Aku tak berani nak pandang muka dia. Aku tahu
tatkala itu muka aku dah merona merah. Merah sebab menahan perasaan malu dan merah
sebab menahan rasa hendak membuang hajat. Memalukan tujuh keturunan! Alamak!
Lebih tragis dan memalukan! Lelaki itu mula menutup hidungnya. Tapi masih cool
dan tersengih-sengih. Macam mana aku boleh melepaskan bom atom keluaran terhad
Adawiyah ni? Kalah bom atom Hiroshima dan Nagasaki. Masa kurasakan sangat lama.
Malu tadi bertambah-tambah macam nak masuk dalam tin biskut. Sebelum aku
keluar, sempat aku meminta maaf sebelum berlari mencari toilet. Aku dah tak
terfikir ke mana hala tuju lelaki idamanku itu.
“Oh mak kau!” aku melatah. Terkejut kerana
lelaki itu masih berdiri tegak menunggu di luar pintu tandas.
“Sorry tadi, awak kenapa tunggu kat sini?”
aku pantas saja bertanya.
“Awak masuk salah toilet. Tak sempat saya nak
cakap apa-apa, tapi awak dah redah masuk. Mujur tak ada mana-mana staff yang
nak guna toilet tadi. Tu yang saya berjaga kat pintu ni. “
Aku pandang simbol orang lurus tanpa gaun,
ya, aku memang dah salah masuk toilet. Ini confirm kes dah malu sakan. Aku
menelan air liur. Sudah berapa kali aku memalukan diri sendiri di hadapan si
dia, lelaki pujaan aku.
“Lagi satu, saya nak saman awak!” nada
mukanya cukup tegas. Aku terpinga-pinga. Apa maksud dia?
“Dua sebab! Sebab satu, awak sedang pijak
kaki saya”, mulutnya dijuihkan ke arah kakinya yang aku pijak. Dah lah aku
pakai wedges. Oh my god! Teruknya aku. Aku cepat-cepat berganjak dan menunggu
sebab kedua untuk diterangkan. Tangannya memicit-micit hidungnya yang mancung.
“Saya nak saman sebab awak dah cemarkan udara
yang saya hidu tadi, selama beberapa minit”, mukanya tiada gelak tanda gurauan.
“Mengikut perlembagaan Negara, muka surat 15,
akta 1978, barang siapa…”
“Awak nak saman saya betul-betul ke? Apa
tuduhan awak nanti?”
“Saya cakap, awak tuttt di dalam lif dan… “
dia sudah tidak tahan gelak dan ketawa bagai sudah seribu tahun tak pernah
ketawa. Gelaklah gelak. Sedap sesuka oren dia nak kutuk aku kan. Aku menjeling
tajam. Jam ku lihat masuk pukul 7 malam. Amir pasti sedang menungguku.
“Saya gerak dululah”. Aku mematikan gelaknya.
“Sekejap. Awak tertinggal dua benda ni. Mata
awak tak payah nak terbeliak sangat lah, saya tak takut punya. Satu, awak
tertinggal dompet Hello Kitty ni dalam lif tadi. Kedua, awak tertinggal hati
awak kat sini.” Matanya membawa mataku ke arah tangannya yang sudah diletakkan
di atas bahagian jantung. Maksud dia apa ni? Janganlah main-mainkan perasaan
aku. Semasa aku mengambil dompet itu dari tangannya, sempat dia berbisik
memberitahu namanya ialah Syafiq. Pertemuan yang sungguh memalukan itu masih
segar dalam ingatanku.
“Ad! Kau ni kan. Aku bebel-bebel dari tadi,
kau tak dengar ke? Penat lah aku cakap pasal persediaan perkahwinan aku”,
tangan Fara yang hinggap di dahiku membuatkan aku kembali ke landasan realiti,
yang aku sedang berada di Kuala Lumpur tapi fikiranku dah lama melayang jauh
nun ke Batu Pahat menyingkap tirai detik perkenalanku dengan Syafiq.
**************************
Pagi itu, usai majlis makan-makan sempena
merasmikan kiosk kami yang baru di Muar, Datin mengadakan jamuan ringkas di
kantin. Selepas ucapan ringkas daripada Datin, beliau memperkenalkan aku pada
khalayak. Aku bukan siapa-siapa. Rasa tak perlu kot. Aku senyum kelat sambil
perhatianku dialihkan kepada menu lunch hari ini, Nasi Beriyani Gham Batu Pahat
yang sudah tersedia di meja seperti sedang melambai-lambai perut yang sedari
tadi berkeroncong ‘Apo Kono eh Jang’. Pertama kali aku makan terus jatuh cinta
kepada Batu Pahat. Eh, cinta kepada makanan atau anak jatinya? Aku menggeleng.
“Apa yang geleng-geleng, angguk-angguk tu Cik
Adawiyah?” Syafiq sudah berdiri di sebelah ku berpeluk tubuh. Dia senyum. Amir
ada di sebelahnya. Aku baru tahu yang Amir dan Syafiq bersahabat sejak di
bangku sekolah, terpisah beberapa tahun kerana belajar dalam bidang yang
berbeza. Amir mengambil jurusan Sains Sumber Manusia di UTM manakala Syafiq
mengambil jurusan kejuruteraan elektrik di UTHM. Tak sangka, mamat yang selenga
ni seorang engineer rupanya. Maknanya dia orang ni sebaya? Syafiq muda setahun
daripada aku? Gulp!
Tengah hari itu kami berborak panjang.
Nampaknya Amir yang semangat memancing cerita antara kami. Kulihat Syafiq lebih
banyak berdiam dan sesekali tersengih. Oleh kerana hari ini hari istimewa,
Datin memberi keizinan untuk kami pulang ke rumah lebih awal.
Kilat sabung-menyabung. Hujan pula tidak malu-malu
menyembah bumi, hotel kelihatan sangat jauh. Kebiasaannya ada driver teksi yang
lalu lalang di hadapan kilang, tapi hari ini langsung tiada kelibat kereta
kuning biru. Lantaran itu, Anis, budak praktikal di office aku mempelawa untuk
pulang ke rumahnya di Parit Yaani. Setibanya di rumah, bau ubi goreng dan ikan
masin awal-awal menyapa hidungku. Berselera sungguh.
Selepas mandi, aku berborak dengan keluarga
Anis sambil menikmati ubi goreng. Aku pandang isi rumahnya, beratap zink tanpa
siling dan bahagian ruang tamu yang tinggi sedikit kedudukannya daripada
bahagian dapur. Kata Anis kalau tiba musim banjir, barang-barang bolehlah
disimpan di bahagian yang tinggi itu, tidaklah dilarikan oleh arus yang tidak
terduga derasnya. Kata Anis lagi, pada tahun 2006 lalu, kawasan rumah mereka
memang banjir teruk, paras air sudah melebihi bumbung rumah! Tak dapat aku
bayangkan! Memang pengalaman menarik. Dalam pukul 10 malam, kami semua sudah
masuk bilik. Kalau di Bandar, pukul 10, malam masih muda. Masih bising dengan
jerit-jerit kota. Namun di sini, 360 darjah berbeza. Kedengaran bunyi hujan
jatuh di atas bumbung rumah sangat ikhlas, aku leka dibuai perasaan dan
akhirnya tertidur.
Pagi esoknya, aku terlupa yang aku perlu
hadiri meeting di kilang. Anis MC kerana badannya panas, mungkin akibat main
hujan semalam. Nak drive aku tak pandai. Terpaksa minta tolong Amir untuk
menjemputku. Malangnya, Amir sedang membuat lawatan ke tempat pemborong di
Muar. Amir mencadangkan aku meminta pertolongan Syafiq. Aku segan dengan dia.
Tapi meeting perlu dihadiri. Samsung S3 dikeluarkan daripada beg tangan.
Mesej:
Adawiyah : Assalam, Syafiq kan?
Ini Adawiyah, staff Datin dari KL.
Selang beberapa minit.
Syafiq : Adawiyah mana?
Takkan dia dah lupakan aku.
Sengallah laki ni.
Adawiyah : Sayalah, kawan Amir.
Kita jumpa semalam masa lunch.
Syafiq : Saya tak kenal. Lalala…
Adawiyah : Tak kenal takpelah.
Syafiq : Hehe, takkan merajuk. Ok
saya kenal. Ye ada apa-apa yang boleh saya bantu tuan puteri?
Adawiyah : Jangan nak
mengada-ngada boleh? Saya nak mintak tolong awak ambil saya kat Pt Yaani. Saya
ada meeting pukul 10. Tapi saya tak tau macam mana nak pergi kilang.
Syafiq : Teksi?
Adawiyah : Kat sini tak ada
teksi.
Syafiq : Ok. Bagi alamat penuh,
nanti saya ambil awak. Jap. Tapi ini bukan free of charge.
Adawiyah : Ok… nanti saya bayar
ya encik supir.
Nak mintak tolong pun susah. Bukan
pertolongan ni free. Aku bayarlah tambang nanti. Kecoh betul. Tapi aku suka
juga, dapat jumpa dengan Syafiq. Dalam setengah jam, Syafiq sudah berada di
perkarangan rumah Anis. Kereta meluncur pergi. Suasana masih tegang. Dia masih
ingat ke peristiwa kat lif hari itu? Aku memulakan bicara yang acuh tak acuh.
Syafiq masih tetap senyap dan buat muka sepuluh sen.
Syafiq memulakan bicara. “Ad, awak temankan
saya pergi BP Mall boleh? Lepas meeting nantilah. Kawan saya ajak jumpa”.
“Ok..” Aku balas pendek.
Petang itu selepas habis meeting, Syafiq dan
aku meredah bersama ratusan kereta lain yang ingin pulang ke rumah setelah
penat bekerja. Memandangkan trafik merangkak perlahan macam kura-kura kena
cirit-birit, dekat dua jam baru sampai BP Mall. Kami berborak rancak. Bertukar
cerita daripada hal keluarga sampailah kepada cerita haiwan peliharaannya yang
bernama Oneng, unik betul. Kalau di KL, sesak sikit pun rasa hangin satu badan.
Tapi hari ini, lagi sesak, lagi aku suka! Dapat luangkan masa dengan Syafiq.
Gatal betul. Huhuhu…
Setibanya di BP Mall, kami lihat sepasang
tangan melambai-lambai dari celah manusia di Rengit Café. Aku yakin, mereka
itulah yang dimaksudkan oleh Syafiq. Selepas bersalaman dan menepuk-nepuk bahu
gaya orang nak lawan bola sepak persahabatan, mereka pun memulakan sesi gosip.
Alah, kalau perempuan pantang saja bertemu, pasti nak sebar gosip baru. Aku
anggap lelaki pun dua kali lima. Sesekali kedengaran bahasa jawa menjadi bahasa
perantaraan mereka. Aku pun kurang arif tentang apa. Aku masih leka dengan game
Fruit Ninja.
“Yes!” aku berseloroh. Syafiq mengubah
pandang.
“Apa yang suka sangat ni Ad?” Syafiq bertanya
sambil lehernya dipanjangkan tanda ingin tahu apa yang aku buat sedari tadi
sampai Coffee Latte yang aku order belum sempat dihirup.
“Setakat main Fruit Ninja je pun. Macam
budak-budak!”, Syafiq meneruskan bicaranya. Aku hanya menjuihkan bibir. Baru
kusedar rakan Syafiq yang dua orang tadi sudah tiada di hadapan kami.
“Mana dia orang pergi? Dah balik ke?” aku
menjungkitkan kening, konon-konon boleh tiru Ziana Zain lah tu.
“Dah lama balik. Awak je yang sibuk dengan
Fruit Ninja. Jom, hari dah petang. Saya hantarkan awak ke hotel”. Aku menghirup
Coffee Latte sebelum mengikut langkahan Syafiq. Aku nampak Cool Blog di hadapan
pintu masuk, tapi belum sempat aku menyuarakan keinginanku, Syafiq sudah berada
jauh di hadapan.
‘Lintas jalan?’ aku bermonolog. Aku memang
diciptakan dengan masalah tidak pandai melintas jalan. Bukan tak pandai
langsung, tapi aku kurang yakin kepada diri sendiri. Sebenarnya bukannya jauh
nak melintas dari lobi BP Mall ke tempat parking kereta. Aku rasa neuron otak
aku tak dapat berhubung secara baik. Adakah ini bermakna aku kena minum susu
formula yang ada tinggi DHA? Erk. Aku sempat menarik hujung t-shirt Syafiq
untuk berpaut padanya dan berjaya melintas. Moga tiada siapa yang ternampak
kami. Kalau tak nahas jadi bahan bualan satu office.
“Ad! Adawiyah!” Aku macam kenal suara itu.
Siapa?
Aku menoleh. Ya, memang aku kenal suara itu.
Milik Kak Mas, receptionist office kami. Jarinya dihayun dua-tiga kali seraya
mahu berkata yang kami sudah terkantoi. Dengan jari aku masih menarik t-shirt
Syafiq. Cepat-cepat aku lepaskan. Habis aku, habis! Aku menggeleng dan Syafiq
hanya tersenyum. Perjalanan dari BP Mall ke Hotel Katerina terasa lebih lama
apabila kami berdua sudah kehilangan idea untuk berborak. Selepas mengucapkan
terima kasih, Syafiq berlalu pergi.
Dia Bukan Milikku (Part 1)
Dia Bukan Milikku (Part 3)
Dia Bukan Milikku (Part 1)
Dia Bukan Milikku (Part 3)
No comments:
Post a Comment