TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

17 Mar 2018

17 Nota Kaki Untuk Pendaki Bukit Denai Tiga Puteri, Kota Damansara Selangor

Assalam wbt

Hari ini kami mengambil peluang untuk mendaki Bukit Denai Tiga Puteri yang berada di Kota Damansara Selangor. Dekat sahaja dengan rumah dan office. Ambil exit Kota Damansara dan follow Waze, Taman Rimba Kota Damansara, Jalan Merbah, berhadapan dengan SMK Seksyen 10 Kota Damansara. oh ya, orang hipster panggil "Kota Dame"

Kalau nak cerita yang best-best, ramai blogger sudah share itu ini, terlalu tepu. Yang aku nak share ialah tips atau nota kaki sahaja. 17 nota sempena hari ini 17 mac.

1. Boleh ke pergi untuk orang yg first timer? yang tak pernah pergi langsung? Jawapannya boleh! Cuma....peringatan, sila ambil gambar peta trekking, atau peta bukit Denai Tiga Puteri. Trail atau laluan yang akan kita lalui ada nama-nama, ini untuk mengelakkan kesesatan yang nyata. Contoh nama "Temuan", "Sahabat", "Serenity", "Unity". Jadi apabila kita sampai satu-satu intersection, "Temuan" sampai ke hujungnya berjumpa "Sahabat", maknanya kita di trek yang betul.

bergambar sebelum naik bukit. ceria. tapi turun bukit lagi ceria macam nak jerit jerit. 



geng daki bukit. 

bergambar kenangan di sini.


2. Jangan rasa risau kalau jalan banyak intersection, banyak cabang-cabang sebab lalu nak ke puncak memang banyak sangat laluan. cuma sometimes kita perlu sangat ada instinct, ada rasa yang kuat nak lalu mana. Ada banyak juga cabang yang tiada petunjuk. Nak kiri atau ke kanan? Ikut kaki yang melangkah dan apabila jumpa orang yang melalui laluan bertentangan, rajin-rajin bertanya.

3. jangan terkejut apabila ke sini, nama pun denai, ada naik ada turun. jangan sangka apabila niat untuk mendaki, tapi laluan kita mencerun ke bawah. ada satu point, ada notes, kanan ke puncak, tapi kanan tu, curam ke bawah, kita boleh fikir "biar betik wey?" tapi yakin jelah.

4. rajin-rajin baca tulisan kat pokok. kadang-kadang ada tulis "puncak di sini" , "sekolah sebelah kiri" "puncak sebelah kanan" etc.

5. jangan percaya sangat bila jumpa orang baru turun bukit, "jauh lagi ke?" diorang jawab, "taklah, 500m je lagi" jadah gila lah. hahaha. pemberi semangat saja tuh... selagi tak nampak satu pokok yang besar gile gabak, selagi tak lalu jalan tanah2 oren yg curam 70 - 90 darjah, selagi tu belum sampai. lagi nak naik atas puncak, lagi susah laluan dia, macam rasa nak putus asa. haha. HAKIKAT ITU KEJAM

6. jauh ialah 5km pergi, 5km balik. sesiapa ada pacer, bolehlah agak-agak bila nak sampai kan? berapa kalori terbakar? 10km ini bersamaan 1300 kalori je wey...........gila betul! haha hadoi

ada juga orang sudi nak ambilkan gambar kita. hikhik

cabaran melompat yeah!


7. ada dua nama puncak. puncak "Denai Tiga Puteri" dan puncak "Denai Unity" tak payah gelabah. laluan memang ada dua tapi kita pergi ke tempat yang sama. satu dataran mendatar yang sama. cuma sini atau sana. dari puncak Denai Unity bila bergambar tak nampak highway NKVE sangat. kalau kat Denai Tiga Puteri bolehlah nampak. kat situ yang orang dok ambil gambar pun.

bawah itulah NKVE.


8. boleh picnic ke kat atas tu? ya jawapan boleh, tempat luas. cuma tempat hot, bahagian nak ambil gambar tu sempit sikit dan ambil turn. Ramai kot nak ambil gambar kat sana kan.

9. boleh bawak anak-anak? ya boleh. sebab ramai sangat orang bawak budak-budak. tadi, siap nampak ada bawak baby 9 bulan, ayah dia bawa guna baby carrier, ibu dia pulak bawak barang-barang nak picnic beg besar. kesian juga. ahaha. ada juga yang bawak stroller lipat tu, alah yg macam tempat duduk seketul tu, senang juga ringan.

10. parking kereta tak banyak. perlu datang awal. parking jauh sangat sampai kat area pusat golf. jauh jalan wey. tapi its okay.

11. pastikan stretching yang mudah-mudah before daki bukit

12. ada orang jual air 100 plus kat depan tempat ini. haha... yela, kot lah masa penat2 kat atas tu penat-penat asyik terbayang air 100 plus. tak perlu nak cari 7E terdekat. ada air milo. ada air buah sedap. ringan-ringan macam sosej, nugget pun ada. baru burn kalori lepastu tambah balik... nangis

13. toilet? ada toilet di kaki bukit. atas bukit tiada toilet. kalau teringin sangat nak membuang memang mintak izin sajalah dgn warga bukit...

14. ada air terjun? ya ada. mini air terjun. ada tasik kecil. tapi laluan mana boleh jumpa, yang ini kena try and error. haha. sebab kami pergi dan balik lalu di laluan berbeza. haha. entah tak tahu macam mana.

15. lecak / becak ke kalau hujan sehari sebelum? ya. lecak wey. tapi takdelah teruk sangat. still masihh boleh lalu.

16. basikal juga boleh melalui cabaran Denai Tiga Puteri ini ya. Tapi ada sesetengah track, basikal tak boleh lalu, means kena jalan kaki sahaja.

17. sentiasa jaga adab, jangan buang sampah. jumpa orang lain tegur, hi, morning, assalamualaikum, baru rasa bertenaga! yeah!


unity peak!


thanks kepada Asma' dan Linda kerana berjaya menjayakan misi daki Bukit Denai Tiga Puteri. Next target?

No comments: