TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

7 Jan 2014

Cerpen : Dia Bukan Milikku (Part 1)

Ada apa dengan 28 tahun? Kerjaya? Aku rasa aku cukup bersyukur kerana usia yang muda aku telah menyandang jawatan sebagai seorang pengurus ‘Supply Chain & Management’ di Syarikat Fresh Online, terletak di Kuala Lumpur juga sebuah syarikat yang menjalankan import dan eksport buah-buahan tempatan. Dari segi pelajaran, aku baru saja menghadirkan diri ke majlis konvokesyen peringkat Master minggu lepas di Universiti Putra Malaysia, UPM. Angin bayu menyapa lembut pipiku. Radio sedari tadi masih gagah menceriakan suasana yang sunyi.

“Putih-putih melati,
Merah-merah delima,
Siapa yang baik hati,
Pasti kuterima….”

Lagu Putih-Putih Melati dendangan ST12 yang semakin hangat diperdengarkan di corong radio nyata memahami keadaan aku. Bukan tidak berusaha, malah sudah banyak kali mencuba untuk jatuh cinta, tetapi masih belum menemui lelaki idaman atau pun Prince Charming. Perasaan mana boleh main paksa-paksa, kita nak hidup dengan dia sampai ke hujung nyawa, mana boleh tangkap muat macam nak baju lima ringgit kat pasar karat. “Kalau dah jodoh tak ke mana”, “Belum sampai seru” Itu saja jawapan lapuk aku kalau-kalau ada orang bertanya kenapa aku masih solo dan bujang terangtangtang.
“Ad, kenapa kau masih simpan gelaran solo? Bukan tak ada laki nak kenal dengan kau. Amir, Hisyam, Syahmi… ramai lagilah, tak terkira dengan jari tangan campur jari kaki pun belum tentu cukup”, kata Fara, teman baikku.

Nama aku Ad atau dalam kad pengenalan tulen, telah termaktub namaku ialah Adawiyah bt Ismail. Aku lebih selesa dengan panggilan Ad. Itupun aku rasa nak suruh orang panggil aku A, lebih pendek dan senang. Majlis perkahwinan Fara pada bulan Mei nanti, mungkin sebab itu dia risaukan aku yang lambat dapat jodoh.

“Fara, aku rasa, aku belum bersedia…” entah kenapa asyik jawapan sama yang kuulang. Sebenarnya aku belum berjumpa sesiapa yang memiliki ciri-ciri yang buat jantungku bergetar. Berbalik dengan ciri-ciri, aku rasa aku bukanlah memilih sangat. Tapi aku rasa, lelaki yang tak pandai nak layan aku. Aku ni nampak keras dan hati batu tetapi dalam hati ada taman, kadang-kadang ditimpa badai dan samudera pun boleh mengalir air mata macam tsunami.

Perbualan dengan Fara kuhentikan. Ingatanku terbang jauh ke selatan tanah air. Di sana ada seseorang yang membuatkan mataku tertancap jauh memandang bulan yang tinggal separa. Macam boleh tembus terus ke Planet Marikh! Pertemuan aku dengan Syafiq di KLIA membibitkan cinta yang luhur lahir dari hati. Itu pertama kali jantungku berdegup kencang melihatkan sesusuk tubuh seorang anak Adam. Nak kata handsome, smart bergaya tu memang tolak tepilah. Tapi dia seolah-olah ada sparks yang aku tunggu selama ini.

****************
Pagi itu aku ada mesyuarat di Hotel Katerina, Batu Pahat. Datin Norazah, pemilik syarikat yang aku selesa memanggilnya ‘Datin’ telah memilih aku untuk membentangkan maklumat terkini produk dan stok syarikat kepada pemegang saham yang bertaraf datuk dan tan sri. Terasa kerdilnya aku. Kalau tidak kerana tugas, mungkin aku sekarang pun masih duduk menghadap laptop sambil buat report dan pekena air milo. Mana tak gemuknya. Eh, aku tak adalah gemuk sangat, cuma berisi. Sindrom orang perempuan. Pantang naik 1kg pun dah rasa gemuk, padahal berat bukan sampai 50kg pun. Jangan jadi aneroksia atau bulimia sudahlah. Aneroksia dan bulimia ini adalah penyakit di mana merasakan dirinya gemuk walaupun sebenarnya tak gemuk. Sudahnya, nanti tak nak makan dan kalau makan boleh muntahkan kembalil. Nauzubillah! Selesai mesyuarat, aku perlu bergegas ke kilang yang terletak di Parit Raja. Kenapalah Datin suruh aku audit dan mengawasi perjalanan syarikat di sini? 

Yang aku tahu, di sini adalah salah sebuah gudang utama di Semenanjung Malaysia. Sebuah lagi di Kota Kinabalu. Datin bukan tak percaya dengan staffnya di Batu Pahat, tapi dia lebih yakin kalau aku yang audit sendiri. Kalau aku orang yang tidak amanah, mungkin aku copy-paste report dia orang. Cepatlah aku pulang ke Kuala Lumpur, tak pun boleh jalan-jalan makan angin kat Batu Pahat. Teringin juga aku nak pergi menikmati keindahan Pantai Minyak Beku. Dengar kata boleh naik kapal, bersiar-siar di perairan Selat Melaka dengan hanya membayar RM15. Murah kot! Namun, amanah yang berat ini tidak akan aku persia.  Aku mesti selesaikan tugasan terlebih dahulu.

Sedang aku mengira jumlah stok, mata pula sibuk melilau-lilau ke kanan dan ke kiri sampai tidak perasan yang bahu aku dilanggar seseorang. Kertas dan fail bersepah di atas lantai. Nak marah pun tak guna, sekarang aku kena kira balik stok, sebab aku dah lupa bilangannya. Sakit kepala! Kena menghadap balik kotak buah epal yang bertimbun-timbun. Dah lah suhu sampai tahap sejuk beku. Siapalah mamat depan aku ni? Cakap sorry pun tak nak! Tengok saja-saja ke? Tak nak tolong aku kutip kertas?

“Maaf awak… saya tak sengaja. Saya nak cepat” kata lelaki itu. Lelaki tak berapa tinggi tapi quite handsome. Matanya yang bundar merenungku sambil tangannya rajin mengutip kertas yang berselerak tadi. Aku hanya terdiam dan mencangkung sambil mengutip kertas. Dalam 10 minit, suasana sepi tanpa bicara. Aku blur. Tak tahu nak cakap apa. Wey, please say something! Awkward kot! Lelaki itu menalakan kepalanya ke arahku. Aku terduduk sebab terkejut.

“Eh, Sorry…Nama saya Amir. Awak Adawiyah kan? Awak jangan salah faham, tadi saya sempat terbaca nama awak atas kertas yang kita pungut tadi”, jawapan simple dan cukup menangkap pertanyaan yang mata aku ajukan, bagaimana dia boleh tahu nama aku. Mungkin jawapan selamat untuk mengelakkan aku fikir yang dia ni psiko atau stalker. Tapi aku cuma menjawab,

“Panggil saya, Adawiyah”.

“Kalau saya panggil awak Ad, boleh?” Dia bertanya. Aku diam sebab malas hendak melayan.

“Ok. Orang tua-tua cakap, diam tanda setuju. Lepas ni saya panggil awak Ad, ok?”

Pertemuan selama sejam itu cukup merimaskan. Aku memang peramah tapi tak nak peramah dengan lelaki macam Amir. Sejak dari itu, bermulalah mesej-mesej flirt daripada Amir. Aku pelik, dari mana dia dapat nombor telefon aku. Nak kata aku bagi tu memang tak lah! Kalau sehari tak bagi mesej memang tak sah. Walaupun aku sudah di Kuala Lumpur, memang dia tidak pernah terlupa untuk memberi mesej berupa kata-kata berunsur semangat dan ucapan selamat pagi, selamat malam, selamat tengah hari, selamat petang, pendek kata semua ucap selamat dia nak ucap. Amir memang handsome tapi dia pendek, muda setahun daripada aku pulak. Muda tetap muda. Padahal kalau dah cinta, ada apa dengan nombor kan? Tapi aku yang tak nak. Jual mahal? Takut saham turun?

Hari itu aku perlu ke kilang kami di Batu Pahat lagi, Datin suruh audit HR department. Aku pun tak tahu apa sebabnya aku perlu audit walhal bukan bidang kuasaku. Leceh betul. Tapi Datin dah suruh, I follow... Nanti tak ikut, kena tolak gaji kang. Mana aku nak cekau duit nak bayar kereta aku, rumah sewa aku lagi. Bala bala.

“Ok, Adawiyah you can deal with Wan for everything about HR, he is the one in charge”.

“Wan, this is Adawiyah. You jangan nakal-nakal ye”.

Kata setiausaha yang memiliki wajah ala-ala Nora Danish menjeling manja lalu mengenyit mata ke arah lelaki tersebut. Apabila dengan aku, masam mencuka. Seksi! Baju jenama Zaraa tapi tiruan punya, muka pulak ketat semacam, tak untunglah jadi orang cantik tapi perangai tak semenggah. Mungkin kalau aku laki, dia layan aku kot. Aku dan lelaki itu berpandangan sesama sendiri. Aku macam kenal siapa dia. Tapi kenapa aku rasa aku ada short term memory, ke aku ada amnesia sampai aku tak boleh ingat siapa Wan? Pelanduk dua serupa? Kan orang cakap, kita ada 7 lagi kembar yang muka sebiji cam kita. Mungkin ini salah seorang kot.

“Make it short, my name is Adawiyah, hope can…”

“Alah Ad, tak payahlah nak berspeaking dengan saya. Awak dah tak cam saya heh?” Aku berteka-teki. Sudah. Mamat mana yang mengaku dia kenal aku ni?

“Saya, orang yang awak jumpa kat stor hari tu. Dah lupa? Sekejapnya awak dah lupa. Awak kena recharge bateri otak awak ni. Hehe”

“Eh, Amir?”

“Ya lah, nama saya Wan Amir. Tapi dalam office orang panggil saya Wan. Surname kononnya. Tapi kalau nak perkenalkan diri kat sesiapa, saya guna nama Amir”.

“Oh…I see. Patutlah awak ada nombor telefon saya, awak orang HR rupanya!” aku berseloroh.

“Gotca!” menyeringai gigi Amir menampakkan hampir kesemua gigi bahagian atas. Cute jugak. Sempat pulak.

“I see…. Ok Amir, lets start. We need to do it faster so that I can go back earlier to KL”.

“Oh.. I see…I see…” Eh mamat ni perli aku ke? Oh I see, oh I see. Belasah kang.

“Ad, kenapa nak balik awal-awal ke KL, ada orang yang menanti lah tu”.

“Memang ada yang menanti, umi, abah dan adik-adik”.

Amir hanya mengangguk faham dan tersengih seperti kerang busuk. Entah apa yang kelakar. Lawak sangat ke? Ke ada cili kat celah gigi aku tadi? Pagi tadi kan aku melantak sampai dua bungkus nasi lemak mak cik yang berniaga depan office. Memanglah sedap tapi orang tamak memang selalu rugi, natijahnya sejak pagi tadi aku dah dua tiga kali buat temu janji dengan Cik Toi.

Kami memulakan ekspedisi dengan memunggah fail-fail lama dan meneliti maklumat pekerja yang pernah membanting tulang memberi sumbangan tenaga dan idea yang tak putus-putus sampai syarikat kami berjaya. Bayangkanlah, kami terpaksa key-in data pekerja yang zaman Tok Kaduk sampai sekarang, zaman Oppa Gangnam Style. Habis jari jemariku yang mulus ini bengkak.

“Aduh, saya sakit perut!” Aku terus berlari mencari toilet. Tak sempat mendengar kata-kata Amir. Bagaikan lipas kudung aku berlari, kalah Usain Bolt! Haa… Siapa suruh gatal sangat makan nasi lemak tadi. Diarrhea ke aku ni? Aku pandang anak panah ke arah Cik Toi. Apa? Toilet level ni rosak. Aku dah nak terburai isi perut, kena pergi level lain pulak? What the… tapi sebab dah tak tahan punya pasal, aku kena gagahkan diri juga! Nak guna lif, atau naik tangga? Lif? Tangga? Alah, naik lif saja. Bukan ada orang lain kat office waktu pukul 6 petang ni. Semua orang sudah boleh punch out seawal pukul 4.30 petang pada hari Jumaat. Terbuka saja pintu lif, mata kami bertaut. Alamak laki yang aku jumpa kat KLIA hari itu! Macam mana dia ada kat sini? Kenapalah kita kena berjumpa waktu aku dalam keadaan darurat? Sabar sajalah.

Dia Bukan Milikku (Part 2)

Dia Bukan Milikku (Part 3)

No comments: