TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

2 Mar 2019

Melawat Memorial Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur

Assalam wbt

SHOPEE KAKNA

Hari ini kami berpeluang untuk melawat Memorial Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur. Boleh waze atau google map sahaja. Memang terus jumpa. Kalau tak guna waze, kawasan ini di area Masjid Negara.


Sedikit sejarah kepada tempat ini. Sebenarnya pada asalnya adalah rumah kediaman rasmi Tun Abdul Razak dan anak-anaknya semasa di Kuala Lumpur. Sejak tahun 1962 sehingga 1971. Selepas itu, Tun Hussein Onn juga pernah tinggal di sini semasa menjadi perdana menteri dahulu. Keadaan rumah yang boleh dikatakan, dijaga rapi dan bersih membuatkan tempat ini masih cantik dan layak untuk menjadi salah satu tempat pelancongan di Malaysia. Walaupun begitu, tidak ramai yang tahu saya rasa. Memorial Tun Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn terletak berdekatan dengan Sasana Kijang dan kami belum pernah sampai sebab sedang dalam penyelenggaraan tempoh hari. Mungkin sudah okay sekarang. Memorial Tun Mahathir pula terletak di Langkawi manakala Memorial DS Najib, belum ada lagi. Mungkin adalah tu kot nanti sok lusa. hihi

Kawasan agak luas, parking tidak banyak tapi sentiasa cukup. Yalah, siapa pula nak datang sini. haha. Bilik cenderhati tutup pada jam 1-2 petang, jadi tidak boleh beli apa-apa.

Daripada pandangan hadapan


waktu melawat, setiap hari mulai pukul 8 malam. hari Jumaat sahaja rehat lama pada tengah hari. hari-hari lain waktu pukul berapa2 pun ada orang jaga. hihi. dan, Isnin tutup okayyy.... tutup pukul 530 petang. jangan datang waktu malam pulak. kau ingat ini Kellies Castle??



 
sebahagian hadiah

besar halaman siap ada water fountain

ini bahagian belakang pokok di halaman tadi. depan itu ada kolam renang. 

boleh nampak tak gambo pokjib DS Najib, yang belah kiri depan. aku sebenarnya tak tahu pun, tapi incik suami yang bagitahu, almaklumlah peminat setia. kahkah

ini bilik asal Tun Abdul Razak. Fuhhh... besar... bilik persalinan baju dan tempat bermekap, di sebalik dinding. katanya mengikut tulisan, beliau suka terasing daripada baju dan mekap, taknak tidurnya terganggu gitu.

nah bilik baju dan mekap. bilik air pun besar gila weyyyy tapi aku tak ambil gambarnya. 


ce teka ini bilik siapa?? inilah bilik DS Najib. dulu, DS Najib pernah berkerja dengan PETRONAS. jadi, dapatlah bilik besar direnovate special untuk beliau. ada tertulis nota di situ. untuk yang tidak tahu, DS Najib merupakan anak pertama kepada Tun Abdul Razak.

okay, ini bilik anak kedua dan keempat. kami pun tak berapa faham kenapa share? haha...

ini pula, bilik anak ketiga. besar weh. lagi besar daripada bilik anak kedua dan keempat. saya pun tak pasti kalau rumah di renovate atau apa. atau dia pindahkan beberapa bilik asal sebab nak buat sedikit privacy... sebab banyak bilik yang pihak pengurusan tutup. sebab kedudukan bilik dan pintu agak tidak logik. jadi, kami bayangkan supaya mudah dilalui untuk satu hala (faham ke idak??)


nah, ini bilik anak terakhir. hoyyeh, anaknya Tun Abdul Razak yang kerja kat bank tempoh hari, glamour sebab taknak sokong abang sendiri. itu saja memori yang aku ada. hihi.. maaf lah. kat nota itu tertulis, bilik anak terakhir Tun ketika diasuh (kot) oleh pembantu rumah. gituuu... 


ini tempat makan-makan bebeh. oh ya. tidak boleh duduk atas kerusi-kerusi. nak angkat setiap barang pun tak boleh sebab ada RFID tags. nanti kang berbunyi pulak, kau yang malu. 


ini bilik meeting bebeh..... 



nah basikal tua... 

ini beranda atas. actually boleh nampak Tasik Perdana dari sini tapi kami tak nampak. kakakakaka. adakah pokok dan makin meninggi,...? oh ya, belakang rumah siap ada reban ayam, tapi ayam replika saja. motip kaaauuu nak bela ayam tengah2 Key Ell mau berak sana sini... ayam tak bertauliah. 


nah bilik nak bincang-bincang sana sini. telepon pun ada tiga ketol weh.

walkway saja.. cantik 


ini pun bilik bacaan. actually sebelah bilik ini, ada bilik mengaji tapi lupa nak ambil gambar. pasang juga bacaan Quran sebab rumah tak berpenghuni kan.. kan bahaya.... faham ke idak?


okay, sesiapa yang cintakan sejarah macam kami anak-beranak, boleh jemput datang ke sini.... masuk adalah percuma. lupa pula nak kabo awal-awal. antara tempat yang percuma di kawasan Lembah Klang. almaklumlah sekarang semua benda nak bercatu tapi nak berjalan-jalan. hihihihihi....



No comments: