TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

13 Jan 2023

Kesedihan Ditinggalkan Kawan-Kawan

Assalam wbt dan Hai,

Aku tak tahu kenapa aku mudah sangat terluka kalau ada berkaitan dengan seseorang. Aku terlalu get attached dengan sesiapa pun membuatkan apabila ditinggalkan aku sendiri rasa sakit. Sejak aku darjah 6 pun aku sudah terasa ditinggalkan itu bagaimana. Kawan aku juga kawan baik aku, dia selalu bersama dengan aku setiap hari, tapi penghujung tahun 6, dia memilih untuk berkawan dengan orang lain. Masa hari lawatan sekolah di Melaka, dia duduk di dalam bas dengan orang lain, makanya aku duduk seorang. Sepatutnya ada kenangan gembira jadi tak gembira, mengemis simpati kawan-kawan lain nak ajak aku ke mana-mana. aku pun tak tahu silapnya mana.

Masa aku tingkatan 3 pun sama, kawan baik dengan dia tapi dia memilih untuk putus kawan. sekali lagi terluka. masa aku universiti juga sama. sekarang sudah berkerja juga sama. mereka semua memilih untuk meninggalkan aku. aku simpulkan aku yang bermasalah kot. entah, aku kira aku sudah berkawan sebaik yang mungkin. adakah aku self centered bila berkawan, maksudnya aku terlalu bercerita pasal aku berbanding mendengar? aku yakin, aku tak cakap belakang pasal dorang. tapi apa yang penting, aku rasa aku dah beri lebih daripada apa yang dorang nak yang buatkan mereka rimas kot. tak boleh terima kasih sayang daripada aku macam tu. itu yang aku simpulkan. kenapa aku tulis di sini, sebab aku tak tahu kat mana nak luahkan. aku nak cerita pada orang lain tapi aku malu. kalau aku tulis di sini, tiada siapa yang baca. mustahil pulak nak baca kan?  aku mungkin seorang yang teruk pada pandangan mereka. dulu, aku memang cepat marah tapi cepat reda marah. cuma mereka yang tidak boleh menerimaku. Sedih juga bila bayangkan. Apa yang aku kesalkan, aku selalu bercerita pasal aku kepada dorang, banyak rahsia aku pada dorang tetibe dorang stop berkawan dengan aku. menyesal sangat. menyesal tak sudah. Semoga aku tidak lagi get too attached dengan orang lain. 

Sebenarnya aku dah banyak berubah berbanding masa lalu aku. i deserved 2nd chance but i never get it. Then terus kesepian. 

Aku rasa, aku perlu buang perasaan aku untuk suka nak ada kawan baik. Cukuplah ada kawan yang bisa mendengar sekali-sekala. Sekarang ni aku ada budak intern yang boleh mendengar, tapi dalam masa 2 bulan lagi, dia sudah habis intern.

Apa yang aku nampak. semua orang pun rasa suka bila mereka menjadi self atttention, semua orang tahu pasal dia dan semua orang suka dengar cerita dia. tapi dia tak suka dengar cerita kita. kebanyakan orang begitu. 

Life has taught me that we should never get too attached to anyone unless they also feel the same way towards us, because one-sided expectations can mentally destroy us. 


Positifnya, Allah tarik setiap orang yang berada dalam hati aku supaya aku fokus kepadaNya. Aku terlalu meletakkan mereka pada kedudukan yang tinggi dalam hati aku, yang aku selalu doakan yang terbaik untuk mereka. Akhirnya kecewa. Ya Allah buangkan kekecewaan ini dari dalam hati aku. Keluarkanlah perasaan yang tidak sesuai ini ya Allah. aamiin. 

Sekian, terima kasih.

11 Jan 2023

Jom Buat Kapal Terbang Daripada Kotak Terpakai

Assalam wbt dan Hai,

Jom kita buat kapal terbang daripada kotak terpakai. Sebenarnya kapal terbang ini dibuat bersempena Transportation Week sekolah dak kecik. Jadi, aku google saja dari internet dan buatkan tapaknya. Bahan yang diperlukan ialah sebuah kotak terpakai, plaster double sided, dan water colour. Botol air, aku lekatkan di bawah sayap seolah-olah tempat turbine kapal. Haha. Bolehlah buat cantik-cantik. 

Ini apa yang aku google

Ini apa yang aku buatkan

Mudah saja kalau kita ada gambar asal, Alhamdulillah jadi cantik. Hehe. Okay apa lagi boleh dah nak hantar ke sekolah. 

Terima kasih. 

7 Jan 2023

Result Baik Penentu Kerjaya yang Hebat Ke?

Assalam wbt dan Hai,

Sebenarnya result peperiksaan tidak menentukan hala tuju hidup seseorang. Pokok pangkalnya, rezeki tidak salah alamat. Allah sudah menetapkan rezeki kita sejak dari Luh Mahfuz. Apa yang kita rancang tak semestinya baik untuk kita, tetapi apa yang Allah rancangkan adalah yang terbaik untuk kita. Belajarlah berdamai dengan takdir. 



PTS : Lulus
UPSR : 5A
Peperiksaan Darjah 6 Sekolah Agama Johor : Pangkat 1
Peperiksaan Darjah Khas Sekolah Agama Johor : Pangkat 1
PMR : 8A
SPM : 8A 2B
Foundation universiti : CGPA 3.33
Degree : CGPA 3.62
Tawaran MBA : UITM, UPM
Tawaran Masters in Engineering : UTP

Kerja? masih lagi engineer cabuk, jawatan masih junior engineer sama dengan budak-budak fresh graduate. Rumah tak ada, kereta pulak perodua biasa, simpanan biasa. Jangan fikir kenapa kenapa kenapa sebab tiada jawapan untuk semua itu. Kalau kau cerita dengan kawan, ada jawapan dari mulut kawan kau. Kalau kau cerita dengan Allah, Allah balas melalui mimpi, instinct dan fikiran. Allah bagi akal, fikirlah baik-baik. 

Kalau ikutkan dengan result peperiksaan aku, macam tak logik tak dapat kerja elok kan, tapi memang rezeki aku tak dapat semua itu. Aku cuma fikir positif, Allah mesti ada perancangan lebih baik. Supaya aku sentiasa dekat dengan Dia, semoga aku kurang dihisab di padang masyhar nanti. InsyaAllah kayanya kita nanti di dalam syurga. Dunia memang tidak menyebelahi aku. Semoga hisab menyebelahi aku. Semoga segala-galanya mudah di sana. aamiin. 

Moga kita tidak toksik.


Sekian, terima kasih. 

6 Jan 2023

Jom Makan Nasi Lemak Nuklear

Assalam wbt dan Hai,

Hari ini hari yang bertuah kerana ada budak office yang belanja makan nasi lemak. Budak office aku tengah mengandung dekat 8 bulan. Mengikut petua orang lama-lama, kalau kita mengandung, perbanyakkanlah bersedekah makanan, supaya korang dimudahkan untuk bersalin. InsyaAllah cubalah. Korang boleh telefon dengan pemilik terusnya di 011-11420466 .  Orderlah awal untuk kuantiti yang banyak. 



Alhamdulillah makanan sedap sangat. Semoga Allah mudahkan urusan kawan kami untuk bersalin. Aamiin. 

5 Jan 2023

Servis DJ Islamik di Johor - Muhaimin DJ Islamik

Assalam wbt dan Hai, 

DJ memang sinonim untuk majlis kahwin di negeri Johor. Ada orang suka sekadar bunyi-bunyi taknak bising, maka dia tempah PA system sahaja. Ada yang nak servis DJ sempoi-sempoi kelakar siap ada karaoke. Ada orang yang suka aman-aman bunyi selawat. 

Hah, ini yang kite nak sharekan. Memang menjaga betul, azan pun berhenti bunyi-bunyi. Tiada karaoke. Banyak selawat dan lagu-lagu konsep keagamaan. Tenang jiwa. Tak bingit juga. Suka betul kite. Apa lagi korang, booklah sebelum penuh ye. 

4 Jan 2023

Makan Burger di Woodfire Bukit Jelutong Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Jom kita makan di sini. Sedap walaupun a bit pricey. Makan sampai menjilat jari tangan. Harga paling murah dalam RM19.90 ala carte. Bolehlah kita makan. Harga yang banyak terpampang di website kebanyakan harga lama sebelum PKP. Walaupun begitu, harganya masih masuk akal lagi. 

Kedai dibuka selambat jam 1 petang. Hihi. Malam-malam katanya full house. Memang ada menu burger saja di sini, tak ada nasi-nasi. Restoran sebelah ada beberapa menu kek dan pasta kot, dan air smoothie. Kami tak beli, kami bawa air mineral coway dari rumah. Hehe. 

Kalau nak bandingkan patty di Woodfire lebih sedap daripada patty di The.Brgr dan Third Letter ,,, pada pendapat aku saja, mungkin lain orang, lain ye. 

Jemput makan. Terima kasih. 

3 Jan 2023

Rahsia Memilih Tembikai Manis

Assalam wbt dan Hai,

Ini memang betul-betul serius, aku memnag betul-betul follow tips ini dan berkesan, memang sedap, Alhamdulillah tembikai memang manis ! Aku beli di Rosyam Nor Mart, berbaloi bayar RM23 untuk 4 kilogram. Nah, save juga gambar ini ya. Hehe. 



Terima kasih. 

2 Jan 2023

Tanda-Tanda Diganggu Iblis, Syaitan atau Disantau

Assalam wbt dan Hai,

Oleh Ustaz Ariffin bin Ayob   LINK YOUTUBE

Kenapa menggunakan sihir? 
Tak bersabar untuk dapatkan sesuatu, nak cepat-cepat dilaksanakan hajat. Alasannya, solat hajat daripada tok guru/ustaz/anak-anak tahfiz mendoakan juga tidak tercapai. 

Bacaan elak sihir:



Tanda-tanda diganggu iblis dan syaitan:
1. Rasa gelisah selepas waktu asar, rasa sakit kepala bukan disebabkan tak tidur malam, migrain, kanser atau darah tinggi. Badan yang normal, tetapi hanya rasa sakit selepas waktu asar sahaja, dan berulang-ulang. 
2. Panas pada badan yang beralih-alih. Contohnya sekejap sakit di kepala, sekejap di leher, sekejap di tangan. Panas bukan sebab daripada penyakit demam, darah tinggi dll. 
3. Orang perempuan selalu mimpi di tempat yang kotor, mimpi najis, mimpi diancam senjata tajam (pisau/tombak/lembing), mimpi dikejar orang, mimpi dengan orang yang telah mati, mimpi jatuh dari tempat yang tinggi. 
(*Saka - mimpi menyusu badan, orang bagi bayi)
4. Kerap mendengar ada orang bermain-main guli di atas atap, orang berjalan di atas bumbung, atau mendengar objek jatuh atas bumbung/terjun, bunyi pelik-pelik di dalam rumah
5. Untuk lelaki, sebelum tidur tiada kesan lebam, selepas bangun tidur ada kesan lebam kuku yang panjang di sebelah tangan. Untuk perempuan, sebelum tidur tiada kesan lebam tetapi selepas bangun tidur ada kesan antara lutut dan paha ada lebam bulat 2,3 atau lebih dari 3. 
6. Keluar dari rumah rasa seperti biasa, selepas pulang ke rumah terasa nak marah pasangan, asyik panas saja, jadi seolah-olah hilang kawalan. Amarah ini bukan daripada diri kita. 
7. Makanan di rumah cepat basi. Baru saja masak, sudah basi. 
8. Ada sesuatu yang melintas di dalam rumah kita seperti lembaga hitam. Ada juga jelmaan ular/kucing/anjing/serigala/kalajengking yang semuanya berwarna hitam melintas di dalam halaman rumah atau di dalam rumah kita. 

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Tsalabah AlQasiyani. Rasulullah bersabda, jin itu ada 3 jenis:
1. Yang ada sayap, boleh terbang di udara
2. Yang wujud menyerupai ular dan kalajengking
3. Yang menetap dan berpindah randah

*Jin boleh berubah bentuk menjadi anjing hitam. 

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda, iblis, jin dan syaitan boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui liang roma, rongga-rongga yang terbuka seperti mulut, hidung dan sebagainya. 

Ketika bila sihir mudah masuk ke dalam badan atau mudah mendapat gangguan: 
1. jika menguap tolong tutup mulut, baca Audzubillahiminasyyaitannirrajim
2. jika masuk tandas, tolong tutup kepala; kalau tidak baca doa, kepala kita akan diludah oleh iblis/syaitan
3. jika basuh baju, tolong angkat baju sebelum maghrib terutamanya pakaian dalam jangan dibiarkan di ampaian 
4. pinggan mangkuk yang tidak dicuci, dibiarkan sehingga malam dan keesokkan hari (kalau malas atau tak sempat dibasuh, tolong telungkupkan pinggan mangkuk tersebut supaya sisa makanan kita tidak dijilat oleh iblis/syaitan/jin 
5. makanan syaitan/jin ialah tulang-belulang haiwan. jangan dibuang di tempat yang tidak sesuai, bungkus dengan baik dan diluputkan di tempat yang betul (bila selesai pembahagian daging korban, tolong luputkan dengan cara yang betul - jangan buang di tepi pokok/longkang/parit dll) 
6. asap yang menjamu dan membuat upacara istiadat sesuatu agama, itu memang menjamu asap kepada jin/syaitan

*jangan beriktikad yang merokok itu haram dan bukan berniat untuk menjamu asap kepada jin/syaitan, kalau tak memang betul-betul jadi haram


Barang untuk buat sihir:
1. Mentol kalimantang yang dihancurkan
2. Bulu keluli (berus dawai) untuk membasuh periuk yang digunting dengan saiz kecil
3. Jarum peniti / jarum jahit tangan / jarum hiasan
4. Miang rebung buluh
5. Minyak mati bunuh (munculnya banyak di Thailand - layurkan tengkorak orang mati dengan lilin merah selalunya ada di kuil/tokong kemudian keluar satu minyak daripada dagunya) - keluar minyak hitam macam minyak recycle kereta 
6. Abu mayat

Kategori sihir:
1. peringkat 1 - menggugat dan mengganggu; bila pergi kerja rasa sakit tapi di rumah rasa sihat
2. peringkat 2 - 
3. peringkat 3 - 


Sihir berlaku dengan cepat sebab dapat bantuan syaitan dan jin. 

1 Jan 2023

Resolusi Aku Pada Tahun 2023

Assalam wbt dan Hai,

Resolusi aku untuk tahun 2023



1. Tak layan medsos lepas balik kerja kecuali upload selawat dalam tiktok
2. Selawat setiap hari sekurang-kurangnya 1000 kali
3. Qada solat Zohor, cukupkan target
4. Puasa Rejab 15 hari atau lebih
5. Puasa Syaaban 15 hari atau lebih
6. Simpan dirham sekurang-kurangnya 3 keping sebulan
7. Belajar solat (alert IG)
8. Belajar membaca Al-Fatihah (alert IG)
9. Registerkan dak kecik belajar mengaji
10. Bayar zakat setiap bulan
11. Hadiah subuh setiap hari
12. Bacakan cerita agama setiap hari dengan bebudak pukul 9:30 malam
13. Bacakan Al-Mulk untuk bebudak 
14. Tak pergi Bazar Ramadhan
15. Cukup solat tarawikh
16. Cuba bangun solat tahajjud setiap hari
17. Khatam Al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali 
18. Solat sunat subuh setiap hari
19. Masakkan sarapan dan lunch untuk my love
20. Kumpul wang untuk umrah
21. Kumpul wang untuk gelang emas 
22. Kurangkan makan
23. kurangkan cakap
24. kurangkan tidur
25. Aktif semula Zhulian
26. bersenam yang mudah-mudah setiap hari
27. bangun tidur jam 5:30 pagi setiap hari
28. share video Selawat dan perkara-perkara yang baik di tiktok
29. Jangan share perkara yang boleh mendatangkan fitnah
30. Dengar ceramah agama dan salin di dalam buku
31. Mendengar ceramah persediaan umrah di masjid


Okay cukup setakat ini. 

Terima kasih.