SHOPEE KAKNA
Finally sampai juga kami di Restoran Ceria yang ramai sangat memuji katanya nasi lemaknya sedap yakmat. Kami memang suka mencuba menu sarapan pagi sahaja. haha. Boleh tengok di bahagian label. Boleh waze lokasi yang sangat dekat dengan Taman Tasik Shah Alam.
Rasa nasi lemak sangat sedap. kalau nak bandingkan dengan nasi lemak Restoran Gembira, nasi lemak di Restoran Ceria lebih sampai rasa nasi lemak tersebut. hihihi... Tapi both sambal agak cair. Oh ya. di kedai ini, tarikan utama nasi lemak bertemankan ayam goreng tapi kami belum mencuba, mungkin next time. Menu lain yang agak famous di sini ialah cakoi dan roti canai. Lama tak makan cakoi, nampak sedap tapi perut dah kenyang....
Servis terbaik, laju sangat. macam lebih kepada layan diri kalau nak cepat, datang di kaunter, nak nasi lemak, ambil lauk dan bawa ke meja. Kalau nak tunggu kat meja saja pun boleh juga, ada yang datang ambil order.
Next time boleh try makan nasi lemak bumbung, katanya paling sedap di seluruh Klang Valley. haha. setakat ini, nasi lemak ranking aku.
1. Nasi Lemak Lenggong, Seksyen 20 Shah Alam
2. Nasi Lemak Pak Ayob,Seksyen 20 Shah Alam
3. Nasi Lemak Ceria, Seksyen 3 Shah Alam
4. Nasi Lemak Sambal Warisan Opah USJ9 Subang Jaya
5. Nasi Lemak Gembira, Seksyen 3 Shah Alam
Okay nanti kita tengok lagi mana-mana kedai nasi lemak yang boleh diberikan ulasan. haha... kbai...
No comments:
Post a Comment