TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

24 Feb 2019

Nasi Lemak di Restoran Gembira Seksyen 3 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Kami sempat meluangkan masa makan sarapan pagi di Restoran Gembira yang terletak di Seksyen 3 Shah Alam. Boleh waze tempat ini, memang mudah nak ditemui. Banyak juga petak parking jadi jangan risau. Selain menu nasi lemak, ada juga soto dan roti canai. Kami pergi cuba makan nasi lemak di sini kerana banyak bloggers shared yang nasi lemak dia sedap.



komen kami, nasi lemak okaylah... sambal pun okaylah. sederhana rated. maybe kami lidah pantai barat, rasa sambalnya agak manis. susah betul hendak menepati citarasa lidah kami. sedangkan masak sendiri pun rasa sambalnya belum memenuhi citarasa. kahkahkah... alaa.... hak individu kan. layanan cepat saja. kawasan pun bersih....

belum tahap a must place to go for next time. but boleh jugalah kalau dah tiada tempat nak pergi kan.... hopefully kami ada masa untuk cari lagi nasi lemak tersedap di abad ini... kohkohkoh.... selamat mencuba..........

Terima kasih.

23 Feb 2019

Nasi Lemak Restoran Ceria, Seksyen 3 Shah Alam

Assalam wbt dan hai,

SHOPEE KAKNA

Finally sampai juga kami di Restoran Ceria yang ramai sangat memuji katanya nasi lemaknya sedap yakmat. Kami memang suka mencuba menu sarapan pagi sahaja. haha. Boleh tengok di bahagian label. Boleh waze lokasi yang sangat dekat dengan Taman Tasik Shah Alam.


Rasa nasi lemak sangat sedap. kalau nak bandingkan dengan nasi lemak Restoran Gembira, nasi lemak di Restoran Ceria lebih sampai rasa nasi lemak tersebut. hihihi... Tapi both sambal agak cair. Oh ya. di kedai ini, tarikan utama nasi lemak bertemankan ayam goreng tapi kami belum mencuba, mungkin next time. Menu lain yang agak famous di sini ialah cakoi dan roti canai. Lama tak makan cakoi, nampak sedap tapi perut dah kenyang....

Servis terbaik, laju sangat. macam lebih kepada layan diri kalau nak cepat, datang di kaunter, nak nasi lemak, ambil lauk dan bawa ke meja. Kalau nak tunggu kat meja saja pun boleh juga, ada yang datang ambil order. 

Next time boleh try makan nasi lemak bumbung, katanya paling sedap di seluruh Klang Valley. haha. setakat ini, nasi lemak ranking aku.

1. Nasi Lemak Lenggong, Seksyen 20 Shah Alam
2. Nasi Lemak Pak Ayob,Seksyen 20 Shah Alam
3. Nasi Lemak Ceria, Seksyen 3 Shah Alam
4. Nasi Lemak Sambal Warisan Opah USJ9 Subang Jaya
5. Nasi Lemak Gembira, Seksyen 3 Shah Alam 

Okay nanti kita tengok lagi mana-mana kedai nasi lemak yang boleh diberikan ulasan. haha... kbai...

3 Feb 2019

Air Panas Poring Hotspring, Ranau Sabah

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Dengan menggoggle sahaja sudah sampai ke sini. hoyyeh.


Jalan dalam beberapa meter sebelum sampai ke Hot Spring. Masuk sini dengan bayaran RM3 untuk orang dewasa. Oh ya pengulangan, tidak boleh guna semula tiket ke Kinabalu Park jika anda tidak tidur di Ranau. kami kan tidur di Bundu Tuhan. Maybe kalau kundasang dikira Ranau kan, so boleh jadi bolehlah. 

Lagi sekali malangnya masa kami sampai, air panas tidak berfungsi dengan baik kerana hujan lebat malam sebelumnya. jadi apa yang ada saja. 


Next time kalau datang lagi ke sini, kami ingin mencuba Bilik Mandi Private, sebilik RM15 sahaja. boleh mandi puas-puas dan privacy. Harap-harap next time datang tidak hujan lebat. 

Kinabalu Park, Sabah

Assalam wbt

Kami sempat pergi ke Kinabalu Park sebelum hujan. Masuk RM3 untuk dewasa dan kanak-kanak free sahaja. Boleh drive dengan kereta sendiri. Kalau hendak parking di bawah dan jalan kaki sendiri pun boleh tetapi memandangkan kami bukanlah terlalu rajin nak jogging jadi kami prefer untuk drive. jangan pandang rendah kepada saga lama. kakakaka... Oh ya, ada blogger bagitahu simpan tiket kinabalu park dan boleh digunakan jika datang ke Poring Hot Spring. maaf ya, tidak boleh jika anda tidak tinggal di Homestay area Ranau. jangan berharap nak cut cost. haha.

Half way, ada memorial sempena gempa bumi yang berlaku di Gunung Kinabalu pada March 2018 kalau tidak silap. Siap ada pokok-pokok yang ditanam oleh ahli keluarga Malim Gunung sempena memperingati semangat mereka. 

di pintu masuk di mana pendaki Gunung Everest, eh Gunung Kinabalu mulakan pendakian. wakakakakakaka. nak juga bergambar di sini. 

okay nama gate dia ialah Pondok Timpohon. Boleh saja nak daki gunung Kinabalu dari gate-gate lain tapi yang ini paling famous uols. 

ini peta hendak menuju puncak. memang tidak tercapai akalku untuk tiba di puncak. hehe.. selepas beberapa minit kembali ke kereta, hujan turun dengan lebatnya! uwaaaaa.........................



Bermalam di Hounan Ridge Farmstay, Bundu Tuhan, Sabah

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

The Struggle is Real 

Haha... itu yang aku cadangkan untuk tiba di sini. Susah sangat hokey nak sampai sini. Perjalanan dari jalan utama ke homestay Hounan mengambil masa lebih kurang sejam juga iaitu dalam 30km. Mungkin sebab cuaca yang gelap kerana hujan, maksud aku, berkabus sangat. Jalan teruk pula. Once dah datang memang tidak boleh keluar. haha. membazir masa nanti. masa kami tiba, hujan belum turun. jadi sempat juga melihat sekitar kawasan

Bilik ini berharga RM130. extra tilam berharga RM25. ada balkoni sendiri okay. sangat cantik. Bersih. Air panas ada. Iron free tapi iron rosak. kekeke... Ada kafe tapi kami tak makan di situu sebab agak mahal. Towel disediakan. overall puas hati bebenau...

ini dia balkoni


boleh nampak khemah-khemah sudah didirikan. boleh sewa sahaja khemah. 


Rate untuk Hounan Ridge Farmstay & Camping. Boleh contact +60 13-850 6463, sangat mesra dan cepat reply! hoyyehhh


dari jauh.




Boleh nampak dua gazebo ya sedang buat barbecue. 

Kami minum air panas sahaja. hehe. Hipster sangat. masa ini, budak-budak sudah tidur. jadi mama babah dating. hehe

pandangan sisi rumah. 

sebenarnya boleh nampak gunung kinabalu dari sini. 



ini view sebenar jika tidak hujan. nak nangis tak dapat tengok. lain kali kami akan datang lagi ke sini. insha Allah.  Sayang sangat rasa nak check out awal-awal tu. hehe. Must Repeat!

Terima kasih.

Melawat Pekan Nabalu, Sabah

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Dari Temparuli, kita akan melalui Pekan Nabalu. Mungkin dalam 40-50km juga dari Temparuli. Memang otw ke Kundasang ya. Nak atau tak nak memang akan lalu. hehe.. Kami singgah juga untuk lunch dan solat. gitulah plannya. 

Namun, dalam beberapa minit kami sampai, hujan lebat gila weh..... lunch apa yang ada. dan tak solat di situ sebab tiada bekalan air. kakakakaa.. aduhai malang sikit. tapi sempat juga merasa dua biji durian. kihkih. 1 kg RM5 untuk durian hutan. kami assume durian kampung lah kot rasa dia. okay not bad sedap dan murah.

barang-barang cenderhati di sini katanya lebih murah daripada di pasar philipine KK tetapi kami tidak membeli hanya melihat sahaja. hehe. Makanan pun banyak, buah-buahan banyak. Semua pun ada di sini. Tolong beli kat sini aje senang. 


cantik tetapi sebab berawan sangat tak nampak sepatutnya ada gunung apa di belakang itu. hehe

bolehlah asalkan ada gambar.

sekadar bergambar di pekan nabalu. 

Temparuli Suspension Bridge di Sabah

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Sebenarnya kalau kita waze atau google map, ada Temparuli Bridge dan Temparuli Suspension Bridge. aka Jambatan Temparuli. Okay fine. Kita perlu google Temparuli Suspension Bridge which means for pejalan kaki ya. Tidak berapa jauh, maybe dalam 200m sahaja. cuaca cerah ketika ini. kalau tahu nak hujan, kami cepat-cepat ke Kundasang. hihi. Jambatan baru untuk laluan kereta dibina oleh orang British katanya. Jadi jambatan ini semakin kurang menjadi perhatian. Yang kami perhatikan, jambatan baru memendekkan perjalanan kita ke arah Ranau, Kundasang semua itu. kira short-cut lah.


berhadapan kami, ada pasar kecil. area pasar ada banyak tempat parking, jadi jangan risau. maksud pasar lebih kepada pasar basah.



Ini dari arah bertentangan. ada juga tempat parking tapi tak banyak. 

berani sangat-sangat sebab ada dawai besi. tak takut kaki nak terjatuh dan handphone nak terjatuh. hihi. panas litlit, tak ramai yang jalan-jalan di sini. hehe. di bawah tu, Sungai Tuaran jika saya rujuk pada peta di google. Panjang juga Sungai Tuaran ini. 

Sebelum tiba di Temparuli Suspension Bridge, sebenarnya kami terlebih dahulu lalu di hadapan Rumah Terbalik Temparuli. Sungguhpun upside down house pertama dibina di Malaysia, tetapi kami pilih untuk tidak singgah sebab bayaran untuk sekali masuk, RM12. Mahal sangat rasanya. Bergambar pun hanya boleh di bahagian luar rumah. Tidak berbaloi sangat. Tapi jangan risau, parking banyak ya, dan tak risau nak terlepas sebab sign board banyak. 

okay, selepas itu, kami teruskan perjalanan. 


Terima kasih. 

Melawat Desa Dairy Farm, Kundasang - Proses Memerah Susu Lembu

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Alhamdulillah kami berpeluang untuk melawat Desa Dairy Farm di Desa Mesilou Kundasang. Kedudukannya agak tinggi dan berada di kaki Gunung Kinabalu membuatkan kita rasa sejuk sangat seperti New Zealand Malaysia. Namun begitu, cuaca memang tidak mengizinkan kami bergambar dengan Gunung Kinabalu. Bayaran untuk masuk ke Desa Dairy Farm ialah RM5 untuk dewasa. kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran. hoyyeh.

Saya ada terbaca dalam satu blog, proses memerah susu lembu adalah dalam pukul 3 petang. Oleh kerana kami teringin sangat nak tengok sendiri, jadi kami datang waktu petang. Waktu itu hujan renyai-renyai di pekan Kundasang. Nasib baik bila sudah berada di Desa Dairy Farm, hujan berhenti.


Kami tiba seawal 230 petang, jadi kami pergi dahulu feeding animal. Semuanya ada di situ, hanya perlu jalan kaki untuk menuju ke setiap tempat. hehe... Harga untuk membeli seikat rumput adalah RM1 dan sebotol susu adalah RM1.50. Oleh sebab kami mungkin bukanlah pengunjung terawal, jadi masa kami tiba, anak-anak lembu dan kambing sudah agak kekenyangan. Ada juga yang sudah tiada mood untuk berdiri dan makan. Puas juga pengunjung lain memujuk. Kami berpusing agak lama, dalam 30 minit, barulah rumput dan susu habis. 

 By luck lah ni ada anak kambing nak minum susu.

susah nak ambil gambar sebab Nasuha takut. hehe


Di sinilah tempat susu lembu diperah. Untuk 1 cycle, kandang ini boleh memuatkan lebih kurang 96 ekor lembu. fuhhhh......


Okay cycle dia, ada dua barisan. Setiap baris berjumlah 16 ekor lembu. Satu waktu untuk proses pemerahan susu, mengambil masa lebih kurang 15 minit. Giliran lembu ada beberapa bahagian. 
1. lembu yang diperah susunya (16 x 2)
2. lembu yang sudah siap diperah susunya (16 x 2)
3. lembu dalam waiting list untuk diperah susunya. (16 x 2) 

Bayangkan betapa chaos nya lembu-lembu ini. sudahlah badan besar, tempat sempit pulak. ada juga adegan gaduh-gaduh sondol menyondol. ada juga yang berak merata-rata. haha... nak tunggu turn balik ke kandang punyalah lama, adalah dalam sejam. Lembu bukan sejenis haiwan yang duduk macam manusia ya.. hadoi.  Kami memang teringin hendak melihat sendiri proses ini. Jadi lama juga tunggu hihi. Sambil-sambil tu makan aiskrim. Walaupun cuaca sejuk, keinginan makan aiskrim itu tetap membuak-buak. kakakakakakaa.... di kawasan melihat proses perahan susu ini, tidak ramai sangat, mungkin tidak ramai yang berminat seperti kami. wakakaka. jadi kami dengan senang hati dapat duduk lama-lama. ada cermin kaca okay, dont worry tidaklah berbau sangat. 

sebenarnya kami ada juga melawat ladang lembu. ada juga lembu warna coklat tapi satu dua saja kot.
di sana, nampak staff membersihkan lembu, siap ada yang jolok dari dubur lembu, maybe lembu tu sembelit ke, aku tak pasti. tapi aku tabik spring dengan pekerja ladang lembu sebab tidak jijik. bagus-bagus!

sepatutnya boleh nampak Gunung Kinabalu belakang itu tetapi malangnya hanya nampak kabus... Nasib baik dapat jugak tengok lembu hitam putih . hehe. Bukan senang nak ambil gambar bersama. Ramai sangat weh orang. berduyun-duyun, belum pelancong oversea lagi.

ini saja Kinabalu yang kami dapat tangkap. kahkah. Tapi tapi tapi, kalau sekali tengok dah tak macam Kundasang. 

Aiskrim wajib dibeli

air kotak yang wajib dibeli


Sempat mengepow sticker hihi








oleh sebab sudah beli tiket flight awal, kami tidak dapat check cuaca awal-awal. sudahnya,  sampai-sampai waktu hujan. insha Allah akan ke sana lagi satu hari nanti hihi 😍

2 Feb 2019

Bercuti Di Kundasang, Sabah 2019

Assalam wbt

Malam ini saya mendedikasikan masa untuk menulis panjang pengalaman kami sepanjang di Sabah. Kami merancang percutian ini agak lama. Tiket KLIA ke KKIA berharga RM945 untuk kami berempat, dua dewasa, dua kanak-kanak berumur 2 dan 4 tahun. Saya akan kongsikan beberapa entri yang penting sahaja.

Kami terpaksa skip banyak aktiviti sebab sepanjang lima hari di Sabah, 80% hujan. Sayang jugalah, tiada rezeki hendak menatap Gunung Kinabalu banyak-banyak kali. Yang frustnya, selepas pulang ke KL pada hari Selasa, ada ternampak kawan saya post gambar di Sabah, mereka pergi ke Sabah daripada hari Rabu - Ahad, tidak hujan langsung!!! uwaaaa... macam nak nangis.

Apa-apa pun ini adalah itinerari Sabah yang kami rancang walaupun ada banyak yang terpaksa skip.

Jumlah perbelanjaan belum termasuk tiket kapal terbang. Plus minus saja itu. Mungkin kurang lagi kalau tidak makan sakan macam kami.  

Keseluruhan perjalanan kami. Jauh juga ya.



Suka saya ingatkan di sini, jika kita masuk ke Sabah dan Sarawak, akan melepasi pintu immigration di airport. Kalau orang Semenanjung, akan dapat resit ini ya. Simpan elok-elok sebab apabila kita ingin meninggalkan Sabah atau Sarawak perlu kemukakan semula di kaunter imigresen sebelum naik flight ke KLIA. Kalau anda risau resit ini hilang, boleh saja gunakan passport anda. Simple. Saya ingatkan sebab masa awal-awal dulu, pertama kali saya ke sini, saya simpan sambil lewa, nasib baik terdengar orang berborak di surau dan saya tak terhilangkan, jika tidak pasti sudah didenda. Saya tidak ingat berapa ringgit, tetapi kehilangan resit ini menyamai anda kehilangan passport, terpaksa buat laporan polis dan maybe akan terlepas flight... Semasa kami nak check out di KKIA, ada seorang auntie terhilang resit ini.... Seriouslah..... memang kena marah dengan pegawai imegresen yang sedang bertugas. 

Kalau tanya line telefon okay ke tak? kami pengguna umobile. umobile tiada coverage okay di area Temparuli, terus ke Ranau. fuhhhh.... Memang hanya boleh guna google map sahaja! uwaaa.... tak boleh update ig. haha. tapi kami beli simkad extra, no maxis. memang ada 4G di sini. macam pergi oversea rasanya, siap beli simkad segala...

Kami sewa kereta dengan ZA International, berhubung terus dengan En Zahiril. Kereta Saga lama, RM370 untuk 5 hari 4 malam. Jika ambil dan pulangkan kereta di tempat-tempat lain selain KKIA, akan dikenakan bayaran RM30. Tidak jadilah. hihi. 013 - 8638559. Semasa hantar dan ambil kereta, staff En Zahiril yang akan deal dengan kita. jangan lupa ambil gambar resit, ambil gambar kereta before dan after, jangan lupa mintak resit!!! okay? sebab staff yang hantar kereta, minta RM370 bayaran penuh sedangkan saya sudah bayar RM100 pendahuluan. kira total bayaran RM470. ketika pulangkan kereta, RM100 tak boleh refund. marah juga. nasib baik dapat semula wang. yang penting pastikan resit ada ya....! jangan kena tipu even dengan orang lain-lain. Eh tapi so far, layanan dorang baik dan pantas ya. itu saya puji. 

Akan menyusul nanti post berkaitan Sabah:



Bermalam di Kiram's Village  Pekan Kundasang 



Air Panas Poring Hotspring, Ranau


Muzium Marine UMS

Bermalam di Promenade Service Apartment, KK


Terima Kasih.