Hari ini aku
nak berkongsi pengalaman menjual kereta dengan Carsome. Kalau korang nak jual
kereta, aku memang cadangkan korang jual di kedai-kedai bertauliah seperti
Carsome, Carlist, MyCar dll, banyak sangat kalau nak disenaraikan.
Mula-mula
korang isi borang janji temu di laman sesawang ini.
Carsome
Selepas kita isi tempat kosong info pada gambar, ada satu email auto reply yang menyatakan bilakah janji temu kita. Kemudian, pada hari
yang dijanjikan, staff khidmat pelanggan akan menelefon kita untuk memberi
peringatan tentang janji temu yang dibuat, iaitu kira-kira 30 minit sebelum
itu. Kebetulan masa itu, kami sedang bersarapan di kedai mamak berdekatan.
contoh email
Pastikan
korang membawa geran original dan kunci spare part semasa datang ke premis Carsome. Kami pilih cawangan Kelana Jaya sebab lokasi paling hampir dengan kami. Apabila tiba di sana, mereka akan
suruh kita isi nama dan nombor telefon sebelum mereka test drive kereta kita, kemudian pinjam kejap kunci spare sebab nak test boleh digunakan lagi ke tidak (kot?).
Sementara mereka nak test drive, kita akan duduk di bilik menunggu yang disediakan, bilik ada aircond tetapi tiadalah air free coway/cuckoo but its okay. haha. Selepas
mereka sudah test drive, mereka akan berbincang sesama sendiri untuk menetapkan
harga jual kereta kita. Mungkin dalam 30 minit. Jadi, jumlah masa menunggu dalam satu jam juga.
Oh ya, seelok-eloknya sebelum korang menjual kereta di Carsome, korang survey dulu berapa harga pasaran kereta korang. Contoh aku, aku pergi tanya Sales Advisor (SA) Perodua, ala aku whatsapp random saja nama mereka banyak dijumpai dalam internet. Rata-rata mereka mengatakan nilai kereta Myvi Ezi 1.3cc ialah RM13,000. Oleh itu, kami sudah ada harga target cuma memandangkan kereta kami calar (gila oi !!! ) jadi kami memang sudah agak harga akan jatuh sekurang-kurangnya RM500.
Usai mereka memanggil kita ke dalam bilik meeting kecil, mereka pun memulakan proses
negosasi. Oh yeah, mereka akan bertanya kepada kita, “Kami nak menawarkan harga sebanyak
RM12,500 untuk Myvi ini boleh?” Kalau korang setuju, dan-dan itu dia akan bagi
borang persetujuan. Alhamdulillah memang harga target kami. Btw harga kereta perodua memang lambat jatuh. Walaupun aku masih ada loan berbaki yang perlu dibayar, tapi masih cukup untuk menampung duit pendahuluan kereta baru.
Contoh letter of acceptance daripada Carsome. Kat atas kertas ini, staff Carsome yang buat inspection menulis tarikh janji temu di bank untuk settlekan baki loan kereta tetapi sebenarnya jangan percaya, itu adalah tarikh anggaran sahaja. Pihak Carsome bahagian kewangan akan menelefon korang untuk menetapkan tarikh janji temu yang sebenar.
Okay,
sekiranya korang bersetuju, boleh sign letter of acceptance. Selepas itu, korang perlu buat calculation sama ada, loan
bank untuk kereta sudah habis dibayar atau belum? Kalau belum habis bayar, korang perlu
pergi ke bank untuk membuat settlement letter (di mana loan dibuat - seelok-eloknya di HQ kerana lebih cepat respon. Contohnya HQ Maybank di Shah Alam Seksyen 14. Jangan buat di cawangan Shah Alam Seksyen 20). Dokumen ini adalah wajib untuk
pihak Carsome. Kalau kita pergi ke bank dan tanya baki loan kereta, memang
dorang boleh bagitahu on the spot, tapi dorang akan tulis atas kertas saja.
Carsome tak mahu begitu. Mereka memang nak dokumen printed bank yang rasmi.
Jadi, pergi
ke bank loan yang korang buat, kemudian kata nak mintak settlement letter sebab
nak jual kereta kat Carsome. Selepas itu, pegawai bank akan buatkan untuk
korang. Jangan lupa bawa IC. Selepas 3 hari, surat pun siap. Korang perlu rajin
follow up dengan bank. Bank akan bagi 3 jadual bayaran; jika bayar sebelum Feb
2020, Mac 2020, April 2020 iaitu 3 bulan daripada Tarikh settlement letter.
Contoh settlement letter drp Bank Islam
Selepas sudah
dapat settlement letter, call Carsome untuk bagitahu jumlah baki loan. Carsome customer service
staff akan bagi nama dan nombor telefon staff yang akan menguruskan proses
jual beli kereta kita. Jangan lupa tanya nama customer service itu juga ya. Nanti
kang nak refer kes senang. Selain itu, dia juga akan menetapkan tarikh janji temu untuk membuat
settlement dengan bank.
Pada hari yang dijanjikan, jangan lupa bawa geran
kereta dan spare key. Selepas itu, pihak Carsome yang akan membayar by cheque
dengan pihak bank. Yang aku tak boleh hadam, pihak Bank Islam tak percaya dengan Carsome, dia takut Carsome bagi cheque tendang. Aku fikir positif yang Bank Islam cawangan situ tak pernah ada pengalaman berinteraksi dengan pihak Carsome. Marah staff Carsome itu sebab seolah-olah mereka tidak berkaliber. Masa itu, aku pun dah cuak, takkan tak jadi jual kot. Lama sikit urusan di bank sebab pihak Bank Islam berdolak-dalik.
Korang jangan risau kerana staff Carsome yang akan menguruskan A to Z, kita tengok saja. Contoh
tadi ada 3 jadual, memanglah kita bayar pada bulan Febuari tetapi bank memang
sengaja memilih seolah-olah kita bayar pada bulan Mei. Jika kita terlebih
bayar, bank akan memulangkan duit kita ke dalam akaun yang aktif seperti akaun
gaji.
Selepas
sudah selesai proses membayar ke bank, baki harga jual kereta tolak settlement
loan tadi, akan didebitkan ke dalam akaun dalam masa 10 minit. Seriouslah 10
minit oi !!! pantas gila!!! Kemudian, staff Carsome itu akan memandu pergi
kereta kita. btw mereka akan pergi meninggalkan kereta kita selepas duit sudah didebitkan ke dalam akaun kita. TRUSTED kan???
Tamatlah
kenangan Bersama kereta Myvi WVC8135. Sampai jumpa lagi! Moga tuan baru kau
lebih baik drp aku.
Oh ya, tidak
habis di situ ya. Oleh kerana Carsome menggunakan cheque sebagai medium
pembayaran, ia mengambil masa dalam 3 hari untuk proses cheque matang. Selepas
3 hari, bank akan memaklumkan kepada kita yang proses release cheque sudah
selesai melalui mesej dan verbal. Oh ya, kadang-kadang bank terlupa, jadi lepas 3 hari, hari-hari kau
kena follow up kat bank. Haha…. Biar mereka naik bosan dan menyampah nanti cepatlah proses urusan kau.
Selepas sudah
settle urusan dengan bank, bagitahu dengan staff Carsome yang berurusan dengan kita di
bank itu, mengatakan loan kereta kita sudah selesai. Mereka akan memohon e-batal bagi pihak korang. Mudahnya Carsome, sistem mereka sudah link dengan e-batal JPJ. e-batal adalah satu surat Tukar Milik Sementara yang mengatakan kita bukan
lagi owner kepada kenderaan yang kita jual tadi. Hoyyeh ! Maka terputuslah
hubungan aku selama-lamanya dengan WVC8135.
Contoh surat Tukar Milik Sementara daripada Carsome
Dalam
beberapa minit selepas aku menghubungi staff Carsome, e-batal sudah selesai. Pihak Carsome akan memberi email rasmi
dokumen e-batal. Bolehlah korang bawa dokumen e-batal ini untuk memberhentikan
road tax dan memindahkan NCD. Next time aku cerita.
Soalan-soalan lazim:
1. kalau korang jual sendiri melalui Mudah etc, korang perlu apply sendiri e-batal di kaunter JPJ.
2. kalau korang tiada baki loan, drive sendiri kereta ke cawangan Carsome di mana korang buat inspection dan mereka bagi cash duit ke dalam akaun
3. kalau korang nak nego harga kereta pun boleh tapi sis was redo! haha
4. kata incik yang inspect kereta kami:
4.1 harga kereta second yang jarang turun ialah kereta perodua terutamanya Myvi, Axia, Bezza, etc
4.2 harga kereta second Proton dan Honda BRV (spesifik) agak rendah apabila dijual di Carsome / mana-mana kedai kereta trade in
4.3 harga kereta second Honda City juga jarang turun
Sekian, terima kasih.