Hari ini aku nak menulis yang agak teknikal. Aku selalu terfikir, bagaimana seterika berfungsi. Aku seorang sahaja kot yang fikir pelik-pelik. haha Sumber 1 Sumber 2 Sumber 3
iron yang super power!
bagaimana iron berfungsi? di dalam iron, terdapat logam bimetallic bermaksud dwilogam atau logam yang terbentuk daripada dua elemen. apabila current / arus melalui coil atau apa jua elemen pemanas / konduktor elektrik, ia akan menjadi panas. Haba akan dipindahkan melalui dasar plat seterika korang yang rata itu. Dan apabila kita letakkan seterika yang panas tadi di atas baju yang renyuk, haba akan dipindahkan lagi melalui proses conduction / konduksi. (Konduksi secara bahasa ialah memindahkan tenaga dari satu atom ke atom yang berjiran dengannya melalui proses pelanggaran) Haba ini sebenarnya melonggarkan atau melemahkan ikatan atom atau molekul fabrik baju kita. apa pulak lah hai molekul atau atom ini. (iklan, molekul atau atom ialah benda asas yang paling kecil dalam membentuk sesuatu elemen yang besar)
kenapa kadang-kadang iron kita bunyi seperti satu petikan? Sebenarnya, dwilogam ini ialah thermostat. apa itu thermostat? ia fungsinya untuk memastikan iron tidak terlalu panas jika lama kita gunakan atau tinggalkan atau idle. thermostat ini memastikan arus atau current utk mengkonduksikan haba dari masa ke semasa. jadi bila iron kita idle, arus yang bergerak tadi secara automatiknya tidak aktif dan kurang panas iron kita, atau under control-lah senang cakap.
apa-apa pun, iron memang akan menggunakan banyak tenaga untuk dipanaskan, jadi penggunaan iron yang tidak dirancang boleh menyebabkan bil elektrik naik. haha. mungkin boleh dibincangkan pada masa akan datang.
okay... selamat malam, terima kasih
No comments:
Post a Comment