TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

2 Jan 2023

Tanda-Tanda Diganggu Iblis, Syaitan atau Disantau

Assalam wbt dan Hai,

Oleh Ustaz Ariffin bin Ayob   LINK YOUTUBE

Kenapa menggunakan sihir? 
Tak bersabar untuk dapatkan sesuatu, nak cepat-cepat dilaksanakan hajat. Alasannya, solat hajat daripada tok guru/ustaz/anak-anak tahfiz mendoakan juga tidak tercapai. 

Bacaan elak sihir:



Tanda-tanda diganggu iblis dan syaitan:
1. Rasa gelisah selepas waktu asar, rasa sakit kepala bukan disebabkan tak tidur malam, migrain, kanser atau darah tinggi. Badan yang normal, tetapi hanya rasa sakit selepas waktu asar sahaja, dan berulang-ulang. 
2. Panas pada badan yang beralih-alih. Contohnya sekejap sakit di kepala, sekejap di leher, sekejap di tangan. Panas bukan sebab daripada penyakit demam, darah tinggi dll. 
3. Orang perempuan selalu mimpi di tempat yang kotor, mimpi najis, mimpi diancam senjata tajam (pisau/tombak/lembing), mimpi dikejar orang, mimpi dengan orang yang telah mati, mimpi jatuh dari tempat yang tinggi. 
(*Saka - mimpi menyusu badan, orang bagi bayi)
4. Kerap mendengar ada orang bermain-main guli di atas atap, orang berjalan di atas bumbung, atau mendengar objek jatuh atas bumbung/terjun, bunyi pelik-pelik di dalam rumah
5. Untuk lelaki, sebelum tidur tiada kesan lebam, selepas bangun tidur ada kesan lebam kuku yang panjang di sebelah tangan. Untuk perempuan, sebelum tidur tiada kesan lebam tetapi selepas bangun tidur ada kesan antara lutut dan paha ada lebam bulat 2,3 atau lebih dari 3. 
6. Keluar dari rumah rasa seperti biasa, selepas pulang ke rumah terasa nak marah pasangan, asyik panas saja, jadi seolah-olah hilang kawalan. Amarah ini bukan daripada diri kita. 
7. Makanan di rumah cepat basi. Baru saja masak, sudah basi. 
8. Ada sesuatu yang melintas di dalam rumah kita seperti lembaga hitam. Ada juga jelmaan ular/kucing/anjing/serigala/kalajengking yang semuanya berwarna hitam melintas di dalam halaman rumah atau di dalam rumah kita. 

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Tsalabah AlQasiyani. Rasulullah bersabda, jin itu ada 3 jenis:
1. Yang ada sayap, boleh terbang di udara
2. Yang wujud menyerupai ular dan kalajengking
3. Yang menetap dan berpindah randah

*Jin boleh berubah bentuk menjadi anjing hitam. 

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda, iblis, jin dan syaitan boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui liang roma, rongga-rongga yang terbuka seperti mulut, hidung dan sebagainya. 

Ketika bila sihir mudah masuk ke dalam badan atau mudah mendapat gangguan: 
1. jika menguap tolong tutup mulut, baca Audzubillahiminasyyaitannirrajim
2. jika masuk tandas, tolong tutup kepala; kalau tidak baca doa, kepala kita akan diludah oleh iblis/syaitan
3. jika basuh baju, tolong angkat baju sebelum maghrib terutamanya pakaian dalam jangan dibiarkan di ampaian 
4. pinggan mangkuk yang tidak dicuci, dibiarkan sehingga malam dan keesokkan hari (kalau malas atau tak sempat dibasuh, tolong telungkupkan pinggan mangkuk tersebut supaya sisa makanan kita tidak dijilat oleh iblis/syaitan/jin 
5. makanan syaitan/jin ialah tulang-belulang haiwan. jangan dibuang di tempat yang tidak sesuai, bungkus dengan baik dan diluputkan di tempat yang betul (bila selesai pembahagian daging korban, tolong luputkan dengan cara yang betul - jangan buang di tepi pokok/longkang/parit dll) 
6. asap yang menjamu dan membuat upacara istiadat sesuatu agama, itu memang menjamu asap kepada jin/syaitan

*jangan beriktikad yang merokok itu haram dan bukan berniat untuk menjamu asap kepada jin/syaitan, kalau tak memang betul-betul jadi haram


Barang untuk buat sihir:
1. Mentol kalimantang yang dihancurkan
2. Bulu keluli (berus dawai) untuk membasuh periuk yang digunting dengan saiz kecil
3. Jarum peniti / jarum jahit tangan / jarum hiasan
4. Miang rebung buluh
5. Minyak mati bunuh (munculnya banyak di Thailand - layurkan tengkorak orang mati dengan lilin merah selalunya ada di kuil/tokong kemudian keluar satu minyak daripada dagunya) - keluar minyak hitam macam minyak recycle kereta 
6. Abu mayat

Kategori sihir:
1. peringkat 1 - menggugat dan mengganggu; bila pergi kerja rasa sakit tapi di rumah rasa sihat
2. peringkat 2 - 
3. peringkat 3 - 


Sihir berlaku dengan cepat sebab dapat bantuan syaitan dan jin. 

No comments: