TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

13 Jan 2023

Kesedihan Ditinggalkan Kawan-Kawan

Assalam wbt dan Hai,

Aku tak tahu kenapa aku mudah sangat terluka kalau ada berkaitan dengan seseorang. Aku terlalu get attached dengan sesiapa pun membuatkan apabila ditinggalkan aku sendiri rasa sakit. Sejak aku darjah 6 pun aku sudah terasa ditinggalkan itu bagaimana. Kawan aku juga kawan baik aku, dia selalu bersama dengan aku setiap hari, tapi penghujung tahun 6, dia memilih untuk berkawan dengan orang lain. Masa hari lawatan sekolah di Melaka, dia duduk di dalam bas dengan orang lain, makanya aku duduk seorang. Sepatutnya ada kenangan gembira jadi tak gembira, mengemis simpati kawan-kawan lain nak ajak aku ke mana-mana. aku pun tak tahu silapnya mana.

Masa aku tingkatan 3 pun sama, kawan baik dengan dia tapi dia memilih untuk putus kawan. sekali lagi terluka. masa aku universiti juga sama. sekarang sudah berkerja juga sama. mereka semua memilih untuk meninggalkan aku. aku simpulkan aku yang bermasalah kot. entah, aku kira aku sudah berkawan sebaik yang mungkin. adakah aku self centered bila berkawan, maksudnya aku terlalu bercerita pasal aku berbanding mendengar? aku yakin, aku tak cakap belakang pasal dorang. tapi apa yang penting, aku rasa aku dah beri lebih daripada apa yang dorang nak yang buatkan mereka rimas kot. tak boleh terima kasih sayang daripada aku macam tu. itu yang aku simpulkan. kenapa aku tulis di sini, sebab aku tak tahu kat mana nak luahkan. aku nak cerita pada orang lain tapi aku malu. kalau aku tulis di sini, tiada siapa yang baca. mustahil pulak nak baca kan?  aku mungkin seorang yang teruk pada pandangan mereka. dulu, aku memang cepat marah tapi cepat reda marah. cuma mereka yang tidak boleh menerimaku. Sedih juga bila bayangkan. Apa yang aku kesalkan, aku selalu bercerita pasal aku kepada dorang, banyak rahsia aku pada dorang tetibe dorang stop berkawan dengan aku. menyesal sangat. menyesal tak sudah. Semoga aku tidak lagi get too attached dengan orang lain. 

Sebenarnya aku dah banyak berubah berbanding masa lalu aku. i deserved 2nd chance but i never get it. Then terus kesepian. 

Aku rasa, aku perlu buang perasaan aku untuk suka nak ada kawan baik. Cukuplah ada kawan yang bisa mendengar sekali-sekala. Sekarang ni aku ada budak intern yang boleh mendengar, tapi dalam masa 2 bulan lagi, dia sudah habis intern.

Apa yang aku nampak. semua orang pun rasa suka bila mereka menjadi self atttention, semua orang tahu pasal dia dan semua orang suka dengar cerita dia. tapi dia tak suka dengar cerita kita. kebanyakan orang begitu. 

Life has taught me that we should never get too attached to anyone unless they also feel the same way towards us, because one-sided expectations can mentally destroy us. 


Positifnya, Allah tarik setiap orang yang berada dalam hati aku supaya aku fokus kepadaNya. Aku terlalu meletakkan mereka pada kedudukan yang tinggi dalam hati aku, yang aku selalu doakan yang terbaik untuk mereka. Akhirnya kecewa. Ya Allah buangkan kekecewaan ini dari dalam hati aku. Keluarkanlah perasaan yang tidak sesuai ini ya Allah. aamiin. 

Sekian, terima kasih.

No comments: