Hari ini kami bersarapan di Restoran Hatinie Seksyen 11 Shah Alam. Boleh google map atau waze sahaja lokasi ini. Kami memilih menu roti canai sarang burung dan roti tampal. Air pula, teh tarik kurang manis dan air panas. Semua sekali RM10. Aku juga tidak pasti berapa harganya roti canai sarang burung.
Sepinggan nasi lemak berharga RM3
Roti canai sarang burung
Roti tampal
Banyak sangat pilihan sarapan lain yang ada seperti pulut kuning dan rendang, nasi kerabu, nasi dagang, mihun, laksam dan sebagainya. Memang rambang mata dibuatnya. Lauk tengah hari juga sudah tersedia. Jadi sesiapa yang teringin nak makan di sini, bolehlah datang ya. Korang kena ambil sendiri, bayar dan baru duduk. Tiada siapa yang ambil order dan korang jangan pepandai nak makan dulu tau, mesti bayar dulu... ingat tu... hehe
Komen rasa makanan, bagi aku rasa dia biasa sahaja, boleh isi perut yang lapar. Cuma good hospitality, staff yang peramah, owner kaunter yang selalu senyum, kedai yang bersih, pekerja yang pungut pinggan cawan pun pantas, terang benderang, kerusi meja yang banyak, pengunjung yang datang pulak tak ada yang buat kedai macam nak lepak mamak - lepas makan terus balik rumah. Overall puas hati.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment