Sebenarnya result peperiksaan tidak menentukan hala tuju hidup seseorang. Pokok pangkalnya, rezeki tidak salah alamat. Allah sudah menetapkan rezeki kita sejak dari Luh Mahfuz. Apa yang kita rancang tak semestinya baik untuk kita, tetapi apa yang Allah rancangkan adalah yang terbaik untuk kita. Belajarlah berdamai dengan takdir.
PTS : Lulus
UPSR : 5A
Peperiksaan Darjah 6 Sekolah Agama Johor : Pangkat 1
Peperiksaan Darjah Khas Sekolah Agama Johor : Pangkat 1
PMR : 8A
SPM : 8A 2B
Foundation universiti : CGPA 3.33
Degree : CGPA 3.62
Tawaran MBA : UITM, UPM
Tawaran Masters in Engineering : UTP
Kerja? masih lagi engineer cabuk, jawatan masih junior engineer sama dengan budak-budak fresh graduate. Rumah tak ada, kereta pulak perodua biasa, simpanan biasa. Jangan fikir kenapa kenapa kenapa sebab tiada jawapan untuk semua itu. Kalau kau cerita dengan kawan, ada jawapan dari mulut kawan kau. Kalau kau cerita dengan Allah, Allah balas melalui mimpi, instinct dan fikiran. Allah bagi akal, fikirlah baik-baik.
Kalau ikutkan dengan result peperiksaan aku, macam tak logik tak dapat kerja elok kan, tapi memang rezeki aku tak dapat semua itu. Aku cuma fikir positif, Allah mesti ada perancangan lebih baik. Supaya aku sentiasa dekat dengan Dia, semoga aku kurang dihisab di padang masyhar nanti. InsyaAllah kayanya kita nanti di dalam syurga. Dunia memang tidak menyebelahi aku. Semoga hisab menyebelahi aku. Semoga segala-galanya mudah di sana. aamiin.
Moga kita tidak toksik.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment