Memang berbaloi-baloi, pembahagian lauk sangat memuaskan hati, banyak sangat, langsung tak kedekut. Kadang aku fikir, boleh untung ke macam ni? Sambal juga pedas dan boleh juga minta lebih kalau mahu. Ada beberapa menu yang ada. Yang aku ingatlah ya ni.
Ayam Goreng Kunyit RM6
Daging Goreng Kunyit RM7
Ayam + Sotong Goreng Kunyit RM10
Daging + Sotong Goreng Kunyit RM10
Ayam + Daging + Sotong Goreng Kunyit RM11
Mungkin harganya ada ralat sikit, tapi bagi aku memang sangat mampu bayar. Nasi tak banyak tak apa janji banyak lauk. Lauk sotong dorang (bang Ajid dan kawan-kawan dia) kata, guna frozen sotong. Tak apalah frozen pun, memang tetap juga boleh makan.
Selamat makan di sini. Oh ya, ini alamatnya 12 medan selera subang hitech, Jalan Nilam 1/1, 40000 Shah Alam, Selangor.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment