Ni seloka kelas aku 401 & 501 mase kat jasin.. saje nak share kat sini...
Assalamualaikum
salam diberi,
Seloka 501
menyusul kini,
Waalaikumussalam
itu sudah mesti,
Tak jawab….
Tanggunglah sendiri.
Bermua
dengan guru kelas kami,
Bergelar
cikgu pakar bangganya bonda kami,
Namanya
Cikgu Zaherah indah sekali,
Bertanggungjawab
dan juga berdedikasi.
9 wirawan,
15 wirawati,
Bekerjasama
meningkatkan prestasi,
Gelaran
‘kelas skema’ kepada kami,
Biar… tak
kisah…. Yang penting identiti.
Presiden
kelas jawatan diberi,
Pembahas
terbaik gelaran terpuji,
Irfan Radzwan
empunya diri,
Nak jadi
peguambela yang berkualiti.
Naemah pula
naib presiden kami,
Senyum
selalu manis sekali,
Calon isteri
perempuan mithali,
Tak pernah
marah tenangkan diri.
Budak pandai
3.9 GPA nya,
Selalu study
Cik Isma Zamila,
Fathiah pula
apa kurangnya,
Study sokmo
siap semua kerja.
Add Math
memang petik jari,
Atifa Sanif
happy go lucky,
Azrin pula
kawan senegeri,
Selalu
bersama ke sana sini.
Diba gelabah
tak tentu hala,
Tengok kelas
bersepah gila,
Tapi Andeque
buat tak tau aja,
Selamba saja
itu motonya.
Bila
bercakap ntahhapahapantah,
Tanya
sepatah jawab 20 patah,
Fara
tergelak terkejut Qilah,
Tu dia,
loghat Utagha dah kuaq dah.
Kecil molek
comel dipandang,
Itulah
Zatiiwani otaknya panjang,
Liza Mon
pula series memanjang,
Tapi bila
ketawa semua bengang.
Loghat jawa
memang sukar ditukarkan,
Aliff dari
Muar anak pakcik Tukiran,
Edham pula
rakan seangkatan,
Selalu
senyap jaga adab sopan.
Atlet maktab
acara olahraga,
Muka Iqbal
merah malu tandanya,
Fahmi pula
besar badannya,
Patut masuk ragbi,
sesuaila…..
Panggilan
ayam tapi kenapa,
Bila
presentation excited juga,
Zulfadhli
Arif sedanya nama,
Firdaus
menggeleng mengutuk dia.
Ain dan
Paddy buat kerja gila-gila,
Selalu bising
penyeri kelas agaknya,
Shazlyn pula
enam kali tiga,
Fatin tersenyum
nak join cakap aje la….
Budak skima
presiden kelab Filateli,
Ahnaf Satari
bergurau jarang sekali,
Lain pula
Uzair si penyanyi,
Selalu
menyanyi atau mengaji.
Seloka kami
dah hampir kehabisan,
Kalau
terkasar bahasa harap dimaafkan,
Lagipun ia
hanya gurauan,
Sekadar
tulisan untuk kenangan.
Semoga
Berjaya untuk semua,
SPM 2005 nak
hampir tiba,
Sedia awal
tumpuan sepenuhnya,
Kita
Berjaya, kita gumbira!!!
rasa dah lame giler tak jumpe kawan2... muge semua orang pun berbahagia... setakat ni yang dah kawen, ain, aku, azrin, uzair, tu je kot...
Sekian, tq
No comments:
Post a Comment