TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

31 May 2019

Tips Membela Ikan Akuarium Air Tawar untuk Newbies

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Setelah dua bulan web page ini bersarang akhirnya saya membuat come back dengan membawa tajuk Tips Membela Ikan Akuarium Air Tawar. Baru-baru ini, kami cipta hobi baru utk membela ikan.

untuk orang newbies atau budak baru belajar nak bela ikan, mari kita berkenalan dengan jenis ikan peliharaan. ada dua jenis ya kawan-kawan iaitu ikan akuarium air masin dan ikan akuarium air tawar. mengikut pengiraan kami, membela ikan akuarium air masin memerlukan modal yang lebih banyak daripada ikan air tawar kerana perlu pastikan pH air yang sesuai, garam yang cukup, pokok dan batu karang lagi. memang hobi yang mahal. jadi kami memilih ikan akuarium air tawar sahaja.

Senarai Kedai Akuarium Ikan di Shah Alam dan Subang Jaya . Boleh lihat senarai kedai akuarium ikan di link ini ya.

Okay, seterusnya sudah yakin nak bela yang mana, teruskan dengan memilih jenis ikan air tawar.


Untuk pengetahuan korang, ikan air tawar terdiri daripada jenis yang aktif atau agresif dan yang pasif atau lemah lembut. Sangat penting untuk tahu sifat ikan kerana kita boleh membela ikan mengikut jenis ini sahaja, kang kalau tak mau gaduh, tak pun world war. haha. macam mana nak tahu? boleh tanya dengan orang kedai akuarium. nak google tak salah tapi kadang-kadang jawapan itu salah. haha..

TIPS 1 : cara simple gileeee untuk tahu ikan tersebut aktif atau pasif, korang try ketuk dinding akuarium. kalau ikan yang aktif, dia akan respon dengan jari-jemari korang. bila korang gerak ke kanan ke kiri, ikan-ikan akan laju saja berenang. kalau ikan jenis pasif, boo layan saja. cubalah kalau tak percaya.

TIPS 2 : kalau korang beli ikan daripada spesis yang berbeza, pastikan saiz lebih kurang sama. takut bergaduh nanti.

kami pilih ikan air tawar jenis pasif. kenapa? sebab yang pasif ini, berenang relax2 saja chill.. jadi aman-aman saja mata nak tengok.

kemudian, beli tangki akuarium mengikut kemampuan duit. lagi banyak duit, lagi besar korang boleh beli. yang penting ikan-ikan tidak mengalami trafik oksigen yang tinggi. sebab itu, kita letak pokok khas untuk air tawar dan pam oksigen sekali. in case pokok mati, pam oksigen ada lagi. eh eh korang jangan buat-buat lupa yang ikan pun perlukan oksigen even duduk dalam air.

TIPS 3 : beli akuarium bersama pam oksigen, lampu UV dan pokok yang boleh hidup dalam air tawar. pam oksigen dan pokok membantu membekalkan oksigen kepada ikan. lampu UV membantu pokok menjalankan proses fotosintesis. kalau korang tak hidupkan lampu UV selama beberapa hari, boleh nampak beza pokok makin layu dan kuning. bila hidupkan lampu UV, segar bugar beranak pinak kau.  maksud saya, membesar dengan sihat.

TIPS 4 : kalau kita tidak akan pulang ke rumah selama beberapa hari, boleh beli makanan ikan jangka masa panjang, makanan cukup untuk 3 hari. atau sebab itu kita ada pokok, bolehlah ikan-ikan survive.


Okay itu saja buat hari ini. nanti kita sambung lagi.


Terima kasih.



1 comment:

عبده العمراوى said...
This comment has been removed by a blog administrator.