TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

11 May 2022

Review Makan Nasi Bebek di Kampoeng Dahar, Puchong Selangor

Assalam wbt dan Hai,

Hari ini kami lunch di Kampoeng Dahar Cawangan Kampung Tengah Batu 13 Puchong. Kami memilih menu nasi bebek sebabnya Bang Ajid memang selalu makan di Surabaya dulu-dulu masa kerja di sana. Jadi kami pun mencuba juga, yang ini memang ori pekerja dan tukang masak serta resepi dari Indonesia. Kata Bang Ajid, rasa nasi bebek not bad sama seperti yang ada di Indonesia. Alhamdulillah memang sedap dan pedas gile sampai mengeluarkan air mata. Hehe

Ada dua cawangan di Selangor dekat Subang Jaya iaitu satu di Kampung Tengah, satu lagi di SS13. Dua-dua pun dekat dengan rumah kami. Pada mulanya kami ingin membeli untuk juadah berbuka tetapi kedai belum buka. Akhirnya kami pergi lagi masa Syawal. Ada rezeki nak makan di sini. 

Sila lihat menu yang ada berserta harganya di bawah. Harga tidak terlalu mahal dan mampu nak bayar. 


Pintu depan, dibuka pada jam 12 tengahari sehingga 9:30 malam ya.


Ofcoz order Teh Botol Original! RM2.50 sahaja


Nasi Bebek sedap sangat dan portion sangat generous ! Ya Allah boleh makan dua orang ya.


Puas hati sangat Alhamdulillah. Insya Allah kami repeat lagi untuk menikmati Bakso pula ya. Nanti aku review lagi. Yeah!


Terima kasih. 

1 comment:

Xerxus Ring said...

kalau nak call kereta sewa di kawasan puchong ke lokasi ni, ada cadangan syarikat khidmat kereta sewa mana2 ke? lol