TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Mar 2019

Review Bermalam di Promenade Hotel Kota Kinabalu

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Hari ini nak review pengalaman bermalam di Hotel Promenade Kota Kinabalu. Beralamat di No. 4, Lorong Api-Api 3, Api-Api Centre, Central Business District, Kota Kinabalu. Tempatnya sangat strategik untuk bercuti di Kota Kinabalu. Dekat dengan pelbagai mall dengan hanya berjalan kaki.

Dekat juga dengan Pasar Filipina. Kami menaiki Grab ke Pasar Filipina dan makan malam di sana, rate dalam RM5. Not bad. 


Sangat besar dan selesa. Pintu di hujung itu pergi ke beranda. Tapi tiada pemandangan yang indah, hanya melihat blok di sebelah sana. Ada tv, cerek, peti ais, almari dan hanger, bilik air yang bersih dan luas. 

Yang paling tak puas hati hanyalah aircond betul2 terletak depan katil sahaja. kalau kita tambah extra katil dan letak depan tv, panas sangat sampai berpeluh-peluh. so awal-awal tu, kami sudah on aircond bagi bilik sejuk. 


sekitar kawasan ini, banyak kedai-kedai seperti 99 speedmart, dobi, pizza, mcD, mamak. Jadi jangan risaulah. insha Allah keselamatan terjamin. parking pun murah. RM2 sehari. Apabila hendak keluar dari bangunan ini, just tunjuk resit yang kaunter hotel Promenade bagi, nanti penjaga parking akan charge RM2. kalau tidak, charge per hour. mahal kot! 

nah susasana receptionist. mereka pun fasih berbahasa melayu telo Sabahan. okay what. yang penting tiada issue language barrier.

oh ya, kami book di Agoda. RM92 termasuk SST. jika anda datang walk in, rate ialah RM128 untuk satu malam. deposit RM100. jangan hilangkan resit seperti biasa. Kalau ada peluang ke Kota Kinabalu lagi, kami akan singgah di sini. insha Allah. 


Okay sekian review hari ini... Terima kasih. 

27 Mar 2019

Susunan Keluarga Berempat di dalam Kapal Terbang

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Umur Naqib dan Nasuha sudah mencecah lebih dua tahun. Naqib, 5 tahun dan Nasuha 3 tahun.  Jadi mereka tidak boleh berkongsi tempat duduk dengan mama babah. Apabila kena duduk sendiri, susunan mana yang paling sesuai untuk keluarga yang terdiri daripada empat orang?

Ada dua cara yang dicadangkan. Kami pergi ke KK dengan susunan pertama dan balik ke KLIA dengan susunan kedua. untuk susunan pertama, Mama tidak berada di tengah kerana Naqib Nasuha memang prefer Babah dia. tapi bila dah start nak naik awan, Nasuha nangis. arghhh sudah... itu yang kami tukar susunan kedudukan seperti cara kedua.. baru Nasuha dan Naqib selesa.

1. Naqib, Babah, Nasuha (ruang tengah) Mama

2. Mama dan Nasuha di hadapan dengan Nasuha di tepi tingkap.
    manakala Babah dan Naqib di belakang dengan Naqib di tepi tingkap. 

Sementara menunggu mereka mengantuk dan tertidur, kena pandai alihkan perhatian dengan bagi apa yang mereka suka seperti berborak, coklat dll. tetapi jangan on handphone selagi tidak dibenarkan ya.... pastikan mereka memakai tali pinggang sendiri...

Semoga membantu....

25 Mar 2019

Penyelesaian Apabila Bateri Kereta Kong Di Kawasan Rumah Flat

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Memang mimpi ngeri sangat bila kita lupa tutup lampu kereta ketika waktu hujan di malam hari. Besok pagi apabila kita nak start enjin, kereta MATI sebab bateri kong.... uwaaaa... mimpi ngeri sangat sebab kita duduk di rumah flat atau rumah pangsapuri yang sesak dengan kereta, belum kira yang double park lagi.

Ditakdirkan hari itu aku park di tempat yang sempit. Tak boleh nak jumper pun sebab tempat sempit. Arghhh sudah macam mana ni? Pilihan apa aku ada?

1. Aku jumper kereta. Cara dia, aku terpaksa tunggu hampir sejam sehingga kereta sebelah pergi kerja. Kebetulan hari itu, kereta sebelah kiri dan kanan boleh pulak pergi kerja pukul 9 pagi... Setelah jumper kereta, malangnya bateri tetap kong, tak boleh start kereta.



2. Charge bateri dengan bateri bank kereta. korang ingat handphone aje ke yang ada bateri bank? boleh check di Lazada atau bengkel workshop. Malangnya kereta bukannya duduk dalam pintu pagar. Mana boleh perhatikan lama-lama kat parking kereta tu, panas oi... Sebab take time jugak, maybe dalam 8jam...


3. Incik husband buka bateri dan charge di kedai, selalunya bengkel-bengkel kereta ada charger untuk bateri kereta. contoh di Shah Alam, bengkel di Batu Tiga yang ada tulis Michelin besar tu, kat simpang traffic light nak ke Subang Hi Tech. oh ya, bersebelahan dengan Restoran Mamak Ali Corner. Korang yang familiar sini mesti tau. 8 jam charge berhara RM10. kena simpan resit sebab ramai suka tipu-tipu...


4. Okay,,, yang ini last... Kalau langkah 1, 2 dan 3 tidak boleh jugak... terpaksa beli bateri kereta yang baru.... 

untuk sesiapa yang kurang pasti dengan proses pembukaan dan pemasangan bateri, boleh refer di youtube. atau minta tolong sesiapa juga ya... kalau nak buat sendiri, pastikan ada sepana boleh laras atau sepana hidup, atau juga kalau ada sepana yang betul2 sama saiz dengan nat tersebut lagi baik. tak berapa susah, aku pernah jugak tukar bukak sendiri dulu2 masa zaman bujang... 


Pengalaman aku, myvi aku tak berapa compatible atau tak berapa sesuai dengan bateri kereta Amaron. aku rasa sangat tidak berpuas hati dan tak akan beli lagi jenama Amaron. Sebabnya masa bateri aku kong ni, kong dia teruk sangat sampai jumper pun tak boleh hidup. atleast dulu masa aku guna jenama apa tah yang aku beli kat stesen petronas saja, bila kong, jumper terus okay... aih... harap2 amaron jangan buat hal. bulan ini aku nak beli tayar kereta yang sudah haus sangat tu.........


Sekian,,,, terima kasih.

5 Mar 2019

Melawat Planetarium Kuala Lumpur, Masuk Percuma

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Pada hujung minggu yang lalu, kami berpeluang untuk melawat Planetarium yang beralamat di 53, Jalan Perdana Kuala Lumpur. Jika anda familiar dengan Masjid Negara, kawasan Jalan Perdana ini, adalah simpang kiri bersebelahan dengan bangunan TV AlHijrah. Mudah juga nak cari.

masuk adalah percuma jika ingin melihat-lihat sahaja tapak pameran. kalau membaca itu mungkin ambil masa 30 minit dah habis baca semua. hihi... ada bilik graviti, memang bila masuk, macam terasa pening sampai lupa nak ambil gambar. budak-budak memang enjoy kat bilik graviti sebab bila nak keluar daripada bilik, boleh turun dengan gelongsor.

ada juga Space Pod, masuk 2 orang dalam satu masa yg sama, seorang bayar RM12/dewasa dan RM8/kanak-kanak. tapi ramai sangat yg beratur. 10 minit juga dalam itu, dan bergerak macam kapal angkasa ke atas ke bawah, sudahlah baru lepas makan. silap-silap boleh muntah dan sakit kepala.

nah saya google sahaja. ada pegawai yang menjaga tiket dan pastikan tiada orang langgar giliran.


kami join tayangan planetarium sahaja. setiap sejam kalau tidak silap. apabila tayangan hendak dimulakan, petugas akan buat announcement supaya kita bersedia dan masuk panggung cepat-cepat. kalau tayang sudah dimulakan, agak susah nak masuk sebab gila gelap yakmat oiii... jadi kalau bawa anak-anak pastikan sudah buang air siap-siap. tayangan selama 15 minit saja.. tak lama. tapi best juga... menarik. cuma tak boleh snap gambar kot, sebab masa aku curi-curi snap. ada suara sumbang "no camera pls..." gitu... kahkah jakun sangat!

overall tayangan okay. tapi untuk yang bukan bidang sains maybe agak luar biasa infonya. yang kurang fasih berbahasa inggeris juga maybe agak terkesima sebab english dia boleh tahan laju juga. kalau bercerita tentang penambahbaikan, aku tidak ada komen apa-apa sebab nak maintain sustain pun dah banyak modal. ini sudah memadai terima kasih tak terhingga sebab ada inisiatif untuk negara kita. cuma jaga kebersihan dan welfare planetarium saja... cat yang mengelupas, papan tanda yang tidak tepat, berhabuk, gitu aje lah.... 

nah tengok berapa perlu kena bayar...

nampak tak parking belakang kami itu planetarium. parking tak berapa banyak jadi siapa cepat dia dapat konsepnya. jadi doa-doa dapat parking..... kami tak nampak kedai cendermata, jadi tak beli keychain... cisss...

okay ini pandangan hadapan. tak ambil gambar dari tangga keramat kerana panas gileeee litlit wey.... jadi cukuplah sekadar di sini saja tanpa photo boom sesiapa.... 


untuk anak-anak. kami syorkan korang join space pod, masuk gravitational room dan tonton video. kalau sekadar tengok-tengok saja pameran tidak cukup sebab anak-anak tak berapa faham. Sekian... jemput datang....

2 Mar 2019

Melawat Memorial Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur

Assalam wbt

SHOPEE KAKNA

Hari ini kami berpeluang untuk melawat Memorial Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur. Boleh waze atau google map sahaja. Memang terus jumpa. Kalau tak guna waze, kawasan ini di area Masjid Negara.


Sedikit sejarah kepada tempat ini. Sebenarnya pada asalnya adalah rumah kediaman rasmi Tun Abdul Razak dan anak-anaknya semasa di Kuala Lumpur. Sejak tahun 1962 sehingga 1971. Selepas itu, Tun Hussein Onn juga pernah tinggal di sini semasa menjadi perdana menteri dahulu. Keadaan rumah yang boleh dikatakan, dijaga rapi dan bersih membuatkan tempat ini masih cantik dan layak untuk menjadi salah satu tempat pelancongan di Malaysia. Walaupun begitu, tidak ramai yang tahu saya rasa. Memorial Tun Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn terletak berdekatan dengan Sasana Kijang dan kami belum pernah sampai sebab sedang dalam penyelenggaraan tempoh hari. Mungkin sudah okay sekarang. Memorial Tun Mahathir pula terletak di Langkawi manakala Memorial DS Najib, belum ada lagi. Mungkin adalah tu kot nanti sok lusa. hihi

Kawasan agak luas, parking tidak banyak tapi sentiasa cukup. Yalah, siapa pula nak datang sini. haha. Bilik cenderhati tutup pada jam 1-2 petang, jadi tidak boleh beli apa-apa.

Daripada pandangan hadapan


waktu melawat, setiap hari mulai pukul 8 malam. hari Jumaat sahaja rehat lama pada tengah hari. hari-hari lain waktu pukul berapa2 pun ada orang jaga. hihi. dan, Isnin tutup okayyy.... tutup pukul 530 petang. jangan datang waktu malam pulak. kau ingat ini Kellies Castle??



 
sebahagian hadiah

besar halaman siap ada water fountain

ini bahagian belakang pokok di halaman tadi. depan itu ada kolam renang. 

boleh nampak tak gambo pokjib DS Najib, yang belah kiri depan. aku sebenarnya tak tahu pun, tapi incik suami yang bagitahu, almaklumlah peminat setia. kahkah

ini bilik asal Tun Abdul Razak. Fuhhh... besar... bilik persalinan baju dan tempat bermekap, di sebalik dinding. katanya mengikut tulisan, beliau suka terasing daripada baju dan mekap, taknak tidurnya terganggu gitu.

nah bilik baju dan mekap. bilik air pun besar gila weyyyy tapi aku tak ambil gambarnya. 


ce teka ini bilik siapa?? inilah bilik DS Najib. dulu, DS Najib pernah berkerja dengan PETRONAS. jadi, dapatlah bilik besar direnovate special untuk beliau. ada tertulis nota di situ. untuk yang tidak tahu, DS Najib merupakan anak pertama kepada Tun Abdul Razak.

okay, ini bilik anak kedua dan keempat. kami pun tak berapa faham kenapa share? haha...

ini pula, bilik anak ketiga. besar weh. lagi besar daripada bilik anak kedua dan keempat. saya pun tak pasti kalau rumah di renovate atau apa. atau dia pindahkan beberapa bilik asal sebab nak buat sedikit privacy... sebab banyak bilik yang pihak pengurusan tutup. sebab kedudukan bilik dan pintu agak tidak logik. jadi, kami bayangkan supaya mudah dilalui untuk satu hala (faham ke idak??)


nah, ini bilik anak terakhir. hoyyeh, anaknya Tun Abdul Razak yang kerja kat bank tempoh hari, glamour sebab taknak sokong abang sendiri. itu saja memori yang aku ada. hihi.. maaf lah. kat nota itu tertulis, bilik anak terakhir Tun ketika diasuh (kot) oleh pembantu rumah. gituuu... 


ini tempat makan-makan bebeh. oh ya. tidak boleh duduk atas kerusi-kerusi. nak angkat setiap barang pun tak boleh sebab ada RFID tags. nanti kang berbunyi pulak, kau yang malu. 


ini bilik meeting bebeh..... 



nah basikal tua... 

ini beranda atas. actually boleh nampak Tasik Perdana dari sini tapi kami tak nampak. kakakakaka. adakah pokok dan makin meninggi,...? oh ya, belakang rumah siap ada reban ayam, tapi ayam replika saja. motip kaaauuu nak bela ayam tengah2 Key Ell mau berak sana sini... ayam tak bertauliah. 


nah bilik nak bincang-bincang sana sini. telepon pun ada tiga ketol weh.

walkway saja.. cantik 


ini pun bilik bacaan. actually sebelah bilik ini, ada bilik mengaji tapi lupa nak ambil gambar. pasang juga bacaan Quran sebab rumah tak berpenghuni kan.. kan bahaya.... faham ke idak?


okay, sesiapa yang cintakan sejarah macam kami anak-beranak, boleh jemput datang ke sini.... masuk adalah percuma. lupa pula nak kabo awal-awal. antara tempat yang percuma di kawasan Lembah Klang. almaklumlah sekarang semua benda nak bercatu tapi nak berjalan-jalan. hihihihihi....