TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Mar 2019

Review Bermalam di Promenade Hotel Kota Kinabalu

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Hari ini nak review pengalaman bermalam di Hotel Promenade Kota Kinabalu. Beralamat di No. 4, Lorong Api-Api 3, Api-Api Centre, Central Business District, Kota Kinabalu. Tempatnya sangat strategik untuk bercuti di Kota Kinabalu. Dekat dengan pelbagai mall dengan hanya berjalan kaki.

Dekat juga dengan Pasar Filipina. Kami menaiki Grab ke Pasar Filipina dan makan malam di sana, rate dalam RM5. Not bad. 


Sangat besar dan selesa. Pintu di hujung itu pergi ke beranda. Tapi tiada pemandangan yang indah, hanya melihat blok di sebelah sana. Ada tv, cerek, peti ais, almari dan hanger, bilik air yang bersih dan luas. 

Yang paling tak puas hati hanyalah aircond betul2 terletak depan katil sahaja. kalau kita tambah extra katil dan letak depan tv, panas sangat sampai berpeluh-peluh. so awal-awal tu, kami sudah on aircond bagi bilik sejuk. 


sekitar kawasan ini, banyak kedai-kedai seperti 99 speedmart, dobi, pizza, mcD, mamak. Jadi jangan risaulah. insha Allah keselamatan terjamin. parking pun murah. RM2 sehari. Apabila hendak keluar dari bangunan ini, just tunjuk resit yang kaunter hotel Promenade bagi, nanti penjaga parking akan charge RM2. kalau tidak, charge per hour. mahal kot! 

nah susasana receptionist. mereka pun fasih berbahasa melayu telo Sabahan. okay what. yang penting tiada issue language barrier.

oh ya, kami book di Agoda. RM92 termasuk SST. jika anda datang walk in, rate ialah RM128 untuk satu malam. deposit RM100. jangan hilangkan resit seperti biasa. Kalau ada peluang ke Kota Kinabalu lagi, kami akan singgah di sini. insha Allah. 


Okay sekian review hari ini... Terima kasih. 

1 comment:

عبده العمراوى said...
This comment has been removed by a blog administrator.