TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

5 Mar 2019

Melawat Planetarium Kuala Lumpur, Masuk Percuma

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Pada hujung minggu yang lalu, kami berpeluang untuk melawat Planetarium yang beralamat di 53, Jalan Perdana Kuala Lumpur. Jika anda familiar dengan Masjid Negara, kawasan Jalan Perdana ini, adalah simpang kiri bersebelahan dengan bangunan TV AlHijrah. Mudah juga nak cari.

masuk adalah percuma jika ingin melihat-lihat sahaja tapak pameran. kalau membaca itu mungkin ambil masa 30 minit dah habis baca semua. hihi... ada bilik graviti, memang bila masuk, macam terasa pening sampai lupa nak ambil gambar. budak-budak memang enjoy kat bilik graviti sebab bila nak keluar daripada bilik, boleh turun dengan gelongsor.

ada juga Space Pod, masuk 2 orang dalam satu masa yg sama, seorang bayar RM12/dewasa dan RM8/kanak-kanak. tapi ramai sangat yg beratur. 10 minit juga dalam itu, dan bergerak macam kapal angkasa ke atas ke bawah, sudahlah baru lepas makan. silap-silap boleh muntah dan sakit kepala.

nah saya google sahaja. ada pegawai yang menjaga tiket dan pastikan tiada orang langgar giliran.


kami join tayangan planetarium sahaja. setiap sejam kalau tidak silap. apabila tayangan hendak dimulakan, petugas akan buat announcement supaya kita bersedia dan masuk panggung cepat-cepat. kalau tayang sudah dimulakan, agak susah nak masuk sebab gila gelap yakmat oiii... jadi kalau bawa anak-anak pastikan sudah buang air siap-siap. tayangan selama 15 minit saja.. tak lama. tapi best juga... menarik. cuma tak boleh snap gambar kot, sebab masa aku curi-curi snap. ada suara sumbang "no camera pls..." gitu... kahkah jakun sangat!

overall tayangan okay. tapi untuk yang bukan bidang sains maybe agak luar biasa infonya. yang kurang fasih berbahasa inggeris juga maybe agak terkesima sebab english dia boleh tahan laju juga. kalau bercerita tentang penambahbaikan, aku tidak ada komen apa-apa sebab nak maintain sustain pun dah banyak modal. ini sudah memadai terima kasih tak terhingga sebab ada inisiatif untuk negara kita. cuma jaga kebersihan dan welfare planetarium saja... cat yang mengelupas, papan tanda yang tidak tepat, berhabuk, gitu aje lah.... 

nah tengok berapa perlu kena bayar...

nampak tak parking belakang kami itu planetarium. parking tak berapa banyak jadi siapa cepat dia dapat konsepnya. jadi doa-doa dapat parking..... kami tak nampak kedai cendermata, jadi tak beli keychain... cisss...

okay ini pandangan hadapan. tak ambil gambar dari tangga keramat kerana panas gileeee litlit wey.... jadi cukuplah sekadar di sini saja tanpa photo boom sesiapa.... 


untuk anak-anak. kami syorkan korang join space pod, masuk gravitational room dan tonton video. kalau sekadar tengok-tengok saja pameran tidak cukup sebab anak-anak tak berapa faham. Sekian... jemput datang....

No comments: