TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 May 2022

Rumah Wangi dengan Bukhoor, Boleh Beli di Tesco Shah Alam 2022

Assalam wbt dan Hai,

Bukhoor diperbuat daripada potongan kayu gaharu yang diproses dan kemudiannya dicampur dengan pelbagai pati haruman lain termasuk minyak gaharu. Bukhoor dibakar bagi mengharumkan ruang. Pati yang ada di pasaran seperti bauan Mekah, bauan Madinah dll, beratus jenis wangian sebenarnya. Gred pada pokok kayu gaharu yang menentukan bau yang dikeluarkan. Jika kayu itu berkualiti tinggi, ia akan mengeluarkan bau yang harum dan lebih menyegarkan. Memang wangi seisi rumah dan tahan lama wanginya. 

Kayu gaharu selepas diproses menjadi bukhoor ditampilkan dalam bentuk serpihan kayu yang dipotong kecil. Cara hendak menyalakan bukhoor, kita letakkan bukhoor di atas arang, di dalam mabkhara atau perumah bukhoor. Kemudian nyalakan api menggunakan pemetik api. Apabila api sudah dinyalakan, kepulan asap akan terhasil, bau bukhoor akan dilepaskan. Bau ini tidak melemaskan kerana gaharu yang dibakar menghasilkan oksigen dan bukan karbon (kata pengeluar bukhoor). Selalunya boleh tahan dalam masa sejam juga bergantung berapa banyak arang yang dibakar. 

Kalau korang teringin nak gunakan bukhoor sebagai pewangi rumah, bolehlah datang ke Tesco Shah Alam, harganya sangat mampu milik. Satu set mengandungi mabkhara-bukhoor-arang-pemetik api berharga RM110 sahaja. Kalau arang sudah habis, boleh beli pek kecil RM3.50, isinya ada 10 biji. Gambar bukhur aku tepek kemudian ya.




Terima kasih.

No comments: