TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

31 Dec 2021

42 Hikmah Berselawat kepada Rasulullah SAW Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته💞
💚💚💚💚💚💚💚💚

PENTINGNYA SHALAWAT

PERBANYAKLAH SHALAWAT


السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِىُّ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞

صَلَّى اللّٰهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللّٰهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللّٰهُ عَلَى مُحَمَّد

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين 💞💞

📖 42 KEUTAMAAN SHALAWAT

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

ﺟَﺰَﻯ اللّٰهُ ﻋَﻨَّﺎ ﺳَﻴِّﺪَﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺻَﻠَّﻰ اللّٰهُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻤَﺎ ﻫُﻮَ ﺃَﻫْﻠُﻪُ

Sulthanul Auliya Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani :

Dalam Kitab As-Safinah Al-Qadiriyah, Syaikh Abdul Qadir al Jailani, menjelaskan tentang keutamaan-keutaman bershalawat kepada Rasulullah ﷺ dengan merujuk apa yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Furhan dalam kitab Haqa’iq al Anwar. 

Beliau menyebut,
42 keutamaan dan keuntungan bersholawat kepada Nabi ﷺ. Menurutnya, MEMBACA SHALAWAT KEPADA NABI ﷺ MEMBUAHKAN BANYAK FAEDAH YANG BISA DIPETIK OLEH SEORANG HAMBA: 

1. Bershalawat untuk Nabi ﷺ berarti melaksanakan perintah ALLAH SWT.

2. Bershalawat untuk Nabi ﷺ berarti meniru ALLAH SWT yang bershalawat kepada Nabi ﷺ.

3. Bershalawat untuk Nabi ﷺ berarti meniru Malaikat-MalaikatNYA yang bershalawat kepada Nabi ﷺ.

4. Mendapat balasan 10 kali lipat shalawat dari ALLAH SWT untuk diri kita pada setiap sholawat yang kita ucapkan.

5. ALLAH SWT akan mengangkat derajat orang yang membaca sholawat 10 tingkat lebih tinggi..

6. Mendapat 10 catatan kebaikan.

7. Allah SWT menghapuskan 10 dosa keburukan.

8. Berpeluang besar doanya akan dikabulkan ALLAH SWT.

9. Shalawat adalah syarat utama mendapat syafaat dari Rasulullah ﷺ.

10. Shalawat adalah syarat untuk mendapat ampunan ALLAH SWT dan akan ditutup segala aib.

11. Shalawat adalah syarat untuk memperoleh perlindungan dari segala hal yang ditakutinya.

12. Shalawat adalah syarat seseorang dapat dekat kepada Rasulullah ﷺ.

13. Nilai shalawat sama dengan nilai sedekah.

14. Sholawat adalah alasan bagi ALLAH SWT dan para Malaikat untuk membacakan shalawat balasan.

15. Shalawat adalah syarat kesucian jiwa dan raga bagi pembacanya.

16. Terpenuhinya segala keinginan.

17. Shalawat adalah alasan seseorang mendapat kabar baik bahwa dirinya kelak akan memperoleh surga.

18. Shalawat adalah faktor memperoleh keselamatan di Hari Kiamat.

19. Shalawat adalah alasan bagi Rasulullah ﷺ untuk mengucapkan shalawat balasan.

20. Shalawat dapat membuat pembacanya teringat akan semua hal yang dilupakannya.

21. Shalawat dapat membuat harumnya sebuah majlis pertemuan dan orang-orang yang hadir tidak mendapat kerugian dihari Kiamat kelak.

22. Shalawat dapat menghilangkan kemiskinan dan kefakiran bagi pembacanya.

23. Shalawat dapat menghapus julukan orang kikir ketika shalawat dibacakan.

24. Shalawat menjadi penyelamat dari doa ancaman Rasulullah ﷺ bagi orang yang membaca Shalawat ketika namanya disebutkan.

25. Shalawat akan mengiringi perjalanan pembacanya kelak di atas jambatan menuju syurga dan akan menjauh dari orang yang tidak membacanya.

26. Shalawat akan menghilangkan keburukan-keburukan di suatu majlis pertemuan yang tidak dimulai dengan menyebut nama ALLAH SWT dan Rasul-Nya. 

27. Shalawat adalah penyempurna pahala dari sebuah percakapan yang dimulai dengan menyebut nama ALLAH SWT dan membaca shalawat kepada Rasul NYA.

28. Shalawat adalah faktor yang dapat menyelamatkan seorang hamba ketika berada di atas jambatan menuju surga.

29. Shalawat menghapus status sebagai pembenci shalawat.

30. Shalawat adalah alasan bagi ALLAH SWT untuk mengumumkan pujian baiknya kepada pembaca shalawat tersebut di hadapan semua makhluk, baik di bumi maupun di langit.

31. Shalawat dapat mendatangkan rahmat ALLAH SWT.

32. Shalawat dapat mendatangkan berkah.

33. Shalawat dapat melanggengkan dan mempertebal cinta kepada Rasulullah ﷺ dimana cinta ini merupakan simpul pokok keimanan. Dan, keimanan seseorang belum sempurna tanpa adanya cinta kepada Nabi ﷺ.

34. Shalawat dapat memikat hati Rasulullah ﷺ agar mencintai dirinya.

35. Shalawat mendatangkan hidayah dan menghidupkan hati yang telah mati.

36. Shalawat adalah syarat agar nama pembacanya disebut-sebut di hadapan Rasulullah ﷺ.

37. Shalawat dapat memantapkan iman dan Islam serta membacanya sama dengan memberi hak yang layak diterima oleh Rasulullah ﷺ.

38. Shalawat merupakan bentuk syukur kita atas segala nikmat dari ALLAH SWT.

39. Bacaan Shalawat mengandung dzikir, syukur dan pengakuan atas nikmat ALLAH SWT.

40. Shalawat yang dibaca seorang hamba adalah bentuk doa dan permohonan kepada Allah SWT, terkadang doa itu dipersembahkan kepada Nabi ﷺ dan tak jarang pula untuk dirinya sendiri, karena Shalawat dapat mendatangkan tambahan pahala.

41. Shalawat adalah buah yang paling manis dan faedah paling utama yang dapat didatangkan dari pembacaan Shalawat atas Nabi ﷺ adalah melekatnya gambaran seorang Nabi ﷺ yang mulia di dalam jiwa pembacanya.

42. Memperbanyak bacaan Shalawat atas Nabi ﷺ menjadikan dirinya satu tingkatan dengan derajat seorang Syaikh Murabbi (guru spiritual).
 Syekh Abdul Qadir Al-Jailani 

ehsan google


ALLAHUMMA SHALLI 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD WA 'ALAA AALIHI WA SHABIHI WA SALLIM

SEMOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT BAGI ORANG-ORANG YANG ISTIQAMAH DAN MULAZAMAH DENGAN SHALAWAT KEPADA RASULULLAH SAW. DAN AKAN KITA LIHAT SENDIRI KEAJAIBAN2 YANG ALLAH BUKAKAN/BERIKAN KEPADA HAMBANYA YANG GEMAR, RINDU, CINTA KEPADA SHALAWAT NABI,,,AAMIIN🤲🕋💚!!!

30 Dec 2021

Tengok Kapal Terbang Mendarat di KLIA Landing Sight, Jalan Pekeliling

Assalam wbt dan Hai,

Korang google "Jalan Pekeliling" atau "KLIA Landing Site" yang terletak di jalan yang sama nak pergi ke LCCT. Kalau korang pernah pergi LCCT suatu masa dahulu, hah jalan yang sama. Kalau korang familiar jalan ke Formula One Sepang, korang sudah dekat dengan tujuan. IYA, di sini kita nampak kapal terbang nak mendarat atau nak landing saja. Kalau korang nak tengok masa berlepas atau naik, mungkin kena pusing lebih jauh. 

Dulunya, ada tempat kita boleh parking lama-lama dan berpicnic bagai. Oleh sebab ada sesetengah rakyat Malaysia tidak bertanggung jawab untuk menjaga kebersihan, makanya tempat itu diletakkan kon oleh pihak berkuasa, jadi kita boleh parking tepi jalan sahaja sekarang. Mungkin tak berapa cantik pemandangannya but its okay. 

Masa kami datang semua kapal terbang memang akan muncul dalam 5-10 minit sahaja. Dari kejauhan memang nampak lampu kapal terbang jadi semua sudah ready nak ambil gambar. Kami tiba pada pukul 2:30 petang, cuaca agak redup. Aku rasa kalau korang pergi sini waktu tarikh rakyat Malaysia balik dari Umrah, mungkin kapalnya agak besar (jenis Airbus). Cantik jugalah nak ambil gambar, nampak besar dalam gambar. Yang kami ambil gambar semua jenis kecil-kecil yg tempat duduk 3-3 kan... Tapi masih puas hati dan excited. Hehe.

Kami pergi sebelum banjir dan sebelum ditutup kawasan parking belah sana tu.


Terima kasih.

29 Dec 2021

Amalan Bacaan Surah Pilihan Untuk Ibu Mengandung dan Untuk Anak-Anak

Assalam wbt dan Hai,



Amalan bacaan Surah

Surah An Nahl - melahirkan anak yang berdisiplin dan mudah bersalin

Surah Al Israa - anak soleh, terpelihara daripada jin, rajin ibadat, sentiasa gembira

Surah Fusilat - anak dan ibu sentiasa terpelihara iman dan bertaqwa

Surah Al Ankabut - penawar demam, malas dan mengubati sihir

Asmaulhusna - anak soleh dan taat ibu bapa

Surah Al Araf - mudah untuk bersalin, anak sihat dan sempurna, patuh Allah dan Rasulullah

Surah Attaubah - membersihkan jiwa anak, terpelihara daripada maksiat, melindungi hadapi bala

Surah Yunus - senang melahirkan anak, hilangkan darah gemuruh dan hindari sihir semasa hamil, anak sabar, sopan dan cerdik

Surah Al Buruj - terhindar daripada bimbang dan was-was, sentiada tenang ibu semasa melahirkan anak

Surah Al Fatihah - penawar penyakit dan terpelihara daripada keguguran. Menerangkan hati anak dan kuat daya ingatan, memudahkan perjalanan hidupnya dan sentiasa dirahmati Allah

Surah Al Baqarah - dapat yang terbaik. Menghindari daripada bala terutamanya semasa melahirkan anak. Bayi nanti mempunya hati yang terang, yakin tinggi, patuh kepada Allah




INSHA ALLAH.


Sekian, terima kasih. 

28 Dec 2021

Seloka Mari Berselawat

Assalam wbt dan Hai,

Selalu kita mengira nikmat yang ada
Paling penting kita memandang kepada harta
Harta yang banyak maknanya nikmatnya banyak melata
Harta yang sedikit terasa susah dipandang hina
Sebenarnya nikmat bukan hanya kepada kaya harta
Tetapi nikmat juga ertinya kaya perkara yang kita tak sangka
Nikmat jodoh, anak dan punya keluarga
Nikmat masih ada ibu bapa untuk ditabur jasa
Nikmat masa
Nikmat kerja
Nikmat bos yang tidak suka mengadu domba
Nikmat rakan-rakan yang selalu bertimbang rasa
Nikmat kesihatan dan sentiasa gembira
Namun sedarkan kalian semua
Nikmat di atas ini hanyalah nikmat dunia
Nikmat terbesar sebenarnya ialah iman di dalam dada
Hidayah itu milik Allah, Tuhan sekalian alam buana
Kita dipilih untuk memperoleh hidayah Yang Esa
Sujud syukur menjadi insan terpilih mengucap syahadah
Lalu kita juga dipilih menjadi umat Nabi Muhammad
Nabi Muhammad kekasih Sang Pencipta
Baginda Rasulullah, Nabi Muhammad yang kita cinta
Nabi Muhammad pemberi syafaat dan selalu mendoakan kita
Jadi janganlah lupa berselawat setiap masa
Tanda cinta kita sayang kita kepada Rasulullah, keluarganya dan para sahabatnya
Selawat ini perlu dilisankan di lidah kita
Bukan hanya disebut di dalam hati kita
Sekali kita berselawat, 10 kali Allah berselawat kepada baginda
Selawat tetap mendapat pahala
Walaupun kita menunjuk-nunjuk dan riya
Betapa hebatnya selawat, kita bertawasul kepada baginda
Memohon memudahkan urusan akhirat dan dunia
Semoga urusan kita lancar sahaja
Dijauhkan daripada kezaliman, kemungkaran dan kata-kata dusta
Semoga Allah merahmati kita semua.



Anakin
28 Dis 2021


Terima kasih.


27 Dec 2021

Seloka Berhenti Kerja 24 Jam

Assalam wbt dan Hai,



Kadang-kadang kita ada masalah yang tidak dapat diselesaikan,
Masalah yang membawa kerisauan,
Setiap hari tidur tidak aman,
Sudah cuba untuk hadapi dengan tenang tenangan,
Tetapi apakan daya aku harus juga terus terang dalam perihal yang tidak boleh dielakkan,
Siap ku google bagaimana mahu menyatakan,
Nyatakan kepada HR yang aku mahu berhenti 24 jam berkenaan,
Boss memang marah sakan,
Dia tidak percaya yang keluarga dijadikan alasan,
HR juga tidak percaya keluarga dijadikan alasan,
Kerana tiada staff yang ada masalah seperti aku kan,
Namun setiap orang mempunya persepsi dunia pandang dan banyak perbezaan,
Kita patutnya meraikan,
Bukan hanya menyoal tak putus soalan,
HR tak puas hati dengan jawapan,
Ditebaknya bertubi-tubi pertanyaan,
Jadi paksa aku jawab juga kepahitan,
Aku kata aku tidak ngam dengan rakan sepasukan,
Mungkin pengalaman 10 tahun bersama toxic people menjadi pengajaran,
Aku cuba juga bersangka baik dan khusnuzon, 
Sayangnya perangainya memang naturally jenis suka mengarah, marah dan tiada toleransi, tiada perubahan,
Setiap hari tetap bad mood dan mood ke lautan,
Sedangkan kerja sehari seperti sebulan,
Apatah lagi mahu meneruskan kontrak setahun yang dijanjikan,
Tidak sakit mencari penyakit namanya, kasihan,
Aku memang mudah sakit bila berkerja dengan orang bukan-bukan,
BP mula naik, anxiety attack, berdebar-debar, tidak suka masuk office, marah-marah berbenci-bencian,
Sampai aku rasa lebih baik aku kena covid supaya tak payah datang kerja sebulan,
HR kata aku yang tidak pandai menghadapi kesukaran,
HR kata aku patut tangani toxic people sendirian,
Bukan mengharapkan orang lain untuk menjadi system support berturutan,
Bukan nak kata apa, tapi aku google juga how to handle toxic people berlanjutan,
Yang history google aku tidak clean up dalam laptop pinjaman,
Tapi sayangnya semua jawapan kata supaya aku buat bodoh tahan makian,
HR "cuba menyebelahi" budak itu dengan mengatakan,
Budak itu high expectation kepada aku kerana 10 tahun pengalaman,
Aku nak saja jawab masalahnya aku bukan dari bidang yang sama jadi aku sebenarnya tiada pengalaman,
HR yang salah mengambil aku kerja lari bidang dan membuat andaian,
Sepatutnya HR dari awal lagi reject permohonan,
Sebab HR dan boss tahu bakal rakan sepasukan sejenis suka team mate yang tinggi daya pemahaman,
Ini tidak, seperti melepaskan batok di tangga dan meletakkan aku punca semua kesalahan,
Lalu HR bilang aku suka lari daripada masalah sendirian,
Dan HR suruh ajukan kepada boss department,
Bila aku kata aku tak mahu panjang-panjangkan,
Aku prefer untuk berhenti dan bayar ganti rugi yang dijanjikan,
HR tak suka dan kata ini first time dalam rekod ciptaan,
Selepas 7 hari hantar surat resign terang-terangan,
Apa HR nak jawab dengan pihak pengurusan,
Katanya begitu sungguh-sungguh suruh aku bertahan,
Bertahan sampai sekurang-kurangnya 2 bulan,
Kemudian yang jaki, HR bagitahu rakan sepasukan,
Hmm memang aku kena perli dengan singa jadian,
Lagi aku tekad bulat berterusan,
Aku pilih untuk membuat bayaran, 
Aku tak kisah bayaran,
Duit boleh dicari pinjam sana-sini dengan kakak dan teman-teman,
Asalkan aku boleh berhenti menyeksa hati dan fikiran,
Aku benci jumpa dengan orang yang suka ''membuli'' tanpa memikirkan perasaan orang lain,
''Membuli'' tanpa sedar kerana mereka fikir orang baru perlu ikut kata orang yang berpengalaman,
''Membuli'' dengan niat supaya prestasi ditingkatkan,
Bagi aku mereka ini angkuh dengan ilmu yang Allah pinjamkan,
Dalam pada itu aku appeal untuk mengurangkan bayaran,
Daripada RM7500 kepada RM3000 bersamaan gaji sebulan,
Syukur Alhamdulillah aku mampu membuat pembayaran,
Yang penting hati aku tidak sakit berlanjutan.
Masa aku return laptop dan kad, HR tetap kata aku tiada profesionalism kan,
Semua kata-kata tetap menjadi hiburan,
Aku tidak mahu kata-kata mereka menjadi pedoman,
Sebab aku tidak akan berkerja dengan syarikat yang tidak faham perbezaan,
Yang penting aku tidak mahu setuju kenyataan,
"if you quit, can u get a job, u said u already jobless for 3 months",
Sesungguhnya rezeki itu di tangan Tuhan,
Biar Tuhan yang menentukan,
Aku akur yang pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia yang bertopengkan kegembiraan,
Aku anggap kisah ini menjadi pengajaran,
Pengajaran paling besar dalam hidup supaya selalu bersyukur atas nikmat Tuhan,
Bersyukur dan terus bersyukur dan mampu memberi senyuman.

24 Dec 2021

3 Waktu Aurat Yang Tidak Boleh Masuk Ke Bilik Orang Lain

Assalam wbt dan Hai,

 Berdasarkan Surah An-Nur ayat 58 dan 59. 



Perlu minta izin jika ingin masuk ke dalam bilik ibu bapa dan anak-anak yang sudah dewasa. Ia dinamakan waktu aurat di mana, kebanyakan manusia waktu ini semua sedang beristirahat dan auratnya sedang terbuka. Sebagai orang Islam yang beriman, kita mestilah menjaga akhlak kita. Insha Allah. 


1. Sebelum waktu Subuh

2. Sebelum waktu Zuhur

3. Selepas waktu Isyak



Terima kasih. 

23 Dec 2021

11 Keadaan Seksa Kepada Wanita Di Dalam Neraka Semasa Peristiwa Israk Mikraj, Yang Diceritakan oleh Rasulullah kepada

Assalam wbt dan Hai,

RASULULLAH Menangis Cerita Tentang Azab Neraka.. 😭🥺 | Siri 8 Kitab 'Uqudul Lujain


Menulis semula.

Rasulullah menceritakan kepada Sayyidatina Fatimah dan Sayyidina Ali ketika peristiwa Israk dan Mikraj, Allah mengizinkan untuk baginda lihat pemandangan 11 keadaan seksa kepada wanita di dalam neraka hingga Rasulullah menangis. Rasulullah kenal umat baginda. Rasulullah nampak banyak jenis seksaan tetapi memilih hanya menceritakan 11 jenis seksaan sahaja.

1) Perempuan yang tergantung di dalam neraka dengan lidahnya digantung dan api neraka yang amat panas dituang ke dalam tekaknya 👉 ISTERI YANG MENYAKITI SUAMINYA, MELAWAN DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KASAR PADA SUAMI (PANGGIL BUKAN-BUKAN, TAK BAGI KELUAR TETAPI KELUAR JUGA, SURUH MENUTUP AURAT TETAPI TAK NAK IKUT DLL), ISTERI YANG TIDAK TAAT KATA-KATA SUAMINYA, SEOLAH-OLAH DIA LEBIH HEBAT DARIPADA SUAMINYA (SUAMI TAKUT ISTERI), ISTERI TERASA TAAT ITU BIASA-BIASA SUDAH CUKUP

2) Perempuan yang digantung dengan rambutnya tanpa seurat benang dan mendidih otak kepalanya menggelegak 👉 PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU MENUTUP RAMBUT DARIPADA DILIHAT OLEH LELAKI BUKAN MAHRAM

3) Perempuan yang tergantung dua kakinya dengan keadaan terikat lagi terlitup, malaikat menyeksanya dengan mengeluarkan kedua-dua tangannya dari pihak belakang (seolah-olah tangan letak di tengkuk), malaikat melumur minyak tanah pada badan dan dituang air panas ke dalam tekaknya 👉 ISTERI YANG KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI

4) Perempuan tergantung dengan dua susunya (payudara), makan buah zaqqum amat pahit yang menghancurkan seluruh urat dalam badan dan tajam berduri lalu malaikat memasukkan buah zaqqum itu ke dalam tekak perempuan itu lalu menggelegak segala isi perutnya, otaknya, gusinya sehingga mengeluarkan lidah api kerana terlalu panas 👉 ISTERI YANG MENGHABISKAN HARTA SUAMI (MENCURI/MENGGUNAKAN) TANPA IZIN SUAMI

5) Perempuan yang tergantung dengan keadaan dia makan dagingnya sendiri dan dalam keadaan api dinyalakan dari bawahnya 👉 ISTERI YANG MENGHIAS TUBUHNYA UNTUK ORANG LAIN SELAIN SUAMINYA (PERGI KELUAR RUMAH PAKAI BAJU CANTIK DAN KEMAS, MAKEUP CANTIK-CANTIK TETAPI DI RUMAH TIDAK BERHIAS UNTUK SUAMI)

6) Perempuan tergantung dan malaikat tambat kakinya kepada kedua susunya dan kepada ubun-ubun kepalanya, dijadikan di atas badannya ular, kala jengking dan binatang berbisa yang makan daging dan patuk bisa 👉 PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU MENYUCIKAN BADANNYA UNTUK SUAMINYA

7) Perempuan tergantung dalam keadaan buta, tuli dan bisu di dalam karung guni api neraka, terkeluar otak daripada kepalanya mengalir ke dalam hidung dan badannya, amat busuk baunya dan dalam keadaan terputar-putar seperti terkena penyakit yang teruk 👉 ISTERI YANG BERZINA DENGAN LELAKI LAIN

8) Perempuan tergantung dalam keadaan dipotong/disiat dagingnya depan belakang dari segala anggota dengan gunting api neraka 👉

9) Perempuan tergantung dalam keadaan hitam seluruh mukanya dan kedua susunya dan api memakan isi perutnya 👉

10) Perempuan tergantung kepalanya ditukar kepada kepala babi dan tubuhnya ditukar menjadi tubuh keldai dan di atasnya beribu-ribu warna dari azab (seolah-olah lebam atau menunjukkan banyak azab yang dihidapi) 👉 PEREMPUAN YANG SUKA MENGADU, BERDUSTA TENTANG KEBURUKAN SUAMINYA KEPADA ORANG LAIN

11) Perempuan tergantung dengan rupa anjing, api neraka masuk dari arah punggungnya dan keluar dari mulut dan malaikat memukul kepala dan badannya dengan penukul api neraka 👉 PEREMPUAN YANG DERHAKA KEPADA SUAMI, SUKA DENGKI DAN MENYUSAHKAN SUAMI UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN AKIBAT DENGKI DENGAN ORANG LAIN


Maaflah yang dua lagi isi penting, saya cuba tulis tetapi mungkin saya tak berapa faham loghatnya. Saya dah dengar 2 kali tetap tak jumpa pointnya. 


Semoga bermanfaat. Terima kasih.

14 Dec 2021

Makan Lunch Nasi Kandar Alor Staq Haji Sultan Cawangan USJ 9 Subang Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Okay hari ini kita cuba makan nasi kandar. Sudah lama kita aim tapi selalunya beratur panjang sangat, tak larat nak beratur, sudahlah susah dapat parkir. Alhamdulillah weekend dapatlah merasa. Aku minta ane kedai letak semua kuah. Hah sampai tak nampak warna putih nasi. Kuah kari ayam, kari daging, kari pelbagai kari. Aku pernah rasa nasi kandar Deen Jelutong Penang, bagi aku rasanya boleh dibandingkan! Kenapa bayar lebih untuk beli nasi kandar tersebut kalau sudah boleh dapat rasa yang sama di Subang Jaya. Gituuu....

Kedai ini terletak di USJ 9 Subang Jaya. Banyak parkir kalau waktu weekend. Boleh dine in tapi kami pilih tapau sahaja sebab kedai agak sesak, ramai juga ya orang yang menyantap di situ. Portion nasi banyak betul, eh memang macam tu kan nasi kandar? Hehe kenyang sampai petang!

sebungkus cumalah RM7! Ada ayam goreng dan sayur.




Sedap sangat dan memang boleh repeat! 


Terima kasih.

13 Dec 2021

Sarapan Roti Canai di Food Court USJ 7 Subang Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang tercari-cari tempat sarapan roti canai di kawasan Subang Jaya, korang boleh pergi ke Food Court USJ 7. Gerai roti canai ada satu saja di situ. Maaf saya lupa gerai nombor berapa, tapi agak tengah-tengah juga.


Roti yang saya beli ialah roti tampal. Memang lembut sangat! Lembut dan rangup dalam masa yang sama. Alhamdulillah Allah bagi saya rasa sedapnya. Kuahnya ada tiga jenis iaitu kari, dalca dan sambal. Jika digabungkan ketiga-tiganya bertambah nikmat makan. 

Jika ada kelapanagan korang datanglah sini juga ya. Setiap hari dibuka kecuali Isnin barangkali, sebab haritu Isnin tak buka, maaf yang ini kurang pasti. Saya datang weekend, dan weekend dibuka. 


Terima kasih. 

12 Dec 2021

Kenapa Surah Al-Kahfi Boleh Melindungi daripada Fitnah dajjal?

Assalam wbt dan Hai,

Saya simpan di sini, boleh kita baca sama-sama. 

Kenapa Surah Al-Kahfi boleh mengelak daripada fitnah dajjal? 
Ramai tahu ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.Betul tak? So here we go 🙌🏻




Tadabbur 🔺 (Link asal di sini)

Dari perpektif, pencerapan dan pencerahan secara santai, orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith).

Ha, ini yang selalu disebut-sebut kan? Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 🤔Pernah terfikir camni?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:
1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?Di sinilah relevannya baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi solusinya juga! Bagaimana?

Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat

Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir

Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Tapi ada yang lagi mind blowing Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH! 😱
Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?
Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?
Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense! Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini. In shaa Allah, aamiin

kita beralih ke fitnah dajjal.
Ada 4 [ Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa]

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan! Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah. Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

11 Dec 2021

Jualan Murah Zhulian Sempena 12.12.2021

Assalam wbt dan Hai,

DISKAUN 12.12.2021 BESAR-BESARAN DI SHOPEE KAKNA, ADRA_ANSARI_SHOP.
Instagram kakna kena banned kejap sebab asyik cerita pasal kobid agaknya... 
Ini dalam proses nak dapatkan semula instagram.



Terima kasih.

9 Dec 2021

Koleksi Puspa Hati Jenis BOBA, Koleksi Zhulian Disember 2021 Yang Paling Terbaru

Assalam wbt dan Hai,


ALHAMDULILLAH ! WOWWWWWWW!!! ZHULIAN ADA BARANG KEMAS BARU PADA DISEMBER 2021!! DAEBAK !!!! WHATSAPP

Koleksi kali ini :
GELANG ZHULIAN BOBA LOVE BT9015 = RM259
GELANG ZHULIAN BOBA MAHKOTA GANTUNG BT9016 = RM259
GELANG ZHULIAN BOBA MAHKOTA BT9017 = RM259
CINCIN BOBA MAHKOTA (MATA PUTIH) RG9018) = RM78
RANTAI KAKI BOBA LOVE UNTUK DEWASA = RM198
RANTAI KAKI BOBA RERAMA UNTUK DEWASA = RM198

Saiz:
Gelang = 15.5-16.5cm & 17.5-18.5cm
Cincin = 11, 13, 15, 17 & 20
Rantai Kaki = 24-25cm & 26-27cm  




RANTAI KAKI BOBA LOVE UNTUK DEWASA = RM198

RANTAI KAKI BOBA RERAMA UNTUK DEWASA = RM198

GELANG ZHULIAN BOBA LOVE BT9015 = RM259

GELANG ZHULIAN BOBA MAHKOTA GANTUNG BT9016 = RM259

GELANG ZHULIAN BOBA MAHKOTA BT9017 = RM259

CINCIN BOBA MAHKOTA (MATA PUTIH) RG9018) = RM78



Boleh whatsapp Kakna untuk menempah ya atau beli di SHOPEE KAKNA ... Terima kasih.

7 Dec 2021

4 Dec 2021

Selawat Saidina Ali Karamallahu Wajhah

Assalam wbt dan Hai,

Mari kita berselawat sebanyak-banyaknya untuk Rasulullah SAW.
Selawat ini selalu dibacakan oleh Saidina Ali.
Sama-sama kita baca ya... 



Terima kasih.

3 Dec 2021

Review Support Local Ayam Goreng Muiz Sedap Menjadi Pilihan Selain KFC dan McD

Assalam wbt dan Hai,

Sebenarnya saja nak cerita, ada juga ayam goreng yang sedap selain KFC dan McD iaitu Ayam Goreng Muiz. Aku tak berapa pasti di mana gerai mereka tapi kami beli semasa kami beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Pedas dan sedap. Korang buka pautan FB tadi dapatlah tahu di mana nak beli ya.... Yang aku tahu 1, di tapak niaga di Denai Alam. Betul-betul tepi simpang jalan nak keluar jalan utama. Datanglah sini. insha Allah puas hati. #sapotlokal



Kalau korang terjumpa, cubalah beli juga. 


Sekian, terima kasih. 

1 Dec 2021

68 Kata-Kata Hikmah

Assalam wbt dan Hai,



1)          Empty pocket teaches you a million things in life but full pocket spoils you in a million ways

2)         Sometimes you have to forget what’s gone, appreciate what still remains, and look forward to what’s coming next

3)         Bila orang berkongsi kebaikan dan kita mengatakan mereka show-off kita perlu check hati kita

4)        Ya Allah jadikanlah aku redha dengan keputusanMu sehingga aku tidak suka meminta agar dipercepat apa yang Engkau tunda dan minta tunda apa yang Engkau percepatkan

5)        Before you judge how I live my life, I suggest you take a good at your own

6)        Life is too short to waste time hating anyone

7)        Di dunia ini tidak ada kata ‘gagal’ yang ada hanyalah pintu kejayaan yang ditunda

8)        Disappointments are just God’s way of saying “I have got something better”. Be patient, live life and have faith

9)        Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya

10)     Sebaik-baik manusia yang tinggi akhlaknya kerana disukai Allah dan juga RasulNya dan disenangi manusia seluruhnya akhlak mulia ibarat bunga

11)       Selalu benar kau manjakaman matamu memandang keindahan, kelak kau mudah menjadi pelupa. Selalukan pujuk matamu memandang kedaifan kelak kau akan menjadi pengingat

12)      Hati ibarat tanah dia boleh gersang, hati gersang tidak akan menumbuhkan lagi pokok-pokok kebaikan. Hati gersang disebabkan tidak berzikir, hati tidak selalu mengingati mati

13)      Think big – bermimpilah kita setinggi langit jika kita jatuh masih di antara bintang

14)     None can destroy iron but its own rust can! Likewise, none can destroy a person, but his own mindset can

15)      When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile

16)     When a girl tells you about her problems, it doesn’t mean that she is complaining, it means she trusts you love

17)     Isn’t it strange how LOVE can be the happiest thing ever, but also coz the most pain and yet everyone keeps searching for it

18)     The most beautiful line is “But I love you” . the most painful line is “I love you, but…”

19)     Sahabat yang baik akan cuba membantu ketika kita berada dalam kesusahan bukan menghilang

20)    Biar putus cinta dengan manusia asalkan tidak putus cinta dengan Allah. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, namun jika putus cinta dengan DIA, apa lagi yang nak digantikan?

21)      Tidakkah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan muka mereka dalam neraka (Hadith riwayat Tarmizi, An Nasai, Ibn Majah & Ahmad)

22)     Friend is a collection of hearts, ready to give, share and unserstand. It never fades and never ends.  It only reminds us life is not perfect without a friend

23)     Bertemu jodoh dengan orang yang kamu cintai mungkin satu kebetulan tapi mencintai siapa jodohmu adalah kewajipan

24)    Di dunia ini tidada kata “gagal”. Yang ada hanyalah pintu kejayaan yang tertunda

25)     Terkadang Allah hadirkan insan-insan yang baik di sekeliling kita mungkin kerana mereka, wasilah buat kita, untuk terus tetap dalam kebaikan

26)    Adakalanya kesalahan itu membuatkan seseorang itu membaiki diri. Tidak pernah berslaah itu, boleh mendatangkan “sombong diri”. Itulah dia satu kesilapan yang tak disedari

27)    Love is knowing that the other person will always be with you regardless of what happens missing the other person when they are away but remaining near in heart all times.

28)    Love is the source of security

29)    Saudaramu yang sebenarnya ialah yang bersmaamu. Yang sanggup berkorban demi kebagaiaanmu, kalau ada sesuatu yang menimpamu, ia sanggup meninggalkan sesiapapun untuk bersamamu (Saidina Ali)

30)    Learn to pray not because you need something but coz you ought to thank HIM for everything

31)      Kadang-kadang Allah tak memberikan apa yang kita mahu tetapi memberikan apa yang kita perlu

32)     Selagi kita bergantung kepada Allah, sungguh kita tidak akan pernah jumpa perkataan “kecewa” dalam kamus hidup kita. Yang penting “Yakin”

33)     Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga mana yang dia suka

34)    When im right no one remembers, when im wrong no one forgets

35)     Kita dihidupkan hari ini bukan untuk menyambung maksiat semalam melainkan untuk kembali mencari pengampunan Tuhan

36)    Someone once asked me, “why do you insist on taking the hard rock?” I replied, “why do you assume I see two roads?”

37)    Clear your mind of cant

38)    You see things and you say “why?” but I dream things that never were, and I say “why not?”

39)    I love you not for what you are but what I am when I am with you

40)   Looking back live this to regret that too often when I loved, I didn’t say so

41)     The greatest use of life is to spend it for something that will outlast it

42)    The toughest part of getting to the top of the ladder, is getting through the crowd at the bottom

43)    The longest journey of any person is the journey inward

44)   It is better to have loved and lost than never to have lost at all

45)    The tragedy of life is not that it ends so soon, but that we wait so long to begin it

46)   Half of our life is spent trying to find something to do with the time we have rushed through life trying to save

47)   Love is like violin, the music may stop now and then but tie string remains forever

48)   Challenges are what make life interesting, overcoming them is what makes life meaningful

49)   Painting is just another way of keeping a diary

50)    We should not let success go to our heads, or our failures go to our hearts

51)      The impossible is often the untried

52)     Success seems to be largerly a matter of hanging an after others have let go

53)     Worry doesn’t empty tomorrow of its sorrow, it empties today of its strength

54)    The best way out is always through

55)    Silence is one of the hardest arguments to refute

56)    Self-confidence is the first requisite to great undertakings

57)    Remember that what you believe will depend very much on what you are

58)    If you are not big enough to lose, you are not big enough to win

59)    Love is ice, enjoy it before it melts

60)   Life is something that everyone should try at least once

61)     When you are content to be simply yourself and don’t compare or compete, everybody will respect you

62)    A hero is no braver than an ordinary man, but he is braver 5 minutes longer

63)    Success usually comes to those who are too busy to be looking for it

64)   It is possible to fail in many ways while to succeed is possible only in one way

65)    Enjoy your life today coz yesterday had gone and tomorrow may never come

66)   There’re things that are known and things that are unknown and in between there are doors

67)   The fearless are merely fearless, people who act in spite of their fear are truly brave

68)   The purpose of life is to live a life a purpose