Syafiq yang aku kenal di alam realitinya
terutama apabila di hadapan Amir sangat senyap, tapi apabila di dunia handphone
bising bukan main. Ada saja mesej “hai-hai-bye-bye” dia. Sudah jadi tabiat aku
untuk tidak membalas mesej sesiapa, aku buat tak tahu. Baca mesej dan biarkan
ia berlalu seperti angin lalu. Langsung tiada perasaan jemu untuk menghantar
mesej walaupun saban kali aku mengabaikannya, sampai satu tahap aku terasa
tangan ini laju membalas sapaan Syafiq. Yalah, sekeras-keras batu kalau
hari-hari terkena setitik air, satu hari nanti boleh lembut juga.
Dalam diam-diam aku tertunggu-tunggu mesej
daripadanya dan rasa addicted. Kalau sehari tak dapat mesej daripada Syafiq aku
boleh jadi gila. Yes… gila! Memang gila! Dalam 10 mesej yang Syafiq hantar, aku
akan membalas salah satu mesej daripadanya. Suka tapi pura-pura jual mahal.
Sudah tiga bulan kami berkawan di alam maya. Kadang-kadang ada juga aku
tersasul memanggilnya dengan gelaran sayang.
Syafiq : Balas pun mesej ambo.
Dah seminggu Fiq bagi mesej setiap hari, baru hari ini nak balas? Ingat tak
reti tekan keypad handphone dah.
Adawiyah : Bukan tak reti tekan
tapi malas nak mesej-mesej.
Syafiq : I miss you. Muah!
Adawiyah : Euuuwww….
Syafiq : I wait for you.
Memang hati aku dah berbunga-bunga sangat!
Dan yang paling penting, cintaku tertinggal di Batu Pahat!
************************
Kantin office di Batu Pahat bising dengan
suara Mak Cik Rokiah yang mengambil order. Bukan main semangat lagi. Nak ambil
order macam nak pergi karaoke. Aku seperti biasa, lunch bersama diri sendiri.
Bukan aku tak nak makan dengan orang lain, tapi hampir semua staff di sana
adalah lelaki. Aku malas nak layan. Nanti kang balik-balik topik bola jadi
perbualan. Aku dah lah buta bola. Kalau bola Malaysia tahan lagi lah. Kenal
juga dengan Apek, Idlan Talaha, suami Ayu Raudhah, tapi yang lain-lain memang
hampeh aku tak tahu.
Syafiq melabuhkan punggungnya di hadapan aku
diikuti dengan Amir di sebelah. Walaupun peristiwa Kak Mas nampak kami di BP
Mall suatu masa dahulu, namun gossip yang timbul bukan antara aku dan Syafiq,
tapi antara aku dan Amir. Dari celah mana pula gossip ini timbul? Itu yang buat
aku jadi pelik.
Syafiq memandangku dan matanya dilirih ke
arah Amir tanda ingin mengejek. Aku bengang. Aku bingkas bangun, sempat pula
kaki Syafiq ku pijak tanda protes. Terkejut Syafiq dengan tindakanku. Aku
hairan dengan Syafiq. Selalu dalam mesej mesti nak kacau aku tapi bila
berhadapan dengan Amir. Takkanlah dia tak perasan yang aku suka dia? Boleh
pulak nak gosipkan aku dengan Amir. Dia ni memang tiada otak atau tiada hati? Dia
cuma nak main-mainkan perasaan aku heh? Hey, kita bukan muda lagi nak main-main
cinta!
Petang itu, kami perlu ke Carrefour untuk
mencari sedikit keperluan office. Amir, Syafiq, aku dan beberapa orang staff
lagi. Kaki aku lenguh, kebas sebab penat duduk depan laptop pagi tadi. Syafiq
nampak aku penat dan mengajak aku duduk sementara menunggu Amir dan yang
lain-lain siap membeli barang. Di hadapan KFC kelihatan sebuah bangku panjang.
Seorang budak lelaki sedang bermain di bangku tersebut. Kalau nak diikutkan
bangku itu memang muat untuk kami bertiga tetapi Syafiq menegah. Syafiq cakap,
kalau kami duduk di sana, ia akan menyebabkan konsentrasi budak lelaki itu
terganggu.
Aku nampak ada sinar dimatanya. Penyayang
orangnya. Selama ini aku hanya tahu dia anak sulung, yang lain-lain aku tidak
ambil port sebab siapalah dia dihatiku. Eh ke terbalik, siapalah aku dihatinya.
Hahaha... Jiwang pulak. Sudahnya kami berdiri sambil bermain teka-teki. Tak
sangka kelakar juga Syafiq. Selepas beberapa minit, Amir sudah terpacak di
hadapan kami.
“Syafiq, kau nak kacau buah hati aku ye?”
Amir memulakan bicara sambil menepuk-nepuk bahu Syafiq. Sempat pula dia menjeling
kea rah aku.
“Aku tak kan caras ‘orang rumah’ kau lah”.
Orang rumah? dia orang cakap aku orang rumah si Amir? Orang rumah a.k.a isteri
a.k.a awek a.k.a teman wanita? Oh no! hilang akal aku nak terima Mat Skema
macam Amir.
****************
Bukak televisyen pun bukan ada rancangan
best. Aku mengomel. Laptop sedia dibuka dan aku leka menekan nama “Syafiq
Aryan” di ruangan search, facebook. Aku ni kalau betul-betul memang boleh jadi
stalker gila! Dup dag! Dup dag! Siapa si gadis ayu berbaju kurung sebelah
Syafiq ni? Teman istimewa dia ke? Kenapa dia tak pernah cakap dengan aku? Eh,
tapi kenapa dia perlu cakap dengan aku sedangkan kami tiada hubungan apa-apa.
Aku semakin galak menyiasat. Aku lihat ada album gambar bertajuk ‘Dia’. Si
gadis molek bernama Saadah. Luluh hatiku. Aku scroll down timeline Syafiq.
Mereka sudah berhubung sejak 2008! Lamanya! Kenapa selama ini aku tak terfikir
nak tengok Facebook dia? Malam itu mata aku tak boleh lelap sebab terkenangkan
Syafiq.
Di office, seperti biasa, Syafiq sentiasa
mengusik aku. Tapi hari itu aku tiada mood. Masih berfikir mengapa Syafiq layan
aku macam dia nak kat aku? Bila aku dah tangkap cintun dengan Syafiq, baru aku
tahu yang dia sudah berpunya. Perlu ke aku bertanya?
Perhubungan kami agak dingin. Ketika aku
sudah kembali di Kuala Lumpur, Syafiq masih tidak jemu-jemu bermesej dengan
aku. Sesekali ungkapan ‘I Love You’ dan ‘I Miss You’ membuatkan hatiku hancur.
Aku tidak layak mendapatkan cinta itu. Seteruk-teruk aku, aku tak akan
merosakkan hubungan orang. Memang ada pendapat mengatakan, ‘Baru aje kawan,
belum bertunang atau berkahwin pun, apa salahnya kita potong jalan!’ namun aku
tidak sedap hati. Mahu saja aku luahkan kepada Fara, tetapi dia baru saja
kehilangan ayah minggu lalu. Aku tidak sampai hati mahu menambahkan kekusutan
di hatinya dengan masalah aku yang super kecil kalau nak dibandingkan dengan
apa yang dihadapinya.
Secawan coffee latte di atas meja belum ku
sentuh. Alunan muzik lagu Shae, Sayang menandakan mesej masuk. Mesej daripada
Syafiq.
Syafiq : Orang di sana buat apa?
Adawiyah : Minum coffee. Kenapa?
Syafiq : Guess what? I am in
front your house right now!
Adawiyah : Kidding?
Syafiq : Haha. Yeah, kidding but
saya memang kat KL sekarang.
Adawiyah : For what?
Syafiq : To propose you, I guess?
Adawiyah : Sudah-sudahlah tu
Syafiq. Tak patut Syafiq buat macam ni kat Saadah.
Syafiq : Saadah? Dia tak marah
pun.
Tanganku kaku. Betullah tekaan aku selama ini
yang Syafiq memang menjalin hubungan dengan Saadah, si gadis manis berbaju
kurung yang aku nampak di facebook tempoh hari. Syafiq, janganlah dera perasaan
aku. Aku sakit sangat!
Adawiyah : Jadi betullah kau
orang bercinta? Ada masalah dengan dia ke sampai nak kena cari Ad?
Syafiq : Ad, I miss you. Boleh
kita jumpa esok? Di Coffee Bean, KL Sentral, pukul 6 petang.
Aku hanya membalas ok. Pendek. Aku masih
berada di atas titik garis normal. Aku tidak boleh merosakkan hubungan orang
lain. Itu sumpahku. Titik. Apa perlu aku buat sekarang ni? Sudah terang lagi
bersuluh, hubungan ini salah. Aku tidak boleh jadi punca kenapa Syafiq dan
Saadah terputus di tengah jalan.
Sedari tadi aku hanya memerhatikan Sales
Girls, YES berjalan ke sana ke mari kerana sibuk mempromosikan rangkaian 4G
terhebat mereka. Rata-rata khalayak semakin lali dengan promosi mereka. Hanya
pandang dan tangan digoyang-goyang tanda tidak berminat untuk bertanya lebih
lanjut berkaitan servis YES. Mataku kembali kepada skrin Samsung S3 ku.
“Ad, dah order?” seorang lelaki menarik
kerusi duduk di sebelah aku sebelum dia kembali ke kaunter untuk memesan kek
Red Velvet dan secawan coffee cappuccino. Aku memerhatikan dari jauh. Seorang
anak adam yang bisa membuatkan jantungku bergetar tapi tak bisa ku miliki.
Sakit sangat!
“Ad, kalau kita kahwin nak tak?” Syafiq
memulakan bicara. Mataku terbuntang. Hilang akal. Syafiq mengacu-acukan
tangannya ke arah ku.
“Orang cakap dengan dia, dia boleh berkhayal
pulak. Fiq cakap serius ni. Jom kita kahwin”. Syafiq mengulang kembali soalan
mautnya.
“Tapi nanti….. Saadah?” aku bertanya lambat-lambat.
“Tak mengapa. Saadah bini pertama Fiq, Ad
bini kedua Fiq. Fiq sayang kedua-duanya. Fiq nak kahwin dengan dua orang
terus”. Fiq senyum dan senyumannya nampak ikhlas. Memang tak mungkin bagi aku
untuk mengiyakan kata-kata Syafiq yang tak masuk akal itu, walaupun aku
sememangnya sudah lama terpikat dengan Syafiq.
“Fiq, apa yang kita buat ni salah…..” Syafiq
pandang dalam-dalam mataku.
“Fiq nak tahu satu cerita?” Syafiq mengangguk
lemah.
“Ad ada suka seseorang. Lelaki itu muda
setahun daripada Ad. Sejak pertama kali Ad nampak dia di KLIA, Ad dah terjatuh
hati kat dia. Makin lama, makin sayang. Tapi bila dah sayang, Ad baru tahu yang
dia sudah dimiliki dan tak mungkin Ad nak kacau daun. Ad tak akan terima dia.
Ad faham perasaan perempuan bila disakiti”. Terangku panjang lebar. Syafiq
seolah-olah faham yang aku maksudkan adalah dirinya, sekaligus menjawab
persoalan yang dia tanya sebentar tadi.
“Ad, Fiq faham. Maafkan Fiq”, Syafiq senyap
sebelum menghabiskan sisa kek Red Velvet dan mempelawa aku untuk pulang
bersamanya. Pelawaannya kutolak.
Mungkin ini kali terakhir aku dan Syafiq akan
bertemu. Dalam tidak sedar, air mata sudah membasahi pipi. Doaku panjatkan ke
Illahi agar aku dan Syafiq disatukan jika memang jodoh kami sudah termaktub di
Luh Mahfuz, namun jika bukan jodoh kami, maka jauhkanlah hati-hati kami. Sejak
itu, aku tidak berjumpa lagi dengan Syafiq sebab dia sudah menerima tawaran
pekerjaan di syarikat lain. Aku masih di sini, masih sama seperti dulu, masih
menunggu siapakah gerangan lelaki yang akan bertahta di hatiku agar aku boleh
padam nama Syafiq cepat-cepat.
No comments:
Post a Comment