TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

16 Apr 2018

Menunggang Kuda di Rubinga Heritage

Assalam wbt

Alhamdulillah dapat juga merasa menunggang kuda. Sunnah belajar memanah, menunggang kuda dan berenang. Ini naik beberapa saat pun dah excited mak.

Biar gambar berbicara. Kat Selangor atau klang valley, ada juga tempat nak merasa menunggang kuda kan...

Harga dia Rm5 dewasa. Kalau naik berdua dgn anak, RM5 juga. 

Excited babah. Naqib awal2 cuak gak tapi nak naik. Naik dua pusingan. Ada orang penjaga yg pimpin kuda, jadi tak risaulah. 2 pusingan maybe jarak 50m je kot jumlahnya. Okayyy lah untuk orang yg tidak memiliki kuda. Hehe

Dak Chua pun tak takut.

Tapi tengok poney berdebar pulak siap nak nangis. Semua kuda dan poney ada nama masing masing. Tak ingat nama apa.

Nak masuk kandang arnab, bayar RM2 seorang. Bagi arnab makan lobak. Tak besar mana tapi arnabnya banyak warna cuma jenis apa aku tak pasti. Haha

Ada burung merpati tapi di dalam sangkar. Tak boleh masuk tau.

Penat2 makan aiskrim nebudak ni.

Okay siapa nak datang sini, boleh rujuk sini. Rubinga Heritage ini dibuka pada pukul 5 petang hingga 7 petang. Kejap saja. Jangan datang masa hujan okay?? Oh ya, ada toilet. Ada surau (ambil wuduk di luar surau). 


Wohaaaa. Nak datang sini boleh google atau waze Rubinga Heritage Sdn Bhd. Memang jumpa. Ada yang cakap waze dahulu taman melewar etc. Sis cuba follow tapi tetap tak jumpa. Jadi caranyaaaa, pergi tanya penduduk kat sini. Insha Allah mereka membantu.

Inilah gambar jambatan sempit yg nak menghala ke Rubinga Heritage. Mujur naik myvi sahaja. Kalau naik lagi besar, mungkin tak muat ! Hehe... Habis bercalar tepi kereta tau. Tapi kami tengok penduduk kat sini alah bisa tegal biasa sahaja. Sebenarnya ada laluan lain tak perlu melalui sini. Tapi try and error lah tau...

Kepuasannya 8/10 kot..  terima kasih !

No comments: