TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

20 Apr 2018

Review Teater Terowong di UiTM Puncak Perdana

Assalam wbt

Kami semalam berkesempatan untuk datang menyaksikan TEATER TEROWONG di UITM Puncak Perdana. Macam mana boleh jumpa teater ni? jawapan dia, sis ig-walking sahaja dan terjumpa.


Bahagian 1 - Tentang Teater

Mengisahkan tentang 7 orang yang berada di terowong dengan tujuan masing-masing.
Johan - mencari harta
Suraya - kononnya bertapa dan lari dari dunia realiti tapi maybe sebenarnya lari daripada dua lelaki jahat yg mencarinya
Ayiem & Alya Karmila - Wartawan daripada tivi 39 suku (kot). mencari maklumat Datuk yang hilang kerana penyelewangan wang
leaki X pakai baju construction - mencari jalan keluar sebab sudah sesat
dua lelaki (jahat / tak tahu siapa) - mencari perempuan simpanannya (Suraya) dan juga bos kepada lelaki X

mereka masuk ke terowong dengan tujuan masing-masing. apabila terjumpa, tahu tentang ada ura-ura di terowong tersimpannya harta karun, terus berubah niat asal.


Bahagian 2 - Something Unclear

Yang aku rasa tak berapa clear jalan cerita ini.
1. at first, lelaki (kuli) memanggil Johan, En Boss, tetapi bila hampir berakhirnya cerita, mereka berjumpa, tetapi mereka saling tak mengenali?

2. at first Suraya kata dia nak bertapa, sebenarnya ada agenda lain, tapi sampai ke sudah tak tahu apa agenda dia

3. bila dua lelaki jahat berjumpa dengan Suraya, si Boss cakap, Suraya ialah perempuan simpanan dia dan sudah lama mencari. sepatutnya end di situ tetapi, follow-up scene, Suraya kata mereka yg lain semua bodoh sebab percaya. Then lelaki jahat itu tinggalkan Suraya, kenapa tak bawak Suraya pergi?

4. kenapa Ayiem (Wartawan) hilang, mereka tinggalkan unsolved question? adakah Ayiem dibunuh? sebab barang Ayiem ada pada si jahat, tetapi kenapa mereka seperti tidak terlalu marah dgn si jahat?? mereka tidak mencari dan pergi sahaja selepas jumpa someone yg claim menjumpai harta.

5. ada di terowong, tetapi ada line telefon dan masih tersesat



Bahagian 3 - Perlu Diperbaiki

Pada iklan, tertulis orang luar dijemput hadir. sis orang luar ya. sis tak tahu pun mana pintu masuk UiTM Puncak Perdana tu. susah betul berpusing-pusing kami mencari jalan masuk. committee sepatutnya 

1. balas whatsapp orang luar dgn cara berhemah. scripted sahaja. jangan anggap semua orang tahu mana UiTM puncak perdana. di mana teater dijalankan? di dewan? di panggung? di khemah? jangan berharap orang luar yg datang ini, mesti kena bertanya dgn orang2 sekitar. 

2. minimum bagi peta macam mana nak datang UiTM. suggested parking lot as well.

3. sebenarnya tempat duduk kami kat depan, tapi sebab kami masuk lewat, kami duduk di belakang. tetapi tiada siapa yang alertkan kami sebenarnya kami duduk di hadapan. unless kami datang awal. jadi what's the reason tulis nama pada kerusi?

Untuk team pelakon pula,

1. oleh sebab limited tempat, lebih banyakkan scene di atas pentas ye. sebab kami yang duduk belakang tak nampak apa adik-adik lakonkan. ada sesetengahnya orang hadapan ketawa, tetapi kami kat belakang tertanya-tanya kenapa ketawa, kenapa?

2. kurangkan lawak lucah. berasmara. raba. tak sabar nak apa-apa. sikit-sikit boleh. bila dah banyak-banyak tak best sangat.

3. bahagian teknikal kot. sometimes cakap terlalu kuat sehingga rasa bergema. tetapi memandangkan cerita di dalam terowong, so aku anggap ia adalah satu keperluan. so aku abaikan. bukan apa, ada sesetengah orang bercakap, contoh Ayiem dan Johan, mereka boleh sahaja cakap tidak menjerit-jerit. tapi Alya dan Suraya, menjerit sikit suaranya (kadang-kadang). adakah mic terlalu dekat?

Bahagian 4 Pujian

1. pujian untuk pelakon Johan. memang boleh jadi watak jahat. boleh dikembangkan

2. pujian juga untuk pelakon lain. ada masanya kelakar. 


Tak perlu bagi berapa bintang sebab mereka semua masih dalam proses pembelajaran. tahniah dan semoga terus berjaya! 

No comments: