jalan sebab nak lihat culture orang di sini. Jadi, kami singgah pula ke perkampungan di Cambodia ini. Katanya, kampung ini memperoleh dana kerajaan sebanyak USD40k untuk dimajukan dan ditimbus. Dahulunya kampung ini atas air dan tak banyak fasiliti. Sekarang sudah ditambak dan kenderaan boleh keluar masuk kampung dengan mudah. Kami pun tak tahu nama kampungnya sebab Abg Salim sendiri pun tak pasti. Tiada signboard nama di sini.


Sebelum makan tengah hari, kami pergi membeli tiket ke Angkor Watt. Abg Salim ikut sekali masuk ke dalam kerana penjual tiket di kaunter kurang pandai (kot) berbahasa Inggeris. Jadi takut tersalah beli. Mereka akan tanya Tarikh nak pergi. Contoh “3 Oct?” korang jangan tak alert. Kang, dia salah print tiket ha,,, terpaksa follow Tarikh itu. Dorang takkan print semula tiket ya… bahaya! Dahlah harganya USD37! Okay, di atas tiket itu akan print sekali gambar kita untuk mengelakkan penipuan. Hehe. Nanti perlu bawa tiket di setiap Angkor yang kita pergi, penjaga dia lain-lain.


nampak tak ada muka kita kat situ. hehe. harganya USD37 seorang untuk satu hari. Harga berbeza mengikut pakej hari yang korang nak pergi. 

Kemudian, alang-alang itu kita beli pula tiket bas dari Siem Reap ke Phnom Penh. Kami pilih Mey Hong Transport sebab harganya yang agak murah iaitu USD10. Yang paling glamour kat sana ialah Bas Giant Ibis dan Mekong Express yang kita boleh beli secara online tetapi harganya USD16! mahal jauh tu! jadi kami agak jimat di sini. Okay semasa nak pilih tempat duduk, penjual kata nak pilih atas ke bawah? aku pilihlah atas sebab kalau bas double Decker aku memang tak suka kat bawah tetapi lepas penjual tiket itu explain, baru aku faham maksud bawah atau atas . haha.. nak tau? stay tune utk pos seterusnya!

dorang janji nak jemput kami di hadapan hostel pukul1030 malam. dan free! jadi jangan risau ya. 

On the way nak lunch, kami melalui Hard Rock Café Siem Reap tetapi hanya mampu ambil gambar saja sebab mahal sangat pulak tumbler dorang. Hehe. Lepastu kami ambil gambar pula di Wooden Watermill Wheel Angkor. Alah, Abg Salim yang tolong ambilkan gambar pun. Haha.



Waktu lunch, kami makan di kedai makan terdekat di sini ialah Restaurant Backpackers. Harga makanan di sini adalah serendah USD2.50 hingga USD5.50 paling murah. Kalau di tempat-tempat lain mahal sangat. Kami makan nasi dan lauk. Lauknya banyak sangat-sangat yang boleh share dua orang sebenarnya tetapi yelah kami tamak. Haha… lagipun pagi tadi tak sarapan. Kemudian, kami izinkan Abg Salim pulang sebab boleh saja nak jalan kaki ke hostel kami yang sekangkang kera. Di sini dekat juga dengan Masjid Naekmah jadi boleh dengar azan time waktu solat.


Selepas rehat selama dua jam di bilik, dalam pukul 4 petang, Abg Salim sudah menunggu kami di luar hostel. Abg Salim mengajak kami ke gerai berdekatan, yang sebenarnya milik makcik dan isterinya. Haha. Makciknya menjual air tebu. Air tebu di sini agak lain kerana manis buah tetapi warna tidak pekat dan akan dicampur dengan perahan limau Kasturi. Oh ya harganya USD1. Kemudian, kami membeli sosej 3 keping USD1.        

 
siapa yang terfikir bagaimana rupa sosej ? macam di atas. 


 
selain itu, di sini ada jual etok-etok (sebelah kiri), harga untuk 1 tin susu berharga 400 riel saja. etok-etok ini boleh dimakan begitu saja selepas dipanggang. ayam panggang pula berharga USD2. laku sangat yach! confirm habis!

Selepas berbual agak lama, kami meneruskan perjalanan ke Prom Promreath Pagoda. Di sini ialah living temple iaitu tokong pengamal agama buddha. Ada sesetengah temple atau kuil, penganut agama lain tidak dibenarkan ke sana kerana menjaga sensitivity. Kami lihat di sana sedang dijalankan satu program “nazar mereka”, tidak tahu pula mengapa sebab malas nak tanya. Penyumbang tokong itu juga ada yang datang dari Malaysia.

Gambar di sepanjang perjalanan kami.

      
banyak sangat kedai-kedai di tepi jalan tetapi kami tidak beli langsung sebab ragu-ragu dengan status halal. 

di sini ada banyak jenis grab yang boleh kita book melalui apps. (kalau korang nak lah)

kedai runcit juga banyak sangat tapi tutup awal betul. 

Kemudian kami jalan-jalan ke Cultural Village yang terletak di Kawasan agak bandar. Sebenarnya kami sudah melaluinya tadi sebelum tiba di hostel. Harga untuk masuk ke Cultural Village islah USD20 tetapi kami tidak masuk ya. Kalau korang nak masuk perlu memastikan masa agak lama iaitu dalam setengah hari kerana pelbagai acara tempatan yang mereka sediakan seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan dll. Kalau korang berminat dan teringin nak masuk, better menggunakan khidmat driver tuktuk korang untuk membelikan tiket sebab harganya lebih murah, iaitu USD10 setiap orang. Jimat separuh harga!

cultural village 

Seterusnya kami pergi ke Night Market dan Pub Market untuk membeli buah tangan. Habis juga USD16 di sini. Kalua korang nak tanya mana yang lebih murah, jawapannya Night Market! Haha. Murah gila tapi barang-barang mungkin agak outdated dan kotor sedikit, sudah lama sebabtu murah. Lepastu korang kena nego dan tawar-menawar sampai boleh jadi murah gila!!! Haha… jika di Pub Market, dorang kurang melayan kalau tahu kita hanya bertanya harga saja.


Pub Street


Selepas penat bershopping, sementara menunggu Abg Salim menjemput kami, kami duduk di bangku di tepi sungai sambil menelefon Naqib dan Nasuha. Kasihan tak ikut. Hehe. Kami habis USD16 untuk barang cenderhati. 


Dinner kami makan di Restoran Wau tidak jauh daripada Restoran Muslim Backpackers. Harga makanan di sini agak mahal berbanding Restoran Muslim Backpackers. Jadi kami memilih untuk berkongsi lauk saja.  Selepas itu menapak balik ke hostel dan singgah ke kedai runcit membeli ais krim sebelum rehat. Esok Abg Salim berjanji untuk menjemput kami seawall jam 5 pagi.


 
makanan di Restoran Wau berharga USD9 dan aiskrim berharga USD3 utk dua batang aiskrim.

 
siput (jenis boleh dimakan) juga dijual di sini ya! harganya tak ingat tapi kata bang Ajid kita emang sedap oi! haa gambar kat sebelah kanan itu ialah sosej yang baru lepas dipanggang. dijual di tepi jalan. kalau ada yang jenis memikirkan kebersihan maybe macam tak lalu nak makan kot. haha. 

Untuk review makan di Restoran Backpackers, saya akan kongsikan pada post yang akan datang. Tunggu! 

Lihat juga.


Trip Cambodia 2019 (Bahagian 1)